Tuesday 3 September 2013

TEF2013-44 :: EBC - Berkemas


Berkemas & pulang, dua perkataan ni dah mula bermain di minda selepas berita kejayaan Pendaki Everest Felda. Suasana di EBC juga dah mula berubah. Kebanyakan kem dah mula berkemas, khemah diruntuhkan dan dah ada yang mula pulang meninggalkan EBC.

Tak sampai seharian pendaki Everest Felda berjaya. Pendaki-pendaki Everest Felda tak sampai pun lagi ke EBC. Khemah Makan Sherpa dah diruntuhkan. Barang-barang dah dikemaskan. Keesokannya yak dah menunggu untuk membawa pulang sebahagian barang-barang di kem kami.
Sherpa Dining Tent dah diruntuh dan barang-barang dibungkus
Yak-yak sedia bawa pulang sebahagian barang-barang di Kem Felda
Barang-barang peribadi pendaki utama juga diarahkan kemas sebelum mereka tiba di EBC. Kami semua dijanjikan pulang dengan helikopter dari EBC ke Lukla sebagai hadiah kejayaan pasukan. sebahagian khemah tidur telah diruntuhkan. Berkemas.
Beberapa Khemah tidur di Kem Felda mula diruntuhkan
Suasana di EBC semakin hari semakin tak meriah. Terasa kesunyian. Pasukan yang lebih awal turun, lebih awal meninggalkan EBC. Kumpulan Yak & porter dah makin ramai di EBC mengurus perpindahan keluar dari EBC. Sebahagian besar khemah dah hilang dari EBC. Yang tinggal hanya tapak khemah. Hiruk pikuk di EBC dah bertukar jadi sunyi. 

EBC tidak lagi penuh dengan khemah
EBC tinggal tapak khemah, nun jauh Kem Felda masih lagi wujud.
Semangat untuk pulang bertambah kencang.
Berkemas.


Siap sedia mengemas duffel beg pendaki utama.
Barang-barang pendaki utama kami kena kemaskan. Rancangannya, pendaki utama turun ke EBC terus terbangkan ke Lukla.

Sambut & menguruskan pendaki utama di Crampon Point
Wira-wira Everest sebaik sahaja turun ke EBC

0 comments:

Post a Comment