Friday 16 August 2013

TEF2013-40 :: EBC - Pendaki Yang Pulang


Tiga orang pendaki sokongan yang diceritakan pulang awal dari EBC semasa hari lawatan VIP. Post kali ini akan diceritakan alkisah dan testimoni terhadap mereka.

3 orang pendaki dikalangan anak Felda diminta pulang oleh pihak pengurusan misi ini, KE7B. Tujuannya untuk melaksanakan tugasan lain di tanahair. Krew media dan krew KE7B pula akan dibawa masuk mengisi kekosongan mereka di EBC.

Hari yang hampir tiba, Kem Sadar membuat keputusan selepas mengambil kira pandangan ketua ekspedisi dan pendaki-pendaki senior. 3 orang yang diputuskan dimaklumkan kepada 17 pendaki selepas waktu makan di khemah utama.

3 orang yang dipilih, dijangkan mampu melaksanakan tugasan yang diberi, ada 'mobility' iaitu boleh bergerak untuk melaksanakan tugasan di tanahair. 

Fizi, Zahid dan Ideris (Kem Sadar) nama yang diumumkan. 2 orang lagi anak Felda yang mempunyai kriteria yang sama terpaksa dikecualikan; Aziq perlu dapatkan laporan perubatan Frosbite sebelum pulang ke Malaysia. Sharul pula agak terikat dengan tugasan masakan setiap masa.

Sikap rajin, berdikari, bertanggungjawab, ada inisiatif, proaktif, prihatin, ada self-motivation serta ada daya ketahanan diri merupakan aset buat mereka berlima ini.

Semoga dengan kenyataan ini dapat menyangkal kata-kata yang menyatakan mereka disingkir mahupun tak upaya bertahan dalam misi ini. Yang terbaik dipilih pulang dan sebaliknya.

Lambaian pulang

0 comments:

Post a Comment