Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Friday, 8 February 2013

Dijemput ke Everest

Everest - photo MailOnline

Pendakian ke puncak tertinggi dunia mahupun berada dalam pasukan yang mendaki ke puncak Gunung Everest antara impian ramai pendaki. 

Negara kita, Malaysia sekali lagi akan ada pasukan yang akan ke G. Everest. KE7B Everest Felda yang akan dibarisi pendaki anak-anak Felda serta pendaki KE7B akan merealisasikan pada tahun 2013. Program bermula September 2012 dengan penapisan resume bakal pendaki, seterusnya pemilihan pertama .

Mengimbau kembali liku-liku yang harus ditempuhi pendaki untuk berada dalam mana-mana kelompok pasukan pendaki Everest. Rata-rata pendaki berdepan banyak halangan, rintangan dan cabaran. 


Apip yang mendapat jemputan daripada Saudara Qobin melalui mesej FB. Mudahkan. Sahabat-sahabat dikelilingi terus menghujani dengan ucapan tahniah, syabas dan sebagainya. Tak terlepas juga yang turut bertanya " 'Paris' ada FELDA ke?" tanpa mengetahui KE7B sebagai penganjur turut berhak menghantar pendakinya atau pilihannya sendiri.

Lain dari orang lain, tawaran ini buat Apip jadi bengong. Tak pasti nak balas dengan terima kasih atau apa, buat sahabat-sahabat yang mengucapkan tahniah. Tak pasti tawaran ni perlu disambut dengan kesyukuran atau banyak bermunajat. Tak pasti ini bahana atau bencana yang besar dalam hidup ini. Atau satu rezeki yang besar.

Dalam kebengongan ini, satu pertemuan dengan Qobin direncana untuk satu kepastian. Apa komitmen yang diharapkan. Moga tiada rasa terhutang budi sebab Apip rajin menjengah sejak dari Pemilihan Calon lagi. 

Mudahnya perjalanan ini untuk bersama pasukan Everest. Mewujudkan profil pendaki bukanlah satu yang mudah dan diambil mudah. Lebih sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai seorang pendaki. Bukan lagi pendaki picisan walau adakala mendaki gunung-gunung picisan.

Peluang menyertai pendakian demi Negara nampaknya besar. Konflik kerja yang juga atas nama Negara juga besar. Bekerja untuk Sistem Keselamatan Negara / Public Safety juga memerlukan komitmen yang besar. Sudikah majikan melepaskan diri ini dari bekerja untuk negara ke mendaki untuk negara?

Apa signifikan dapat peluang dalam pasukan Everest. "Barangsiapa mengejar akhirat, maka akhirat dan dunia, kedua-duanya akan berlari mendapatkannya." dari Imam al-Ghazali. Teringat doa Apip sepanjang 2012 untuk dijemput ke Tanah Suci bersama 1steri Khairinah Binti Chumari. Jemputan ke Tanah Suci belum diterima, jemputan ke Everest yang menyusul, tempohnya hampir sama, 2 bulan. 

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, ambillah iktibar, usah kita alpa pada Illahi dalam mengejar aktiviti gunung. Insya'Allah pulangannya ada.

Wednesday, 30 January 2013

Sapa - Syurga Outdoor Shopping



Rambang mata dan mabuk shopping jaket outdoor antara istilah yang menggambarkan bila berjalan di Sapa Town, Vietnam. Deretan gerai yang menjual jaket outdoor jenama antarabangsa dengan harga yang jauh lebih murah menjadi tarikan utama pengiat gunung mahupun pengunjung dari negara Barat.


Buat pendaki Gunung Fansipan, Sapa adalah bandar persinggahan yang biasa menjadi tempat menginap sama ada sebelum mendaki mahupun selepas mendaki. Sapa berjarak 30KM dari Bandar Loa Cai, di utara Negara Vietnam. 

2013 - Jenama seperti The North Face (TNF) menggantikan jenama Colombia sebelum ini (2009). Kepelbagaian jaket dari Fleece, Softshell, DownJacket, Outer Jacket, RainJacket, Dual layer Jacket serta aksesori lain seperti sarung tangan, stokin, snow hat dijual disini. Jacket bukan GoreTek mahupun GoreTek. 

