Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Thursday, 4 July 2013

TEF2013-15 :: Memorial Climber-Sherpa

Memorial Climber / Sherpa didirikan diantara Dingboche ke Lobuche. Tugu peringatan ini diletak plat nama tarikh kematian untuk tatapan dan ingatan pengunjung.

Bagi pendaki / trekker yang trekking dari Dingboche ke Lobuche mahupun mereka yang menaiki helikopter dapat melihat kawasan memorial ini. Setakat tahun 2013, ada tak kurang 20 tugu peringatan yang ada disini. Trekker akan melintasi kawasan memorial ini. Terpulang pada diri nak melawat satu persatu tugu ini atau terus melintas.

Pendaki yang mengikuti cerita-cerita Everest akan 'recall' semula kisah mereka yang terkorban apabila melihat nama pada tugu berkenaan. Trekker / pendaki yang tak rajin baca sejarah dan cerita Everest akan pergi begitu saja dan terpingga-pingga bila disebut sesuatu nama pendaki seperti Scott Fischer.

Sebahagian dari Memorial Climber / Sherpa
Kisah Scott Fischer ada dalam buku The Climb tulisan Anatoli Boukreev dan Gary DeWalt, buku Into Thin Air tulisan Jon Krakauer dan beberapa buku lain lagi.

# Pengunjung EBC yang trekking melalui Periche ke Lobuche tak akan melintasi Memorial Climber / Sherpa ini.

Wednesday, 3 July 2013

TEF2013-14 :: Island Peak Climbing

Island Peak atau dalam bahasa Sherpa/Tibet disebut Imja Tse, berketinggian 6189m dpl. Pertama sekali didaki pada tahun 1953 oleh kumpulan yang sama menjejak kaki ke puncak Everest 1953. Island Peak diajdikan tempat latihan sebelum ke Everest.

Misi pasukan Everest Felda 2013 pun sama, Island Peak sebagai tempat latihan sebelum mendaki Puncak Gunung Everest. Kami sebagai pendaki sokongan Everest juga mendapat kesempatan mendaki Island Peak (kecuali seorang pendaki sokongan ditempatkan di Chukung atas faktor tidak cergas / degupan jantung pada kadar yang membimbangkan).

14 hb April, jam 1 pagi semua pendaki berkumpul di khemah Dining untuk mengalas perut dan misi ke Island Peak akan bermula. Kebiasaanya pendaki akan mula mendaki dari highcamp Island Peak (5600m dpl). Kami bergerak dari basecam bagi latihan endurance pendaki Everest sesuai dengan pendakian ke puncak Everest nanti.

Perjalanan dari basecamp ke Crampon point (tempat mula pakai crampon) melalui trail berbatu. Pendakian bukit berbatu yang hampir 90 darjah kecerunan. Trail yang panjang ini terasa seksa juga nak menyampai ke crampon point. Mula jam 2 pagi, jam 9-10 pagi baru kami tiba di crampon point (6000m dpl).
Crampon Point Island Peak - Puncak Island Peak tidak kelihatan dari sini
Crampon point disini betul-betul memisahkan kawasan berate dengan kawasan ais. Disini kasut trekking ditukar dengan double boots / summit boots / Ice Climbing Boots. Crampon (kuku beruang) mula dikenakan para boots. #Double boots akan dihurai di posting lain.

Bermulalah pendakian teknikal di Island Peak. Kemahiran menggunakan crampon, ice axe dan rope amat diperlukan disini. Setiap pendaki kena pakai harness berserta juma (acender) untuk mendaki. Safety line / rope telah disediakan. 


