Wednesday 27 June 2012

Sesuatu dari gunung


Setiap gunung ada bezanya, ada kelainannya, pengalaman & kenangan pun berbeza. Ada sesuatu yang mungkin boleh kita kenang bila bawa balik sesuatu dari gunung. Boleh ker?

Ikutlah kepercayaan masing-masing, yang penting sekali jangan ambil hak yang kita tidak berhak. Ambillah sesuatu yang telah diizinkan atau dibenarkan.

Bunga Abadi, bunga ini yang juga dipanggil Edelewis biasa tumbuh di beberapa gunung volcano di Indonesia. Jadi kebiasaan pendaki membawa pulang sebagai cenderahati buat kenangan. Ada yang petik sendiri, ada yang beli dari masyarakat tempatan di daerah-daerah pergunungan.

Bunga Abadi ni memang bersifat abadi, tengok foto dibawah (2012/kini) bunga yang dipetik pada tahun 2006 di G. Semeru, Indonesia. Bunga ini tak reput, dan masih kehijauan.  Kepercayaan masyarakat setempat, bunga ini andai diberi ke pasangan kekasih, kasihnya tetap abadi. 



Ini contoh sesuatu yang diizinkan ambil, ada juga yang mengumpul batu gunung sebagai sesuatu cenderahati. Ada juga sesuatu barang yang juga mengandungi 'sesuatu' unsur mistik. Wajarkah diambil?

Sesuatu barang cenderahati gunung tetap jadi sesuatu kenangan untuk diabadikan.

2 comments:

  1. ada yang kumpul pasir, ada yang ambil batuan gunung berapi. saya sekadar ambil foto, kerana memegang pada prinsip "take nothing but photo, leave nothing but footprint" ...

    ReplyDelete
  2. Yg kumpul batu tu, rasa macam kenal aja. Macam bunga abadi ni biasa guide bagi ambil, lebih elok ambil dari beli yg dipetik oleh penjual. WakJan kena amalkan ambil bunga, sebagai jejaka bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete