Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Tuesday, 18 June 2013

TEF2013-03 :: Khatmandu - Budaya

Lain padang lain belalang. Berada beberapa hari di Khatmandu, walaupun lebih banyak menghabiskan masa di Thamel Road. Dari pemerhatian dan pemantauan, ada beberapa perbezaan budaya disini.

Khatmandu dan blackout dikatakan perkara yang biasa. Usah terkejut bila berada di premis perniagaan mahupun hotel, tiba-tiba tiada elektrik / blackout. Urusniaga dengan syarikat telekomunikasi NCELL akan offline.

Jam 5:30 pagi hari dah cerah tapi premis perniagaan buka jam 10 pagi dan tutup jam 6 petang bagi syarikat korporat manakala kedai-kedai tutup jam 9 malam.

Lalu lintas di Khatmandu sentiasa sesak. Bagi pejalan kaki, melintas jalan utama perlu agresif. Motorsikal 120-130cc ala-ala Naza Blade membanjiri jalan raya selain kereta, van dan bas. Beca juga tak kurang rancak di Khatmandu.

Motosikal menderu laju di jalanraya
Debu adalah hal lazim disini. Bukan budaya menutup hidung & mulut bagi masyarakat tempatan. Kami  kumpulan pendaki Everest Felda 2013 membudayakan berjalan dengan Buff sebagai penutup hidung dan mulut. Bukan satu hal asing buat masyarakat disini melihat warga asing berjalan menutup mulut & hidung dengan kain.



Bertopeng - Operasi Barang di Thamel Road
#Kesihatan kami perlu dijaga dan diutamakan untuk mengelak batuk.

Monday, 17 June 2013

TEF2013-02 :: Outdoor Shop - Thamel Road

Thamel Road, Kathmandu salah satu tempat pelancongan di Nepal. Deretan kedai-kedai yang menjual barangan budaya seperti pisau khukuri, kraf tempatan, kashmire, pashmina, fabrik tempatan dan tak sepi dari barangan outdoor. Kebiasaannya pendaki akan dikenalkan dengan Thamel Road sebelum bergerak ke Himalaya.

Bagi pengiat outdoor, lawatan pintu ke pintu setiap premis outdoor memang tak sah kalau berada disini. Ada 2 kategori premis menjual barangan outdoor. 1 butik barangan asli dan satu lagi kedai-kedai barangan tiruan yang berlambak banyaknya. Mungkin lebih 50 kedai.

Butik outdoor asli seperti Mountain Hardware, The North Face, Marmot dan Salewa antara kedai pilihan bagi barangan asli. Butik jenama tempatan yang setara hebat seperti Black Yak, Sonam & Sherpa. Jenama outdoor lain bagi comlimentary product turut dijual dibutik-butik ini antaranya seperti Black Diomond, Keen, Big Agnes dll.

Bersama Tuan Kedai Marmot

Bincang
Harga bagi barangan ori di butik outdoor hampir sama dengan harga dalam official web jenama berkenaan. Harga bagi barangan tiruan pula jauh lebih rendah. Tak semua pekedai sudi tawar-menawar harga. Ada kedai yang telah di blacklist pendaki-pendaki Felda sebulan yang lepas (kunjungan semasa latihan di Labuche Peak Febuari 2013).
Depan Butik Sherpa
Pendaki-pendaki (bukan Pendaki Utama) yang diberi baget terhad sememangnya dinasihati berbelanja dengan berhemah dan melihat barangan tiruan sebagai alternatif. Down Jacket tiruan, dalam tetap ada bulu angsa. Kualiti jahitan terutama pada logo memang berbeza. Keupayaan sebagai barangan outdoor hampir setara dengan barangan asli.

Booties fake pula tak sama dengan model yang asli. Duffel beg dan complimentary item yang lain agak mudah didapati di kedai-kedai barangan fake. Ada juga barangan yang dilabel 'Branded' di kedai-kedai barangan fake. Item branded (ori) dijual dengan harga yang jauh tinggi berbanding barangan fake.

Satu lagi keperluan pendaki, Yak Wool yang dibuat stokin, glove dan hat. Item ini antara wajar dibeli untuk kegunaan di Banjaran Himalaya mahupun sebagai cenderamata untuk dibawa pulang.

Pilihan - Yak Wool

Thursday, 13 June 2013

TEF2013-01 :: Lambaian di KLIA



Kumpulan pendaki & Krew KE7B bersama Datuk Akmar (tengah)
Tanggal 2 April 2013. Hari bermulanya Misi Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013. Ekspedisi membawa anak-anak Felda ke puncak G. Everest yang dianjurkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua. 

