Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Wednesday, 31 July 2013

TEF2013-34 :: EBC - Ujian Tidur & Ujian Malas

Sifat dan sikap ingin tidur serta bermalasan sememangnya ada dalam diri manusia walaupun tidak berada di EBC. Bagaimana cabaran menghadapi tidur dan malas di EBC? Ianya satu ujian. Ujian Tidur dan Ujian Malas. Selepas katam baca buku 'Bersyukur Saat Diuji' tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, buku saudara Fizi yang diletak di sudut buku Kem Felda. Ujian tidur dan ujian malas di EBC, adalah dua ujian yang dihadapi dan perlu ditangani. 'Eat...

Tuesday, 30 July 2013

TEF2013-33 :: EBC - Membina Helipad Kem Felda

Kewujudan 2 helipad utama di EBC, satu di HRA dan satu lagi di 7 Summit Camp (berhampiran crampon point) tidak memenuhi keperluan Kem Felda. Kami juga nak helipad sendiri untuk pelawat kami. Jadual lawatan VIP dari Malaysia ke Kem Felda, menuntut kami membina satu lagi helipad di EBC. Helipad ini mesti di Kem Felda bagi memudah dan memendekkan masa VIP berjalan ke Kem Felda. Proses membina helipad Kem Felda diketuai Ketua Basecamp Sherpa....

Monday, 29 July 2013

Sijil ShueShan

Sijil ShueShan / Shue Mountain, Taiwan telah tiba. Antara sijil gunung yang menarik. Sijil berserta foto pendaki di puncak. Sijil diletak dalam fail kertas yang berinformasi, fail diletak dalam sampul surat khas bercetak Shue Mountain. Sampul sijil  Fail Kertas yang penuh imformasi Sijil disisip dalam fail kertas Terpulang pada pendaki nak bergaya. Bukti foto menguatkan lagi kejayaan pendaki.  ...

TEF2013-32 :: EBC - Snowy & Windy

Cuaca di EBC semasa musim panas adakalanya berubah menjadi 'Snowy' atau 'Windy'. Hari-hari biasa adalah panas disiang hari dan dingin dimalam hari. Suhu antara 30 darjah celcius ke -16 darjah celcius. Bila cuaca berubah pada 'snowy' - snow shower, salji turun. Adakalanya berlarutan hingga 2 hari. Ketebalan salji mencecah 5 inci. Khemah-khemah diselaputi salji. Suhu akan turun lagi rendah. Tengahari dah ada yang request pasang heater. Kem Felda...

Thursday, 25 July 2013

TEF2013-31 :: EBC - Saya PILIH Malaysia

Tarikh 5 Mei 2013, satu tarikh yang besar bagi rakyat Malaysia. Hari pilihanraya, PRU-13. Hari keluar mengundi di Malaysia. Kami rakyat Malaysia yang berada di EBC, Nepal bukan berada di tanahair sendiri, tidak dapat mengundi walau layak mengundi dan telah daftar sebagai pengundi. Sebagai anak Malaysia, fokus pada PRU-13 tetap tak nak dilepaskan. Kebetulan hari ini adalah hari Rest Day buat pendaki-pendaki utama yang baru turun dari Camp2....

Wednesday, 24 July 2013

OGKL di bulan Ramadhan

OGKL aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ni tak beraksi di hutan atau gunung. Majlis buka puasa, IFTAR dikalangan warga OGKL diadakan secara gotong-royong. Rumah Rindu Alam sekali lagi menjadi host acara. Gotong-royong bermula lepas waktu Zohor, Sup campur gear-box & daging menjadi menu utama. Ada beberapa kumpulan, yang buat begedil, yang tukang mengoreng, yang buat roti jon, yang sediakan air, yang sediakan lauk-pauk sampingan, yang masak nasi,...

TEF2013-30 :: EBC - Pelawat-pelawat di Kem Felda

Kem Felda sebenarnya tidak sunyi dari pelawat-pelawat walaupun kedudukan Kem Felda di satu penjuru EBC dan tidak mempunyai jiran berdekatan bersebelahan.  Mr Khoo Swee Chiow, Everest Climber kelahiran Port Dickson kini rakyat Singapura menjadi pelawat Kem Felda. Mr Khoo yang turut akan mendaki lagi G. Everest mendapat beberapa jemputan dari Ketua Sherpa dan Ketua Jurulatih. Lawatan Mr Khoo dimanfaatkan dengan perkongsian pengalaman dsbg. Khoo...

Tuesday, 23 July 2013

TEF2013-29 :: EBC - Sumber Air

EBC yang berada diatas glasier, adakalanya ais cair dan mengalir diantara khemah. Namun proses mengambil air sebagai sumber kegunaan kem bukanlah sebegitu mudah. Tinggal di atas glasier bermakna aktiviti menyahkan sisa kumbuhan juga diatas glasier. Pee tent (khemah buang air kecil) yang didirikan diatas glasier hanya sebagai pengadang dari pandangan mata. Sisa air kencing dibiarkan serap ke glasier.  Bagi memastikan sumber air untuk...

Monday, 22 July 2013

TEF2013-28 :: EBC - Syawat & Sejuk

Hidup di EBC selama 2 bulan sebagai insan normal, syawat adalah satu hal yang wajar dibicarakan. Sejuk sudah sinonim terutama dimalam hari di EBC. Bagaimana dengan syawat? Apa kaitan sejuk dengan syawat. Lemahkah syawat dikala sejuk? atau matikah syawat kerana bertapa di EBC? Buat insan normal yang dah akil baligh, tak kira dah berkelamin mahupupn bujang lagi, bila sejuk adakah syawat terkekang? Foto Hiasan - Malam di Kem Felda Kehidupan...

Saturday, 20 July 2013

TEF2013-27 :: EBC - Active Rest - Kalapattar

Hari pendaki utama mendaki (acclamatize) dan tiada di basecamp adalah hari rest kami pendaki sokongan. Kami (pendaki sokongan) merancang ke Kalapattar.  Kalapattar adalah Everest View Point yang biasa didaki pelancong yang ke EBC. Jadual asal kami mendaki ke Kalapattar semasa tinggal di Gorakshep dibatalkan kerana cuaca berkabus. Pendakian boleh diteruskan tapi tiada apa yang boleh dilihat di view point ini.  Kalapattar di Sherpa...

Friday, 19 July 2013

TEF2013-26 :: EBC - My Comm Center

Posting kali ini nak cerita sedikit kerja-kerja komunikasi di Kem Felda. Apip sebagai krew Biro Komunikasi dan tugas-tugas di EBC. Khemah Komunikasi bersebelahan dengan Khemah Utama (Dining). Satu radio komunikasi diletak dan dipasang 24 jam jenis Yaesu model FT-2900R/E dan handy model FT-250R. Antena komunikasi dipasang dibelakang khemah komunikasi.  Apip duty di khemah komunikasi 15 handheld radio / walkie-talkie digunakan...

Thursday, 18 July 2013

TEF2013-25 :: EBC - Wifi Point & Telekomunikasi

Hidup di EBC bukanlah seperti hidup di pedalaman. EBC adalah kawasan liputan bagi syarikat telekomunikasi NCELL. Berbeza bagi setiap telefon. Ada yang mudah mendapat signal, ada yang perlu berada diatas bukit untuk talian komunikasi yang lebih lancar. Bagi yang melanggan internet data plan, agak sukar mendapat khidmat yang baik di EBC. Connection establish tapi tiada bandwidth. Smart phone di wifi point Satu wifi zone telah dikenalpasti....