Wednesday 30 January 2013

Sapa - Syurga Outdoor Shopping



Rambang mata dan mabuk shopping jaket outdoor antara istilah yang menggambarkan bila berjalan di Sapa Town, Vietnam. Deretan gerai yang menjual jaket outdoor jenama antarabangsa dengan harga yang jauh lebih murah menjadi tarikan utama pengiat gunung mahupun pengunjung dari negara Barat.


Buat pendaki Gunung Fansipan, Sapa adalah bandar persinggahan yang biasa menjadi tempat menginap sama ada sebelum mendaki mahupun selepas mendaki. Sapa berjarak 30KM dari Bandar Loa Cai, di utara Negara Vietnam. 

2013 - Jenama seperti The North Face (TNF) menggantikan jenama Colombia sebelum ini (2009). Kepelbagaian jaket dari Fleece, Softshell, DownJacket, Outer Jacket, RainJacket, Dual layer Jacket serta aksesori lain seperti sarung tangan, stokin, snow hat dijual disini. Jacket bukan GoreTek mahupun GoreTek. 

Gerai-gerai jacket outdoor didirikan sepanjang jalan berhampiran Sapa Church diantara Jalan Ham Rong - Jalan Pham Xuan Huan. Selain ini, Butik outdoor juga telah ada di Jalan Pham Xuan Huan. Lihat saja kedai bertulis 'Outdoor' atau seumpama. Kedai Jaket juga banyak disepanjang jalan ini menjual item yang hampir sama. 

Selain jenama TNF, jenama Jack Wolfskin dan Colombia juga ada terselit sedikit dan agak terhad. Down Jacket atau seperti down Jacket tanpa jenama hasil dari produk tempatan juga ada dijual sama. Penawaran jenama TNF begitu tinggi ketika kunjungan di awal tahun 2013.

Original kah produk ni? Produk 'Made in Vietnam' baik yang original mahupun yang 'imitation' memang agak sukar dibezakan dengan sekali pandang. Teleklah fabrik, logo, jahitan dan sebagainya untuk pastikan keasliannya. Rata-rata kelas A atau B imitation dijual disini. 

Harga pula boleh ditawar bergantung pada kelebihan pembeli. Barangan dijual dalam harga US Dollar (USD) dan juga Vietnam Dong (VND). Kebiasaannya harga belian dalam USD lebih menguntungkan berbanding dibayar dengan VND.

Produk lain yang turut dilambakkan trekking shoes. Jenama TNF juga yang melimpah. Satu butik TNF kini ada di Sapa selain kedai-kedai Outdoor dan gerai-gerai outdoor. Harga barangan di kedai juga tidak tinggi. Mungkin sebab dijual dari negara pengilang. 
Dibeli USD20

Sapa - Syurga Barangan Outdoor.

0 comments:

Post a Comment