Gerai-gerai jacket outdoor didirikan sepanjang jalan berhampiran Sapa Church diantara Jalan Ham Rong - Jalan Pham Xuan Huan. Selain ini, Butik outdoor juga telah ada di Jalan Pham Xuan Huan. Lihat saja kedai bertulis 'Outdoor' atau seumpama. Kedai Jaket juga banyak disepanjang jalan ini menjual item yang hampir sama. 

Selain jenama TNF, jenama Jack Wolfskin dan Colombia juga ada terselit sedikit dan agak terhad. Down Jacket atau seperti down Jacket tanpa jenama hasil dari produk tempatan juga ada dijual sama. Penawaran jenama TNF begitu tinggi ketika kunjungan di awal tahun 2013.

Original kah produk ni? Produk 'Made in Vietnam' baik yang original mahupun yang 'imitation' memang agak sukar dibezakan dengan sekali pandang. Teleklah fabrik, logo, jahitan dan sebagainya untuk pastikan keasliannya. Rata-rata kelas A atau B imitation dijual disini. 

Harga pula boleh ditawar bergantung pada kelebihan pembeli. Barangan dijual dalam harga US Dollar (USD) dan juga Vietnam Dong (VND). Kebiasaannya harga belian dalam USD lebih menguntungkan berbanding dibayar dengan VND.

Produk lain yang turut dilambakkan trekking shoes. Jenama TNF juga yang melimpah. Satu butik TNF kini ada di Sapa selain kedai-kedai Outdoor dan gerai-gerai outdoor. Harga barangan di kedai juga tidak tinggi. Mungkin sebab dijual dari negara pengilang. 
Dibeli USD20

Sapa - Syurga Barangan Outdoor.

Monday, 21 January 2013

Meninjau Gunung


Meninjau Gunung / Rentis

 Teknik meninjau dari tempat tinggi untuk tujuan menjajar rentis ke sesuatu destinasi. Teknik ini bukan perlu diguna semata-mata bila kita tersesat dihutan. Pohon yang tinggi boleh digunakan sebagai tempat meninjau, kalau ada menara tinjau tak perlu pohon. Puncak yang lebih tinggi juga boleh jadi tempat meninjau rentis.

Teknik ini hanya boleh digunapakai bila cuaca baik, tidak berkabus atau malam yang diterangi cahaya bulan. Waktu gelap gelita apa pun tak nampak. Waktu siang lebih baik dari waktu malam. Lebih terperinci apa yang dapat kita lihat. 

Teknik Meninjau Rentis juga dapat mengesahkan kedudukan kita dalam peta topologi. Teknik ini digunapakai bagi mereka yang masuk ke hutan hanya berbekalkan peta & kompas. Kini kewujudan GPS banyak membantu pendaki-pendaki.

Nak lihat apa ye'. LIhatlah rentis yang mungkin kita dapat lalui hingga ke destinasi. Selain dari perancangan diatas peta topologi, Meninjau Rentis dapat membantu menjajar rentis dengan lebih baik. Kita dapat lihat rabung, tebing tinggi, tanah runtuh, permatang putus, pecahan-pecahan rabung, jalan balak dan sebagainya. Maklumat ini perlu dipadankan kembali dengan struktur kontor dalam peta topologi. 

Kenapa nak padan dengan peta topologi. Mungkinkah peta topologi salah? Stuktur muka bumi boleh jadi berubah bila ada tanah runtuh, Wujud tebing tinggi yang tidak dinyatakan dalam peta topo dan jajaran rentis yang dirangka atas peta topo perlu dilaraskan sesuai dengan situasi sebenar hasil dari tinjauan rentis.


Contoh Kes - G. Hantu, Jelebu
G. Hantu dilihat dari puncak G. Besar Hantu. Jajaran rentis dilakar untuk memastikan tidak terlajak turun di rabung (lihat rabung turun di bahagian kanan-tengah foto . Jajaran rentis juga perlu dilencongkan bagi mengelak tebing tinggi (lihat tebing batu di foto). Kewujudan dua puncak yang hampir setara tingginya dan agak berdekatan hasil dari Meninjau Rentis dapat mengelakkan pendaki mendaki puncak yang salah dan beranggapan telah tamat misi mencari puncak sebenar. Lihat peta dibawah hanya satu puncak yang ada. 
Rentis yang dilakar sebelum Meninjau Rentis

Rentis yang dilakar selepas Meninjau Rentis
Meninjau Rentis membolehkan kita melaraskan arah kompas (declination). Arah sasaran yang dikenalpasti dapat kita set dengan kompas. Selain melaras kompas menggunakan maklumat peta topologi serta kiraan, menghalakan kompas ke arah sasaran, terus dapat bearing. 

