Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Tuesday, 28 August 2012

Outdoor di Majalah Rezeki

Ada ke kolum outdoor di majalah Rezeki? Terbaru apip di media Majalah Rezeki, edisi 9 2012 dengan paparan 3 mukasurat. Outdoor & majalah Rezeki, apa kaitan, apa signifikasi. Ini antara soalan yang diajukan dan jadi tanda tanya kawan-kawan gunung.



Majalah Rezeki memberi ruang buat pengiat-pengiat rekreasi melalui segment rekreasi, tujuannya untuk mengetengahkan dan menonjolkan profil insan yang mencari rezeki dalam rekreasi. Semoga terus bertambah rezeki. Insya'ALLAH.

Satu mokup ekspedisi dibikin untuk menjayakan sessi fotografi. Setelah berbincang dengan kolumnis rekreasi majalah Rezeki, Rosli Mat Som yang juga kenalan outdoor apip semasa bekerja di Bangsar, lokasi Bukit Tabur dipilih dan program bermalam dihujung minggu dirangka. Apip ditemani isteri, eryn yang insan dalam dunia outdoor gunung. Rosli pula dibantu oleh seorang lagi rakan, Redza juga berprofil outdoor (rope & scuba). 

Lebih seratus foto di'snap' dan hasilnya yang terbaik, bernilai dan berkenan dihati menjadi pilihan ketua editor. Selain sessi fotografi, masa diantaranya turut digunakan untuk menceritakan beberapa kisah, berkongsi pandangan dalam dunia outdoor. Tak ketinggalan gurau senda & usik-mengusik begi mengeratkan  persahabatan dan menceriakan suasana.

Semoga rezeki dalam outdoor gunung, bikin program, bikini material program dan sebagainya bertambah atas izin Illahi.

#Rezeki edisi 9 2012 baru dikeluarkan 15 Ogos 2012 lalu dan boleh dapatkan di MPH atau kedai-kedai mamak tertentu. www.rezeki.com.my

Selamat membaca & salam perkenalan.

Wednesday, 15 August 2012

Fotobook: Satu cerita hero berbeza

"Pencerita selalu jadi hero dalam cerita dia" betulkan! Satu ekspedisi satu jalan cerita. Bagi pemilik fotobook dah tentu masing-masing nak nampak hero, cewah. Lebih tepat masing-masing nak foto peribadi mereka lebih dan diabadikan. Kalau begini dah jadi satu ekspedisi, bukan lagi 1 fotobook tapi lebih.

Satu lagi kaedah yang kami tawarkan, 1 Ekspedisi, 1 Cerita - Berbeda Hero/Heroin. Layout utama adalah sama, cuma beberapa foto saja yang dipinda mengikut pemilik fotobook.
Pasangan Hero & Heroin yang berbeza

Bukan 100% foto berbeza - G. Bromo

Little Paire di Ranukumbolo - G. Semeru


Friday, 10 August 2012

Teknik Mengelak pacat

Menarik bila kita dapat elakkan diri dari pacat semasa trekking. Boleh ke? Mudah ke? Banyak tak tekniknya? Kalau tak dapat elak semua, dapat hindar sejumlah besar pacat pun dah baguskan.

Kita kena kenal pacat serba sedikit sebelum elakkan dan hindarkan diri dari digigit pacat. Dimana habitat pacat, apa yang meransang pacat ke arah kita. Apa yang pacat tak suka. Apa alahannya.

Teknik Defensif
Teknik Serangan
Saja guna dua istilah ni, cehh nampak cam ilmiah.

Teknik Defensif

Ada beberaka kaedah antaranya PAKAIAN melindungi tubuh badan kita dari terkena gigitan pacat.
1.  Trekking pakai kasut tidak bertututup, bukan sandal atau kasut separa tutup.
2.  Guna stoking pacat. kalau tak suka pakai stokin pacat guna stokin jenis cotton, seeloknya yang agak tebal sedikit dan masih agak baru. Stokin bola tidak membawa sebarang pelindungan sebab bila diregang ada rongga-rongga dicelah stokin. Elakkan situasi wujud rongga yang mampu diterjah pacat.
3. pakai seluar tigh panjang. Masukkan kaki tight dalam stokin. Pacat tak mampu menerobos fabrik yang diguna untuk seluar tigh.
4. pakai baju, Baju bodyfit juga meningkatkan protektif. Berlengging adalah mengundang kehadiran pacat.

tambah PELINDUNG
Ini adalah tambahan saja, ada petua yang diamalkan beberapa pendaki,
1.beli sabun cap 666(ker 999), biasa kotak hijau ada jual di kedai mamak. Lumurkan sabun ni di kasut dan kaki seluar. Pacat tak bisa singgah atau melekat dikasut & kaki seluar.
2. Rendam stokin dengan air tembakau, buat sebelum ekpedisi dan jemur stokin sampai kering.

