Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday, 16 October 2019

5 Ciri Campsite Idaman Pendaki

Campsite atau Camping Site / tapak perkhemahan hutan tidak semuanya sama. Atas faktor-faktor jarak ke puncak gunung atau air terjun, campsite diwujudkan. Kekangan keadaan fizikal muka bumi buat bukan semua campsite sama dan selesa.


Anda perlu tahu ciri-ciri campsite yang menarik dan menjadi idaman, silap-silap igauan pendaki.

1. Rata
Campsite yang rata umpama syurga buat yang tidur di khemah atau atas groundsheet. Tidur tidak mengelongor. Rata atau bebas dari akar-akar kayu juga antara faktor yang dilihat sebelum mencari tapak khemah. Nasiblah andai dapat tapak khemah berselirat akar kayu.



2. Lapang
Kumpulan yang lebih besar memerlukan kawasan yang lapang, tidaklah berhimpit-himpit. Senang nak pasang flysheet. Lagi besar dan lebar flysheet boleh dipasang lagi seronok. Lagi lapang lagi banyak khemah boleh didirikan.

3. Redup dan ada pokok
Ada pokok untuk ikat tali flysheet memudahkan pendaki pasang flysheet. Bagi peminat hammock lagi banyak pokok (yang sesuai) lagi meriah hammock boleh digantung. Redup umpama bonus disiang hari.



4. Berdekatan sumber air
Makin dekat dengan sumber air bersih, makin seronok. Urusan memasak, urusan diri semua boleh dilaksanakan tanpa catuan air. Tanpa pikul air ke tapak khemah, Tapak yang dekat sumber air tak memerlukan misi mengambil air dan dibawa ke kawasan khemah. Dapat sumber air yang berterusan lagi nikmat berbanding sumber air terhad seperti alur air yang hanya keluar ketika lepas hujan atau kering diwaktu tengahari.

5. Kering
Tapak khemah yang lecak atau separa lecak bukan pilihan pendaki. Dapat campsite yang kering tapi tidaklah setandus dan segersang tanah bekas balak. Ini harapan pendaki walau berkhemah dimusim hujan. Azab tidur atas ground/khemah yang lecak tanahnya buat pendaki. Berjalan sekeliling kawasan khemah kering lebih selesa dari berjalan ditempat lecak.

Bonus:
Ada campsite dengan tempat pemandangan (viewpoint), kalau selak pintu khemah/flysheet dah nampak panorama lagilah gempak. Boleh pula ada pangkin di camsite. Sambil duduk berborak sambil tengok pemandangan sambil pula hangatkan diri di unggun api.


ACE camp, Trans Noring - dalam ingatan.

ACE = Apip Che Embi

 - apip embi -

Thursday, 12 September 2019

Cara-cara Mencipta Trip Compress

Trip ekspedisi yang dimampatkan atau dipendekkan yang biasa disebut 'Trip Compress'. Trip 3 hari dijadikan trip 2 hari, trip 8 hari dijadikan 6 hari. Trip 6 hari dijadikan 4 hari. atau dua trip 2 hari digabungkan jadi satu trip 2 hari.



Perkongsian ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Cuma baru ni hendak dikongsi secara umum. Dizaman Malaysia Baru, zaman sosmed mungkin pendaki-pendaki lebih terbuka berbanding zaman forum. Lagi-lagi ada puak jenis kecam-mengecam, sembang lebih bawah fly aja.

Andai dulu trip G. Anak Reng - G. Noring Timur orang buat 7 ke 8 hari, kita compress sampai jadi 5 hari, Buka kem ACE. Buka kemsite puncak Noring Timur; Kalau dulu orang pergi Air Terjun Berkelah sahaja, hari ke-2 baru sampai kolam 7, nak mendaki G. Serudum 3 hari, kita bikin awal pagi dah ada di kolam 7; kalau dulu G. Basor orang mendaki 4 hari, kita jayakan jadi 2 hari. Kalau dulu G. Kenderong sahaja orang pergi dah 2 hari, kita tambah G. Kerunai jadikan 2 hari juga. Banyak lagi rekod-rekod trip compress, setiap satunya ada cerita tersendiri kalau nak sembang/coret memang agak panjang.