Route Island Peak ke puncak
Pendakian di ais dengan mendaki tebing 45 darjah kecerunan, lalu di tepi cravers (jurang ais), naik beberapa slope hill hingga sampai ke satu kawasan agak mendatar yang cukup luas di ketinggian 6080m dpl. Dari sini dah boleh nampak jelas puncak Island Peak. Nampak juga vertical part (dinding 90 darjah) untuk ke puncak. Tak sangka begini route Island Peak, cukup berbeza dengan foto-foto yang ada ditunjuk dalam poskad dan iklan-iklan.
Antara view dari atas Island Peak
Apip di Island Peak - 6080m dpl
Boot pendaki utama dikeringkan selepas turun dari Island Peak

Tuesday, 2 July 2013

TEF2013-13 :: Island Peak Basecamp

Pendakian ke Island Peak, di Himalaya ini biasanya akan dimulai dari Island Peak Basecamp. Basecamp bagi Island Peak berada di ketinggian 5080m dpl. Perjalanan ke sini tak kurang dari 7KM dari penempatan terakhir, Chukung, 4730m dpl.  
Island Peak Basecamp
Island Peak base camp berada di tepi kawasan glassier (Imje Tse). Tapak base camp ini berbatu dan berpasir. Ada sedikit tumbuhan renek seperti rumput berdekatan basecamp. Kedudukan Island Peak basecamp di kawasan lurah,  basecamp ini terlindung dari tiupan angin kencang.

Perkampungan di basecamp ini sudah mula meriah semasa kami, pasukan Everest Felda 2013 tiba pada 12 April 2013. Ada lebih kurang 10 - 15 kumpulan pendaki disini. Tiada landmark atau papan tanda basecamp untuk diabadikan. Island Peak basecamp bukan untuk dilawati seperti EBC. Hanya pendaki Island Peak yang akan ke sini.
Dining Tent di Island Peak Basecamp
Dining Tent di Island Peak Basecamp
Aktiviti di Kitchen Tent Island Peak basecamp

Dua tandas awam didirikan disini. Tandas kering, jenis tandas angkut. Tandas yang berpintu & dinding zink ini, masih utuh, walau pintunya sukar ditutup rapat. Tisu tidak dibekalkan. Setiap pengguna perlu membawa tisu masing-masing. 
Apip di Island Peak basecamp
Kem Everest Felda (kanan) dan kem-kem lain di Island Peak Basecamp
Snowcook dan burung gagak antara mergastua yang berkeliaran disini. Setiap awal pagi, riuh bunyi snowcook. Snowcook yang nampak jinak, akan berkeliaran disisi khemah-khemah disekitar basecamp. Ada insan yang rajin memberi makan bijirin atau sisa makanan untuk snowcook ini. Biar nampak jinak, snowcook ini cepat berlari & terbang bila cuba ditangkap.
Snow Cock

Monday, 1 July 2013

TEF2013-12 :: Mengisi Masa Senggang


Betulkah ADA masa senggang dalam misi Everest Felda 2013 yang mencabar ini? atau ada tak masa senggang buat mereka yang bikin ekspedisi ke EBC.

Musim panas di Himalaya, hari mulai cerah jam 5:30 pagi dan mula gelap jam 7:00 malam. Siang disini lebih panjang berbanding Malaysia. Malam yang singkat tapi dirasa panjang semasa cuaca dingin. Tidur disiang hari terutama diwaktu petang serta berjaga pula sepanjang malam ditegah oleh jurulatih atas sebab-sebab acclamatize.
Foto Hiasan - Waktu sejuk tidur memang sedap tidur
Bukan setiap hari perjalanan kami mengambil masa seharian. Ada hari yang kami hanya berjalan dua ke tiga jam dan dah tiba di destinasi. Perjalanan dirangka bukan mengikut jam atau kilometer. Sebaliknya perjalanan diatur mengikut pertambahan ketinggian untuk mengawal / mengelakkan pendaki dari terkena mabuk gunung, Altitude Mountain Sickness (AMS).

Dah wujud masa senggang, aktiviti masa senggang perlu dirangka, dirancang dan dilaksana. Membaca pilihan popular dikalangan kami. Bermain kad, dam atau catur antara aktiviti yang jelas wujud dikalangan kami. Dining Hall sesuatu hotel / lodge jadi tempat aktiviti masa senggang dijalankan.

# Jangan lupa membawa dam, catur, kad (spt Uno, terup) serta buku-buku untuk memenuhi masa senggang. # Pastikan juga emosi anda terkawal andai kalah dalam permainan.

Bercerita, bersembang dan berjenaka mahupun bermain teka-teki boleh diselitkan antara aktiviti tapi ada masanya tak lawak, tak seronok dan tak terpikir dek akal. Adakah orang akan gelak sebab cerita kita lawak atau muka / hidung kita lawak?

Bersembang diluar hotel
Bersiar-siar disekitar penempatan dan berfoto satu lagi pilihan diluar pintu semasa waktu senggang. Adakalanya cuaca berangin, hujan salji (snow shower) membataskan aktiviti ini. Tempat-tempat seperti Convention Center, Muzium dan sebagainya boleh dilawat bagi mengisi masa yang ada.

Menghayati keindahan ciptaan Illahi
Deruan air boleh jadi terapi
Snap gambar sendiri
Cakk!!!
Lawatan di HRA Dingboche
* Bayangkan betapa sanggapnya andai tiada aktiviti masa senggang.

Saturday, 29 June 2013

TEF2013-11 :: Batuk


Penyakit batuk, penyakit yang biasa dialami rakyat Malaysia terutama di Malaysia. Batuk - sakit yang dipandang serius dalam misi Everest Felda 2013 ini. 

Batuk samada dibawa dari Malaysia atau terkena batuk semasa ke Everest Base Camp (EBC). Proses memulihkan di bumi Himalaya tidak seperti biasa. Di Himalaya, badan ambil masa yang agak lama untuk kembali sihat (recover) walau dengan bantuan ubat. 

Menutup mulut & hidung semasa Katmandhu, sepanjang treking di Himalaya bermula dari Lukla ke EBC antara langkah kami mengelakkan dari termakan debu dan terkena batuk. Bukan semua trekker di sini memakai penutup hidung semasa treking.
Trekking beserta tutup mulut & hidung
Meneruskan amalan tutup mulut & hidung
Debu dikhuatiri menyebabkan batuk
Satu lagi jenis batuk yang popular buat pendaki Everest adalah Batuk Khumbu (Khumbu Cough). Batuk apa ni. Macamana bunyi batuk ni. Siapa yang ada risiko? 

Batuk Khumbu adalah batuk disebabkan udara sejuk masuk ke paru-paru. Kegagalan dan kesukaran udara sejuk ditukar ke paru-paru semasa di saluran pernafasan akan menyebabkan batuk. Jadi Batuk Khumbu tidak semestinya berlaku di kawasan Khumbu Ice Fall tapi diserata daerah Solukhumbu di bumi Himalaya ini.

Debu tiada lagi tapi sejuk dikhuatiri menyebabkan batuk Khumbu
Tidur di Himalaya dan mendaki ke Everest mendedahkan manusia dengan risiko terkena batuk khumbu. Nak jadikan udara yang disedut panas, tidur perlu diselubung kepala. Udara disekitar muka akan lebih panas. Semasa trekking atau mendaki pula, memakai buff dimuka atau balaklava atau sebagainya mengurangkan risiko batuk khumbu.

Foto Hiasan - hidung tertutup semasa makan

Friday, 28 June 2013

TEF2013-10 :: Denyutan Nadi & Kadar Oksigen

Setiap hari, kadar oksigen dalam badan kami & denyutan nadi diambil serta dipantau. Sehari dua kali. Sekali sebelum sarapan (andaian sebelum badan aktif) dan sekali lagi semasa makan malam. Oxymeter digunakan untuk tujuan ini.
Alat yang ringan & ringkas, mudah dibawa semasa ekspedisi

Memandangkan dari hari ke hari kami akan berada diketinggian yang kandungan Oksigen semakin rendah. Kandungan Oksigen dalam badan kami perlu kekal tinggi atau normal. Degupan jantung pula perlu pada keadaan normal dan dibawah aras berbahaya. Denyutan nadi dipantau untuk tujuan ini.

