Saturday, 20 July 2013

TEF2013-27 :: EBC - Active Rest - Kalapattar

Hari pendaki utama mendaki (acclamatize) dan tiada di basecamp adalah hari rest kami pendaki sokongan. Kami (pendaki sokongan) merancang ke Kalapattar. 

Kalapattar adalah Everest View Point yang biasa didaki pelancong yang ke EBC. Jadual asal kami mendaki ke Kalapattar semasa tinggal di Gorakshep dibatalkan kerana cuaca berkabus. Pendakian boleh diteruskan tapi tiada apa yang boleh dilihat di view point ini. 

Kalapattar di Sherpa Land ini tidak dipanggil gunung, hanya view point. Begitu juga dalam peta, papan tanda atau iklan-iklan trekking di Himalaya. Hanya sebilangan rakyat Malaysia suka melabel Kalapattar sebagai Gunung Kalapattar. Kalapattar sebahagian dari Gunung Pumori. 
Di Puncak Kalapattar, G. Pumori di belakang

Mendaki ke Kalapattar bagi masyarakat setempat bukanlah seperti ekspedisi mendaki gunung. Tidak memerlukan Climbing Sherpa, cukup sekadar trekking Sherpa atau mendaki tanpa Sherpa. Kalapattar - Highest trekking point for Himalaya trekker on EBC trail.

Kebiasaan orang mendaki Kalapattar dari Gorakshep. Namun hasrat kami mendaki Kalapattar dari EBC dan pulang kembali ke EBC dalam sehari tidak dibantah pengurus basecamp dari pihak Ever Quest.

6 orang dari krew sedia ada menyahut cabaran Kalapattar. Apip, Ramli, Aziq, Ideris (Palong Bothe), Zahid & Acap Kecik. Manakala 3 orang krew tinggal di EBC untuk bertugas, Alip (medic), Fizi (logistik) dan Shahrul (Makanan).

Seawal pagi kami dah bersiap. Sarapan pagi kami disediakan awal dari biasa. Dua orang trekking sherpa ditugaskan mengiringi kami. Dorje & Purbu. makan tengahari kami disediakan seawal pagi dan dibungkus untuk setiap seorang.

Trekking ke Kalapattar, kami ikut laluan Pumori Basecamp, kemudian terus mendaki ke puncak Kalapattar. Cuaca yang baik buat perjalanan awal kami nampak indah. Laluan pintas ke puncak Kalapattar agak menyeksakan bila bukan trail biasa yang dilalui.


Semua pendaki bergambar di puncak Kalapattar, G. Pumori tersergam dibelakang pendaki
8 pagi mula trekking, tengahari baru sampai puncak Kalapattar. Kalau mendaki dari Gorakshep kira-kira sejam sahaja. Angin amat kencang di puncak Kalapattar. Kepuasan tetap dirasa. Bergambar dah menjadi satu kemestian. 

Laluan pulang kami putuskan ikut trail turun ke Gorakshep. Kemudian ikut laluan Gorakshep - EBC. Jam enam petang baru kami tiba kembali di Kem Felda. Rest day yang aktif buat kami - Aktif rest.
Pemandangan Puncak G. Everest (hitam) dari puncak Kalapattar
apip embi

0 comments:

Post a Comment