PERKARA PENTING PENDAKI PERLU TAHU BERKENAAN TRIP COMPRESS.
Lebih-lebih lagi pendaki yang akan terjebak dengan trip compress. Ketua program semestinya kena tahu sebab dia yang buat program compress ni. Begitu juga ketua ekspedisi sebab dia yang akan ketuai ekspedisi compress ni.

PERKARA-1: BOLEH CAPAI MATLAMAT,
maknanya dengan trip compress ni, matlamat nak ke puncak gunung dapat dijayakan dan dapat keluar pada waktu yang ditetapkan tanpa tambah 1 atau 2 hari (jadi seperti tak compress semula).

PERKARA-2: PACE HIKING,
adakah boleh dijayakan mengikut pace normal hiking/trekking atau perlu ala-ala trail runner run punya pace. Sepatutnya tidak memerlukan lari-lari anak atau trail runner pace. Tapi tidaklah sampai pace jenis seret kaki atau slow pace.

PERKARA-3: OT atau OVERTIME,
adakah ada overtime trekking. Berapa lama, 2 jam, sampai tengahmalam. Trip yang trekking tanpa tidur malam tak sepatutnya dipanggil compress, ada istilah lain ye. Ada juga trip compress tanpa OT (yang ini amalan apip).

Disebalik trip compress ni sebenarnya ada sebab-sebab diwujudkan trip sebegini. Sebab musabab ni tak semestinya diceritakan dan tak menjadi kemestian untuk pendaki yang terjebak tahu. 2 sebab utama

SEBAB-1: Kekangan Cuti
Mengikut kalendar cuti umum tahunan, ada beberapa sahaja cuti umum yang bersambung dengan cuti sabtu-ahad. 10 tahun dulu Sabtu juga hari berkerja. Setiap cuti perlu digunakan semaksima mungkin untuk dapatkan lebih banyak trip dalam setahun.

SEBAB-2: Sumber Terhad
Sumber yang paling diambil kira adalah sumber kewangan. Makin panjang trip, makin lama cuti, makin kurang sumber gaji bagi yang bergaji hari atau kerja ada OT. Makin panjang trip kos trip juga bertambah. Makin banyak trip makin banyak kos, gabungan trip boleh menjimatkan kos.

Cara-cara mencipta trip compress, penulisan ini apip nak cerita tentang kaedah konventional, kaedah tidak konventional seperti lightweight-trip, daypack trip (bukan roundtheclock trekking trip ya), ultra-trip tak akan dihuraikan.

CARA-1: Mula awal pagi.
Jam 7 atau 7:30 pagi dah mula trekking. Waktu berkumpul dan bersiap semestinya lebih awal dari waktu ini. Banyak cara nak sampai starting point awal pagi. Datang ke starting point tengah malam atau sebelum subuh. Bermalam di starting point.
Berkampung seawal pagi di kampung Orang Asli / Starting Point
CARA-2: Masa rehat tengahari yang pendek.
Set 30 minit atau 1 jam tepat tidak lajak. Nak realisasikan kenalah ada ketegasan dalam disiplin masa.
Teknik dan gaya penyediaan makan tengahari pun kenalah sesuai. Boleh guna lunch pack sediakan dikedai, setiap selepas subuh, atau menu yang lebih segera disediakan.

CARA-3: Membuat/membuka kemsite baru.
Adakalanya jarak antara kemsite ke kemsite tak sesuai dengan hari yang nak dipendekkan. Wujud kemsite baru boleh memudahkan trip compress tanpa perlu trekking OT hingga ke kemsite seterusnya dan tanpa perlu tunggu sehari di kemsite sebelumnya. Ini sekiranya jangkaan waktu tiba di kemsite jam 4 atau 5 petang. Rugi berhenti sekiranya ada 3 ke 2 jam sebelum matahari terbenam. 3 Jam tu banyak kilometer boleh pergi.