Hari ini jugalah sahih Apip sebagai salah seorang krew KE7B yang akan mengikuti misi ini. 5 pendaki utama Felda berserta 2 orang jurulatih yang akan menyahut cabaran ke puncak Everest. 7 orang anak-anak Felda sebagai pendaki sokongan, 3 orang lagi pendaki sokongan atau krew dari KE7B (import dari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur- OGKL) - Apip, Ramli & Aliph.

Hari pertama misi, perasaan yang bercampur baur. Semangat yang membara, berdebar-debar, sayu & pilu meninggalkan ahli keluarga dan semua rasa ada berbaur di hati pada waktu ini. 

Apip family - foto sebelum berlepas,
gambar foto sekeluarga yang sering jadi tatapan sepanjang pertapaan
Di KLIA, ahli keluarga rakan-rakan sependakian, pengiat-pengiat outdoor, peminat-peminat outdoor, orang kampung, orang Felda tak lepas peluang memberi semangat & lambaian terakhir. Media dan wakil penaja turut meraikan hari pertama misi ini sebelum kami berangkat pergi.

Penaung KE7B, Datuk Akmar juga turut hadir dan memberi kata-kata perangsang terakhir sebelum kaki melangkah ke Border Gate. Lambaian kalian di KLIA disemat  kemas di sanubari.

Hari pertama bagi misi selama 2 bulan, hari yang diingati buat kami.

KRESMA - Meraikan Deeno & Apip dengan kek














Bergambar dengan sahabat

Travelog Everest Felda 2013 : Prolog



Travelog Everest Felda 2013 (TEF2013) satu perkongsian perjalanan Apip Embi dalam misi ini, bertapa di bumi Himalaya. Bukan catatan harian dan rutin hidup selama 2 bulan yang ingin dikongsi. Jauh lagi hal-hal peribadi yang bersifat peribadi.

Sesuatu yang ingin diketengahkan, pengalaman menempuh dugaan, persekitaran, budaya, kepercayaan, cabaran alam, kerja dan sebagainya. Sesuatu yang dapat memberi kesan pada diri. Manfaat yang boleh diperolehi bersama.

TEF2013 akan disiar / dikongsi dalam beberapa siri dengan topik berbeza. Pengalaman, ekspedisi, kehidupan, amalam, tips yang signifikasi untuk dijadikan panduan atau sempadan dalam menempuh cabaran hidup di Himalaya.

Hal-hal yang baik ditunjolkan bukan untuk riak & ujub. Amalan yang baik ini moga diteruskan & ditingkatkan oleh petapa-petapa seterusnya yang berkelana di Banjaran Himalaya.

TEF2013, mungkin agak berbeza dari catatan travelog rakan-rakan yang sama-sama dalam misi ini. Sesuatu yang dialami, dipandang dari sudut yang berbeza. Hal-hal sampingan yang tidak diketepikan, malah dikupas mengikut pandangan peribadi.

"Tidak dijadikan sesuatu itu sebagai tanda kebesaran Illahi melainkan buat orang-orang yang berfikir dan beriman"


Thursday, 28 March 2013

Menjelang misi KE7B Everest Felda 2013

Satu lagi pasukan dari negara Malaysia akan mendaki Gunung Everest. Misi yang dipikul pasukan KE7B Everest Felda 2013 dibawah kelolaan Kelab Eksplorasi 7 Benua (Ke7b) untuk mengankat keupayaan anak-anak Felda sebagai pendaki kemuncak dunia.

Buat mereka yang ingin mendapat info semasa Misi ini, sila ikuti FB fanpage KE7B-Everest-FELDA-2013 Fanpage

Menjelang misi Everest ini yang dijadual 2 April 2013 jam 5 pagi untuk berlepas ke Nepal. Alhamdulillah permohonan cuti Apip dilepaskan. Kata-kata bos yang sinis tapi tetap ada makna.
"Kalau dalam ibadah, Haji dikira kemuncak ibadah, bagi pendaki pula, Everest puncak pendakian, masanya hampir sama 2 bulan"

Majlis Pelancaran di Jabatan Perdana Menteri



Wednesday, 27 February 2013

Aku Tak Pilih Cap Ayam


 
Pilihan adalah hak peribadi. Menyukai sesuatu cap juga adalah peribadi. Memakai & mengguna sesuatu cap juga peribadi. Undi adalah rahsia walau tak peribadi. Aku tak pilih Cap Ayam.

