Tuesday 10 September 2013

TEF2013-48 :: Keraian Di Kathmandu


Travelog Everest Felda 2013 akan diteruskan sehingga misi ini tamat. Posting-posting fasa akhir ini mungkin bukan lagi hal di Everest Base Camp, hal di Himalaya mahupun hal yang berkisar dengan pendakian. Inilah apa yang kami lalui kkususnya apip alami sebelum misi pulang ke tanahair.

Berita kejayaan Pasukan Everest Felda 2013 dah tersebar di tanahair. Peranan media yang meletakkan berita ini di ruangan utama memudahkan kami mendapat perhatian. Di Kathmandu kami mendapat jemputan dari Pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal. 

Sebaik sahaja tiba di Kathmandu, kami bergegas pula ke Pejabat Kedutaan untuk sambutan di sana. En Fadli Adilah, Counselor bersama kakitangan Pejabat Kedutaan meraikan kami. Masakan Malaysia menjadi menu hidangan. Apa lagi masing-masing bedal.
Bergambar di Kedutaan Malaysia, Nepal
Malamnya kami set satu tempat untuk saling meraikan antara Pasukan Everest Felda 2013 dengan Pasukan Putrajaya yang baru berada di Kathmandu. PizzaHut berdekatan Thamel menjadi lokasi sambutan kami. Apip mohon ruang untuk 40 orang di reserve jam 8 malam. Kami dirai dan mereka turut dirai untuk permulaan ekspedisi Everest Base Camp. En Fauzan, mentor Everest climbing kami turut ada bersama.
Kek sambutan dari Hotel Royal Penguin, Thamel, Nepal
Hampir lewat malam baru kami pulang ke hotel kami dan dirai pula oleh hotel. Kek keraian dibuat khas untuk kejayaan kami. Ketua Pendaki, Anis memotong kek sambil lagu selamat buat kami dinyanyi beramai-ramai. 
Turut diraikan anak-anak Johor Darul Ta'zim yang ditemui di Nepal
Hari berikutnya, jalan-jalan kami sekitar Kathmandu, bila terserempak dengan orang Malaysia, sekali lagi kami dihujani ucapan tahniah. Bergambar. Nampak dunia baru buat wira-wira Everest negara. Kemana pergi, ada yang ingin bergambar bersama.


1 comment:

  1. That moment when we stepped our foot on Kathmandu soil after two months live in the thin air and drama.

    Huge relief.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete