Lain padang lain belalang. Berada beberapa hari di Khatmandu, walaupun lebih banyak menghabiskan masa di Thamel Road. Dari pemerhatian dan pemantauan, ada beberapa perbezaan budaya disini.
Khatmandu dan blackout dikatakan perkara yang biasa. Usah terkejut bila berada di premis perniagaan mahupun hotel, tiba-tiba tiada elektrik / blackout. Urusniaga dengan syarikat telekomunikasi NCELL akan offline.
Jam 5:30 pagi hari dah cerah tapi premis perniagaan buka jam 10 pagi dan tutup jam 6 petang bagi syarikat korporat manakala kedai-kedai tutup jam 9 malam.
Lalu lintas di Khatmandu sentiasa sesak. Bagi pejalan kaki, melintas jalan utama perlu agresif. Motorsikal 120-130cc ala-ala Naza Blade membanjiri jalan raya selain kereta, van dan bas. Beca juga tak kurang rancak di Khatmandu.
Motosikal menderu laju di jalanraya |
Debu adalah hal lazim disini. Bukan budaya menutup hidung & mulut bagi masyarakat tempatan. Kami kumpulan pendaki Everest Felda 2013 membudayakan berjalan dengan Buff sebagai penutup hidung dan mulut. Bukan satu hal asing buat masyarakat disini melihat warga asing berjalan menutup mulut & hidung dengan kain.
Bertopeng - Operasi Barang di Thamel Road |
0 comments:
Post a Comment