Sherpa Land adalah tanah tempat tinggal masyarakat Sherpa. Banjaran Himalaya yang meliputi sebahagian Nepal, Tibet & Bhutan dikatakan Sherpa Land.
Kaum Sherpa berbeza dengan kaum Nepal. Kaum Sherpa disebut Sherpanist dan Kaum Nepal disebut Nepalist. Rupa kaum Sherpa memang mudah dibezakan dengan kaum Nepal. Iras muka kaum Sherpa seperti masyarakat Tibet. Berkulit cerah, mata sepet, hidung penyek. Kaum Nepal pula lebih pada iras masyarakat India. Berkulit agak gelap, hidung mancung dan tidak bermata sepet.
|
Rupa anak kecil Masyarakat Sherpa |
Penempatan kaum Sherpa di lurah-lurah Banjaran Himalaya dari ketinggian 2000m hingga ke 5000 meter dari paras laut. Berpuluh perkampungan wujud, menjajar hingga ke Tibet. Lukla (2840m dpl) dan Namche Bazar (3440m dpl) adalah penempatan besar masyarakat Sherpa di Sherpa Land. Sebahagian penempatan ini diwartakan dalam kawasan Sagarmatha National Park.
Industri pelancongan penjana utama ekonomi disini. Kehadiran pendaki-pendaki walau sekadar ke EBC merancakkan lagi industri pelancongan. Beberapa trail menarik ke Gokyo, Island Peak di Sagarmatha National Park turut meningkatkan bilangan pelancong.
Masyarakat Sherpa menyebut G. Everest sebagai Chomolungma sama seperti Masyarakat Tibet. Masyarakat Nepal pula menamakan gunung ini G. Sagarmatha.
Hampir semua perkampungan / penempatan menawarkan hotel / lodge. Secara tradisional, masyarakat Sherpa bercucuk tanam. Ubi kentang tanaman utama yang ditanam semasa musim panas. Begi penempatan yang lebih rendah, kobis dan beberapa sayur lain ditanam. Penanaman epal mula diperkenalkan di Sherpa Land dan dapat memenuhi pemintaan setempat.
|
Kebun sayur |
|
Membajak tanah sebelum menanam kentang |
Yak dan kuda pula sebagai ternakan pengangkutan. Saiz badan Yak yang besar dan bertanduk tidaklah terlalu bahaya untuk berdiri dekat bila berselisih jalan. TIPS# Elakkan dari berdiri di tepi tebing semasa berselisih dengan Yak. Ditakuti Yak merempuh anda, dan anda boleh jatuh dari tebing. Amalkan berdiri di tepi dinding bukit semasa berselisih dengan Yak.
Kaum Sherpa yang tidak mempunyai pendidikan akan bekerja sebagai porter, membawa / memikul barangan keperluan dari satu destinasi ke destinasi lain. Barang yang dipikul dibubuh didalam raga dan tali raga disangkut di dahi. Barang yang bersaiz lebih besar dari raga dipikul dibalakang badan dan tali pengikat disandang di dahi.
|
Porter on Rest - Kayu rehat digunakan semasa berhenti. |
Kaum Sherpa yang boleh berbahasa Inggeris pula biasanya masuk dalam sektor mountaineering samada sebagai Climbing Sherpa, membawa pendaki mendaki gunung; Trekking Sherpa, mengiring pendaki trekking di Himalaya (termasuk mendaki ke Gokyo Ri, Kalapatar, EBC). Ada juga yang berperanan sebagai krew mendaki seperti Expedition Chef, Kitchen Boy, Water Boy, Basecamp Manager, Tour Manager dsbg.
|
Rumah traditional beratapkan ala-ala tikar mengkuang |
Rumah tradisional Kaum Sherpa dibina berdindingkan batu dan beratapkan kepingan batu. Batu-batu binaan mudah diperolehi disekitar penempatan. Kerja-kerja memecah batu menjadi blok-blok atau kepingan-kepingan masih dibuat secara manual menggunakan tulang 4 kerat.
|
Rumah tradisional beratapkan kepingan kayu |
|
Rumah tradional, dinding yang tidak disimen / plaster. |
|
Rumah tradisional, atap dari susunan kepingan batu. |
|
Tenaga tulang 4 kerat diguna membentuk batu menjadi blok-blok batu bagi rumah moden. |
Yak digunakan untuk membajak & mengangkut barang. Perhubungan dari satu penempatan ke penempatan hanya dengan berjalan kaki. Ada beberapa penempatan yang mempunyai helipad. Helikopter digunakan untuk kes kecemasan atau bagi insan yang berada sahaja.
Pakaian tradisional pula boleh dilihat dipakai kaum wanita yang telah separuh abad.
buat carian imej 'Sherpa People' untuk kenali rupa kaum Sherpa.
I really enjoy reading your blog about Nepal and trekking at Himalaya.. It is so informative and interesting. The language is simple yet full of info. Congratulation on your achievement and I salute all of you. I am going to EBC this Oct by solo and your blog is really help me. Terima kasih atas tulisan anda Apip
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca & bagi feedback.
Delete