TEKNIK TREKKING
1. elakkan berada di tempat ke-3 dan seterusnya bagi yg trekking dalam satu barisan. Pacat yang mula mengesan mangsanya hanya akan berjaya singgah ke insan ke-3 dan seterusnya. Jarakkan jalan anda dari orang depan.
2. Jalan lebih pantas supaya pacat tak sempat nak singgah ke kaki anda.
3. Jangan jalan didalam semak atau trail yang lebih berdaun (tempat habitat pacat).

TEKNIK WAKTU TAKE-5 (Break)
Berdiri atau duduk disatu tempat yang telah dibersihkan permukaan tanah dari sebarang dedaun mati. Berada di atas batu kering pun agak baik. Kenapa ye'. Pacat bergerak dengan dengan mukanya. Tiada pacat yang ingin muka mereka kotor terkena tanah. Tak percaya sila cuba.




























#Pacat sentiasa mengelak dari 'sucker' di mukanya terkena pasir/tanah supaya tak mati tersedut pasir.

Teknik Serangan

Ada yang rajin mengamal teknik ni, bagi yang terlebih rajin.
1. bawa Air Tembakau. Sentiasa simbah air tembakau seperti semah sewaktu berjalan atau rehat. Boleh juga guna tembakau utk basahkan pakaian bagi mengelakkan dari dihinggapi pacat.
2. bawa spray bygon - serang pacat sebelum pacat serang kita. pergh

Selain ni ada satu lagi teknik yang berkesan untuk hindarkan pacat & tidak diamalkan oleh pendaki-pendaki ialah bawa diri jauh dari hutan.

~ teknik-teknik diatas bukan penawar bagi insan berdarah manis.

Selamat menyelamatkan diri dari terkena pacat.



Tuesday, 31 July 2012

Pasca Ekspedisi Material

Photobook ekspedisi - sekarang dah jadi bahan komersil untuk pasca ekspedisi material.

Bikin untuk kenangan,
bikin untuk tatapan,
bikin untuk bukti kejayaan;

buat mereka yang menyertai,
buat mereka yang mengikuti perkembangan,
buat mereka yang sponsor & memberi sokongan.

Apa pun alasan, photobook ekspedisi dah jadi satu trend untuk dimiliki oleh penggiat rekreasi.

Photobook Kinabalu - Sime Darby Plantation
Alhamdulillah - rezeki bulan Ramahdan.


Tuesday, 24 July 2012

Glove trekking


Glove/Sarung Tangan trekking

Jungle trekking kena pakai sarung tangan ke? Jawapan yang tepat adalah pilihan bukan wajib.

Apa kelebihan orang yang pakai. Rata-rata yang pakai glove bukanlah mereka yang kategori pucuk muda dalam outdoor ni. hah mesti ada sesuatukan.

glove, sahih-sahih tutup tangan, tapak tangan, jari-jemari kita. tertutuplah segala urat di sini walaupun bukan aurat. Tertutuplah dari pandangan mata orang lain. Tapi menarik perhatian pula orang lain nak tengok tangan ber glove ni.

Pakai glove masa trekking sebab:-
1- Nak menebas, tak bagi tapak tangan melecet.
2- redah onak duri di laluan yang masih belum dibuka - kurangkan terkena duri di jari.
3- jari tak mudah luka bila mendaki di laluan berbatuan yang guna tangan.
4- nak tarik tangan perempuan senang tak bersentuh kulit - yang ni alasan apip aja, apa pun selalu elak dari situasi kena pegang perempuan.
5- nampak bergaya dan lain sikit dari orang biasa. beginilah kalau nak jadi orang luar biasa, tak boleh nampak atau bertindak sama seperti orang biasa.

Tak berpeluh ke jari?
kebiasaannya tak, sebab glove tak basah kecuali terpegang batuan yang basah atau dedaun yang basah. Tapi kalau hujan, ada potensi lencun & menyejukkan tangan. waktu ni bukalah glove tu.

Apa glove yang baik.
glove yang baik tentu dibuat dari fabrik yang baik. Nak paling murah guna glove berkebun, glove di kedai outdoor mungkin lebih teknikal barangannya dan ada 'harga'. Ada yang jenis disulam getah di tapak tangan. Ada yang jenis body fit/compression, hinggalah jenis yang kalis air.

Selamat mencuba untuk pakai glove.

