Climb High - Sleep Low, teknik acclamatize yang digunakan dalam pasukan Everest Felda 2013 termasuk semasa dalam perjalanan ke Everest Base Camp (EBC).
Pada ketinggian 2500m ke atas, Manusia kena acclamatize. Badan manusia kena biasakan diri dengan perubahan ketinggian. Semakin tinggi sesuatu tempat dari paras laut (dpl), semakin kurang kandungan oksigen di udara. Dengan kata lain, Oksigen semakin nipis. Tekanan udara semakin rendah. Reaksi badan manusia perlu diselaraskan.
Jadual diatas merujuk pada peratus kandungan Oksigen dalam udara berdasarkan ketinggian. Peratus Oksigen ni dikira berdasarkan sifir (boleh rujuk mana-mana sumber di internet) bukan bacaan yang diambil disetiap ketinggian. Apip kaitkan beberapa contoh yang kena dengan diri dan majoriti untuk pengetahuan rakyat Malaysia.
Perasan tak? Kandungan Oksigen di EBC separuh dari kandungan Oksigen di tempat tinggal kita di Kuala Lumpur dan tempat-tempat yang setara dengannya. Rata-rata rakyat Malaysia ke EBC dari ketinggian aras laut. Jauh beza bukan?
Apa itu 'climb high, sleep low', Secara dasarnya untuk tinggal/bermalam disesuatu ketinggian, kita perlu mendaki melebihi ketinggian itu dan kembali turun ke tempat tinggal/bermalam. Berapa tinggi perlu mendaki? Kebiasaanya orang mendaki lebih dari 100 meter. Contoh untuk tinggal di ketinggian 4300m dpl, kita perlu mendaki 4400m dpl.
Sepanjang perjalanan kami dari Lukla ke Island Peak Basecamp dan EBC, ada beberapa 'bukit' untuk acclamatize guna teknik ini. Ada juga penempatan yang mendatar dan tiada bukit berdekatan untuk acclamatize.
#INGAT setinggi mana kita mendaki, kita adalah 'a man from sea level to top of a land'.
0 comments:
Post a Comment