3 CARA ini buat trip compress akan berjaya. Semuanya perlu berjaya diatas kertas dahulu. Yakinkan jurupandu, kemudian baru mencari lineUp untuk dijayakan dan dibuktikan boleh berjaya. Berginilah secara asas mencipta trip compress, kalau nak betul-betul mendalami kena bertalaqi. Semoga bawa manfaat buat pembaca dan pencipta trip compress.

PS: TeknikTrip compress ini tidak sesuai di trek yang memerlukan altitute elevation melebihi 3400m.

PSS: Mencipta dan mengetuai trip compress ni buat mental anda perlu sentiasa cergas, berfikir ligat dan memerlukan perahan otak selain perahan tenaga.

Air Terjun Sg Senooi
- apip embi -

Tuesday, 11 June 2019

Jam Sensor Master

Jam Sensor Master

Jam outdoor dari jenama Lad Weather model Sensor Master boleh dianggap nama yang 'rare' di Malaysia. Malah beberapa majalah outdoor di US, UK, Australia (apip baca yang English Base, bahasa German atau lain-lain tak pandai baca) tidak menyenaraikan review tentang jam ini dalam senarai 10 jam ABC (Altimeter, Barometer, Compass).



Jenama Lad Weather yang lahir pada tahun 2009 bagi jenama outdoor gabungan pembinaan teknologi US dan Jepun. Tag line 'Always into Outdoor' dan 'LAD WEATHER watch will help you at various situations, especially outdoor'. Lad Weather telah keluarkan beberapa variasi jam untuk kegunaan running, mountainering, fishing dan diving.

Fokus review jam kali ini pada model Sensor Master, keluaran sulung pada tahun 2018. Sehingga posting ini ditulis (Jun 2019), telah ada versi ke lima ,Sensor Master V. Nak murah memang kena beli jam model yang lepas-lepas.


Fungsi ABC boleh dikira fungsi asas jam untuk mountaineering. Sebalik itu keupayaan water resistance bagi jam yang ada ABC, berfungsi di suhu rendah, tidak berkabus serta tahan lasak antara jam yang diperlukan bagi pengiat rekreasi gunung. Keupayaan ini tidak diketengahkan (expose) dalam iklan. Secara tidak langsung, jam yang ada fungsi ABC sepatutnya ada keupayaan begini. Percayalah.

Kenapa apip memilih Lad Weather Sensor Master, al-maklumlah nak yang 'rare', sebelum ini pernah memiliki Casio Triple Sensor Protrek Tough Solar, kemudian beralih ke Timex Expedition WS4, seterusnya Columbia headstream. Garmin dan Suunto tak merasa (tak rare kan) dan belum ada yang menaja.


Sensor Master hingga ke Sensor Master V boleh dibeli dari Amazon. Masih belum nampak mana-mana kedai jam atau outdoor jual di premis mereka di Malaysia. Harga Sensor Master sekarang dah jatuh macam harga jam SKMEI.

Apa yang menarik tentang Sensor Master berdasar ciri-ciri binaannya. Pemuka jam (Dial Window) dibuat dari material Acrylic Crystal. Sejenis plastik yang dapat mengelakkan mudah calar. Manakala tali jam pula dari Polyurethane, sejenis getah yang keras dan lasak. Tali jam jenis buckle dengan 10 lubang serta ada lock mengelakkan jam yang seberat 59 grams ini mudah terbuka.


Sensor Master dengan pemuka jam bersaiz 45 milimeter diameter berada dalam kategori saiz besar. Setara dengan model-model ABC jenama lain. Ketebalan pemuka jam pula hanya 13mm. 5 baton comel ditepi pemuka jam dengan satu darinya sengaja dibuat lain dan menonjol sedikit adalah buton  bagi mode ABC+trek. Pemuka jam dihias dengan satu metal ring berwarna sebagai perumah kompas. Ini yang menampakkan Sensor Master elegan.

Kekurangan pada Sensor Master sebenarnya telah pun ditutup dalam Sensor Master V. Antaranya ketiadaan logo atau nama model di pemuka jam telah diadakan dalam Sensor Master V. Perumah kompas yang agak 'simple' telah ditambah beberapa tanda. Menambah lubang atau ruang angin pada tali jam bagi tujuan pernafasan kulit. Lagi menarik Sensor Master V bertambah fungsi Heart rate, Weather forecast, Pedometer, Calorie, Peak record, Chronograph, World time.

Nampak bergaya bukan walau terkena wabak kacak.
 Baju sumbangan: Summit Attack Resources (SAR)

Bacaan lain
Garmin Fenix
Columbia Headstream

-apip embi-

Tuesday, 16 April 2019

ABC: Jalan pintas tiada dalam peta

Info tentang jalan pintas bila saja dapat tahu, tak ada siapa yang tak suka. Bukan senang nak 'potong tang corner'. Dapat jalan pintas seperti rahmat.

Info ni kami dapat tahu dari sahabat-sahabat backpacker yang baru saja selesai trip ABC sehari sebelum kami ke Nepal. Antara jelas tak jelas aja info. Yang pasti dikatakan dapat keluar dari Jinhu ke bas/jeep point tanpa mendaki 2 bukit ke Ghandruk. Tanpa berjalan ke Siwai, ke Syuli Bazaar. Wow.
Jauh di tepi bukit adalah Jinhu
Sempat buat sedikit selidik di jadual operator Nepal mahupun Operator Malaysia. Cari lagi peta-peta ABC di web. Tiada info destinasi jalan pintas tu. Apa pun sebab ada video yang dikirim pada kami. Memang sahih destinasi ni wujud. Cuma sebutan yang tak jelas atau tak seperti sepatutnya agak sukar
kami dapatkan destinasi ni.

Perjalanan pergi kami, jeep hanya boleh bawa sampai Syuli Bazaar. Walau ada jalan jeep lagi tapi telah ada blockage dan dijaga oleh Polis. Kabarnya dalam renovasi jalan. Sahabat jeep kami berjanji akan tunggu kami di 'destinasi pintas tu' bila kami pulang nanti. Sedikit panduan diberi. Nama lokasi
tetap tidak disebut.

Sepanjang kami trekking, rajin kami bertanya warga tempatan, ada yang tahu, ada yang tak paham apa yang kami tanya. Ada juga Guide tempatan yang dah 3 kali buat trip ABC tidak tahu destinasi pintas itu.

Setiap penempatan ada peta ABC dilukis pada papan tanda. Masih tiada satu pun papan peta yang ada lokasi jalan pintas yang kami ingin tuju. Ini memang betul-betul jalan/lokasi baru.
Sering tengok peta bersama
Hari pulang dari Jinhu, kami berusaha seperti panduan dan kerap bertanya warga tempatan. Akhirnya jalan pintas yang disebut kami temui. Memang pintas dan akan datang akan ada lagi jalan jeep hingga ke New Bridge (salah satu penempatan sebelum Jinhu). Suka kami bukan kepalang bila berjaya tamatkan trekking dengan bergaya. Lagi pula jeep kami dah sedia menunggu.

#tips, Buat mereka yang nak ke ABC boleh tengok jadual trip yang operator kongsi. Apip percaya ada seorang operator Malaysia tahu jalan ni dan guna untuk ulang-alik. Yang lain masih lagi guna jadual yang lama bagi trip tahun 2019. Apa pun selamat untuk memilih lebih trekking.

Inilah destinasi tiada dalam peta, penempatan di bukit yang jauh adalah Ghandruk

Pemandangan di trek pintas

Wednesday, 3 April 2019

Makanan di sepanjang ABC trek

Sebut pasal makan, Dalbhat makanan asasi rakyat Nepal tak boleh diketepikan. Siapa yang berkunjung ke Nepal akan diperkenalkan dengan makanan ini. Nasi putih yang dimakan dengan kuah kacang dhal masakan gaya Nepal bukan seperti kuah dhal di Malaysia ye. Sekali nilai tiada yang istimewa tapi tanpa makanan ruji ini, masyarakat tempatan akan rasa tidak bertenaga untuk berkerja keras. Jadilah bila ditanya kenapa mereka kuat, terutama kepada sherpa dan porter, jawabnya makan dalbhat. Secara sarkastiknya wujud t-shirt 'Dalbhat power 24 hour' memandangkan mereka makan dalbhat setiap hari.

