Monday 9 September 2013

TEF2013-47 :: Lambaian Lukla dari Cinox

Hari berikutnya kami merancang meninggalkan Lukla ke Khatmandu menggunakan helikopter Cinox. Helikopter yang berkapasiti 24 penumpang. Andai kami beli tiket penerbangan Aircraft besar kemungkinan queue kami dalam beberapa hari lagi. Sedangkan mereka yang telah membeli tiket  pun masih menanti-nanti penerbangan yang dihadkan penerbangan atas faktor cuaca. 

Agen yang dikenalpasti cuba dapatkan kami khidmat sewa cinox. Khidmat cinox ditawarkan oleh syarikat Shree Airlines. Sama seperti helikopter lain, base helikopter ini di Khatmandu. Seawal pagi kami dah menanti di helipad Airport Lukla. Ada beberapa kumpulan lain turut menanti. Tak kurang juga bagasi-bagasi entah dari kumpulan mana dah berada di helipad.

Ingatkan urusan lancar rupanya ada juga kerenah. Ada juga pasukan lain yang turut berebut mendapatkan helikopter ini. Ada pula yang berurusan dengan agen untuk bagasi mereka setelah kami dapat mengesahkan trip kami yang pertama. 
Simen di bawa dari Khatmandu ke Lukla
Hal ini serba sedikit menaikkan kemarahan kami sebagai penyewa cinox dan paymaster. Setiap barang yang masuk perlu berurusan dengan paymaster bukan dengan agen sebab kami dah sewa satu helikopter termasuk ruang kargo.
Beginilah suasana kami dalam Cinox
Bukan semua barang muat diruang kargo rupanya. Laluan tengah diantara kerusi terpaksa diletak beberapa kargo. Ada yang terpaksa meriba kotak-kotak dan beg. Dibahagian ekor (pintu ekor) tidak diletak barang rupanya. 
Satu - dua kargo ditambah di pintu ekor helikopter tanpa bayaran ke paymaster.
Akhirnya berjaya juga kami memenuhkan helikopter ini. Apip duduk bersebelahan Aziq di belakang sekali. Memandangkan kerusi kami basah. Kami bertinggung sepanjang penerbangan. Bunyi bising kipas dan getaran skrew adakalanya menakutkan. 

Seat belakang sekali Cinox
Alhamdulillah sekali lagi penerbangan kami selamat mendarat di Khatmandu Airport.


Tepi tingkap dan tepi pintu kecemasan dalam Cinox
Bergambar sebelum berlepas dari Lukla ke Khatmandu

2 comments:

  1. bermacam adegan, bermacam ragam dalam berurusan dengan warga Nepal.

    Sabar jelah.

    ReplyDelete