Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Tuesday, 6 May 2014

Sub Hobi kumpul patch


Mendaki gunung boleh dikatakan suatu hobi (walau lebih pada gaya hidup). Sedar tak sedar rupanya ada sub hobi kumpul patch (lencana kain). Apa tidaknya, selain cenderamata t-shirt bagi setiap gunung atau taman negara ada juga patch dijual sebagai cenderamata. 


Koleksi yang dikumpul kembali
Patch ni bukan benda baru dalam alam gunung. Baik dalam negara mahupun luar negara. Walau tak semua tempat ada jual cenderamata patch. Bila dikumpul boleh penuh baju nak ditampal. Tak muat pula andai ditampal ditopi. Berjahit-jahit pula beg / haversack dengan patch.

Foto Hiasan
Best ke ada patch ni. Mulanya sebagai cenderamata pernah ke tempat tersebut. Bangga juga pakai baju / beg / haversack yang ada patch tertentu. Akhir sekali jadi satu hobi sampingan selain mendaki gunung.

Cerita sedikit koleksi apip yang masih wujud. Dulu mula-mula lekat patch di jaket & pouch bag. Kendian tukar pouch bag, lekangkan, simpan. Nak lekad di jaket atau haversack mahupun pouch bag baru nampak tak berapa sesuai. Sayang jaket performance & haversack performance tertebuk dengan jarum-jarum. Nak tak nak, SIMPAN saja.

Jumpa cenderamata, beli, simpan. Begitulah aturannya. Bila dikumpul-kumpul dah boleh lekat kat satu papan patch. Baru sedar ada yang terhilang. Gunung Ledang & Stong State Park. 

Apa yang istimewa dalam banyak-banyak patch ni! 
Rata-rata patch dibuat dari kain yang agak tebal dan ditekad dengan benang pelbagai warna. Satu dari koleksi apip patch dibuat dari kain nipis dan bukan ditekad tapi disulam. Nampak lebih kemas dan terperinci.
Patch yang disulam
Patch paling banyak - Gunung Semeru. Tak berapa pasti kenapa. Ada juga patch untuk acara atau kempen  'Save Our Forest'

Ada lagi tak pengumpul-pengumpul patch secara senyap ni? JOM hobi ni. Dah bersara dari mendaki pun hobi ni masih boleh diteruskan.

Thursday, 10 April 2014

2014 Makin Banyak Trek Gunung Jadi Santai


Gunung yang santai

Tulisan kali ni bukan nak senaraikan berapa banyak trek gunung yang santai. Bukan juga nak ketengahkan kisah bersantai di atas gunung atau bersantai di kaki gunung atau bersantai semasa ekspedisi. Bersantai sepanjang ekspedisi; Percaya!

Perasan tak sekarang ni macam dah jadi makin popular istilah santai. Trip santai mendaki gunung BlaBlaBla. Nikmati pendakian santai Gunung tuuuuut. G7 Santai. Ini antara iklan trip yang wujud.
Tengok contoh lagi.










Ada juga yang tak letak istilah 'santai' pada tajuk/nama trip tapi masih guna istilah 'santai' dalam iklan. Ada yang siap nyatakan suasana pendakian santai.





Andai betul tak sepatutnya ada masalah. Tapi terpikir juga, motif mereka ini, samada untuk main-main, gurauan sesama rakan yang tahap hardcore atau sengaja untuk menarik ramai pendaki baru dan yang takut dengan istilah hardcore. 

Sebut istilah hardcore, trip penggiat gunung yang bersantai di pantai atau trip mencandat sotong dah jadi trip hardcore.



Mungkin ini juga antara penyumbang kes pendaki-pendaki baru salah tafsir cabaran sesuatu gunung atau bukit. 'Santai' saja. 

Fikir-fikirkanlah demi memartabatkan rekreasi gunung kita. Hemmm dah macam topik tak santai bila mengajak untuk berfikir.

#sampel ini diambil dari iklan di public bukan untuk menyerang peribadi / mana-mana penganjur.




Wednesday, 19 February 2014

Pemesongan Kutub

Ilustrasi yang diterbitkan SinarHarian

Salji turun di padang pasir & kutub menyonsang. Apa info dari ilmu pemetaan! Bagaimana nak baca peta selepas ini dan ditahun-tahun mendatang? Tepat / "valid" lagikah compas bearing nanti. Adakah mereka yang mengelar diri sendiri sebagai penyondol hutan dan gunung akan berubah menjadi penyondol tanah?