Dhal Bat
#pipTIPS :: Makan Dhal Bat boleh tambah nasi atau kuah dhal tanpa tambah harga.

Menu di semua guesthouse sepanjang trek ABC dikawal selia Chhomrong Tourism Management Committee (CTMC).  Menunya sama dan harga pun sama bagi setiap penempatan. Harga akan bertambah bagi ketinggian penempatan yang makin tinggi. Harga bilik dan denda juga ada dalam menu.

Buku Menu ABC
#pipTIPS :: Jangan tak pesan makan malam di guesthouse nanti kena denda.

Nak treking dan nak cuba macam-macam makanan tempatan di guesthoust restaurant, takut pula perut meragam andai tak kena gaya. Nanti tak jadi treking tersadai melepek di guesthouse pula. Jadi kami hadkan keinginan nak cuba-cuba menu tempatan, termasuk nak cuba-cuba cili dan sos tempatan. Dah bawa sambal dari Malaysia, sambal che nor, sambal che mizah dll guna aja yang itu dulu. Sos dan sambal di ABC ni pedasnya dan rempahnya lain macam.

Kembara Pack dari Malaysia
Tengahari adalah pilihan untuk makan makanan sendiri, baik masak atau sebagainya. Apip awal lagi dah buka kembara pek, nasi dengan rendang ayam yang ditaja sahabat pembekal, abang Zahir Yasin. Ada pendaki Malaysia yang menegur, baru beberapa hari treking dah pekena masakan Malaysia. Hah strateginya untuk tak hilang selera untuk hari-hari berjuang ke ABC.

Corn Bread with egg (kiri) dan Gurung Bread (kanan)
Roti Gurung (Gurung Bread) ini adalah signature dish di ABC. Ini betul-betul menu kaum Gurung. Rotinya diuli seperti cakoi tapi lebih besar. Boleh dimakan begitu saja seperti roti gardenia. Cukup untuk alas perut baik waktu malam atau sarapan pagi. Satu lagi pilihan adalah Corn Bread, roti yang
hampir sama tapi diuli dengan tepung jagung.

Nasi Goreng ABC
Nasi goreng (Fried Rice) di ABC antara makanan mengenyangkan bagi rakyat Malaysia. Agak kena dengan tekak kita. Satu hal tentang nasi goreng ni, lain guest house lain rasa. Ada yang sedap, ada yang kurang sikit. Tak macam Dhal Bat, semua hampir sama dimana-mana.

Momo adalah sejenis dumpling, Apip suka Vege Fried Momo (Momo Sayur Goreng). Ada yang menghidangkan beserta sedikit kentang goreng. Sepinggan ada 6 ke 8 ketul Momo. Cukup untuk merasa sebagai makanan tambahan.
Vegetable Fried Momo
Potato cake

Makan ramai-ramai sambil layan panorama
Kami sempat bersama masyarakat tampatan menyediakan bahan-bahan makanan. Rata-rata sumber makanan adalah hasil dari sekitar rumah. Sayur-sayur sememangnya ditanam sekitar rumah, jagung dan barli. Telur ayam pula antara barangan yang diimport. Sebab tu telur harganya mahal.

#pipTIPS: Jangan order nasi putih telur goreng andai nak budget ekonomi.

Lobak putih dibasuh sebelum dihiris dan dijemur

Lobak putih yang dijemur perlu diserakkan supaya cepat kering.

Lobak putih dihiris nipis-nipis.

Ni pula sayur yang dimasak kari.

Pengeringan membolehkan sumber makanan disimpan lama.


- apip embi -


 Posting ABC sebelum ni ::











Monday, 18 March 2019

Meneroka sekitar Annapurna Base Camp

Trip sampai ke ABC agak biasa, trip meneroka sekitar ABC agak rare. Trip rare dengan apip sukar dipisahkan. Ada apa di ABC untuk diteroka? Best tak? Ini semua subjektif, apa pun jiwa kembara tak boleh lari dari rasa ingin meneroka.

