Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Friday, 6 September 2013

Pemilihan Ekspedisi Greenland 2014


Pemilihan Ekspedisi KE7B Greenland 2014 telah berjalan dengan jayanya pada 24hb Ogos 2013. Posting kali ini tak akan disamakan dengan posting Pemilihan pendaki Everest Felda 2013 walau jalan ceritanya hampir sama cuma berlainan versi.

Kalau diikutkan agak tersasar nak cerita tentang ekspedisi rentas Greenland di blog gerbang Gunung yang segalanya berlegar tentang gunung. Kalau ada kaitan pun tak banyak. Proses pemilihan ini dikawal selia ahli-ahli KE7B, kumpulan pendaki Everest Felda 2013, sukarelawan dari UiTM dan warga kerja Pusat Kesihatan UiTM sebagai pasukan medik.

117 perserta hadir dalam sessi pemilihan misi ini. Bertempat di Stadium UiTM Shah Alam. Beberapa orang ahli keluarga nampak turut hadir memberi sokongan pada keluarga mereka. Ada pakcik & makcik yang hadir dari kampung untuk sokongan moral anaknya. Dikalangan yang hadir pemilihan ni, warga gunung atau mereka yang dikategori sebagai pendaki gunung antara kelibat yang ada. Satu lagi golongan yang banyak, pelari marathon.

Gelagat-gelagat mereka yang hadir semasa pemilihan ini.
Ujian Kecergasan dijalankan dalam beberapa kumpulan
Anis, wira Everest menjaga masa ujian larian

Antara yang berusaha keras

Ketua Medik Everest Felda turut memberi saingan


Ujian ketahanan tangan
Giliran peserta wanita menonjolkan kemantapan

Sit up dari peserta wanita
Ujian keberanian untuk mencuba simulasi di Greenland
Kata-kata amanat dari Penasihat KE7B
Ujian pengetahuan
Ujian pengetahuan vs Ujian kejujuran
Perhatian yang diberi semasa Dato Akmar berucap
Penerangan program kepada peserta

Kejayaan kaedah latihan intensif selama 6 bulan pada misi KE7B Everest Felda 2013 akan diterap dalam misi Ekspedisi KE7B Greenland 2014. Berikut antara jadual intensif yang dirangka.

Bulan Aktiviti
September 2013 Climb/Strength/Team - Mt Nuang
Oktober 2013 Basic Skii & Polar - New Zealand
November 2013 Endurance - Trans Kinabalu
Disember 2013 Endurance - Trans Expedition
Januari 2014 Skii Training - Australia / Korea
Febuari 2014 Polar Training - Norway Mountain
Mac 2014 Preparation - MSN

Gunung antara medium yang tak dapat diketepikan dalam latihan misi ini. Bertuahkan mereka yang ada  profil gunung? atau bertuah mereka yang dapat peluang mendaki gunung bila terpilih dalam pemilihan ini.

Harith hadir merakam sessi pemilihan menggunakan hexakopter

Semoga Berjaya. MALAYSIA BOLEH dengan izin ALLAH.


Thursday, 5 September 2013

TEF2013-46 :: EBC - Kerenah Khidmat Helikopter

Khidmat Helikopter di antara EBC - Lukla ditawarkan dari beberapa airlines. Airline yang dimaksudkan adalah Mountain Helicopter, Simrik Airlines, Fishtail Air dan Dinasty Airlines. Helikopter jenis Ecureuil single engine turbo, 6 penumpang menjadi pilihan semua syarikat helikopter.

Semua helikopter ini berpengkalan di Khatmandu Airport. Helikopter akan ke Lukla Airport setiap hari untuk manawarkan khidmat Lukla - EBC. Penerbangan Lukla ke EBC memerlukan transit di Periche. Setiap pagi helikopter akan bawa 1 dozen tong minyak dan ditinggalkan di Periche. Dari Periche helikopter akan ke EBC.

Di EBC hanya 3 penumpang boleh dibawa turun ke Periche. Foktor udara yang kurang di EBC membuatkan muatan maksimum untuk berlepas berkurang separuh. Adakalanya beberapa bagasi terpaksa dicampak keluar bila helikopter gagal terbang.