Thursday, 12 July 2012

G.Bubu: Mitos dasyatnya pacat


G. Bubu, Ulu Kenas, Kuala Kangsar antara gunung yang sering didaki. Sebut aja nak mendaki gunung ni, ada aja yang sebut tetang pacat. Pacat adalah subjek utama yang diutarakan. G. Bubu - Pacat, Pacat - G. Bubu. Dua entiti yang tak dipisahkan.

Antara kalimah-kalimah tentang pacat yang disebut-sebut;
"Selamat diserang pacat-pacat"
"Pacat di Bubu dasyat"
"Selamat menderma darah ke pacat bubu"
"G. Bubu, pacat terbaik"
"Pacat banyak di G. Bubu"

Hah! orang yang mendaki G. Bubu hanya cerita pasal pacat. Pendakian 2 hari, 2 hari kah bergelumang dengan pacat? Ini yang menjadi tanda tanya.

Peluang untuk merasai cabaran G. Bubu ini akhirnya berkesampaian. Protection Apip dari segi pakaian masih lagi seperti biasa. Pakai kasut, pakai stokin, pakai seluar tight, pakai baju lengan panjang.

45 minit trekking kelibat pacat masih belum ada. Mungkin terlalu awal kut, kena pula bukan hari hujan atau lepas hujan. Jam berikutnya pacat dah boleh dilihat, tapi masih dalam keadaan yang normal kalau dikira jumlah pacat dalam meter persegi.

Awal petang hujan dah mula turun, dari trek balak lama, masuk ke kawasan lembah (sungai Y). Kawasan ni nampak amat sesuai dengan habitat pacat. Hujan dah agak reda. Ada beberapa kemsite di sepanjang lembah ini. Pacat? tiada serangan pacat yang dasyat pun. Alhamdulillah.

Dari checkpoint sungai Y, mula trek mendaki. Kawasan ini dilabelkan bukan kawasan pacat, ada juga pendaki yang bawa pacat masuk ke kawasan ini dan buang pacat di sini.

Sampai di Last Water Point, Apip perasan satu liang gigitan pacat di lengan. Inilah habuan untuk sepanjang hari pertama hingga ke kemsite puncak G. Bubu.

Perjalanan pulang juga sama protection pakaian Apip. Pacat hanya dikesan ada diantara sungai Y ke gerbang Hutan Lipur. Kali ini tau-tau 2 gigitan di perut dirasai. Ada beberapa pacat yang dapat ditepis jatuh semasa merayap di kasut atau seluar. 

Sampai tiba kembali di parking lot Hutan Lipur, ada yang terbuang pacat di atas jalan dan bilik mandi. hah ini yang bikin Apip kena satu lagi serangan pacat. Redha ajalah.

Apa yang dasyatnya pacat di Bubu. Ada beberapa pendaki yang lansung tak kena pacat, ramai yang kena hanya beberapa liang, Sedikit yang kena gigitan beberapa pacat di liang yang sama. Ada kes, sengaja dikenakan pacat dan pulang ke rumah, singgah ke klinik, dapat MC. hehehe tektik betul depa ni.

Rating gunung & pacat.
Berdasarkan penilaian Apip di beberapa gunung. berikut rating pacat.
1. G. Hitam
2. G. Cenuang
3. G. Tambuyukon
4. G. Tiong
5. G. Lebah, G. Liang East-West, G. Bubu, G. Serudom, G. Bintang
6. G. Peninjau, G. Benom, G. Rajah, G. Gajah Terom

lain-lain gunung, ada yang tiada lansung pacat & ada yang kurang ingat ada pacat atau tidak sebab tidak jadi subjek utama dalam pendakian.

Teringat cerita 7 orang buta memegang gajah. Setiap orang memegang bahagian gajah dan mencaritakan rupa gajah berdasarkan apa yang dipegangnya, yang pegang ekor kabar gajah adalah umpama tali. yang pegang kaki pula kabar gajah umpama batang pokok, begitulah seterusnya.

Jadi cerita G. Bubu dan pacat ni sebenarnya hanyalah sebahagian dari Bubu, banyak lagi subjek lain yang patut diketengahkan dalam menggambarkan tentang G. Bubu ini.

1. Jeram di Hutan Lipur G. Bubu ini amat menarik untuk liburan di hujung minggu atau lepas turun gunung.

2. ada beberapa air terjun kecil atau sederhana yang menarik.




3. Jeram di Sg. Gading tempat melintas agak menarik untuk menyejukkan badan atau melepaskan lelah.

4. Jeram di lembah sungai Y; pertemuan 2 sungai, juga menarik untuk tempat berkhemah. 

5. Kemsite puncak Bubu menarik, ada view point yang menarik melihat matahari terbit, banjaran Titiwangsa dengan G. Yong Yap-G. Korbu-G.Gayung-G.Junction, Banjaran Keledang dengan Bkt Keledang - G. Peninjau - G. Pari, Bandar diraja K. Kangsar dan kawasan sekitarnya.

