Friday 12 July 2013

TEF2013-21 :: EBC - Doa Selamat & Pooja

Adat berpindah dan menetap di tempat baru. Sebagai umat Islam, satu majlis doa selamat dan bacaan Yasin diadakan di surau yang disediakan. Surau turut diimarahkan dengan solat berjemaah.


Majlis Bacaan Yasin di Kem Felda - Foto Ana Man
Masyarakat Sherpa juga mempunyai 'doa selamat' mengikut kepercayaan meraka. Satu majlis yang dinamakan Pooja diadakan khas buat Sherpa / pasukan Everest Felda 2013. Setiap pasukan akan ada majlis Pooja masing-masing.

Bongkah-bongkah batu akan disusun setinggi kira-kira 5 kaki dan berbongkah  4 segi. Tiang didirikan ditengah-tengah bongkah. Kuih-muih disediakan untuk majlis Pooja. Semua ini dibuat sebelum majils Pooja bermula.
Pooja Stone di Kem Felda sebelum upacara Pooja
Pendeta / Lama dijemput bagi membaca mentera (doa selamat). Gambar-gambar dewa disusun di bongkah batu tadi. Beras dan beberapa hidangan turut diletak bersama untuk pemujaan. Ada juga yang meletak patung yak bersama. Peralatan pendakian seperti kasut, ice-axe, crampon, helmet dikumpulkan.
Pendeta Buddha
Upacara Pooja di Kem Felda sedang dijalankan
Majlis bermula dengan bacaan mentera oleh pendeta sambil membunyikan loceng. Para hadirin akan duduk dihadapan bongkah Poja. Pendeta duduk berhampiran bongkah Poja. Bacaan mentera dihentikan seketika, para hadirin diberi minum Teh Masala. Bacaan mentera kemudian disambung semula. 
Minum dulu
Buddha Silk, dikalungkan di atas batu Pooja serta colok dipasang. Sekali lagi Teh Masala dituang untuk semua hadirin. Kuih-muih dan minuman tin/kotak yang diletak dalam dulang besar dibawa didepan setiap hadirin untuk diambil. 
Makan-makan
Tepung tawar barangan pendakian dibuat, seterusnya tepung tawar pendaki. Lain pula jadi pada pendaki Everest Felda, - main tepung. Apip yang membuat liputan video majlis ini, dapat mengelakkan diri dari ditepung gomak.

Bendera Negara serta Bendera Nepal diletak didirikan. Buddha Prayer Flag pula direntang dibeberapa penjuru kem. 
Majlis diakhiri dengan setiap pendaki perlu mencelup jari dalam 'licker', menjilat dan menjentik. Sukar memahamkan masyarakat Sherpa keingkaran umat Islam, akhirnya kami gimik dilakukan. Saguhati kemudian dihulurkan oleh tuan rumah kepada pendeta. Bersalaman dan mengucapkan selamat antara satu sama lain dijalankan.
Pooja Stone di kem-kem lain
Pooja Stone & Buddha Prayer Flag di kem Indo-Nepal Army
#Buat umat Islam, majlis Pooja bukan ajaran Islam. Hadir hanya menghormati & memenuhi jemputan masyarakat Sherpa yang percaya God of Everest akan memberi keselamatan selepas majlis diadakan.

0 comments:

Post a Comment