Di Periche barulah 6 penumpang akan dibawa turun ke Lukla berserta beberapa bagasi. Sama seperti di EBC. Adakala bagasi terpaksa dicampak keluar bila helikopter gagal terbang. Helikopter akan berulang-alik ke EBC dari Periche selagi cuaca cerah. Minyak helikopter tadi ditambah bagi membolehkan beberapa trip ke EBC-Periche.

Menjelang tengahari barulah ada penerbangan Periche ke Lukla. 

Mountain Helicopter & Fishtail Air biasa juga digunakan untuk kerja menyelamat ke kem1 Everest. Fishtail dipandu oleh seorang Pilot berbangsa Itali dan agak gila-gila. Mountain ada beberapa helikopter dan agak kerap ke EBC sepanjang musim pendakian. Dinasty menawarkan pakej ekslusif EBC - Khatmandu.

Apa kerenah khidmat helikopter ye!

Harga satu helikopter 6 penumpang berbeza-beza mengikut syarikat helikopter. Harga dari agen juga berbeza-beza bagi syarikat yang sama. Inilah kerenah awal khidmat helikopter.

Kerenah seterusnya, tiada kepastian pada janji. Perbagai alasan diberi bila hari yang sepatutnya kami terbang tetapi tiada penerbangan untuk kami. Cuaca yang cerah dikatakan teruk. Alasan helikopter pergi rescue, walhal kami tak nampak pun ada helikopter ke camp1. Helikopter ada ke EBC tapi ambil penumpang lain dikatakan helikopter rosak tiada penerbangan. 3 hari kami diperlakukan begini di EBC. Ada yang seharian menunggu di helipad dan jadi rutin harian selama 3 hari. Alhamdulillah apip masih boleh rehat di Dining Tent dan berlari ke helipad bila helikopter tiba. Tak perlu melanggok di helipad. 
Rescue by helicopter Fishtail Air
Kerenah penerbangan lagi. 9 orang dari kami tersangkut di Periche tanpa penerbangan ke Lukla. Dari jam 10 pagi bawa ke 6 petang. Turn kami yang dijanjikan tapi penumpang lain yang dibawa turun ke Lukla. Tiada kepastian. Terpaksa menyewa hotel untuk bermalam di Periche.

Simrik Air di Periche
Hari berikutnya semua pendaki dah dibawa ke Periche. Tukar syarikat helikopter juga tak membawa makna. Hampir seharian juga kami menanti di helipad Periche. Drama semalam berulang lagi. Giliran kami entah bila, tiada kepastian, janji palsu sentiasa ditabur.

Dynasty Airlines di Periche
2 hari pemerhatian apip, rupanya penumpang Eropah lebih diutamakan. Juga mereka yang memberi sogokan lebih. Ada tukang jaga helipad yang menerima wang. Udahlah naik helikopter macam sadin. 6 orang + seorang lagi sherpa + barang selagi mampu terbang. Inilah asam garam kerenah khidmat helikopter.

Menantilah anda dengan sabar tanpa sebarang berita dari syarikat helikopter. Akhirnya setelah semua penumpang lain dah dibawa ke Lukla, tinggal pendaki-pendaki Felda sahaja. Giliran kami akhir sekali. 3 penerbangan diperlukan untuk bawa kami semua ke Lukla dari Periche. Jam dah dekat pukul 6. Cuaca tak menentu, kabus dah mula menyelubungi Periche dan tiada jaminan untuk penerbangan seterusnya.

Mountain Helicopter di Periche, cuaca berkabus menghalang penerbangan seterusnya
Apip beri ruang pada pendaki utama, wira Everest pada penerbangan ke-2. Baki pendaki yang tinggal pergi ke hotel berdekatan. Agak tipis peluang kami pulang ke Lukla hari ni dengan helikopter. Andai ada helikopter datang. itulah giliran kami, kalau tidak kami tercongak-congak untuk segala kemungkinan. Gelandangan di Periche atau trekking malam ke Lukla. 

Akhirnya datang lagi helikopter untuk penerbangan kami. Berlari kami ke helipad. Alhamdulillah, bila kita bagi peluang pada orang lain untuk trip awal, rezeki kita tetap ada. Ketiabaan kami di Lukla disambut girang teman-teman yang lain.

