Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Friday, 12 July 2013

TEF2013-21 :: EBC - Doa Selamat & Pooja

Adat berpindah dan menetap di tempat baru. Sebagai umat Islam, satu majlis doa selamat dan bacaan Yasin diadakan di surau yang disediakan. Surau turut diimarahkan dengan solat berjemaah.


Majlis Bacaan Yasin di Kem Felda - Foto Ana Man
Masyarakat Sherpa juga mempunyai 'doa selamat' mengikut kepercayaan meraka. Satu majlis yang dinamakan Pooja diadakan khas buat Sherpa / pasukan Everest Felda 2013. Setiap pasukan akan ada majlis Pooja masing-masing.

Bongkah-bongkah batu akan disusun setinggi kira-kira 5 kaki dan berbongkah  4 segi. Tiang didirikan ditengah-tengah bongkah. Kuih-muih disediakan untuk majlis Pooja. Semua ini dibuat sebelum majils Pooja bermula.
Pooja Stone di Kem Felda sebelum upacara Pooja
Pendeta / Lama dijemput bagi membaca mentera (doa selamat). Gambar-gambar dewa disusun di bongkah batu tadi. Beras dan beberapa hidangan turut diletak bersama untuk pemujaan. Ada juga yang meletak patung yak bersama. Peralatan pendakian seperti kasut, ice-axe, crampon, helmet dikumpulkan.
Pendeta Buddha
Upacara Pooja di Kem Felda sedang dijalankan
Majlis bermula dengan bacaan mentera oleh pendeta sambil membunyikan loceng. Para hadirin akan duduk dihadapan bongkah Poja. Pendeta duduk berhampiran bongkah Poja. Bacaan mentera dihentikan seketika, para hadirin diberi minum Teh Masala. Bacaan mentera kemudian disambung semula. 
Minum dulu
Buddha Silk, dikalungkan di atas batu Pooja serta colok dipasang. Sekali lagi Teh Masala dituang untuk semua hadirin. Kuih-muih dan minuman tin/kotak yang diletak dalam dulang besar dibawa didepan setiap hadirin untuk diambil. 
Makan-makan
Tepung tawar barangan pendakian dibuat, seterusnya tepung tawar pendaki. Lain pula jadi pada pendaki Everest Felda, - main tepung. Apip yang membuat liputan video majlis ini, dapat mengelakkan diri dari ditepung gomak.

Bendera Negara serta Bendera Nepal diletak didirikan. Buddha Prayer Flag pula direntang dibeberapa penjuru kem. 
Majlis diakhiri dengan setiap pendaki perlu mencelup jari dalam 'licker', menjilat dan menjentik. Sukar memahamkan masyarakat Sherpa keingkaran umat Islam, akhirnya kami gimik dilakukan. Saguhati kemudian dihulurkan oleh tuan rumah kepada pendeta. Bersalaman dan mengucapkan selamat antara satu sama lain dijalankan.
Pooja Stone di kem-kem lain
Pooja Stone & Buddha Prayer Flag di kem Indo-Nepal Army
#Buat umat Islam, majlis Pooja bukan ajaran Islam. Hadir hanya menghormati & memenuhi jemputan masyarakat Sherpa yang percaya God of Everest akan memberi keselamatan selepas majlis diadakan.

Thursday, 11 July 2013

TEF2013-20 :: EBC - Kem Felda

Kem Felda antara kem yang didirikan di EBC pada musim mendaki 2013. Nama di EBC juga dikenali dengan nama Kem Malaysia sebab satu-satunya kem negara Malaysia. Nama lain bagi kem ini, Kem Ever Quest sempena nama syarikat yang menguruskan Ekspedisi Everest Felda 2013.

Berakhir sudah hidup kami (pendaki Everest Felda 2013) sebagai nomad, perpindah-randah dari satu penempatan ke satu penempatan di Himalaya ini. Kini kami bermukim di EBC. Kem Felda. Seorang ketua kem dari kalangan anak Felda dilantik, Ideris Ramli dari Felda Palong, lebih glamour dengan panggilan Palong Bothe sebagai ketua kem / Kem Sadar.
Kem Sadar didepan Khemah Utama
Kem Felda yang berada di satu penjuru EBC agak terpencil dari kem-kem lain. Kem Felda bukan tempat orang melintas atau lalu-lalang. Beberapa tasik yang wujud disini menjarakkan lagi Kem Felda dengan jiran berdekatan. 
Keseluruhan Kem Felda 2013
Kem Felda telah pun didirikan (setup) sebelum kami tiba di EBC lagi. Alhamdulillah, kami cuma perlu menginap. Khemah tidur, Khemah dapur, khemah makan / utama, khemah komunikasi & barang, khemah surau, khemah sherpa (dining), khemat stor, khemah kencing (Pee tent), khemah berak (Toilet Tent) serta khemah mandi (Shower Tent) telah didirikan.
Bergambar di Kem Felda

Wednesday, 10 July 2013

TEF2013-19 :: Everest Base Camp - Pengenalan

Nama Everest Base Camp (EBC) boleh dikatakan satu nama yang gah dikalangan pendaki gunung. Peluang untuk mendaki ke G. Everest mungkin hanya pada beberapa orang sahaja, tapi peluang untuk ke EBC terbuka lebih luas buat pendaki & pelancong.

