Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Friday, 27 September 2013

TEF2013 :: Epilog

Alhamdulillah pengalaman sepanjang dalam Ekspedisi Everest Felda 2013 (TEF2013) dapat dikongsi di blog Gerbang Gunung untuk bacaan umum. Inilah kisah kami, apa yang ada disekeliling kami, yang mampu dirakam dan dicatatkan. Foto yang mampu di 'shoot'. Mungkin banyak berkisar tentang apip lebih dekat. Inilah yang dapat diabadikan.  Tujuan penulisan ini seperti dimaklumkan dalam prolog, untuk manfaat pendaki berikutnya khususnya rakyat Malaysia...

Thursday, 26 September 2013

TEF2013-54 :: Resepi Kejayaan

Kejayaan adalah ketetapan Illahi. Kita sebagai manusia perlu berusaha dan setiap usaha mesti ada resepi. Ini resepi yang apip rasakan. Resepi asal kena tanya pada pengurus Ekspedisi, Qobin. 1. Pengurus yang berpengalaman - dalam menguruskan ekspedisi besar dan peringkat antarabangsa. Berjaya menguruskan dari mula mewujudkan program, mendapat dana, mendapat penyertaan hingga ke peringkat sambutan. Ada pengalaman dalam pendakian Everest...

Tuesday, 24 September 2013

TEF2013-52 :: Melangkah Pulang

Langkah pulang kami pasukan Everest Felda 2013 meninggalkan Khatmandu. Seawal pagi kami dah check out Hotel Royal Penguin tempat kami menginap. Langkah pulang kami turut diraikan oleh beberapa pihak. Pihak Hotel, EverQuest dan Nepal Tourism hadir mengalungkan kami selendang sutera dan mengucapkan selamat jalan. Kemesraan memang dirasai dan sedikit rasa terharu meninggalkan Nepal. Di Nepal Airport, kami turut disambut dari Penerbangan...

Friday, 13 September 2013

TEF2013-51 :: Sampah, Selut, Salak

Misi berjalan-jalan sekitar Khatmandu tak disentuh tentang apa yang apip perhatikan dipersekitaran. Posting kali ni nak cerita pengalaman berjalan di Khatmandu, diluar Thamel Road. Wajah sebenar Khatmandu. Pengalaman sebagai traveler. Sampah, Selut dan Salakan Anjing, tiga perkataan dari huruf S yang dapat menggambarkan wajah sebenar Khatmandu sepanjang penjelajahan apip. Sampah bukanlah perkara yang cukup sukar ditemui di sekitar Khatmandu....

Thursday, 12 September 2013

TEF2013-50 :: Masjid Di Khatmandhu

Misi mencari Masjid di Khatmandu termasuk dalam misi berkelana. Lawatan ke kuil-kuil sekadar untuk mengisi kekosongan masa, lawatan ke masjid untuk pengisian kerohanian.  Bersumberkan informasi dalam peta yang ada tulis Muslim religion place. Apip cuba tuju ke tempat yang dimaksudkan. Kewujudan Masjid tidak diketahui masyarakat Hindu dan Buddha. Agak sukar nak dapatkan tempat yang tepat untuk ke Masjid.  Dari Thamel berjalan kaki...

Wednesday, 11 September 2013

TEF2013-49 :: Lawatan Tempat Pelancongan

Rum Doodle Bar - menawarkan minuman percuma buat semua pendaki Everest Kembali berada di Khatmandu kali sementara menanti hari penerbangan pulang. Kali ini kami tinggal di salah satu hotel di Thamel Road. Aktiviti menziarah kedai-kedai berjalan kembali. Ada yang bertujuan membeli, ada sekadar untuk berborak-borak dengan pekedai. Window shopping memang tak akan sudah. Beberpa hari di Khatmandu rasa rugi andai tak melawat ke mana-mana dan...

Tuesday, 10 September 2013

TEF2013-48 :: Keraian Di Kathmandu

Travelog Everest Felda 2013 akan diteruskan sehingga misi ini tamat. Posting-posting fasa akhir ini mungkin bukan lagi hal di Everest Base Camp, hal di Himalaya mahupun hal yang berkisar dengan pendakian. Inilah apa yang kami lalui kkususnya apip alami sebelum misi pulang ke tanahair. Berita kejayaan Pasukan Everest Felda 2013 dah tersebar di tanahair. Peranan media yang meletakkan berita ini di ruangan utama memudahkan kami mendapat perhatian....

Monday, 9 September 2013

TEF2013-47 :: Lambaian Lukla dari Cinox

Hari berikutnya kami merancang meninggalkan Lukla ke Khatmandu menggunakan helikopter Cinox. Helikopter yang berkapasiti 24 penumpang. Andai kami beli tiket penerbangan Aircraft besar kemungkinan queue kami dalam beberapa hari lagi. Sedangkan mereka yang telah membeli tiket  pun masih menanti-nanti penerbangan yang dihadkan penerbangan atas faktor cuaca.  Agen yang dikenalpasti cuba dapatkan kami khidmat sewa cinox. Khidmat cinox...

Friday, 6 September 2013

Pemilihan Ekspedisi Greenland 2014

Pemilihan Ekspedisi KE7B Greenland 2014 telah berjalan dengan jayanya pada 24hb Ogos 2013. Posting kali ini tak akan disamakan dengan posting Pemilihan pendaki Everest Felda 2013 walau jalan ceritanya hampir sama cuma berlainan versi. Kalau diikutkan agak tersasar nak cerita tentang ekspedisi rentas Greenland di blog gerbang Gunung yang segalanya berlegar tentang gunung. Kalau ada kaitan pun tak banyak. Proses pemilihan ini dikawal selia...