#Apip terasa lubang hidung macam besar bila menjejak kaki di Periche. Banyaknya Oksigen. Baru terasa nikmat ada Oksigen.
Apip di Periche berlatar belakang Gunung Labuche

Wednesday, 4 September 2013

TEF2013-45 :: EBC - Sambutan Hari Lahir


Dua bulan bersama, ada beberapa pendaki yang tarikh ulangtahun kelahiran berada dalam tempoh ekspedisi. Nak tak nak, sambutan wajar diadakan.

Tanggal 14 April, hari lahir apip. Masa ni kami berada di Island Peak Basecamp. Hari mendaki ke Island Peak. Pulang lewat petang ada yang sampai ke basecamp awal malam. Ramai yang skip makan malam sebab terlalu penat. Rupanya Zahid & Sharul dan berurusan dengan Ketua Chef untuk buat kek. Lepas sarapan pagi esoknya baru disambut hari lahir dengan kek keju.

20hb April, Ketua Ekspedisi, Qobin. Tapi masa ni Qobin dah balik ke Malaysia. Kami di Lobuche hanya menyampaikan MMS semasa tiba di Gorakshep. Tiada sambutan lain dari kami. Nak makan besar kira mimpilah. 

Apip secara tak rasmi jadi Birthday Coordinator di EBC dengan kerjasama dari Sharul. Penyimpan senarai birthday boy dan birthday girl ahli ekspedisi. Hari birthday, Ketua Chef disuruh buat kek untuk sambutan birthday. Su yang lahir 24 April diraikan selepas makan malam dengan kek keju berkrim siap ada lilin lagi.

Rasa seronok malam-malam ada kek, ada makanan tambahan. Ada majlis, ada keraian. Minggu seterusnya Apip bikin sambutan untuk Abg Ramli. Ramli yang lahir 5hb satu (Januari)/ 5/1 disambut 1hb lima (Mei)/ 1/5. Tersalah tarikh, janji nombor satu ada, nombor lima ada. Malam ni sekali lagi kami dihidangkan dengan kek. Kek Pai Epal. 

Ketua Jurulatih, Pa'am atau lebih dikenali dengan M Bro disini, disambut lewat memandangkan masa hari lahir dia tak berada di EBC. Mendaki untuk acclamatize. Yang pasti semua birthday boy/girl ada diraikan. Semenjak tahu Chef boleh bikin Epal Pai. Kek keju dah ditolak dari menu.

Kek meraikan VIP, sekali lagi Epal Pai diminta. Kali ini toping pai dibikin lebih menarik. Agaknya banyak makanan Malaysia yang didatangkan bersama kehadiran VIP. Tak terhabis kek ini.

Akhir sekali Acap atau nama sebenar Ashraff Halim, wira Everest diaraikan di EBC selang beberapa hari selepas hari lahir sebaik sahaja kembali ke EBC turun dari puncak Everest. Masa ni Chef dah tak ada mood nak buat kek. Entah dah kemas kut peralatan kek. Desak punya desak. Akhirnya ada juga kek. Kali ini keraikan bukan sahaja untuk ulang tahun kelahiran, tapi penuh makna sebagai wira Everest. 



Tuesday, 3 September 2013

TEF2013-44 :: EBC - Berkemas


Berkemas & pulang, dua perkataan ni dah mula bermain di minda selepas berita kejayaan Pendaki Everest Felda. Suasana di EBC juga dah mula berubah. Kebanyakan kem dah mula berkemas, khemah diruntuhkan dan dah ada yang mula pulang meninggalkan EBC.