Arah kutub menyonsang tahun demi tahun. Hal ini ada dalam ilmu pemetaan. Juga disebut Magnetic Declination. Pelarasan kutub utara peta berdasarkan kiraan kutub magnetik semasa. Jadi pemesongan kutub magnetik atau disebut utara kompas bukan perkara baru bagi mengamal ilmu pemetaan. Memandangkan peta yang diterbitkan bukan setiap tahun malah ada yang sekali dalam sedekad. Pengguna peta diberi makluman tentang darjah pemesongan setiap tahun. Hah kiralah sendiri. 
Panduan dalam peta topo membantu pengguna
Pembaca peta hendaklah membuat pelarasan (declination). Bagi kompas askar atau yang lebih lengkap, pelarasan dibuat di kompas, manakala bagi pengguna kompas orientering, peta hendaklah diserongkan mengikut sudut perbezaan tersebut. [Panduan Asas Membaca Peta Topo - Apip Embi] 


Bila kena kira sendiri ini, kebiasaannya orang akan kira darjah pemesongan dari tahun peta diterbitkan hingga tahun peta tersebut digunakan. Belum pernah dengan yang nak kira sampai pemesongan kutub utara berubah 90 darjah. Bersandarkan pada pemesongan tahunan adalah malar, tahun bila agaknya akan bertukar matahari terbit dari barat? Kalau rajin boleh kira. Tak ada yang mustahil.

~apip embi~

Tuesday, 18 February 2014

Buku Kandil di Kaki Gunung

Pustaka buku PTS dalam  portalnya dah iklan buku ni 'Kandil Di Kaki Gunung' atau istilah lainnya Cahaya di kaki gunung. Buat peminat atau pengiat pendaki gunung yang biasa melihat cahaya suria dari puncak gunung, buku ni mungkin sesuatu yang amat berbeza.

Penulis Roza Roslan, yang terkenal dengan buku-buku Travelog Cinta Abadi, penulisan gaya bersahaja tampil dengan buku baru. Sinopsis boleh dirujuk di baca sini


apip embi

Wednesday, 5 February 2014

Drama Sebabak di EBC

Al-kisah Travelog Everest Felda 2013 dah pun ditamatkan. Kisah kali ni tidak dicatat tapi dirakam lensa kemera apip. 

Skrip dan apa yang dibicarakan tak dapat dirakam atau rekod. Tengok ajalah drama sebabak ni antara M dan Sue di EBC.

M, Sengih nakal

M, masih sengih nakal sambil garu kepala. Sue disisi.

M, mulakan dengan baca doa dulu.  Sue macam tercengang.
M, semak sesuatu di handphone.

Entah apa yg dibicarakan, Sue memandang ke langit.

Sue jeling ke M

Sue usha keliling.

M & Sue makin rapat.

Nasuha merenung tajam ke arah M & Sue.

Nampak tu kelibat Nasuha, M & Sue. 

Babak terus tamat bila Nasuha mendekati M & Sue. anti-klimak betullah. Tak ada apa-apa yang terjadi.


Friday, 10 January 2014

Tips Trip Seminggu Tanpa Kos Tambahan



Nak berekspedisi seminggu memang seronok. Seronok bila ekspedisi ke gunung yang gah. Lagi seronok bila tak terbeban dengan pertambahan kos sara hidup. 

Mesti ada caranya, ada tekniknya bukan. 

Apa yang nak dikongsi ni bukan sekadar idea dan teori malah terbukti pada diri ini sendiri dan mungkin juga pada beberapa insan lain. Ingat, rezeki juga datang dari Illahi. Ada rezeki tanpa ada ilmu mungkin tak berkesan. Begitu juga ada ilmu tanpa ada rezeki tak kemana lagi. 

Ramai yang beranggapan besar periuk besarlah kerak. Pernahkah anda tahu periuk yang besar andai ditambah sukatan maksimum tapi kerak tak bertambah. 
Kenapa ada insan yang kerap beroutdoor. 
Kenapa ada dikalangan mereka tidak terbeban dengan kos untuk trip seminggu. 

Kenapa anda perlu tahu!
Anda juga layak mempraktikkan kaedah ini. 
Penambahan keupayaan insane untuk beroutdoor boleh menambahkan permintaan untuk bikin trip outdoor bagi pengerak outdoor.

Contoh Analisa

Kos berkerja seminggu/5 hari

Tol RM12 sehari X 5 = RM60.
Fuel RM23 sehari X 5 = RM115
Makan ditempat kerja RM15 sehari X 5 = 75
Belanja kawan RM20
Makan mlm/luar RM50
Lepak-lepak TehTarik dgn kawan RM20
Infak RM10
+
Kos hujung minggu
Makan luar+wayang =RM70
Jumlah kos = RM420

Kemana anda boleh pergi
Trip seminggu dalam negara seperti C-US, TransTitiwangsa, G.Tahan, TransNoring dsbg sudah tentu berlebih dengan RM400.

