Friday 21 June 2013

TEF2013-06 :: Ritual

Kepercayaan dan amalan ritual masyarakat di Himalaya dapat dilihat dengan kewujudan beberapa item keagamaan disetiap penempatan. Buddha adalah asas kepercayaan, cuma mungkin mazhabnya berbeza dengan penganut Buddha di Malaysia / Siam.

Kami berlatarkan Item-item Buddha
Sherpa Land boleh dikatakan kawasan yang kuat amalan agama Buddha. Namun, patung Buddha (Statue Buddha) amat sukar ditemui, baik di rumah, hotel atau di kuil kecil / stupa. Pendeta Buddha atau Monk disini berpakaian merah / meroon tidak seperti pendeta Buddha di Malaysia & Siam ber'ihram' kuning. 

Sepanjang perjalanan dari Lukla ke Everest Base Camp (EBC), item-item keagamaan yang boleh ditemui seperti 
1. Batu Bersurat Besar (Mani Stone), 
2. Kepingan Batu Bersurat (Slate Carving), 
3. Stupa / Kuil kecil
4. Roda Sembahyang (besar)
5. Roda-roda sembahyang (kecil)
6. Bongkah Poja
7. Bendera Sembahyang Buddha (Prayer Flag / Buddha Flag)
Kuil Buddha pula ada dibeberapa penempatan sahaja antaranya di Tengboche yang berada di kawasan lintasan pendaki.

Batu Bersurat Besar / Batu Mani - entah apa yang ditulis, masyarakat Sherpa sendiri tidak dapat mentafsirkannya melainkan pendeta / mereka yang belajar di kuil. Batu yang dah berzaman terukir ini kekal dipelihara. Masyarakat sini percaya untuk kerohanian yang baik, mereka perlu melintasi batu ini dari sebelah kiri.

Batu Mani
Batu Mani yang dicat semula
Batu Mani
Kepingan Batu Bersurat pula agak banyak, Beribu rasanya dapat dijumpai dilaluan kami. Ada yang disusun bertimbun, ada yang disusun berderet, ada juga yang ditimbun hingga membentuk stupa.
Kepingan Batu Bersurat (Slate Carving)
Kepingan Batu Bersurat yang ditimbunkan berupa Stupa
Deretan Batu Bersurat
Batu Bersurat semasa waktu bersalji
Stupa / kuil kecil ada didirikan dikebanyakan penempatan mahupun laluan antara penempatan. Ada yang didirikan diatas bukit dibeberapa penempatan bertujuan menjaga perkampungan tersebut. Mata Buddha (Eye of Buddha) dilukis di stupa tersebut. Agak sukar menemui patung Buddha di Stupa Buddha ini.
Stupa dan Eye of Buddha
Apip di Stupa berlatarbelakangkan Gunung Amadablam
Stupa & Batu Bersurat di Dingboche sebelum pembaikan April 2013
Roda Sembahyang - Mani(Prayer Wheels) pula ada beberapa yang kelihatan di laluan kami, Silinder roda yang sebesar 2-3 pemeluk ini ada yang diletak didalam pondok kecil, ada pula diletak ditempat terbuka. Loceng diletak diatas silinder, Setiap satu pusingan silinder, satu ketukan dikenakan pada loceng. "Please turn this mani to purify your soul".

Pendeta Buddha memusing Roda Sembahyang
Dorje Memutar Roda Sembahyang bila melintasinya
Batu Mani & Roda Sembahyang
Roda-roda Sembahyang
Bongkah Poja ada dibeberapa tempat yang ditemui, satu tuju batu yang dibina berbentuk bongkah dengan saiz lebih kurang 1 meter persegi. Bendera Buddha pula dipasang ke beberapa sudut dan berpusat dari Bongkah Poja. Di EBC paling banyak terdapat Bongkah Poja. Majlis Poja ini akan diceritakan lebih lanjut kemudian mengikut pengalaman kami di EBC.

'Bendera sukan dah dipasang' - sinis pendaki melihat Bendera Sembahyang Buddha seakan bendera warna-warni yang direntang semasa sukan sekolah. Kain warna-warni, Hijau-Merah-Putih-Biru-Kuning yang dinamakan Bendera Sembahyang Buddha ini tertulis mentera dalam bahasa Sanskrit. Kain-kain ini diikat pada tali dan direntang di tempat pemujaan tertentu.

Berdera Sembahyang Buddha & Batu Poja
Satu lagi item yang agak asing disini sempat dirakam, satu makam ditengah laluan antara Lukla - Pakding. Sesuatu yang tak dapat dipastikan sejarahnya. Yang pasti masyarakat tempatan menghormati objek ini. Makam Sunan Himal.
Dihormati masyarakat setempat
Jumlah item-item ritual ini yang kami lintas serta temui, jika dibandingkan dengan jumlah rumah yang dilintas agak jauh berbeza jumlahnya. Lebih banyak item ritual dari rumah. Semua item-item ini adalah hasil peninggalan kaum terdahulu. Entah tak dapat dipastikan bila zamannya.

Kami sengaja berjalan disebelah kanan supaya tak mengikut amalan penganut Buddha
Posting kali ini macam banyak gambar. Situasi sebenar, terlalu banyak item-item Ritual Buddha ini yang tak mungkin naik jemu kalau tangkap gambar kesemuanya dan masuk kesemuanya dalam posting kali ini.

#Buat Masyarakat Islam, elakkan dari mengikut amalan agama lain & mempercayai kepercayaan mereka.

0 comments:

Post a Comment