Posting kali ini hanya pengenalan tentang EBC. Pengalaman hidup di EBC, suasana, budaya serta hal-hal lain di sekitar EBC termasuk tentang Kem Felda di EBC akan diceritakan dalam posting-posting seterusnya dengan lebih khusus.

Perjalanan dari GorakShep (5140m dpl) ke EBC (5364m dpl) tidaklah terlalu mencabar. Lebih banyak / panjang jalan mendatar (kami sebut sebagai highway) berbanding bukit yang perlu didaki. Bukit yang perlu didaki pula tak lah terlalu tegak. Tegak lagi KalaPattar (5550m dpl).
Laluan lurus Gorakshep ke EBC yang kami sebut highway
4 KM sebelum tiba di EBC, kami dah boleh nampak khemah-khemah di EBC. 'Highway' ke EBC selari dengan Khumbu Glasier. Jajaran ais yang diselaputi pasir dan batu diatasnya. Beberapa tasik di glasier juga dapat dilihat.


EBC dari kejauhan
EBC sebenarnya berada di sebahagian Khumbu Glasier dan khemah-khemah didirikan hingga kawasan Khumbu Ice Fall. Keluasan EBC mungkin lebih 20 KM persegi. Tahun 2013 sahaja EBC dihuni lebih dari 1000 orang, terdiri daripada pendaki G. Everest, Pendaki G. Lhotse, krew sokongan, sherpa, krew kem, Staf Nepal Tourism (Licence Officer), Penyelidik, Krew Pengambaran/TV, Ice Fall Doctor, Helipad Landing Officer, Doktor HRA (Himalaya Rescue Associate) dan sebagainya.
Foto EBC dari udara - National Geografi
EBC ada landmark yang diletak di laluan masuk EBC. Seketul batu yang agak besar ditandakan dengan banner EBC. Bendera Sembahyang (Buddha Flag) direntang di batu ini. Pendaki atau pelancong yang ada trip ke EBC biasanya akan ke landmark ini, bergambar seketika dan pulang.
Pada musim panas, memang ramai pelancong dan pendaki ke sini (landmark EBC). Jam 7 pagi dah meriah di landmark EBC. Jam 6 petang pun kawasan ini masih lagi meriah. Ada pelawat yang tak kisah pulang lewat ke Gorakshep & tiba di waktu gelap.
Sempat juga apip jumpa 2 orang pendaki Malaysia dari Penang, Bro Stefan & pasangan di landmark EBC. Ada juga beberapa pendaki Singapura. Boleh kata pendaki setiap pelusuk dunia ada. Muka pendaki Eropah dan muka Jepun semestinya ada. Muka Afrika tidak pula terjumpa.
Mereka yang sampai di landmark EBC, ada yang muka ceria, cergas dan nampak bertenaga. Tak kurang juga mereka yang muka penat, tidak ceria, lelah. Apa pun bergambar di landmark EBC menjadi aktiviti wajib menandakan mereka tiba di EBC walau setakat di gerbang EBC. 

Mereka yang dimomokkan dengan kata-kata pendaki sebenar adalah pendaki yang menjejak kaki ke EBC. Sekadar menjejak kaki ke landmark EBC, kehidupan di EBC tidak dapat dirasai. Malah tidak ada pergaulan dengan pendaki-pendaki professional Everest.

Terimbas kembali pertanyaan apip pada seorang pendaki yang pernah sampai EBC sebelum ini. "Uncle macamana EBC?" jawabnya. "Batu saja ada, pergi tengok batu, tangkap gambar balik".
Jawapan ini ternyata benar dan menggambarkan ekspedisi EBC yang biasa ditawarkan.

# Kem Felda Everest 2013 jaraknya kira-kira 20 minit berjalan dari landmark EBC.

Tuesday, 9 July 2013

TEF2013-18 :: Obsess Amadablam

Gunung Amadablam (6812m dpl) cukup sinonim dengan masyarakat Sherpa setempat. Gunung Amadablam lebih dekat dengan mereka berbanding G. Everest yang gah dimata dunia.