Jantung akan bekerja keras untuk membekalkan Oksigen yang sama pada badan ditempat kandungan Oksigen dalam udara adalah kurang. Bagi insan yang jantungnya tak pernah bekerja untuk berlari sejauh 7KM/10KM. Bila berada di Himalaya, degupan jantungnya cukup tinggi. Hal ini merisaukan ketua jurulatih, biro kesihatan dan medic.

"Disini bukan masa untuk latihan jantung (kardio)". Buat rakan-rakan di Malaysia yang ingin ke Banjaran Himalaya, latihan kecergasan di Malaysia amat perlu dan tidak merugikan. Kata-kata keramat "Saya tak perform di Malaysia, tak bermakna saya tak perform di sana (Himalaya)", tak boleh dijadikan panduan dan ikutan.

Kekurangan Oksigen dalam badan juga boleh dijadikan pengukur seseorang itu berada dalam keadaan normal atau pening kepala. Di klinik-klinik di Malaysia juga, Doktor akan menggunakan pendekatan yang sama bila seseorang itu mengadu sakit kepala. Oxymeter digunakan. Cuma ada tambahan pemeriksaan tekanan darah.

"Saya sihat, tak pening kepala" Ujian kejujuran ini dapat dikenalpasti dari rekod kadar Oksigen (Oxygen level) & denyutan nadi yang diambil. Simptom muka bengkak, pasif dan nampak seperti orang pening yang selari dengan bacaan oxymeter, ada juga masih disangkal seseorang individu dengan menobatkan dirinya sihat. "Siapa kata kamu sihat?" jurulatih.

Saja-saja kami cuba ambil kadar Oksigen & denyutan nadi sherpa kami. Mereka mempunyai kadar Oksigen yang tinggi tapi denyutan nadi rendah. Ini menandakan golongan sherpa mempunyai jantung yang kuat untuk mengepam oksigen ke seluruh badan. Ini antara sebab mereka gagah berbanding kita yang berasal tempat rendah sekitar aras laut.

Thursday, 27 June 2013

Everest on June Mag

Artikel Everest ada diterbitkan dalam dua majalah utama, National Geographic edisi Asian bulan Jun 2013 dan Reader Digest edisi Asia juga bulan Jun 2013.


NatGeo - Artikel bergambar yang menarik banyak berkongsi pengalaman pendakian Everest salah seorang pendaki.

RD -Artikel bergambar banyak menyorot kembali sejarah pendakian Everest.

TEF2013-09 :: Acclamatize

Climb High - Sleep Low, teknik acclamatize yang digunakan dalam pasukan Everest Felda 2013 termasuk semasa dalam perjalanan ke Everest Base Camp (EBC).

Pada ketinggian 2500m ke atas, Manusia kena acclamatize. Badan manusia kena biasakan diri dengan perubahan ketinggian. Semakin tinggi sesuatu tempat dari paras laut (dpl), semakin kurang kandungan oksigen di udara. Dengan kata lain, Oksigen semakin nipis. Tekanan udara semakin rendah. Reaksi badan manusia perlu diselaraskan.

Jadual diatas merujuk pada peratus kandungan Oksigen dalam udara berdasarkan ketinggian. Peratus Oksigen ni dikira berdasarkan sifir (boleh rujuk mana-mana sumber di internet) bukan bacaan yang diambil disetiap ketinggian. Apip kaitkan beberapa contoh yang kena dengan diri dan majoriti untuk pengetahuan rakyat Malaysia. 

Perasan tak? Kandungan Oksigen di EBC separuh dari kandungan Oksigen di tempat tinggal kita di Kuala Lumpur dan tempat-tempat yang setara dengannya. Rata-rata rakyat Malaysia ke EBC dari ketinggian aras laut. Jauh beza bukan?