G. Bubu West, K. Kangsar mungkin dinamakan 'West' sebab berada sedikit dibarat G. Bubu, merujuk pada grid peta. Hasil Meninjau Rentis dari G. Bubu, Puncak G. Bubu West adalah arah Utara mengikut utara magnet. 

G. Warpu, Lodging pula mempunyai puncak tipu, kesilapan bearing (declination) boleh membawa pendaki ke puncak tipu semata-mata tanpa mengetahui kewujudan puncak sebenar. Meninjau Rentis perlu bagi memastikan tiada puncak lain diradius berdekatan.

-apip embi-

Thursday, 17 January 2013

Di media dengan pendaki cilik

Foto Ayra Adeena ( 8 thn) pertama kali terpampang di media cetak KOSMO, 10 Januari 2013. Kisah pendakian di Gunung Perlis, Banjaran Nakawan dinukil saudara Faizal FBK. 


Ayra berbaju biru ditengah-tengah bersama OGKL
Si anak & Si ayah
Klik untuk Zoom & lebih mudah dibaca.




Monday, 7 January 2013

Aura Gunung


Aura Gunung

Foto Hiasan - Nampak aura gunung?
Gunung mana yang beraura pada tahun 2013? Iyakah gunung berAURA? Kalau batu gunung beraura, mungkinkah gunung juga beraura? beraura jugakah penjaga gunung, orang gunung dan mereka yang berdamping dengan mereka ini.

Batu gunung berapi beraura dan menghasilkan tenaga sudah lama ditulis dalam media dan iklan jualan batu gunung. Konsep tenaga tidak pupus pada batu gunung yang dijual memang menakjubkan dalam dunia sains (lari dari hukum tenaga Newton).

Masih beraurakah gunung dikeliling kita? Selain dari gunung berapi yang ada batu gunung beraura, gunung salji & gunung hutan hujan punyai aura tak? Bila gunung ada aura, yang berdamping dan sering berkunjung (mendaki) gunung mungkin turut beraura. 

Gunung mana yang keluarkan aura bagi tahun 2013 ya? Mesti ramai yang menuju ke gunung yang sama bila tahu gunung ini mengeluarkan aura bagi tahun 2013. 

Perlukan kita tahu gunung itu beraura atau tidak? Macamana nak serap aura gunung. Berapa banyak aura gunung yang mampu manusia serap? Berapa lama aura gunung boleh kekal pada badan manusia. Persoalan demi persoalan yang tak mungkin terjawab dengan konkrit. 

Mudahnya, buat pendaki gunung, mendaki sahaja mana-mana gunung tanpa merujuk pada aura gunung. 

Monday, 17 December 2012

Kisah ekspidisi di sebalik Media


Apip berbaju oren bersama ahli ekspedisi

Kisah ekspedisi di Media minggu sudah di media Utusan Malaysia, sisipan .com slot Lasak & Santai. Mungkin ramai yang sudah membaca tulisan Faizal atau lebih glamour dengan jolokan FBK. Judul merintis laluan G. Basor tak banyak mengisahkan tentang kisah merintis dengan lebih dramatik. 

Ada tak insan yang nak tau kisah disebalik kisah. Ada tak ahli ekspedisi yang tak kisah nama dia tak termasuk dalam alkisah. Apa pun setiap panglipur lara ada heronya. Berkisahlah mengikut kisah masing-masing asalkan bukan satu dongengan (walau kisah dongeng & mitos pun ada yang nak baca).

Sedar tak sedar tahun 2012 sudah hampir ke penghujung. 2012 rupanya Apip belum mengetuai mana-mana ekspedisi dalam negara. Menjadi Pengarah Program, Penasihat Program aktiviti kelab dah kerap. Rindu untuk menjadi mengetuai program dari kerja-kerja belakang tabir hingga selesai program ada dihati. 