Tak sampai seharian pendaki Everest Felda berjaya. Pendaki-pendaki Everest Felda tak sampai pun lagi ke EBC. Khemah Makan Sherpa dah diruntuhkan. Barang-barang dah dikemaskan. Keesokannya yak dah menunggu untuk membawa pulang sebahagian barang-barang di kem kami.
Sherpa Dining Tent dah diruntuh dan barang-barang dibungkus
Yak-yak sedia bawa pulang sebahagian barang-barang di Kem Felda
Barang-barang peribadi pendaki utama juga diarahkan kemas sebelum mereka tiba di EBC. Kami semua dijanjikan pulang dengan helikopter dari EBC ke Lukla sebagai hadiah kejayaan pasukan. sebahagian khemah tidur telah diruntuhkan. Berkemas.
Beberapa Khemah tidur di Kem Felda mula diruntuhkan
Suasana di EBC semakin hari semakin tak meriah. Terasa kesunyian. Pasukan yang lebih awal turun, lebih awal meninggalkan EBC. Kumpulan Yak & porter dah makin ramai di EBC mengurus perpindahan keluar dari EBC. Sebahagian besar khemah dah hilang dari EBC. Yang tinggal hanya tapak khemah. Hiruk pikuk di EBC dah bertukar jadi sunyi. 

EBC tidak lagi penuh dengan khemah
EBC tinggal tapak khemah, nun jauh Kem Felda masih lagi wujud.
Semangat untuk pulang bertambah kencang.
Berkemas.


Siap sedia mengemas duffel beg pendaki utama.
Barang-barang pendaki utama kami kena kemaskan. Rancangannya, pendaki utama turun ke EBC terus terbangkan ke Lukla.

Sambut & menguruskan pendaki utama di Crampon Point
Wira-wira Everest sebaik sahaja turun ke EBC

Monday, 2 September 2013

TEF2013-43 :: EBC - Emosi Menanti Berita Pendaki



Kejayaan pasukan lain dah didengar.
Kejayaan pasukan sendiri pula dinantikan.
Apa cerita pasukan KE7B Everest Felda 2013.
21hb Mei 2013 tarikh yang cukup mendebarkan.

Debaran bermula sejak langkah pertama untuk ke puncak Everest dari South Col atau Camp 4 pada tanggal 20hb Mei jam 8 malam. Komunikasi yang terhad melalui walkie-talkie ke basecamp diharap disusuli dengan berita-berita gembira.
Menanti berita melalui walkie-talkie
Malam ni kami kebanyakan kami tidur di Dining tent, walkie-talkie diletak berdekatan untuk mendengar status dari pendaki. Communication Tent pula dipenuhi dengan sherpa yang turut ingin berdamping dengan radio komunikasi. Masing-masing tidur-tidur ayam.
Tidur di Dining Tent yang menjadi Khemah Utama
Carta kedudukan pendaki dan masa berada disesuatu check point didirikan di Dining Tent. Berita kejayaan pendaki pertama amat mengharukan. Sayu rasa dihati. Agaknya ini juga yang dirasa oleh teman-teman lain di EBC. 
Siaga
Hari yang penuh emosi ini nampaknya tak cepat tamat. 23hb Mei, sekali lagi kami menanti kejayaan pendaki, Anis dengan penuh debaran dan emosi. Kali ini kami lebih yakin kejayaan pasti tiba. Baik kami pendaki sokongan mahupun sherpa di EBC semua menanti penuh debaran.

Lebih mengharukan, Aziq yang sepatutnya menjadi pendaki utama, terpaksa melepaskan peluang ni kerana mengalami frosbite. Kecergasan Aziq tak perlu dinafikan lagi. Keupayaan pendaki lain berjaya membawa makna Aziq juga dah boleh berjaya. Kami memeluk Aziq bagi meredakan emosi dia. Kami pun tak terlepas dari mengalir air mata.
Terharu - gembira bercampur sedih
TAHNIAH pendaki-pendaki Everest negara.


Giliran Kem Felda merai kejayaan dengan paluan periuk-miuk
Ada yang menari gembira

Bergambar untuk media - Kejayaan Malaysia


Thursday, 22 August 2013

Columbia Headstream


Jam Columbia Headstream, jam dari jenama outdoor terkenal Columbia. Jam ni pilihan alternatif bagi peminat jam outdoor yang inginkan fungsi ABC (Altimeter, Barometer & Compass). 

Fungsi yang ada pada jam ni seprti dibawah. Cedok dari website Columbia.

FEATURES:
  • Altimeter
  • Barometer/temperature
  • Compass
  • Sail Timer with audible alarms
  • 100 hour chronograph; lap memory; 5 interval timers
  • Water-resistant to 10 ATM; one atmosphere (ATM)=32 feet of water
  • Imported

Mengena Headstream pada tangan memang satu kelainan, apatah lagi di Malaysia rata-rata memakai jam Suunto dan Casio.

