Island Peak base camp berada di tepi kawasan glassier (Imje Tse). Tapak base camp ini berbatu dan berpasir. Ada sedikit tumbuhan renek seperti rumput berdekatan basecamp. Kedudukan Island Peak basecamp di kawasan lurah, basecamp ini terlindung dari tiupan angin kencang.
Perkampungan di basecamp ini sudah mula meriah semasa kami, pasukan Everest Felda 2013 tiba pada 12 April 2013. Ada lebih kurang 10 - 15 kumpulan pendaki disini. Tiada landmark atau papan tanda basecamp untuk diabadikan. Island Peak basecamp bukan untuk dilawati seperti EBC. Hanya pendaki Island Peak yang akan ke sini.
Dua tandas awam didirikan disini. Tandas kering, jenis tandas angkut. Tandas yang berpintu & dinding zink ini, masih utuh, walau pintunya sukar ditutup rapat. Tisu tidak dibekalkan. Setiap pengguna perlu membawa tisu masing-masing.
Apip di Island Peak basecamp |
Kem Everest Felda (kanan) dan kem-kem lain di Island Peak Basecamp |
Snowcook dan burung gagak antara mergastua yang berkeliaran disini. Setiap awal pagi, riuh bunyi snowcook. Snowcook yang nampak jinak, akan berkeliaran disisi khemah-khemah disekitar basecamp. Ada insan yang rajin memberi makan bijirin atau sisa makanan untuk snowcook ini. Biar nampak jinak, snowcook ini cepat berlari & terbang bila cuba ditangkap.
Snow Cock |
0 comments:
Post a Comment