Pemandangan di kebanyakan penempatan disini berlatar belakangkan G. Amadablam. Ada penempatan di kaki G. Amadablam. Jadi masyarakat disini obsess dengan gunung ini. Dari jendela rumah / hotel dah boleh lihat G. Amadablam dengan jelas. Penampatan seperti Pangboche, Shomre, Dingboche dan Chukung menjadi gah dengan panorama G. Amadablam yang tersergam.

Pemandangan sebahagian perjalanan kami dihidangkan dengan G. Amadablam. Kami lihat G. Amadablam dari arah Barat Laut, Barat, Barat Daya dan Utara. Gunung ini dapat dilihat dari Pangboche hingga ke pertengahan trail Chukung - Island Peak Basecamp. 
Amadablam - foto dari Namche Bazar acclamatize view point
Amadablam - foto dari Dingboche view point
Amadablam - lagi foto dari Dingboche view point
Foto di Chukung
Sikap obsess masyarakat setempat dengan Amadablam jelas kelihatan dari lukisan-lukisan yang dihasilkan. Kunjungan ke galeri-galeri lukisan, atau lukisan yang dijual di kaki lima atau lukisan yang digantung di hotel-hotel. Gunung yang dilukis adalah G. Amadablam. Lukisan G. Everest setakat ini belum dijumpai.

Kami juga tak lepas peluang bergambar berlatar Gunung Amadablam. Ada yang termimpi mendaki Amadablam. Gunung ini nampak berbeza dari arah yang berlainan.

#AZAM lah jadi rakyat Malaysia mendaki gunung kebanggaan masyarakat setempat, G. Amadablam.

Memukau pandangan
Amadablam - lagi foto dari antara Dingboche - Chukung

Monday, 8 July 2013

TEF2013-17 :: Trekking di Himalaya

Trekking di Everest Region, Himalaya salah satu pakej aktiviti di Sagamartha National Park. Antara pakej trekking di Sagarmatha National Park yang popular adalah trekking ke EBC dan trekking ke Gokyo Ri. Kedua-duanya bermula dari Lukla. 

Trekking ke EBC adakalanya diselit sekali trekking ke Kalapattar. Kalapattar & Gokyo Ri adalah dua tempat yang menjadi tarikan view point G. Everest. Ada juga pelancong yang trekking sekadar sampai di Namche Bazar. 
Qobin mengetuai trekking

Jadual trekking pasukan Everest Felda 2013 di sini ada beberapa perubahan dari jadual asal atas beberapa faktor, namun faktor acclamatize tidak dipandang enteng.
Hari Pertama: Katmandhu - Lukla - Phakding
Hari ke-2: Phakding - Namche Bazar
Hari ke-3: Namche Bazar (acclamatize)
Hari ke-4: Namche Bazar - Pangboche
Hari ke-5: Pangboche - Dingboche
Hari ke -6: Dingboche (acclamatize)
Hari ke-7: Dingboche - Chukung
Hari ke-8: Chukung - Island Peak Basecamp
Hari ke-9: Island Peak Basecamp (acclamatize/restday)
Hari ke-10: Island Peak - Island Peak Highcamp - Summit - Island Peak Basecamp
Hari ke-11: Restday
Hari ke-12: Island Peak Basecamp - Chukung
Hari ke-13: Chukung - Dingboche
Hari ke 14: Dingboche (restday)
Hari ke 15: Dingboche - Lobuche
Hari ke 16: Lobuche - Gorakshep
Hari ke 17: Gorakshep - EBC

Peta Trekking Route di Everest Region
Lukla ke Monjo sebenarnya bukan dalam kawasan Sagarmatha National Park tapi elemen-elemen yang ada di Sherpa Land baik dalam kawasan National Park atau pun tidak tetap sama dari segi penempatan, budaya serta trail.
Pintu masuk ke Sagarmatha National Park
Macamana trekking ke Everest Base Camp? Kasut apa yang sesuai? Pakaian macamana kena ada? Pemandangan? Route, banyak yang mendatar atau mendaki lebih 45 darjah? Semua persoalan ini, jawapannya bergantung pada keadaan. Sedikit perkongsian pengalaman apip yang trekking semasa awal musim panas (4 - 23 April). 

Trekking di ke EBC, termasuk ke Island Peak Basecamp tidak memerlukan pakaian teknikal seperti mendaki puncak Everest. Cukup memakai t-shirt trekking & seluar trekking sama seperti di Malaysia. Kebanyakan kami mengenakan jaket / fleece cukup sekadar single layer jacket. Kasut trekking atau  multi trail elok dipakai disini. Golongan porter ramai yang mengenakan kasut sport. Rujuk posting kasut trekking dan Kasut Trekking II.

