Hidup di EBC selama 2 bulan sebagai insan normal, syawat adalah satu hal yang wajar dibicarakan. Sejuk sudah sinonim terutama dimalam hari di EBC. Bagaimana dengan syawat?
Apa kaitan sejuk dengan syawat. Lemahkah syawat dikala sejuk? atau matikah syawat kerana bertapa di EBC? Buat insan normal yang dah akil baligh, tak kira dah berkelamin mahupupn bujang lagi, bila sejuk adakah syawat terkekang?
Foto Hiasan - Malam di Kem Felda |
Kehidupan dan persekiratan di Kem Felda, EBC mungkin tak mendorong syawat. 100 peratus sherpa adalah lelaki. Pendaki wanita pula berpakaian tidak menjolok mata. Lagi-lagi bila pakai jaket 'down'. Nampak sasa macam lelaki.
Bagi lelaki normal, dalam tidur syawat teransang semasa minda bawah sedar. Tidur siang diwaktu kurang sejuk lebih berisiko untuk mandi wajib. Jangan terkejut bila ada yang mandi waktu petang. Beberapa hint 'aku belum mandi' menggambarkan syawat tak luntur di EBC.
Melakukan hubungan seks di EBC bukanlah satu tegahan. Masyarakat Sherpa percaya seks / persetubuhan tidak boloeh dilakukan di Gunung Everest. Diceritakan ada pendaki Eropah yang melakukan hubungan seks di Camp2, Everest mati sesak nafas. Mereka percaya hal ini berlaku kerana melanggar kesucian G. Everest. Camp2 dan ke atas tidak dibenarkan melakukan hubungan seks. Kisah pantang larang seks di Everest turut ada dalam buku Into Thin Air.
Bila ada dikalangan pendaki / trekker yang menceritakan telah 'bersama' dengan pasangannya selama 3 hari di EBC trail, Periche - Lobuche - Gorakshep, sherpa yang mendengar hal ini hanya tersenyum. "Nice!"
# Betullah ajaran Islam, berpuasa boleh mengekang syawat bukan bertapa ditempat sejuk seperti EBC.
0 comments:
Post a Comment