Tarikh 5 Mei 2013, satu tarikh yang besar bagi rakyat Malaysia. Hari pilihanraya, PRU-13. Hari keluar mengundi di Malaysia.
Kami rakyat Malaysia yang berada di EBC, Nepal bukan berada di tanahair sendiri, tidak dapat mengundi walau layak mengundi dan telah daftar sebagai pengundi.
Sebagai anak Malaysia, fokus pada PRU-13 tetap tak nak dilepaskan. Kebetulan hari ini adalah hari Rest Day buat pendaki-pendaki utama yang baru turun dari Camp2. Tanpa mengundi atau berada dimana-mana pondok pilihanraya keputusan PRU-13 tetap ingin tahu dengan segera.
Sherpa-sherpa semua diberitahu tentang PRU-13. Penting buat kami rakyat Malaysia diluar negara tahu keputusan PRU-13. Parlimen telah dibubarkan, andai sesuatu berlaku, tiada keputusan PRU-13, kami mungkin jadi rakyat Malaysia tanpa kerajaan. hahaha.
Pasukan untuk memaklumkan maklumat PRU-13 dihantar ke wifi point. Satu khemah didirikan di wifi point. Khemah Utama kami dijadikan Bilik Gerakan Solukhumbu. Satu carta besar untuk keputusan digantung.
Pasukan wifi point yang mendapat maklumat SPR melalui internet akan memaklumkan ke bilik gerakan melalui walkie-talkie. Maklumat ini dicatit di carta bilik gerakan.
Malam ini berubah senario, tiada tayangan movie. Masing-masing tertunggu-tunggu keputusan DUN dan Parlimen. Semua sherpa masuk atau menjengah ke Bilik Gerakan melihat gelagat kami.
Sebagai anak Malaysia, walau tidak mengundi, kami tetap sayang Malaysia. Saya PILIH Malaysia.
Terbayang2 saat kalian di waktu itu. Kalau ada rakaman video kan lebih menarik ...
ReplyDeleteRakaman video ada tapi masih dalam simpanan kelab.
Delete