Tempat wajib berfoto di ABC, papantanda ABC
Setiap yang ke ABC ada matlamat. Matlamat peribadi Apip untuk meneroka ABC. Nak tengok setiap sudut ABC bukan sekadar di papan tanda selamat datang ABC. Bukan juga sekadar di restoren mahupun guesthouse ABC. Ingat ye Base Camp disini dah tersedia guesthouse, tak perlu pacak khemah lagi.
ABC guesthouse
ABC guesthouse dari jarak lain
Jarak dari Papantanda Selamat Datang / Namastee ABC ke ABC guesthouse sekitar 200meter dan beza ketinggian dalam linkungan 10 meter. Dari ABC guesthouse ke tugu Anatoli pula berjarak lebih kurang 80meter. Beberapa meter dari tugu Anatoli pula ada tebing glasier. Cukuplah meneroka hingga sini.
Tugu Anatoli
Panorama sekitar tugu
Hasil dari meneroka eloklah ditunjuk dengan foto. Memandangkan tinggal Apip & Eryn saja, sahabat yang lain bergerak pulang dari papantanda, masa ke tandas, tukar-tukar OOTD. Masa berfoto terpaksa disingkatkan sesingkat yang boleh.

Rugi atau tidak meneroka ABC, nilailah sendiri. Pada Apip andai tak mengah tiba di ABC, elok luangkan masa meneroka dan lebihkan berfoto.

-apip embi-

lagi foto-foto





 Posting sebelum ni ::



Friday, 1 March 2019

Air Terjun, jeram dan sumber air di Trek ABC

Treking mesti perlu air minum. Mana nak cari air sepanjang trek. Kena pikul air tak. Selamat tak air sungai untuk diminum. Air paip pula? Semua persoalan ni ada jawapannya.
# posting ini banyak foto ye!

Trek di tepi jeram Madi Khola
Sumber air utama bila treking sepanjang ABC trek adalah dari air minum di Restoren. Ada banyak perisa. Boleh juga beli untuk diletak dalam bekas minuman. Jarak satu restoren ke satu restoren sebenarnya membolehkan anda tidak membawa air tapi kurang digalakkan. Bagi yang bawa bekal air, cukup 1 liter seorang dan boleh menampung hingga sampai restoren seterusnya atau seterusnya lagi. 1 1/2 jam ke 2/12 jam jarak masa treking antara restoren. Pendaki slow pace boleh jadi 3 - 3 1/2 jam bagi tempat-tempat tertentu.

Air minum dijual di restoren termasuk air kosong
Sungai utama, Modi Khola atau Sungai Modi yang boleh dilihat dilembah sepanjang trek ABC bukan sumber air minum penduduk di ABC. Sumber air minum di penempatan-penempatan diambil dari sungai/ anak sungai di tepi gunung, cawangan Sungai Modi. Sumber air minum di atas, penempatan ditengah dan dilembah barulah Modi Khola. Air paip yang dibekalkan di penempatan adalah air yang telah dirawat. Boleh minum air paip tanpa dimasak.
Modi Khola (sungai) dan trek ABC sejajar
Modi Khola (sungai) tepi trek menghampiri MBC
Air sungai boleh minum? Air dari sungai utama, Modi Khola usah diminum, dikhuatiri bercampur dengan air sinki dan tandas dari penempatan. Air dari anak sungai yang mengalir dari tebing gunung, boleh diminum. Tiada penempatan diatasnya. Elakkan minum air dari anak sungai di Chomrong atau Sinuwa yang lalu ditengah-tengah penempatan.

anak sungai di tepi trek
Boleh terus minum
Boleh tambah bekal dalam botol minum
Apip perati aja kawan yang berhenti minum, sebelum nak mendaki tangga ni. hahaha
Banyak anak sungai lintas trek
Lintas anak sungai di Bamboo
Jambatan kayu untuk lintas jeram/sungai
Salji boleh minum? Buat ABC (air batu campur)? Boleh saja jika bersih dan tak tercemar serta tak terdampar diatas tanah/simen yang tercemar. Seeloknya masak dahulu. Cuaca sejuk masih lalu ke nak makan ABC!
panaskan salji waktu subuh
Kolam sejuk untuk ice challenge
lagi foto di FB album 'ABC waterfall'

- apip embi -

Posting sebelum ni ::