Betul ke Cap Ayam sekarang dah naik. Bukan lagi Cap Ayam yang aku tak pilih dahulu. Dah berdegar-degar orang sebut tentang Cap Ayam. Cap Ayam itu… Cap Ayam ini… Macam Cap Ayam ni bukan lagi cap picisan. 

Siapa yang jadikan Cap Ayam satu cap picisan. Atau memang Cap Ayam ni, satu cap yang picisan. Level bawahan dikalangan cap-cap yang lain. Apa cap lain tu ye'? Hebatkah?



Imbas kenangan suatu cerita dahulu di hujung tahun 90an bertempat didalam hutan.

Kawan: Aiii Apip kau pakai Cap Ayam lagi. Kawan-kawan lain semua dah pakai mini MAGlite. kau bila lagi?
Apip: Mana ada aku pakai Cap Ayam, aku punya (lampu suluh) Cap Kepala Harimau. tengok ni.
Kawan: (telan air liur dan terus diam)

# Mungkin takut bila istilah Harimau disebut dalam hutan.


Aku tak pilih Cap Ayam. Cap Kepala Harimau ni fokus dia boleh laras tak macam Cap Ayam. Lagi satu lebih rare dari Cap Ayam dan Cap Kuda Terbang mahupun Cap Everedy. Bateri Cap Kucing dah tentu pilihan yang ada.

Nak kenal lebih rapat Cap Kepala Harimau jengah sini 

Tapi kini (2013) kalau ada lagi yang mendaki gunung guna lampu suluh Cap Ayam, kira oldskool. Kenalan-kenalan yang namakan diri Budak Cap Ayam pun mungkin tak guna Cap Ayam ni.  

Teringin nak ada / tengok foto lampu suluh Cap Ayam ni. 

Cap Ayam pun dah ada berbagai cap tapi disebut 'cap ayam' tak kira ayam berdiri, ayam teleng, ayam betina, ayam candu dll. 

Apa pun aku tak pilih Cap Ayam.

Friday, 15 February 2013

Waktu Maghrib tak boleh treking!


Situasi ini agak sering berlaku dikalangan pendaki. Ada arahan dari Ketua Ekspedisi, ada pula arahan dari guide dan ada juga tindakan dari pendaki sendiri. 

Baru-baru ini semasa Apip dalam ekspedisi , hal ini berlaku lebih kurang begini bualan kami.

Apip: Aiii semua duduk ni kenapa?
xxx: waktu Maghrib
Apip: Habis tu, nak solat duduk ke apa? (masing-masing duduk tepi trek)
xxx: Hormat waktu Maghrib, sebab tu tak jalan.
Apip: Dalam Islam tak ada istilah hormat waktu solat.
yyy: Dulu masa treking di Gunung abc, guide tak bagi jalan waktu Maghrib.
Apip: Terpulang pada masing-masing, nak terus jalan, Apip benarkan. Tapi jangan langgar anak jin plak.
xxx: kenapa?
apip: Kepercayaan Orang Melayu, waktu senja anak jin berkeliaran, Orang Melayu percaya hutan tempat jin bertendang. Jalan-jalan takut terlanggar anak jin.
xxx: hah
apip: Dalam Islam syaitan berkeliaran ni ada. bab hormat waktu solat tak boleh berjalan memang tak ada.
Abg Othman: Dalam Islam masuk waktu solat dah boleh niat jamak, nak Solat Maghrib waktu Solat Insyak, kena niat bila dah masuk Waktu Maghrib.
Apip: betul tu. Nak elak dari terlanggar anak jin, bacalah ayat-ayat (pelindung) yang patut.
yyy: ok kami jalan ye
Apip: sila.


Dua hadis sahih yang menyebut tentang syaitan-syaitan berkeliaran di waktu senja / menghampiri malam. 

"Dari Jabir, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legammnya petang hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang hilang (sampai waktu malam tiba) "(HR. Muslim).

Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. (HR Bukhari).

Ada dua kepercayaan dikalangan trekker. Satu kepercayaan Melayu dan satu lagi kepercayaan Islam. Demi menjaga keharmonian hubungan sesama manusia, adakala kita kena benarkan pengamal kepercayaan Melayu, lebih-lebih lagi Ketua Kumpulan / Ketua guide / masyarakat setempat mengamalkan apa yang mereka percaya dan menghormati kepercayaan mereka.

Bagi yang ingin ikut kepercayaan Islam, kelebihan yang ada, anda dapat terus treking tanpa terhenti, lebih-lebih lagi treking waktu cerah, atau belum cukup kelam lebih cepat dari treking waktu kelam. Ini amat biasa Apip lakukan. Alhamdulillah setakat ini tiada sebarang kemudharatan.

