Kepercayaan dan amalan ritual masyarakat di Himalaya dapat dilihat dengan kewujudan beberapa item keagamaan disetiap penempatan. Buddha adalah asas kepercayaan, cuma mungkin mazhabnya berbeza dengan penganut Buddha di Malaysia / Siam.
|
Kami berlatarkan Item-item Buddha |
Sherpa Land boleh dikatakan kawasan yang kuat amalan agama Buddha. Namun, patung Buddha (Statue Buddha) amat sukar ditemui, baik di rumah, hotel atau di kuil kecil / stupa. Pendeta Buddha atau Monk disini berpakaian merah / meroon tidak seperti pendeta Buddha di Malaysia & Siam ber'ihram' kuning.
Sepanjang perjalanan dari Lukla ke Everest Base Camp (EBC), item-item keagamaan yang boleh ditemui seperti
1. Batu Bersurat Besar (Mani Stone),
2. Kepingan Batu Bersurat (Slate Carving),
3. Stupa / Kuil kecil
4. Roda Sembahyang (besar)
5. Roda-roda sembahyang (kecil)
6. Bongkah Poja
7. Bendera Sembahyang Buddha (Prayer Flag / Buddha Flag)
Kuil Buddha pula ada dibeberapa penempatan sahaja antaranya di Tengboche yang berada di kawasan lintasan pendaki.
Bongkah Poja ada dibeberapa tempat yang ditemui, satu tuju batu yang dibina berbentuk bongkah dengan saiz lebih kurang 1 meter persegi. Bendera Buddha pula dipasang ke beberapa sudut dan berpusat dari Bongkah Poja. Di EBC paling banyak terdapat Bongkah Poja. Majlis Poja ini akan diceritakan lebih lanjut kemudian mengikut pengalaman kami di EBC.
'Bendera sukan dah dipasang' - sinis pendaki melihat Bendera Sembahyang Buddha seakan bendera warna-warni yang direntang semasa sukan sekolah. Kain warna-warni, Hijau-Merah-Putih-Biru-Kuning yang dinamakan Bendera Sembahyang Buddha ini tertulis mentera dalam bahasa Sanskrit. Kain-kain ini diikat pada tali dan direntang di tempat pemujaan tertentu.
|
Berdera Sembahyang Buddha & Batu Poja |
Satu lagi item yang agak asing disini sempat dirakam, satu makam ditengah laluan antara Lukla - Pakding. Sesuatu yang tak dapat dipastikan sejarahnya. Yang pasti masyarakat tempatan menghormati objek ini. Makam Sunan Himal.
|
Dihormati masyarakat setempat |
Jumlah item-item ritual ini yang kami lintas serta temui, jika dibandingkan dengan jumlah rumah yang dilintas agak jauh berbeza jumlahnya. Lebih banyak item ritual dari rumah. Semua item-item ini adalah hasil peninggalan kaum terdahulu. Entah tak dapat dipastikan bila zamannya.
|
Kami sengaja berjalan disebelah kanan supaya tak mengikut amalan penganut Buddha |
Posting kali ini macam banyak gambar. Situasi sebenar, terlalu banyak item-item Ritual Buddha ini yang tak mungkin naik jemu kalau tangkap gambar kesemuanya dan masuk kesemuanya dalam posting kali ini.
#Buat Masyarakat Islam, elakkan dari mengikut amalan agama lain & mempercayai kepercayaan mereka.
0 comments:
Post a Comment