Trekking dari Lukla ke EBC / Island Peak Basecamp adakala mendatar, adakala mendaki sedikit, ada pula turun bukit dan beberapa tempat yang betul-betul mendaki (kecerunan lebih 45 darjah). Secara keseluruhan, banyak yang trail yang 25 darjah.
Pendakian yang menyeksakan boleh dikatakan antara Monjo ke Namche Bazar, Phunki Tanga ke Tengboche dan awal trail Thukla ke Lobuche. Siapa yang memilih laluan Periche ke Labuche perlu mandaki untuk ke Thukla. Trail di tempat-tempat ini ada yang berzig-zag bagi mengurangkan kecerunan. 
Qobin melihat anak buah mendaki
Lepas lintas jambatan kena mendaki bukit tu ke Namche Bazar
Sebahagian laluan mendatar tapi cukup panjang
Jambatan-jambatan dibina bagi kemudahan perjalanan di sini. Tiada sungai yang perlu diredah. Semua ada jambatan. Ada beberapa tempat yang menggunakan jambatan gantung. # AWAS bila yak melalui jambatan ini. Pastikan anda tidak berada diatas jambatan semasa ada yak.
Jangan gayat
Buddha skaf diikat di jambatan. Kuat angin disini.
Selain cerita Buddha item yang boleh dilihat disepanjang trail. Pemandangan di Sherpa Land ini memang menakjubkan walau di musim panas. Ada masa kami terpegun melihat sungai-sungai hijau kebiruan umpama satu lukisan alam. Pemandangan gunung-ganang di sekitar tak kurang hebat. 
Terpegun dengan lukisan alam
Pemandangan gunung bersalji
Ada laluan di hutan gunung
Trekking di awal bulan April, masa bunga-bunga baru mekar. Ada yang merimbun bunga seperti bunga sakura, berterbangan ditiup angin. Masing-masing tak lepas peluang bergambar sakan. Pemandangan penempatan-penempatan serta kebun-kebun dari jauh nampak indah.
Berfoto dengan bunga sakura
Ada beberapa kali kami merasai snow shower. Di Dingboche, Island Peak Basecamp, Gorakshep. Kesemua snow shower yang kami alami berlaku di lewat petang dan waktu malam. Jadi terpaksa trekking atas salji. Pakailah pakaian yang lebih tebal seperti down jacket, fleece & outer layer jacket,  thermal pants / thermal shirt atau gore-tek pants. Ikut badan masing-masing. Kasut masih seperti biasa, kasut trekking dan porter tetap guna kasut sukan.



Ada masa trail diselaputi salji
Ada juga sekali kami berdepan dengan keadaan windy semasa dari Island Peak Basecamp ke Chukung. Semua mengenakan mountain jacket. Yang mana ada windstopper jacket pakai windstopper termasuk glove.
Pakaian berubah mengikut cuaca
Selepas salji cair, ada trail yang jadi berlumpur. Pengalaman apip kali ke-2 melalui trail Gorakshep ke EBC selepas salji cair. Trail asal berselut dan hanya dilalui oleh yak. Pendaki / trekker / porter akan berjalan atas batu-batu dan adakalanya perlu melompat dari satu batu ke satu batu.

#Kesihatan yang baik mendatangkan mood yang seronok untuk menikmati panorama sepanjang trekking di sini.

Lagi Foto Trekking di Himalaya

Friday, 5 July 2013

TEF2013-16 :: Gorakshep

Gorakshep adalah penempatan terakhir sebelum ke EBC. Berada di ketinggian 5140m dpl. Jarak ke EBC lebih kurang 5KM sehala.

Penempatan Gorakshep kecil sahaja. Ada 3 bangunan lodge/hotel (tahun 2013) dan tiada lagi rumah traditional lain disini. Penempatan yang hanya seluas separuh padang bola sepak ini tak banyak beza dengan penempatan lain di daerah Solukhumbu yang kami lalui.

Satu-satunya yang membezakan Gorakshep adalah kemudahan komunikasi. Memandangkan Gorakshep adalah penempatan paling dekat dengan EBC. Stesen komunikasi ditempatkan disini. Signal wifi yang baik disini dan menjadi base pemancar komunikasi untuk EBC.

Everest View Point di Gorakshep adalah Kalapattar (5550m dpl). Ramai pelancong mendaki Kalapattar untuk melihat Gunung Everest dengan lebih jelas atau untuk acclamatize. Tempoh mendaki Kalapattar dari Gorakshep boleh mengambil masa 1 jam untuk ke puncak tertinggi Kalapattar.


Fotografi semua pendaki Everest Felda 2013 di Gorakshep