Apa itu 'climb high, sleep low', Secara dasarnya untuk tinggal/bermalam disesuatu ketinggian, kita perlu mendaki melebihi ketinggian itu dan kembali turun ke tempat tinggal/bermalam. Berapa tinggi perlu mendaki? Kebiasaanya orang mendaki lebih dari 100 meter. Contoh untuk tinggal di ketinggian 4300m dpl, kita perlu mendaki 4400m dpl.

Cuba perhati ketinggian beberapa penempatan dan ketinggian Acclamatize Point.

Sepanjang perjalanan kami dari Lukla ke Island Peak Basecamp dan EBC, ada beberapa 'bukit' untuk acclamatize guna teknik ini.  Ada juga penempatan yang mendatar dan tiada bukit berdekatan untuk acclamatize.

#INGAT setinggi mana kita mendaki, kita adalah 'a man from sea level to top of a land'.

Tuesday, 25 June 2013

TEF2013-08 :: Makan di Himalaya


"nak makan apa ye'" Inilah antara perkara yang berlegar dikepala bila diaju Sherpa kami untuk ambil order. Posting kali ini nak cerita tentang menu dan makanan kami sepanjang pesinggahan dari satu Lodge / Hotel / Restoren sebelum kami menginap di basecamp (Island Peak Basecamp & Everest Base Camp).
Singgah makan tengahari disini
Pakej makan kami pasukan Everest Felda 2013 yang hanya order saja ikut kemahuan masing-masing. Harga di menu tak payah dijeling apatah lagi nak berkira-kira. Setelah melalui dan merasai beberapa Restoren, menu setiap tempat adalah sama. Memang sebji sama, copy cat . Malah buku menu pun ada yang sama seperti satu cetakan untuk semua restoren/hotel. Boleh hafal menu yang ada.
Menu standard
Dua kategori menu yang ada, western dan tempatan. Pilihan halal adalah vegetarian. Hari-hari awal kami di Himalaya ini adalah sessi berkenalan dengan menu. Hinggalah akhirnya masing-masing bertemu dengan menu pilihan yang kena dengan tekak Melayu.
Minum dulu
Makan bersama-sama
'Rara Noodle with egg drop' menu tempatan yang hasilnya sama dengan maggi rebus dengan telur. Siapa yang order tapi belum datang ke Dining Hall hotel biasanya kena sambarlah rara dia. "Daripada kembang mee dia, baik habiskan dulu". Beginilah kami yang berselera sewaktu makan.

'French Toast' - Ia roti yang bersalut telur. Nama macam high class tapi rupanya ada yang selalu bikin di rumah. Pancake antara menu yang jadi pilihan diwaktu sarapan. Ada yang makan dengan jem, coklat atau madu. Jangan terkejut dapat sebotol madu. Tuang sendiri. 
Pancake with honey
'Momo tuna' - boleh dikatakan karipap tuna, cuma cara kulit luar dibikin tak serupa, lain lipatannya. "Kenapa momo tuna aku dia rebus?" kena sebut "Fried Momo Tuna" baru dapat yang digoreng. Sos cili merah disertakan untuk penyedap rasa.

'Fried Noodle, Fried Rice' - walau menu sama, tapi lain tempat, lain rasa. Adakala kena dengan tekak kami. Ada pula masa kami kategorikan sebagai 'out'. Beginilah tekak Melayu.
lagi suasana di Dining Hall / Restoren
'Rice & Dhalbat' - menu tempatan yang seorang dua sahaja lalu makan. Inilah menu harian sherpa. Kacang dhal berkuah yang dimakan dengan nasi putih. Rempah yang diguna untuk dhalbat tak sama macam kuah Dhal yang kita selalu makan dengan roti canai. Ada lain banyak & banyak bezanya.

Sherpa Stew - Vegetabale Sherpa Stew macam macaroni sayur masak latna. Boleh dicuba menu ni andai nak ubah selera dan merasa masakan tempatan. Cuba tau. 

