Wednesday 18 December 2013

Summit to Sea :: Everest Region - Koh Lipe




Dari Everest Region (Nepal) ke Pantai Koh Lipe (Lipe Island, Thailand). Ini 2 destinasi besar yang dikunjungi buat tahun 2013. Orang gunung ke gunung perkara biasa. Dari gunung berkunjung pula ke pantai. Ada sesuatu yang nak dicoretkan antara Everest Region dan Koh Lipe. 

Al-kisah berada di Everest Region - EBC selama 2 bulan pertapaan telah dicoret dalam Travelog Everest Felda 2013. Posting kali ni nak kisah pula pengalaman orang gunung bila ke Pulau Lipe atau dalam bahasa Thailand disebut Koh Lipe.

Menaiki Speed bot dari Langkawi ke Koh Lipe. Bot menghampiri Pantai Pattaya untuk berlabuh di gigi pantai. Nampak bukit yang tinggi di sebalik pantai. Dalam hati, tinggi juga nak menjejak Koh Lipe. Sangkaan kami meleset bila tanah tinggi yang nampak dari Pantai Pattaya rupanya pulau Koh Adang (Pulau Adang). 
Tak Sah kalau tak berfoto disini
Sementelaah cerita tentang Koh Lipe, sedikit info tentang Koh Lipe. Bukit paling tinggi dianggarkan setinggi 40 meter. Berada disebalah barat pulau ini. Inilah kawasan berkumpul andai berlaku tsunami. Papan tanda arah 'tsunami Evacuation' ada diletak di jalan utama di pulau ini. Penghuni Mountain Resort mungkin tak perlu lagi mendaki.

Sehari dah boleh pusing satu pulau dengan berjalan kaki. Dari Pattaya Beach ke Sunrise Beach (ada penduduk tempatan panggil SunLight Beach), nama tempatan disebut Chawli Beach. Walking Street menjadi laluan utama Pattaya Beach ke Sunrise Beach. Masuk ke Varin Resort Sunrise Beach untuk mudah dan cepat ke Sunrise Beach. Bayu malam amat kencang disini. Orang Malaysia mandi-manda di waktu pagi sebelum matahari terik. Bila waktu terik puak lain pula ambil alih disepanjang pantai. Tengahari waktu padat dan berderet di pantai ini. Matahari terbit tidak seindah mana dan bukan tarikan utama pelancong berbangsa Eropah/Latin. 

Pattaya Beach - Koh Lipe, Thailand
Malam di Pattaya Beach sangat menarik, suasana hidup dengan meja makan sampai ke gigi air. Pertunjukan api. Bak kata meriah suasana ni pantai termasuk yang bsersiar-siar. Walking street juga tak kurang meriah. Yang menetap di Sunrise Beach juga mudah ke sini. 

Sunset Beach pula mudah dijengah dari Pattaya Beach andai ikut jalan potong bersebelahan Sita Beach Resort. Rupanya belakang dapur utama Sita Beach Resort dah mengadap ke arah matahari terbenam. Ada lagi beberapa pantai kecil di pulau ini yang tak dipopularkan sesuai untuk berasmara berdua.

Secret Beach - disebalik rumah beteri/genset Sita Beach
Kembali pada laut lepas dah jelajah tempat tinggi di Koh Lipe. Aktiviti mandi pantai dan snorkeling jadi pilihan kami. Kalau di EBC oksigen kurang. Turun ke aras laut ni tak pula terasa mewah oksigen. Benamkan kepala dalam laut dan bernafas dengan corong (snorkel) juga tak mendatangkan rasa mewah dengan oksigen. Inilah keunikan aktiviti snorkeling. 

Beberapa tempat yang dituju untuk Island Hoping & Snorkeling. Pattaya Beach ke Ja Bang - snorkling arus deras ni. Kendian ke Koh Yang snorkeling di tepi pulau dan snorkeling di Ko Hin Ngam. Berada di Ko Hin Ngam tak sah andai tak ke tanjung batu hitam. Satu tempat yang unik, dipenuhi batuan hitam yang licin. Pulang ke Koh Lipe melalui Persisir Koh Rawi dan Persisir Koh Adang. Nak Snorkling di sini memang banyak lokasi, boleh muntah, muntah bagi ikan makan balik, kata botman kami.

Jernih air dan penuh ikan kalau dipanggil
Info: Kini telah ada masjid di Koh Lipe. Tidak berapa jauh dari simpang Walking Street ke Sunset Street. Imam Masjid, Abg Zakaria memaklumkan jemaah di sini tidak sampai 40 orang. Malah pembesar suara untuk azan telah dirosakkan. Money Changer juga ada menerima duit RM. Kedai makan 'orang kampung' juga menerima RM. harga kuih pulut nangka sepiring RM1 (memandangkan kami orang Malaysia). Boleh dibayar dalam Bath sebenarnya. Bahasa Melayu Kedah digunakan disini dikalangan warga asal bila berinteraksi dengan kami.

Dari Everest Region (Nepal) ke Pantai Koh Lipe, 2 pengalaman berbeza altitude di tahun 2013.

Tak bawa hammock kenalah pakai yang asli punya

0 comments:

Post a Comment