Kalau anda ada baget outdoor sebulan RM150, ditambah dengan kos hidup seminggu tadi sudah jadi RM570. 

Dah dapat pergi ke seberang Selat Melaka. Guna feri. Juga buat yang ingin pergi jauh lagi dan menggunakan penerbangan. Dah tentu kos trip anda yang perlu dikeluarkan hanya sebahagian kecil. 

Elakkan bikin atau ikut trip diwaktu cuti umum+cuti minggu bagi anda yang dibayar gaji walaupun cuti kerja, tiada kos ke tempat kerja yang akan dikurangkan. 

Cabaran buat anda
Hah kenalah meningkatkan ekonomi diri hingga capai kos mingguan yang optimum untuk berekspedisi dengan selesa tanpa tingkatkan kos mingguan.

Semoga kita sama-sama merasai kesenangan semasa keluar outdoor. Katakan tidak pada kesengsaraan poket. AZAM dihati.

Foto Hiasan: Memandang jauh dan bertindak jauh


Wednesday, 18 December 2013

Summit to Sea :: Everest Region - Koh Lipe




Dari Everest Region (Nepal) ke Pantai Koh Lipe (Lipe Island, Thailand). Ini 2 destinasi besar yang dikunjungi buat tahun 2013. Orang gunung ke gunung perkara biasa. Dari gunung berkunjung pula ke pantai. Ada sesuatu yang nak dicoretkan antara Everest Region dan Koh Lipe. 

Al-kisah berada di Everest Region - EBC selama 2 bulan pertapaan telah dicoret dalam Travelog Everest Felda 2013. Posting kali ni nak kisah pula pengalaman orang gunung bila ke Pulau Lipe atau dalam bahasa Thailand disebut Koh Lipe.

Menaiki Speed bot dari Langkawi ke Koh Lipe. Bot menghampiri Pantai Pattaya untuk berlabuh di gigi pantai. Nampak bukit yang tinggi di sebalik pantai. Dalam hati, tinggi juga nak menjejak Koh Lipe. Sangkaan kami meleset bila tanah tinggi yang nampak dari Pantai Pattaya rupanya pulau Koh Adang (Pulau Adang). 
Tak Sah kalau tak berfoto disini
Sementelaah cerita tentang Koh Lipe, sedikit info tentang Koh Lipe. Bukit paling tinggi dianggarkan setinggi 40 meter. Berada disebalah barat pulau ini. Inilah kawasan berkumpul andai berlaku tsunami. Papan tanda arah 'tsunami Evacuation' ada diletak di jalan utama di pulau ini. Penghuni Mountain Resort mungkin tak perlu lagi mendaki.

Sehari dah boleh pusing satu pulau dengan berjalan kaki. Dari Pattaya Beach ke Sunrise Beach (ada penduduk tempatan panggil SunLight Beach), nama tempatan disebut Chawli Beach. Walking Street menjadi laluan utama Pattaya Beach ke Sunrise Beach. Masuk ke Varin Resort Sunrise Beach untuk mudah dan cepat ke Sunrise Beach. Bayu malam amat kencang disini. Orang Malaysia mandi-manda di waktu pagi sebelum matahari terik. Bila waktu terik puak lain pula ambil alih disepanjang pantai. Tengahari waktu padat dan berderet di pantai ini. Matahari terbit tidak seindah mana dan bukan tarikan utama pelancong berbangsa Eropah/Latin. 

Pattaya Beach - Koh Lipe, Thailand
Malam di Pattaya Beach sangat menarik, suasana hidup dengan meja makan sampai ke gigi air. Pertunjukan api. Bak kata meriah suasana ni pantai termasuk yang bsersiar-siar. Walking street juga tak kurang meriah. Yang menetap di Sunrise Beach juga mudah ke sini. 

Sunset Beach pula mudah dijengah dari Pattaya Beach andai ikut jalan potong bersebelahan Sita Beach Resort. Rupanya belakang dapur utama Sita Beach Resort dah mengadap ke arah matahari terbenam. Ada lagi beberapa pantai kecil di pulau ini yang tak dipopularkan sesuai untuk berasmara berdua.