Rata-rata AJK OGKL telah pun diberi peluang menjadi Pengarah Program atau Ketua Ekspedisi. Cabaran mendapatkan barisan pendaki tidaklah sesukar mana sebab ramai dah aram untuk mendaki gunung ini dari awal terbitnya kalendar serta barisan pendaki G. Noring yang dah pasang azam untuk ke sini. Syarat guide yang meletakkan barisan pendaki mestilah yang setara dengan barisan pendaki G. Noring OGKL sebagai syarat diadakan ekspedisi ini dalam masa 2 hari. 

Kelebihan pendaki G. Noring OGKL amat cerah. Cabaran kini nak menapis barisan pendaki lain yang gusar tak menepati syarat guide. Peluang sama rata buat yang layak, kepantasan bertindak mengikut arahan (hubungi AJK) yang melengkapkan pendaki dalam barisan G. Basor.

Pendakian yang disangka amat mencabar ini, bertukar menjadi agak relaks bila dibarisi pendaki mantap & AJK yang pantas membuat kerja. 2 hari ekspedisi bukan masa yang lama, namun sudah boleh menonjolkan sikap seseorang itu. Siapa yang sudi membantu kawan, siapa yang lebih pentingkan urusan diri sendiri. Siapa yang sudi menebas, siapa yang memasang impian trip-trip menebas tapi segan dengan parang. Siapa yang rajin rakam video rakan-rakan menebas. Semua terserlah hingga ke ruang dapur. 

Secara peribadi, G. Basor amat sesuai untuk pendakian hujung minggu, buat mereka yang masih baru untuk mendaki. 

Thursday, 13 December 2012

Kasut Trekking II


Kasut Trekking II

Nike ACG - foto hiasan
Bicara awal bab Kasut Trekking rupanya masih tak lengkap dan habis. Perlu lagi beberapa penjelasan. Terima kasih buat yang membaca Kasut Trekking, respon dan mengutarakan lagi soalan-soalan berkenaan kasut trekking serta tak kurang juga yang jadikan rujukan untuk hal kasut. 

Mungkin ada lagi cebisan ilmu yang tak dicurahkan. Harapan serba sebanyak dapat jadi panduan buat kalian tanpa Apip prejudis / bias pada mana-mana jenama.

Soalan: 
1.Ada ke bukti kasut getah tak elok? 
Buat mereka yang kena arthritis Kebiasaannya Doktor akan menasihatkan anda memakai kasut yang berkusyen. Lihat difarmasi hospital, selipar Croc adalah item barangan kesihatan. Sebab apa? Sandal ini ada kusyen berbanding selipar kebanyakan selipar lain.
Artikel ini telah membincang berkenaan Lutut Dan Kasut.
2. Ada beza ke kasut trekking lelaki dengan kasut trekking perempuan?
Soalan berkaitan lain, Saya perempuan bolehkah beli kasut lelaki sebab kaki saya agak besar dan tiada saiz dalam model perempuan. Saya lelaki tapi suka warna kasut tertentu (pink misalnya) dan hanya ada pada model kasut perempuan. 

Beza utama kasut trekking perempuan berbanding kasut trekking lelaki adalah warna. Warna-warna untuk perempuan lebih feminine seperti pink, light blue, light purple dan sebagainya. Ciri kedua perbezaan adalah saiz kasut wanita biasa dari saiz UK4 - UK7 manakala lelaki dari saiz UK6.5 -UK12. Di Malaysia kasut wanita saiz UK7 dan kasut lelaki saiz UK11 dan UK12 agak terbatas dan kurang diimport saiz ini. Betulkah kasut wanita lebih tirus dihujung? Kasut sukan mungkin ia tapi rata-rata kasut trekking tidak mengutamakan ciri ini (tirus untuk nampak gaya feminin), ciri performance dan boleh pakai lebih lama yang diutamakan. Istilah lain, keselesaan keutamaan. 

3. Saya beli kasut jenama outdoor tapi agak mengecewakan.
Ingatlah setiap jenama outdoor sebenarnya bukanlah pakar dalam semua produk. Karrimor adalah jenama outdoor yang pakar dalam haversack, kini mula menceburi produk kasut dengan teknologi tapak tersendiri. Soalan kenapa kasut Karrimor saya lebih mengecewakan dari kasut Timberland saya. Tak dinafikan Timberland adalah antara pengeluar kasut yang telah berzaman lamanya berbanding Karrimor.

