Tuesday, 16 July 2013

TEF2013-23 :: EBC - Khumbu Ice Fall & Khumbu Glasier

Khumbu Ice Fall dan Khumbu (Ice) Glasier adalah dua keadaan geografi yang nyata di EBC. Kedua-dua muka bumi ini telah lama wujud (dipercayai sejak zaman ais lagi). 
Apip Duduk di Khumbu Glasier merenung ke Khumbu Ice Fall
Khumbu Glasier menjajar dari Khumbu Ice Fall di EBC hingga ke Lobuche. Khumbu Glasier secara keseluruhannya diselaputi batu-batu dan pasir. Lapisan batu dan pasir ini agak nipis, mudah dilihat lapisan ais dibawah batu atau pasir. Ada beberapa kolam yang terbentuk diatas glasier. EBC berada diatas sebahagian Khumbu Glasier.
Deeno berjalan di Khumbu Glasier
Keindahan Khumbu Glasier
Di EBC, batu-batu disusun dan diratakan untuk didirikan khemah. Lapisan ais di sini akan cair semasa hari panas dan merubah kedudukan batu sedikit demi sedikit. Tapak khemah perlu diratakan kembali bila ais yang cair merubah tapak khemah. Ada juga khemah yang perlu diubah tempat bila bukit semakin terhakis akibat ais cair dan batu runtuh.

Bahagian Khumbu Glasier yang berais tanpa diselaputi batu dan pasir dijadikan tempat latihan di EBC. Latihan cramponing dan juga rope dilakukan disini. Sessi fotografi juga ada dibuat disini. Buat mereka yang berkampung di EBC, tak rugi menjejak kaki ke kawasan ini.
Sir Lakpa memberi penerangan sebelum memulakan latihan di Khumbu Glasier
Latihan Rope & Cramponing di Khumbu Glasier
Acending - Veritcal - Decending:  rope & cramponing training
Foto Shooting Media dengan banner FGV
Fotograper pun nak berfoto
Khumbu Ice Fall merupakan kawasan Ice Fall yang runtuh dari gunung (semasa zaman ais) dan melalui lurah gunung diantara Camp 1 Gunung Everest dan G. Nuptse hingga ke glasier di EBC. Khumbu Ice Fall adalah satu pemandangan di EBC yang tak boleh nampak dari landmark EBC.
Apip berlatarbelakang Khumbu Ice Fall
Pendaki G. Everest dan G. Lhotse akan melalui Khumbu Ice Fall ke Camp1 menggunakan ladder (tangga). Inilah antara cabaran pendakian Everest di sebelah Nepal. Rekahan (craverse) Khumbu Ice Fall dapat dilihat dari EBC. 
Pendaki sokongan menanti Pendaki Utama di bawah Khumbu Ice Fall
Jam 1 pagi ke 4 pagi di hari pendakian, akan kelihatan sayup-sayup lampu pendaki bersusun mendaki di Khumbu Ice Fall. Begitu juga diwaktu turun, halus seperti semut hitam, pendaki-pendaki diatas craverse Khumbu Ice Fall kelihatan dari EBC.
Anis sedang turun dari Khumbu Ice Fall
Pendaki-pendaki di Khumbu Ice Fall dilihat dari EBC
Kem Felda ke crampon point Khumbu Ice Fall kira-kira 15 minit. Kem Felda berlatar belakangkan Khumbu Ice Fall. Khemah tidur apip betul-betul mengadap Khumbu Ice Fall. Inilah pemandangan setiap kali jenguk dari khemah tidur.
View dari dalam Khemah Apip

0 comments:

Post a Comment