Secret Beach - disebalik rumah beteri/genset Sita Beach
Kembali pada laut lepas dah jelajah tempat tinggi di Koh Lipe. Aktiviti mandi pantai dan snorkeling jadi pilihan kami. Kalau di EBC oksigen kurang. Turun ke aras laut ni tak pula terasa mewah oksigen. Benamkan kepala dalam laut dan bernafas dengan corong (snorkel) juga tak mendatangkan rasa mewah dengan oksigen. Inilah keunikan aktiviti snorkeling. 

Beberapa tempat yang dituju untuk Island Hoping & Snorkeling. Pattaya Beach ke Ja Bang - snorkling arus deras ni. Kendian ke Koh Yang snorkeling di tepi pulau dan snorkeling di Ko Hin Ngam. Berada di Ko Hin Ngam tak sah andai tak ke tanjung batu hitam. Satu tempat yang unik, dipenuhi batuan hitam yang licin. Pulang ke Koh Lipe melalui Persisir Koh Rawi dan Persisir Koh Adang. Nak Snorkling di sini memang banyak lokasi, boleh muntah, muntah bagi ikan makan balik, kata botman kami.

Jernih air dan penuh ikan kalau dipanggil
Info: Kini telah ada masjid di Koh Lipe. Tidak berapa jauh dari simpang Walking Street ke Sunset Street. Imam Masjid, Abg Zakaria memaklumkan jemaah di sini tidak sampai 40 orang. Malah pembesar suara untuk azan telah dirosakkan. Money Changer juga ada menerima duit RM. Kedai makan 'orang kampung' juga menerima RM. harga kuih pulut nangka sepiring RM1 (memandangkan kami orang Malaysia). Boleh dibayar dalam Bath sebenarnya. Bahasa Melayu Kedah digunakan disini dikalangan warga asal bila berinteraksi dengan kami.

Dari Everest Region (Nepal) ke Pantai Koh Lipe, 2 pengalaman berbeza altitude di tahun 2013.

Tak bawa hammock kenalah pakai yang asli punya

Wednesday, 16 October 2013

Sebabak Doctor in Everest

Kisah sebabak drama semasa di Everest yang sempat dirakam dengan lensa apip. Kisah ni lansung tak dicatit dalam buku catitan apip sepanjang berada di EBC. Sebab tu kisah ni tak masuk dalam Travelog Everest Felda 2013.

flashBOOK Doctor in Everest




Wednesday, 9 October 2013

Karnival vs Festival 2013


Dua event besar hujung tahun 2013 dah mula jadi butir sembang dikalangan pengiat outdoor.
Satu RainForest Outdoor Festival (ROFEST) 2013 dan satu lagi Karnival Taman Cabaran Putrajaya (KTC Puj).

Kenapa dua event ni dapat (sedikit) perhatian gerbangGunung! …sebab ada yang masukkan hal ni semasa bersembang. Kedua-dua program ni cuba menjayakan program outdoor di hujung tahun 2013. Satu Festival dan satu lagi Karnival. Mungkin kebetulan.  ROFEST 2013 20-22 Disember, KTC Puj pula 27-29 Disember.





Maklumat ringkas yang diterima dari kedua pengerak program ini. Boleh dikatakan tiada pertindihan program. Kalau ada pun mungkin kebetulan. nak sertai mana satu ye?

ROFEST 2013 akan diadakan di Hutan Lipur Uu Bendul, N. Sembilan. Program dibawah Kelab Kembara Negara bertujuan mengumpul semua Aktivis Outdoor dan Adventure di Malaysia dengan pelbagai pengisian melibatkan gathering, fun dan sebagainya. Di Festival ni, akan terapkan pelbagai konsep santai seperti music, konservasi, fun game, jamboree, gathering dan sebagainya.

KTC Puj pula dijalankan badan swasta untuk menaik kembali Taman Cabaran Putrajaya. Beberapa kategori sukan extreme dan adventure akan diadakan semasa karnival. Booth yang berkaitan juga dijangka memriahkan lagi karnival.

Penglibatan kerajaan dalam kedua event ni! ROFEST mendapat kerjasama Kerajaan N. Sembilan, Jab. Pelancongan N9 serta Kem. Pelancongan Malaysia. Penglibatan KBS masih dalam perbincangan. Bagi Karnival TC Puj pula, premis milik kerajaan ini sudah tentu mendapat kebenaran kerajaan untuk melaksana program besar ini. Penglibatan pihak-pihak lain masih belum dapat dimaklumkan.

Kemuncak Festival (ROFEST 2013) adalah Anugerah Kembara. Ppiawai anugerah hanya mengikut perbincangan penganjur bersama beberapa badan antaranya
NAA, Kerajaan Negeri Sembilan, Jab. Pelancongan N. Sembilan dan Kem. Pelancongan Malaysia.

Harap persoalan elok tak daftar kelab ke anugerah ni. Secara peribadi teruskan sahaja asalkan HEP, IPT anda tidak menghalang penglibatan dalam Festival ni. Errr rasanya semua kelab/persatuan di IPT tak boleh berdaftar bawah ROY/ROS. Hanya daftar bawah HEP. 

Selamat berkarnival dan berfestival sebelum melangkah ke tahun 2014.


Tuesday, 1 October 2013

Berkenalan dengan Summit Boots


Kasut mendaki Gunung Everest macamana. nampak macam 'special'.
Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin ada yang ingin tahu.



Bab kasut mendaki Everest ni tak pernah ada dalam posting 'kasut trekking' 
Juga tak diceritakan dalam posting 'kasut trekking ii'
Alkisah posting 'trekking di himalaya' dalam Travelog Everest Felda 2013 pun tak diceritakan hal kasut mendaki Everest.

Kasut / But mendaki di Everest disebut Summit Boots. Summit Boots mempunyai ciri-ciri Double Boots. Apa pula Double Boots ni. Mari kita kenal persamaan kedua jenis but ni dulu. Kedua-dua but ini, adalah kasut jenis boots. Bertapak keras dan cutting boots, full cut, melepasi buku lali. Kedua-dua digunakan untuk ice climbing, juga disebut Climbing Boots. 
Kiri: Summit Boots, Kanan: Climbing Boots/Double Boots
Kedua-dua boots ini dicipta dengan 2 lapis (boleh guna ke istilah lapis). Boots luar dan boots dalam (inner boots & outer boots). Ini umpama kasut yang disarungkan dalam kasut. Kalau pemakai pakai 2 lapis setokin. Jadilah kaki disarung dengan stokin, disarung lagi dengan stokin, dikenakan boots dalam dan disarungkan boots luar. Berapa cepat boleh pakai but begini. Apa cabaran nak pakai but ni di altitute tinggi. Boleh bikin mengah.
Jamling Bothe bermanja dengan Apip semasa memakai Climbing Boots
Bantuan cerun diguna untuk memudahkan memakai crampon pada boots
Batuan diguna untuk sokongan pemakaian crampon
Inner boot mempunyai shell yang lembut. Bersifat penebat. Biasanya berwarna perak. Ada yang jenis bertali, ada juga jenis berzip. Kasut ni mudah luka sebab shell dia lembut. Elakkan dari diguna untuk berjalan-jalan di kemsite. 
Inner Boot 
Outer boot yang membezakan Double Boot dengan Summit Boot. Kedua-dua boot ini mempunyai tapak jenis boot yang keras. Shell dari fabrik yang agak lasak. Summit Boot mempuyai ciri tambahan, Outer Shell dari bahagian atas buku lali terus ke pangkal lutut seperti gaiter. Double Boot tidak mempunyai ciri ini. Cutting Double Boot biasanya diatas dari paras buku lali.
Outer Boots & Inner Boots
Masa bila nak guna Double Boot dan masa bila pula kena guna Summit Boot. Pendakian ke Island Peak (Imje Tse) boleh menggunakan Doube Boot. Boot yang ditawarkan (sewa) di Chukung kebanyakan adalah jenis Double Boot. Pendakian ke Everest pula menggunakan Summit Boot.  Summit Boot biasa diguna pada ketinggian melebihi 7000m atau pada tempat salji yang lebih extreme.
Pemakaian Inner boots tanpa Outer Boots
Saiz Summit Boot mahupun Double Boot patut dipakai sesuai dengan keselesaan kaki. Statistik kami memakai boot ini satu unit lebih besar dari saiz kasut biasa yang sering dipakai. Ini bagi mereka yang berkaki normal. Bagi yang kaki jenis Greek boleh juga guna 2 unit saiz lebih besar. Ingat keselesaan perlu diutamakan.

Berat sebelah boot ini lebih kurang 1 kilogram. Tak termasuk berat crampon. Pendaki amat digalakkan membiasakan kaki dengan boot ini sebelum pendakian sebenar. Kawasan sekitar basecamp / kemsite sering digunakan untuk membiasakan diri.
Climbing Boots dibiasakan di kemsite / basecamp
Summit Boot dipakai hingga kembali ke basecamp
Di Malaysia, Summit Boot boleh didapati di Butik Lafuma, Bangsar (Millet) dan La Sportiva difahamkan ada dijual di salah satu butik outdoor di Petaling Jaya. Summit Boot Millet di Lafuma, model baru dengan triple boot. 2 Inner boot dan satu outer boot.