Wednesday, 17 July 2013

TEF2013-24 :: EBC - SPCC & HRA

SPCC (Sagamartha Polution Community Center) dan HRA (Himalaya Rescue Associate) adalah dua organisasi penting yang turut berkampung di EBC semasa musim pendakian. Adalah tak wajar berada di EBC tanpa mengetahui kewujudan dan kepentingan SPCC & HRA.


SPCC di EBC
Pendaki-pendaki yang dibawa oleh operator / syarikat tempatan termasuk pendaki Everest Felda 2013 tidak perlu pun melawat / menjejak kaki ke SPCC & HRA. Bukan semua pendaki-pendaki di EBC (dari semua pasukan) melawat SPCC & HRA. Cukuplah setidak-tidaknya pendaki tahu bila disebut SPCC & HRA semasa berbual.

SPCC diwakili sukarelawan dan staf Sagarmatha National Park. SPCC berperanan sebagai penyelia EBC. Memastikan kem-kem di EBC menjaga kebersihan, sistem kumbahan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ketenteraman & kesejahteraan EBC dijaga.

Kami di HRA
HRA pula menawarkan khidmat perubatan dengan membuka klinik di EBC pada musim pendakian. Ini memudahkan pasukan yang tidak mempunyai krew medic / perubatan. 3 orang doktor terdiri dari ditempatkan di HRA EBC akan memberi rawatan awal buat pesakit di EBC. Bayaran dikenakan mengikut beberapa pakej samada per consultant atau per season dan sebagainya.

Khemah SPCC dan HRA didirikan bersebelahan. Kemudahan helipad juga ada berdekatan bagi memudahkan urusan kecemasan serta bagi kemudahan staf SPCC & HRA sendiri.


Bersembang bersama Dr Pronok, Ketua perubatan HRA di EBC
Frosbite Aziq turut dirujuk ke HRA dan dapat liputan dokumentari
Berfoto dengan doktor-doktor perempuan
Beberapa orang penting seperti Helipad Landing Officer juga berkhemah berdekatan SPCC. Ice Fall Doctor juga dikabarkan berkhemah berdekatan SPCC, tapi apip tak sempat pula berkenalan dengan seorang pun Ice Fall Doctor.


#Kes pergaduhan pendaki Switzerland dengan Sherpa di Camp2 didamaikan di SPCC.

0 comments:

Post a Comment