Setuju tak Pacat yang Dasyat di Bubu hanya satu mitos,  Rugi siapa yang tolak peluang ke Bubu hanya percayakan mitos ini dan berada dalam keadaan ketakutan. Rugi-Rugi-Rugi.

Jumpa lagi dalam treat Teknik-teknik mengelak pacat.



Friday, 6 July 2012

Berkhemah di Bukit Tabur !

Apip & Eryn di Bukit Tabur
Bukit Tabur, lebih 100 pendaki setiap hujung minggu, tapi jarang orang berkhemahkan? 

Sesekali bikin fitness test sambil layan berkhemah di puncak bukit sambil layan panorama Kuala Lumpur. Syahdu & Enjoy. Nak berkhemah kena pikul haversack, buat pendaki beginner, anda tidak digalakkan membawa haversack, agak merbahaya.

Siang melepasi jam 10, hah layan panas ler dipuncak bukit ni. 

Rindu Alam tag team kembali.
2012

Wednesday, 27 June 2012

Sesuatu dari gunung


Setiap gunung ada bezanya, ada kelainannya, pengalaman & kenangan pun berbeza. Ada sesuatu yang mungkin boleh kita kenang bila bawa balik sesuatu dari gunung. Boleh ker?

Ikutlah kepercayaan masing-masing, yang penting sekali jangan ambil hak yang kita tidak berhak. Ambillah sesuatu yang telah diizinkan atau dibenarkan.

Bunga Abadi, bunga ini yang juga dipanggil Edelewis biasa tumbuh di beberapa gunung volcano di Indonesia. Jadi kebiasaan pendaki membawa pulang sebagai cenderahati buat kenangan. Ada yang petik sendiri, ada yang beli dari masyarakat tempatan di daerah-daerah pergunungan.

Bunga Abadi ni memang bersifat abadi, tengok foto dibawah (2012/kini) bunga yang dipetik pada tahun 2006 di G. Semeru, Indonesia. Bunga ini tak reput, dan masih kehijauan.  Kepercayaan masyarakat setempat, bunga ini andai diberi ke pasangan kekasih, kasihnya tetap abadi. 



Ini contoh sesuatu yang diizinkan ambil, ada juga yang mengumpul batu gunung sebagai sesuatu cenderahati. Ada juga sesuatu barang yang juga mengandungi 'sesuatu' unsur mistik. Wajarkah diambil?

Sesuatu barang cenderahati gunung tetap jadi sesuatu kenangan untuk diabadikan.

Monday, 14 May 2012

Boleh Daki G. Lang


Gunung Lang, entah berapa ramai pendaki gunung tempatan mahupun orang awam yang tahu kewujudan gunung ni. Kini gunung ini digazetkan dibawah Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Sekarang ni pengguna lebihraya PLUS boleh nampak papantanda Hutan LipurG. Lang antara laluan Jelapang - Ipoh

Majlis Bandaraya Ipoh yang mengelola kawasan ni, tak ada pula info untuk mendaki ke puncak gunung ni. Di Lembah Klang, Bkt Tabur jadi kawasan rekreasi yang mudah & kerap didaki tapi G. Lang sebaliknya. Abg Marzuki dari Kelab Rekreasi Majlis Bandaraya Ipoh boleh bantu hal ini kut.

Ada kita dengar cerita orang mendaki G. Lang? Macam tiada, bukan. Kita pendaki tempatan tak mendaki, tak dibenarkan mendaki, usah terkejut suatu hari nanti keluar berita pendaki asing dari negara luar dengan gah menjejaki puncak G. Lang.

Sayang sekali, Taman Rekreasi G. Lang tak jadi tempat rekreasi bagi kegiatan mendaki.


Friday, 23 March 2012

Cinta Gunung vs Cinta Orang Gunung


Cintakan Gunung mesti kerap berdamping dengan gunung, pelihara gunung sewajarnya. Beginilah cinta orang gunung. Adakala cinta gunung ni bikin jiwa jadi menggila nak mendaki gunung.

Boleh juga ke jiwa orang gunung ni berputik sesama orang gunung? Biasakan dalam satu komuniti mesti ada yang bercinta. Cinta sesama orang gunung tak semestinya kena sentiasa berdamping. Berdamping pun kena jaga batas hukum sebelum terhukum.
Minat yang sama lain geng mendaki pun boleh bercinta.

Saja nak berkongsi journal Outdoor berkait cinta gunung dan terselit cinta orang gunung.
Ni petikan dari link page dibawah

Page 1
Page 2






terima kasih sahabat-sahabat yang menceriakan cinta gunung dan cinta orang gunung.