'Sherpa Tea' - Di Hill-ten Hotel, Namche Bazar, Apip sempat order sherpa tea. Teh ala-ala teh tarik di Malaysia. Cuma ada sedikit mentega dibubuh dalam teh. Di Pangboche, sherpa tea yang Pa'am order. menteganya agak banyak dan terus kami serik nak order sherpa tea lagi. Tea with milk atau dalam sebutan tempatan dudche, teh agak cair tapi masih boleh ditelan tekak Melayu. Satu lagi pilihan adalah ' Masala Tea', teh yang berempah masala atau bercengkih.

'Hot lemon & Ginger Soup' - dua menu ini untuk mengelakkan kami AMS. Di Pangboche (3985m dpl),  hot lemon menjadi 'welcome drink' kami sebaik tiba di hotel. Tips minum 5-6 cawan untuk elak pening sebaik saja sampai di altitud baru. Ginger soup pula antara menu basah tekak sebelum makan malam atau makan tengahari.

Biskut dan makanan ringan pula, perlu cari yang buatan Malaysia dengan logo halal. Alternatif kami dapatkan produk sayuran dengan logo 'bulatan hijau' menandakan 'vegitarian food'. 
Simbol Vegi Food
#Kawalan makan yang betul satu strategi untuk kekal sihat di Himalaya.

Setiap Dining Hall / Restoren mempunyai traditional Heater kawasan ditengah.

Monday, 24 June 2013

TEF2013-07 :: Namche Bazar

Namche Bazar satu penempatan besar berada antara laluan Lukla - Everest Base Camp (EBC). Pusat Namche Bazar di ketinggian 3440m dpl. Kedudukan di kawasan lurah seperti ladam, Namche Bazar menghubungkan beberapa laluan penempatan di Himalaya. Laluan dari arah Timur Laut (EBC / Island Peak), Barat Laut (Gokyo / Khunde), Barat (Thame) dan Selatan (Lukla) bertemu di Namche Bazar.
Peta Namche Bazar
Kami tiba di Namche Bazar setelah 2 hari berjalan dari Lukla. 2 malam kami menginap di sini sebelum meneruskan perjalanan lagi. Kenapa sampai 2 malam disini? Acclamatize process.
Namche Bazar dilihat dari atas
Secara peribadi, Apip yang sering mendaki G. Kinabalu dan gunung-gunung yang setara tingginya di Indonesia sekitar ketinggian 4000m -3000m, tak menghadapi masalah menyesuaikan badan dengan ketinggian di Namche Bazar. Tiada simptom AMS lagi.

Di Namche Bazar proses acclamatize biasanya dibuat dengan mendaki ke Everest View Point di ketinggian 3860m dpl. Lebih kurang 3KM sehala untuk sampai ke sini dari Namche Bazar. Andai cuaca baik, dapatlah lihat sayup-sayup puncak G. Everest selain puncak G. Amadablam.

Suasana di Namche Bazar boleh disebut meriah & happening. Bersiar-siarlah di sini walaupun sekadar untuk Window Shopping. Kelengkapan peribadi dan mendaki boleh ditambah / dilengkapkan disini. 
Perniagaan yang rancak di Namche Bazar
Kedai outdoor disini tak kurang hebat. Ada butik outdoor ada kedai yang menjual barangan fake. Butik outdoor seperti RAB, OR, Marmot, Black Diamond, Mountain Hardware, Sherpa & Mountain Sherpa Gear. Item-item disini tetap boleh bikin kita rambang mata.
Suasana dalam butik outdoor
Butik Sherpa
Depan Butik Outdoor Research & Mountain Sherpa Gear
Kemeriahan di Namche Bazar turut dipenuhi dengan kedai cenderamata, kedai hasil Yak Wool, kedai buku, kedai video dan lain-lain lagi yang banyak berkisar keperluan pendaki & barangan buat pelancong.
Antara barangan di kedai-kedai Namche Bazar

#Namche Bazar juga sesuai dilawati bagi pelancong selain dari pendaki.