Semoga nukilan kali ini menjelaskan amalan tidak treking waktu Maghrib mengikut kepercayaan dan bukan ikut-ikut tanpa tahu apa hal sebenarnya.

Santai Mendaki Gunung Kosciuzko

Inilah gambaran sebenar pendakian di gunung tertinggi Benua Australia. Satu dari 7 puncak benua didunia ini. Gunung yang paling mudah diantara ketujuh-tujuhnya. 

Kisah ini diabadikan oleh wartawan Utusan, Rohana Man yang menjadi salah seorang pendaki dalam ekspedisi ini. 

Alhamdulillah, Apip yang mengetuai ekspedisi OGKL ini, sekali lagi diabadikan di media.

Utusan Malaysia, 15 Feb 2013.

Wednesday, 13 February 2013

Haglof packable daypack

Haglöf satu jenama outdoor yang establish. Belum cukup popular di Malaysia, namun kelibat produk ni dah ada di AbotshopHaglöf berasal dari tanah Nordic atau utara Eropah. 



Packable Backpack dengan berat kurang dari 500gram dilipat kecil serta dibuka dengan kapasiti 30liter. Produk ini antara hot sale item kini. Ciri-ciri   ini baik untuk dibawa sebagai backpack ke puncak dalam ekspedisi yang memerlukan pendaki bawa haversack & backpack.






Satu lagi ciri istimewa, visel disertakan.



Friday, 8 February 2013

Dijemput ke Everest

Everest - photo MailOnline

Pendakian ke puncak tertinggi dunia mahupun berada dalam pasukan yang mendaki ke puncak Gunung Everest antara impian ramai pendaki. 

Negara kita, Malaysia sekali lagi akan ada pasukan yang akan ke G. Everest. KE7B Everest Felda yang akan dibarisi pendaki anak-anak Felda serta pendaki KE7B akan merealisasikan pada tahun 2013. Program bermula September 2012 dengan penapisan resume bakal pendaki, seterusnya pemilihan pertama .

Mengimbau kembali liku-liku yang harus ditempuhi pendaki untuk berada dalam mana-mana kelompok pasukan pendaki Everest. Rata-rata pendaki berdepan banyak halangan, rintangan dan cabaran. 


Apip yang mendapat jemputan daripada Saudara Qobin melalui mesej FB. Mudahkan. Sahabat-sahabat dikelilingi terus menghujani dengan ucapan tahniah, syabas dan sebagainya. Tak terlepas juga yang turut bertanya " 'Paris' ada FELDA ke?" tanpa mengetahui KE7B sebagai penganjur turut berhak menghantar pendakinya atau pilihannya sendiri.

Lain dari orang lain, tawaran ini buat Apip jadi bengong. Tak pasti nak balas dengan terima kasih atau apa, buat sahabat-sahabat yang mengucapkan tahniah. Tak pasti tawaran ni perlu disambut dengan kesyukuran atau banyak bermunajat. Tak pasti ini bahana atau bencana yang besar dalam hidup ini. Atau satu rezeki yang besar.

Dalam kebengongan ini, satu pertemuan dengan Qobin direncana untuk satu kepastian. Apa komitmen yang diharapkan. Moga tiada rasa terhutang budi sebab Apip rajin menjengah sejak dari Pemilihan Calon lagi. 

Mudahnya perjalanan ini untuk bersama pasukan Everest. Mewujudkan profil pendaki bukanlah satu yang mudah dan diambil mudah. Lebih sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai seorang pendaki. Bukan lagi pendaki picisan walau adakala mendaki gunung-gunung picisan.

Peluang menyertai pendakian demi Negara nampaknya besar. Konflik kerja yang juga atas nama Negara juga besar. Bekerja untuk Sistem Keselamatan Negara / Public Safety juga memerlukan komitmen yang besar. Sudikah majikan melepaskan diri ini dari bekerja untuk negara ke mendaki untuk negara?

Apa signifikan dapat peluang dalam pasukan Everest. "Barangsiapa mengejar akhirat, maka akhirat dan dunia, kedua-duanya akan berlari mendapatkannya." dari Imam al-Ghazali. Teringat doa Apip sepanjang 2012 untuk dijemput ke Tanah Suci bersama 1steri Khairinah Binti Chumari. Jemputan ke Tanah Suci belum diterima, jemputan ke Everest yang menyusul, tempohnya hampir sama, 2 bulan. 

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, ambillah iktibar, usah kita alpa pada Illahi dalam mengejar aktiviti gunung. Insya'Allah pulangannya ada.