Tuesday 25 June 2013

TEF2013-08 :: Makan di Himalaya


"nak makan apa ye'" Inilah antara perkara yang berlegar dikepala bila diaju Sherpa kami untuk ambil order. Posting kali ini nak cerita tentang menu dan makanan kami sepanjang pesinggahan dari satu Lodge / Hotel / Restoren sebelum kami menginap di basecamp (Island Peak Basecamp & Everest Base Camp).
Singgah makan tengahari disini
Pakej makan kami pasukan Everest Felda 2013 yang hanya order saja ikut kemahuan masing-masing. Harga di menu tak payah dijeling apatah lagi nak berkira-kira. Setelah melalui dan merasai beberapa Restoren, menu setiap tempat adalah sama. Memang sebji sama, copy cat . Malah buku menu pun ada yang sama seperti satu cetakan untuk semua restoren/hotel. Boleh hafal menu yang ada.
Menu standard
Dua kategori menu yang ada, western dan tempatan. Pilihan halal adalah vegetarian. Hari-hari awal kami di Himalaya ini adalah sessi berkenalan dengan menu. Hinggalah akhirnya masing-masing bertemu dengan menu pilihan yang kena dengan tekak Melayu.
Minum dulu
Makan bersama-sama
'Rara Noodle with egg drop' menu tempatan yang hasilnya sama dengan maggi rebus dengan telur. Siapa yang order tapi belum datang ke Dining Hall hotel biasanya kena sambarlah rara dia. "Daripada kembang mee dia, baik habiskan dulu". Beginilah kami yang berselera sewaktu makan.

'French Toast' - Ia roti yang bersalut telur. Nama macam high class tapi rupanya ada yang selalu bikin di rumah. Pancake antara menu yang jadi pilihan diwaktu sarapan. Ada yang makan dengan jem, coklat atau madu. Jangan terkejut dapat sebotol madu. Tuang sendiri. 
Pancake with honey
'Momo tuna' - boleh dikatakan karipap tuna, cuma cara kulit luar dibikin tak serupa, lain lipatannya. "Kenapa momo tuna aku dia rebus?" kena sebut "Fried Momo Tuna" baru dapat yang digoreng. Sos cili merah disertakan untuk penyedap rasa.

'Fried Noodle, Fried Rice' - walau menu sama, tapi lain tempat, lain rasa. Adakala kena dengan tekak kami. Ada pula masa kami kategorikan sebagai 'out'. Beginilah tekak Melayu.
lagi suasana di Dining Hall / Restoren
'Rice & Dhalbat' - menu tempatan yang seorang dua sahaja lalu makan. Inilah menu harian sherpa. Kacang dhal berkuah yang dimakan dengan nasi putih. Rempah yang diguna untuk dhalbat tak sama macam kuah Dhal yang kita selalu makan dengan roti canai. Ada lain banyak & banyak bezanya.

Sherpa Stew - Vegetabale Sherpa Stew macam macaroni sayur masak latna. Boleh dicuba menu ni andai nak ubah selera dan merasa masakan tempatan. Cuba tau. 

'Sherpa Tea' - Di Hill-ten Hotel, Namche Bazar, Apip sempat order sherpa tea. Teh ala-ala teh tarik di Malaysia. Cuma ada sedikit mentega dibubuh dalam teh. Di Pangboche, sherpa tea yang Pa'am order. menteganya agak banyak dan terus kami serik nak order sherpa tea lagi. Tea with milk atau dalam sebutan tempatan dudche, teh agak cair tapi masih boleh ditelan tekak Melayu. Satu lagi pilihan adalah ' Masala Tea', teh yang berempah masala atau bercengkih.

'Hot lemon & Ginger Soup' - dua menu ini untuk mengelakkan kami AMS. Di Pangboche (3985m dpl),  hot lemon menjadi 'welcome drink' kami sebaik tiba di hotel. Tips minum 5-6 cawan untuk elak pening sebaik saja sampai di altitud baru. Ginger soup pula antara menu basah tekak sebelum makan malam atau makan tengahari.

Biskut dan makanan ringan pula, perlu cari yang buatan Malaysia dengan logo halal. Alternatif kami dapatkan produk sayuran dengan logo 'bulatan hijau' menandakan 'vegitarian food'. 
Simbol Vegi Food
#Kawalan makan yang betul satu strategi untuk kekal sihat di Himalaya.

Setiap Dining Hall / Restoren mempunyai traditional Heater kawasan ditengah.

0 comments:

Post a Comment