Tuesday 30 October 2012

Produk Review: Jam Garmin Fenix





Mengayakan Garmin Fenix
































Jam Garmin Fenix


Jam untuk sukan outdoor dan dicipta untuk ekspedisi. Mungkin belum 

ramai pendaki-pendaki tempatan memakai jam yang masih baru diperkenalkan dari jenama GPS terkenal Garmin. Jam ini sudah boleh didapati dipasaran Malaysia, sama ada dari kedai-kedai outdoor mahupun pembekal perseorangan. 

Jam ber'GPS'. Inilah tarikan utama Garmin Fenix. 3 fungi utama jam outdoor, ABC; Altimeter, Barometer & Compass dikekalkan setanding dengan jam outdoor lain. Selain itu, fungsi utama jam digital dipaparkan juga waktu & hari semestinya ada. Satu lagi fungsi yang tak ditinggalkan - sensor  suhu (temperature censor).

GPS pada Garmin Fenix dibawa dari teknologi GPS Garmin sendiri. Paparan kecil bersaiz kurang 2 inci yang amat membezakan dengan GPS gajet Garmin. Koordinat, waypoint & routes yang kekal wujud dalam jam GPS ini sudah memadai untuk pengguna merasai jam berkeupayaan GPS.

Apa yang menarik pada jam Garmin Fenix. Apip sempat test in-house di butik Lafuma Bangsar. Pertama kali mengenakan di tangan, sedap bila memakai, tapi sebelum tu ciri track lock button pada tali jam melecehkan sedikit pemakaian jam ini, lebih-lebih lagi pada kali pertama. Terasa ringan dan kecil jam ini berbanding Casio Protrek atau Timex Expedition WS4.

Satu lagi penampilan menarik Garmin Fenix berbanding jam lain. Kebiasaanya paparan skrin dari satu fungsi ke fungsi yang lain secara 'blink'. Istimewa Garmin Fenix paparan animasi secara 'slip down'. Ini menampakkan gaya baru bagi jam digital.

Jangan terkejut, jam ini berciri bateri rechargeable, seperti handphone, ianya boleh dicharge hanya dengan klip pada jam. Sesuai dicharge diwaktu malam ketika tidak memakai jam. 

Adapter dibekalkan untuk 'recharge' jam ini. PASTIKAN bila membeli, anda beli versi 'UK & Europe' (010-01040-01) yang sesuai dengan elektrik plug Malaysia. Jika terbeli versi yang bebeza dengan Malaysia, anda perlu membeli aksesori AC adapter.

Harga jualan di Lafuma Bangsar kurang sedikit dari RM1500. Dikira sebagai lebih murah bagi jam yang mempunyai fungsi ABC + GPS.

Jadual berikut adalah datasheet Garmin Fenix.





Butir lanjut Garmin Fenix boleh dilayari di web Garmin Fenix


8 comments:

  1. selamat jadi yang terawal pakai Fenix.

    ReplyDelete
  2. ..fuhh.. wishlist juga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dapat miliki juga suatu masa nanti.

      Delete
    2. Saya dah dapat...tapi saya masih tak faham nak guna...terlebih2 lagi untuk mencari kedudukan...berbanding suunto ambit saya...saya rasa mudah sikit nak handle

      Delete
    3. alhamdulillah ada rezeki. kena menelaah lebih ni.

      Delete
  3. bateri nak beli kat mna, klu yg sedia ada dah kondem

    ReplyDelete
  4. thanks abg apip. ana dah sambar dah fenix ni. hehehe

    ReplyDelete