Mungkin sukar nak bandingkan kesemua jam yang apip pakai / review sebelum ini, Casio, Timex, Suunto, Garmin dan Columbia. Kesemua jenama yang mempunyai ciri ABC ini dah ada beberapa model. Agak tidak adil nak bandingkan model yang lama dengan model yang baru.

Apa yang apip rasa best pada Columbia Headstream ni. 

Dari mata jatuh ke hati. Rupa yang sesuai dikenakan dihari kerja pejabat, semasa pakaian kasual dan sesuai dengan lapangan outdoor. Nampak mewah sikit dengan badan jam yang crome. Cermin yang besar dan memenuhi ruang jam. Kombinasi warna Kelabu-biru pada tali jam menjadi tarikan.
Butang berbentuk klasik pada Headstream
Keselesaan semasa memakai, tali getah yang tidak terlalu lembut dan tidak keras. Sedap dikenakan pada tangan. Review masa masih baru ni. Lilitan tali jam kemas walaupun dipakai pada lubang terkecil jam. Sesuai dengan yang (diameter) tangan kecil.  Rongga yang besar di kedua belah pangkal tali jam ini banyak memberi ruang untuk kulit bernafas. Pengunci tali jam. Satu ciri baru bagi model-model baru sekarang ini.
Pengunci tali jam
Headstream yang didatangkan dengan pakaging menarik, berkotak besi. Manual yang ringkas dan mudah dipelajari. Harga yang ditawarkan kompetetif untuk model yang setara dari jenama lain.

Klik untuk Butir Lanjut Headsteam


Tuesday, 20 August 2013

TEF2013-42 :: EBC - Tips Kesihatan

Posting kali ini apip nak kongsi sedikit tips kesihatan yang dipelajari semasa di EBC. 

1. Elakkan tidur di Dining Tent yang ada heater. Pembakaran memerlukan Oksigen dan sebahagian Oksigen dalam khemah digunakan semasa proses pembakaran. Hanya sebahagian Oksigen tersisa untuk anda bernafas. #Tips ini amat penting terutama buat mereka yang dalam proses acclamatize.

2. Minum air yang cukup untuk badan berkumbuh. Ramai juga yang minum air cukup sekadar tekak tak kering. Memeluk botol 2 liter berisi air panas semalaman semasa tidur tanpa meminum air sekurang-kurangnya 1.5 liter bertentangan dengan nasihat perubatan. Sakit pecah mulut dan bibir kering tak akan pulih dengan kaedah memeluk air panas sahaja. Acclamatize juga memerlukan minum air yang cukup bukan sahaja cukup tidur.
#Dr Anuar Suun menasihatkan minum air 5 liter sehari.

3. Bertindak aktif / aktifkan badan memudahkan proses acclamatize. Pasif atau sentiasa meletakkan  badan dalam keadaan 'shutdown' (tidur) menyebabkan badan berkerja secara 'default' untuk mendapat Oksigen serta proses-proses lain dalam badan.

#Pakai down jacket semasa suhu menurun, sub-zero. Guna konsep layering. Tambah layer / lapisan pakaian berkadar dengan penurunan suhu. Alasan takut nampak gemuk bila mengenakan down jacket dan menyebabkan diri kesejukan serta memudaratkan kesihatan patut dielakkan.


Khemah menunggu di HRA


'doktor' merawat pesakit


Monday, 19 August 2013

TEF2013-41 :: EBC - Berita Kejayaan Di EBC


Berita kejayaan di EBC dinanti-nantikan oleh setiap pasukan yang berkampung di EBC. Mula jam 6 pagi hingga jam 10 pagi adalah waktu kemuncak pendaki tiba di puncak Everest.

Bunyi ketukan periuk menandakan kejayaan menjejak kaki ke puncak Everest. Inilah cara kejayaan dirai oleh masyarakat Sherpa di EBC. Berita yang disampaikan melalui walkie-talkie disambut ria di EBC.
Foto Hiasan - Kem Lain di EBC
'Second Window' dijadualkan paling ramai pendaki ke puncak Everest. Hampir 500 pendaki termasuk sherpa akan ke puncak Everest. Ada 3 windows dijangka, first windows 8-10 Mei, Second Windows 18-24 Mei dan Third windows 26-28 Mei.

