Wednesday, 31 July 2013

TEF2013-34 :: EBC - Ujian Tidur & Ujian Malas


Sifat dan sikap ingin tidur serta bermalasan sememangnya ada dalam diri manusia walaupun tidak berada di EBC. Bagaimana cabaran menghadapi tidur dan malas di EBC? Ianya satu ujian. Ujian Tidur dan Ujian Malas.

Selepas katam baca buku 'Bersyukur Saat Diuji' tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, buku saudara Fizi yang diletak di sudut buku Kem Felda. Ujian tidur dan ujian malas di EBC, adalah dua ujian yang dihadapi dan perlu ditangani.


'Eat Well, Drink Well, Sleep Well' kaedah yang dituntut disini, terutama para pendaki utama. 'Sleep Well' - tidur yang cukup satu yang subjektif. Berapa jam badan perlu untuk tidur yang cukup? Berapa jam perlu tidur di EBC?

Waktu Insya' di EBC (semasa ekspedisi ini) sekitar jam 8:10 malam. Waktu Subuh jam 4:30 pagi dan waktu habis Subuh jam 5:15 pagi. Waktu makan malam di EBC, 6:30 petang atau sebelum maghrib (7:30mlm).

Dikala malam yang dingin, tidur diselaputi sleeping bag memang sedap. Nak bangun Subuh, nak atasi ujian tidur. Memang satu cabaran. Kalau berjaya pun, nikmat tidur akan disambung hingga memancar terik sekitar jam 8:30 pagi.

Ujian tidur juga memberatkan diri ini untuk bangun sepertiga malam bagi ibadah solat tahajud serta bermunajat pada Illahi. Ujian, ujian, ujian.
Foto Hiasan
Ujian Malas; cabaran yang mendorong untuk banyak bersifat pasif. Perasaan malas ini turut hadir dalam diri apip. Tak sangka sifat ini boleh hadir dalam diri ini bila tiba di EBC. Adakalanya berat nak jadi rajin dan pantas macam lipas kudung.

Ujian malas ini boleh nampak juga pada rakan-rakan lain. Mereka yang lebih malas perlu digerakkan umpama pahat dan penukul. Ada yang malas kerja dalam kumpulan. Ada yang malas menguruskan diri sendiri. Ada yang malas basuh tangan selepas makan. Mungkin sememangnya malas di Malaysia lagi. 

2 Ujian ini, nampak macam ujian-ujian biasa seperti di Malaysia. Di EBC sesiapa sahaja pasti akan hadapi cabarannya. Bersiap sedialah buat mereka yang turut ingin bertapa di EBC di masa akan datang.


0 comments:

Post a Comment