Ilustrasi yang diterbitkan SinarHarian |
Salji turun di padang pasir & kutub menyonsang. Apa info dari ilmu pemetaan! Bagaimana nak baca peta selepas ini dan ditahun-tahun mendatang? Tepat / "valid" lagikah compas bearing nanti. Adakah mereka yang mengelar diri sendiri sebagai penyondol hutan dan gunung akan berubah menjadi penyondol tanah?
Arah kutub menyonsang tahun demi tahun. Hal ini ada dalam ilmu pemetaan. Juga disebut Magnetic Declination. Pelarasan kutub utara peta berdasarkan kiraan kutub magnetik semasa. Jadi pemesongan kutub magnetik atau disebut utara kompas bukan perkara baru bagi mengamal ilmu pemetaan. Memandangkan peta yang diterbitkan bukan setiap tahun malah ada yang sekali dalam sedekad. Pengguna peta diberi makluman tentang darjah pemesongan setiap tahun. Hah kiralah sendiri.
Panduan dalam peta topo membantu pengguna |
Pembaca peta hendaklah membuat
pelarasan (declination). Bagi kompas askar atau yang lebih lengkap, pelarasan
dibuat di kompas, manakala bagi pengguna kompas orientering, peta hendaklah
diserongkan mengikut sudut perbezaan tersebut. [Panduan Asas Membaca Peta Topo - Apip Embi]
Bila kena kira sendiri ini, kebiasaannya orang akan kira darjah pemesongan dari tahun peta diterbitkan hingga tahun peta tersebut digunakan. Belum pernah dengan yang nak kira sampai pemesongan kutub utara berubah 90 darjah. Bersandarkan pada pemesongan tahunan adalah malar, tahun bila agaknya akan bertukar matahari terbit dari barat? Kalau rajin boleh kira. Tak ada yang mustahil.
0 comments:
Post a Comment