4. Saya suka kasut getah sebab tapak dia nipis dan dapat rasa permukaan batu.
Perdebatan pakar-pakar kaki diantara Trail shoes versus Barefoot shoes telah lama ada. Andai anda memilih barefoot shoes, antara pilihan selain kasut getah cubalah dengan Inov-8 bareGrip, Merell barefoot dan yang paling asli Vibram fivefinger Barefoot.

5. Boleh bagi pandangan adidas kanadia tr 4 dan asics gel enduro 8
Kedua-dua produk ini Apip tak pernah guna untuk outdoor (tak berkesempatan & tidak berpeluang).  Rakan-rakan terdekat Apip lebih ramai yang pernah pakai Kanadia untuk aktiviti trail yang lasak. Secara pemerhatian nampak amat memuaskan.  Kedua-dua jenama sukan ini boleh dipercayai. Keselesaan pemakai semasa dikedai mungkin boleh dijadikan ukuran. Asics Gel Enduro, tumit (Heal)lebih tinggi dari hujung jari, cuba sendiri dan jenis begini amat sesuai untuk larian, trail running. Manakala Adidas Kanadia tumit kurang tinggi berbanding hujung jari dan umpama tidak menggalakkan larian dan sesuai untuk trekking jangka panjang.  Lain-lain aspek seperti, tali, fabrik, design, tapak boleh dianggap setara. Utamakan keselesaan kaki dengan gaya trekking anda.

Baca Lagi: Berkenalan Dengan Summit Boots


Kasut Adidas AdiStar yang dipakai di Gunung Sibayak





Tuesday, 4 December 2012

Kembara NSW-Sydney - Tips Solat


Kembara NSW-Sydney - Tips Solat



Ekspedisi di negara orang yang agak asing dari negara sendiri, Malaysia. Banyak tips dari blogger lain yang melancong ke Australia dan Sydney khususnya. Pengembaraan di negeri New South Wales (NSW) dan ibu kotanya Sydney. 

Solat, satu kewajipan yang tak boleh tak dilaksanakan bagi penganut agama Islam. Persediaan sebelum menjejak kaki ke sini. Semak Waktu solat & arah kiblat. Laman IslamicFinder boleh digunakan.

Kompas & alas solat perlu ada. Mereka yang guna kompas kiblat pastikan anda tahu nombor yang patut ditunjuk oleh kompas kiblat. Urusan wuduk dapat dimudahkan lagi bila ada botol. Memadai botol kecil 500ml. Mudah guna untuk basuh kaki ditandas yang tiada paip air.

Sepanjang perjalanan dari Airport Sydney ke Thredbo Snow Mountain agak sukar untuk bertemu dengan masjid. Rest Area di lebuhraya boleh saja dibentang alas solat dan bersolat. Begitu juga di tempat-tempat letak kereta awam. Pastikan kita tidak menghalang lalu lintas.

Di Sydney City Center juga kami tak jumpa masjid / musollah walau ada pekerja-pekerja dari Timur Tengah disini. Cara mudah untuk bersolat, pergi ke mana-mana park yang agak terselit di dalam bandar, solat. 

Alhamdulillah tiada yang menggangu. Ada ketika Apip & isteri sempat berjemaah di Hyde Park beberapa meter dari Gereja St James. Usah risau, sentimen keagamaan tidak kejam disini. 

Satu lagi kelebihan kami yang menetap di tengah-tengah CIty Center, pulang sekejap ke tempat menginap, Mudah wuduk di bilik air, solat di bilik.

Bumi Australia - bumi tuhan. Kita hamba yang melata di bumi tuhan perlu mejalankan tanggungjawab dimana saja kita berpijak.

Monday, 3 December 2012

Berjalan ke Outdoor Shop di Sydney City Center


Berjalan ke Outdoor Shop di Sydney City Center



Bagi mereka yang ke Sydney dan ingin ke kedai-kedai outdoor. Apip sarankan berjalanlah di Kent Street bermula dari persimpangan Liverpool Street, agak berhampiran Chinatown. Hasil google menyenaraikan 2-3 kedai outdoor sahaja.

























Impian untuk membeli kasut jenama yang tiada di Malaysia terpaksa dibatalkan memandangkan baru sahaja beli kasut. Apa pun rancangan jelajah kedai outdoor diteruskan. Tak sangka pula kedai outdoor berselang kiri kanan jalan. Habis semua diterjah, windows shopping.