Window merujuk pada cuaca baik / puncak Everest terbuka dari awan. Dimusim pendakian ada beberapa kali puncak Everest akan terbuka. Jadual pendakian dibuat berdasarkan ramalan cuaca (weather forecast) dan startegi masing-masing. 

18 dan 19 haribulan Mei gendang periuk di kem bersebelahan sudah berbunyi. Waktu ni pasukan KE7B Everest Felda 2013 masih lagi berjuang mendaki ke kem 4. 21hb Mei baru tarikh ke puncak Everest. 

Jadual pendakian setiap pasukan
Berita kejayaan pasukan-pasukan lain turut tersebar dari mulut ke mulut. Status kejayaan menjadi topik utama di EBC bila kami melalui khemah pasukan-pasukan lain. Ada juga terselit berita kegagalan selain cerita kejayaan.

Kejayaan pasukan lain, menaikkan debaran kami di EBC. Mengharapkan hal yang sama dapat dirasai dan dapat meraikan sama seperti kem pasukan lain di EBC.


Friday, 16 August 2013

TEF2013-40 :: EBC - Pendaki Yang Pulang


Tiga orang pendaki sokongan yang diceritakan pulang awal dari EBC semasa hari lawatan VIP. Post kali ini akan diceritakan alkisah dan testimoni terhadap mereka.

3 orang pendaki dikalangan anak Felda diminta pulang oleh pihak pengurusan misi ini, KE7B. Tujuannya untuk melaksanakan tugasan lain di tanahair. Krew media dan krew KE7B pula akan dibawa masuk mengisi kekosongan mereka di EBC.

Hari yang hampir tiba, Kem Sadar membuat keputusan selepas mengambil kira pandangan ketua ekspedisi dan pendaki-pendaki senior. 3 orang yang diputuskan dimaklumkan kepada 17 pendaki selepas waktu makan di khemah utama.

3 orang yang dipilih, dijangkan mampu melaksanakan tugasan yang diberi, ada 'mobility' iaitu boleh bergerak untuk melaksanakan tugasan di tanahair. 

Fizi, Zahid dan Ideris (Kem Sadar) nama yang diumumkan. 2 orang lagi anak Felda yang mempunyai kriteria yang sama terpaksa dikecualikan; Aziq perlu dapatkan laporan perubatan Frosbite sebelum pulang ke Malaysia. Sharul pula agak terikat dengan tugasan masakan setiap masa.

Sikap rajin, berdikari, bertanggungjawab, ada inisiatif, proaktif, prihatin, ada self-motivation serta ada daya ketahanan diri merupakan aset buat mereka berlima ini.

Semoga dengan kenyataan ini dapat menyangkal kata-kata yang menyatakan mereka disingkir mahupun tak upaya bertahan dalam misi ini. Yang terbaik dipilih pulang dan sebaliknya.

Lambaian pulang

Thursday, 15 August 2013

TEF2013-39 :: EBC - Lawatan VIP Malaysia


Berita lawatan VIP Malaysia di Kem Felda, EBC telah pun tersiar di media Malaysia. Post kali ini bukan untuk ceritakan kembali berita berkenaan. Bukan juga untuk pendedahan VIP terlibat. Lawatan ini membawa makna yang besar di Kem Felda, EBC.

Kata-kata semangat serta peransang dari VIP-VIP buat pendaki utama semoga menambahkan lagi semangat juang pendaki.

Keseksaan hidup di EBC tak dapat dikongsi bersama dengan tetamu yang kelihatan tidak berapa selesa untuk bernafas mahupun bergerak aktif. Mengantuk menjadi penyakit bila oksigen kurang.

Keceriaan kami dimata tetamu mungkin juga tak menunjukkan hidup di EBC ada cabaran. Apapun lawatan VIP-VIP Malaysia di Kem Felda menceriakan hari rehat kami di EBC.


Sessi Fotografi bersama VIP Malaysia