Monday 1 July 2013

TEF2013-12 :: Mengisi Masa Senggang


Betulkah ADA masa senggang dalam misi Everest Felda 2013 yang mencabar ini? atau ada tak masa senggang buat mereka yang bikin ekspedisi ke EBC.

Musim panas di Himalaya, hari mulai cerah jam 5:30 pagi dan mula gelap jam 7:00 malam. Siang disini lebih panjang berbanding Malaysia. Malam yang singkat tapi dirasa panjang semasa cuaca dingin. Tidur disiang hari terutama diwaktu petang serta berjaga pula sepanjang malam ditegah oleh jurulatih atas sebab-sebab acclamatize.
Foto Hiasan - Waktu sejuk tidur memang sedap tidur
Bukan setiap hari perjalanan kami mengambil masa seharian. Ada hari yang kami hanya berjalan dua ke tiga jam dan dah tiba di destinasi. Perjalanan dirangka bukan mengikut jam atau kilometer. Sebaliknya perjalanan diatur mengikut pertambahan ketinggian untuk mengawal / mengelakkan pendaki dari terkena mabuk gunung, Altitude Mountain Sickness (AMS).

Dah wujud masa senggang, aktiviti masa senggang perlu dirangka, dirancang dan dilaksana. Membaca pilihan popular dikalangan kami. Bermain kad, dam atau catur antara aktiviti yang jelas wujud dikalangan kami. Dining Hall sesuatu hotel / lodge jadi tempat aktiviti masa senggang dijalankan.

# Jangan lupa membawa dam, catur, kad (spt Uno, terup) serta buku-buku untuk memenuhi masa senggang. # Pastikan juga emosi anda terkawal andai kalah dalam permainan.

Bercerita, bersembang dan berjenaka mahupun bermain teka-teki boleh diselitkan antara aktiviti tapi ada masanya tak lawak, tak seronok dan tak terpikir dek akal. Adakah orang akan gelak sebab cerita kita lawak atau muka / hidung kita lawak?

Bersembang diluar hotel
Bersiar-siar disekitar penempatan dan berfoto satu lagi pilihan diluar pintu semasa waktu senggang. Adakalanya cuaca berangin, hujan salji (snow shower) membataskan aktiviti ini. Tempat-tempat seperti Convention Center, Muzium dan sebagainya boleh dilawat bagi mengisi masa yang ada.

Menghayati keindahan ciptaan Illahi
Deruan air boleh jadi terapi
Snap gambar sendiri
Cakk!!!
Lawatan di HRA Dingboche
* Bayangkan betapa sanggapnya andai tiada aktiviti masa senggang.

0 comments:

Post a Comment