Antara kedai yang ada, Paddy Pillin, kedai tempatan yang turut mengeluarkan jenama sendiri dengan label Pillin selain turut menjual jenama outdoor lain. Kedai Macpac yang banyak memasarkan jenama Macpac sendiri. Kedai Kathmandu, jenama pilihan Dr Mafeitz, sayang kedai ni tengah tutup untuk season sale 2 hari lagi. Menariknya jaket Kathmandu ni, design fabrik bercorak. 























Lain kedai seperti Shoeologies, Mountain Design, Larry Adler Ski & Outdoor yang banyak memasarkan barangan jenama Marmot. Boleh dikatakan barangan yang berwarna hitam atau tidak ceria tidak ada di kedai ini. Lihat foto, betapa cerianya warna-warna barangan yang dipamerkan. Kedai berikutnya Mountain Equipment yang fokus pada aktiviti mountaineering, jenama Lowe Alpine antara yang dipasarkan disini.




SNOWGUM kedai ski & outdoor turrut menawarkan pelbagai barangan untuk  pendaki dari kepala hingga ke kaki. Kedai terakhir yang sempat dikunjungi Colombia. Tak semua produk Columbia yang ada di sini dibawa masuk ke Malaysia. Sempat sambar kemeja satu untuk Eryn dalam misi berjalan ke Outdoor Shops di Sydney City Center.




#Pembelian barangan gore-tek di Sydney Outdoor Shops lebih murah berbanding di butik-butik Malaysia & season sale (tamat musim sejuk) bermula hujung November.


Thursday, 29 November 2012

review Produk : Kasut Salomon X-Tracks Mid GTX


review Produk : Kasut Salomon X-Tracks Mid GTX



Ni kasut terbaru pilihan Apip sementelaah dah tak ada kasut untuk trip seterusnya, Climb Mt Kosciouszko. Bila dah tak ada kasut langsung, baik trail running mahupun alpine boot. Pilihan sudah tentu alpine boot yang lebih selesa di trip Kosciouszko.

Harga Letak sebelum diskaun
Percaya hanya RM400 lebih dah boleh dapat kasut yang diedarkan oleh World of Sport (WoS). 20% diskaun barangan WoS walau dijual di premis Parkson. Ditolak pula pemberian voucher Pakson dengan pembelian ini, dapat voucher bernilai RM30. Boleh dikatakan harga kasut ini cuma RM490. 

Wajarkah beli kasut Salomon yang dikatakan 'ori tapi belakang pintu' dengan harga yang sama? Lebih wajar tawar harga lebih rendah dari harga RM490 untuk belian yang berbaloi.

Ulas sikit tentang kasut ni.
Salomon jadi pilihan sebab Apip suka teknologi tali & teknik jerut yang memudahkan proses memakai. Membasuh pun senang diuruskan. 'Mid' atau 'medium cutting boots' pilihan Apip untuk menutup buku lali supaya buku lali terlindung dan lebih selamat.

Trail Mt Kosciousko sejauh 13.6KM ditambah 2KM lagi dari Snowgun Chairlift. Mula dengan trail bertanah beralih ke pelantar besi, padang rumput seterusnya salji. Memandangkan pendakian ikut pelantar adalah santai. Apip ikut laluan lama pintas ke puncak. perlu mendaki bukit bersalji dengan kecerunan 80 darjah. 

Tanpa memakai crampon, hujung kasut yang lebih keras dengan mudah membantu bikin tail ke puncak. Ciri Gore-tek (GTX) mengelakkan kasut dari basah walau dalam jangka masa yang lebih lama. 

Mendaki begini memang lebih penat, terasa otot kaki bekerja keras dan keluar dari zon santai. Harap sedikit sebanyak menjadi latihan persediaan ke Everest minggu ni. 

Lihat ada tambahan fabrik menyambung lidah kasut dengan kasut.
Trail ujian ke-2 kasut ni di Blue Mountain, Prince Henry Walkway, trail ala-ala G. Kinabalu (antara Timpohon ke Laban Rata). Takungan air di trail memang tak mengusarkan lansung, ciri kalis air (selagi tak melebihi lidah atas kasut). Ini melancarkan pergerakan tanpa perlu terjengket atau mengelak takungan air. Langkah lebih bergaya jadinya.

Selamat membeli.

# Kasut trail running juga boleh digunakan untuk pendakian Mt Kosciouzko diwaktu ini.