Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Thursday, 4 October 2012

Review: Haversack Lowe Alpine TFX Summits 65-15



2012 Baru nak uji & review produk ni, boleh dikira bukan lagi produk baru. Bukan juga baru di Malaysia. Produk yang dibawa masuk oleh Outdoor Dynamic ini, telah diberi untuk AJK OGKL pakai & review sejak hujung tahun 2010 lagi. Giliran Apip agak jauh untuk dapat uji haversack ni. 


Antara yang pernah uji haversack ni, Deeno, Tok Gajah, Adzmin, Ajib Kuyad, Hadri, WanPojie, Jan Rock, Razman, AJ dan kini giliran Apip. Rasanya agak lewat tapi insan paling awal bikin ulasan Product Review. Sebelum sempat dapat giliran, sempat juga dengan komen peribadi mereka yang pernah uji haversack ni. Tiada komen dari Deeno & Adzmin, Tok Gajah pula tak dapat bagi gambaran sebenar performance haversack ni sebab dia pikul masa beg ni jadi beg porter dengan overload. (Pikul beg porter semasa porter terkena patuk ular di G. Arayat, Filipina).

Komen-komen yang lain banyak yang negatif seperti, tak sedap pakai, beg tertalu kurus & beg terlalu tinggi. Betul ke? Tengok foto memang betul amat tinggi melepasi kepala pemikul. hemmm ni yang Apip cadang guna di gunung-gunung Indonesia yang tidak berhutan dan tidak perlu menyusup bawah buluh atau balak tumbang.

Hal pertama yang Apip buat semasa dapat haversack ni, selaraskan harness mengikut saiz tulang belakang dan bahu. Sedikit terkejut, bila cuba galas dan haversack tak terlalu tinggi melepasi kepala. Dalam hati terasa, adakah pemakai-pemakai terdahulu tak selaraskan harness & haversack jadi terlalu tinggi serta tak sesuai untuk pemakai. Hal ini yang boleh merosakkan badan pemikul. Pemikul rasa tak berapa selesa, beban ke atas tulang belakang tak seperti sepatutnya. hemmmm

Ekspedisi 2M1L (G.Merapi-G.Merbabu-G.Lawu) menjadi medan ujian. Merapi & Lawu hanya daypack. Medan ujian sebenar di G. Merbabu dengan pendakian 2 hari 1 malam, berkhemah di kemsite savana 4.  Pikul khemah, pikul air, pikul kelengkapan diri dan sedikit ration. Jumlah berat lebih kurang 18kg (sebahagian peralatan sudah lightweight).

Di G. Merbabu ujian boleh dikatakan dapat dilaksanakan dengan amat baik. Ada masa trek landai, ada masa trek mencanak dan ada masa menuruni curam. Masa yang ada diguna untuk berlari dengan haversack selain trekking perlahan-lahan. Pinggang 28cm Apip nampaknya tak mengundang masalah untuk haversack rapat diikat pada pinggang. Sedikit ketidak selesaan cuma pada padding dibahu, mungkin sebab produk dah berusia sedikit.

Ruang utama tidak memberi sebarang masalah, agak besar walau sudah menggulung karimat sebagai rangka haversack ini. Bahagian sisi yang boleh diselit botol air atau apa saja agak terlalu ketak bila ruang storan utama telah diisi padat. Apa pun pengikat barang di sisi masih boleh diguna samada mengikat karimat, khemah atau apa saja (Apip tak praktikkan begini semasa ujian sebab semua barang dah muat didalam ruang utama & untuk meningkatkan keseimbangan haversack).

Lain-lain feature haversack ini boleh dibaca di official web Lowe Alpine sendiri.

FOTO: Arey ~ Di Gunung Merbabu, Indonesia

Lowe Alpine TFX tidak mengecewakan dan presepsi Apip berubah bila mencuba haversack ini sendiri berbanding mendengar komen orang lain. Mungkin bukan semua insan berkeupayaan menguji & mengulas produk outdoor.  Harap komen ini dapat perhatian mereka yang bercadang untuk menggunakan haversack ini. 

Tuesday, 2 October 2012

Review: EM's POWER Cookie-Bars


Test Produk kali ini sejenis makanan bertenaga 'Cookie-Bars'.  Bar Tenaga (Energy Bar) yang dibuat bagi mengekalkan tenaga dan bekalan nutrisi seimbang untuk athlet adventure.




Apa yang ada dan tertulis pada plastik pembukus EM's POWER Cookie-Bars ni.

. Natural Sugar, Fibre and Antioxidants from Apricots
. Sunflower Oil Provides Heart-Healthy Monounsaturated and Omega-6 Fats
. Low Gi Oats
. Super Health Benefits from Almonds

Nutrition Information
- average per 80g Serve
. Energy 1170kJ
. Protein 5.8g
. Fat -total 7.9g
         -saturated 2.5g
.Carbohydrate 46.2g
-sugars 25.6g
.Sodium 180mg

Produk dari New Zealand ini sekali pandang tak ubah umpana kek buah yang dipadatkan. Lihat foto. Rasa juga sedap seperti makan satu bekas kek buah. Variasi 'Apricot Attack' yang dibekalkan dibuat dari jus buah aprikot & kekacang badam. Walaupun dinamakan dalam kelompok 'cookie' tapi bar ini tidaklah seranggup mana-mana cookies, lebih tepat umpaman makan kek. Lembut dan lebih lembab berbanding cookies.


Macamana nak uji dan nak rasa 'kekuatan' cookie-bar ni. Cookie-Bars ni diberi untuk Apip uji & review semasa Ekspedisi 2M1L OGKL 2012 (G.Merapi-G.Merbabu-G.Lawu) yang baru lepas. Kesempatan mendaki G. Merapi diwaktu malam dan berterusan hingga ke puncak dikala matahari terbit serta kembali turun sebelum matahari tegak Apip gunakan, apatah pula hanya makanan cookie dan jajan sahaja bekalan makanan kami sepanjang pendakian ini.

Tagline 'Sustained Energy Nutrition' memang nampak kesannya. Diakhir pendakian Apip masih lagi rasa bertenaga, kelaparan tidak terasa walau 12 jam dalam ekspedisi. Dahaga? semestinya, air jadi penyulam sepanjang pendakian. Tenaga yang di'release' sedikit demi sedikit mungkin berlaku dan ini yang Apip terasa amat selesa.

Berikut Jadual Trekking+Makan Sebelum, Semasa & Selepas ujian PowerCookie-bars
Day1
16:00 Merbabu Basecamp: Makan Nasi sayur+Telur goreng
18:00 Merbabu Basecamp: Makan MeeRebus+Telur
20:30 Pekan Selo: Makan Nasi+SateKambing
21:00 Merapi Basecamp: Mula mendaki (daypack)
Day2
00:00 Masih mendaki Merapi
04:00 Rest & Tidur
05:00 Sambung Mendaki
05:30 Berhenti Solat Subuh seketika
06:30 Melintasi Pasar Bubrak (highcamp), G. Merapi
08:45 Tiba di puncak G. Merapi, makan kismis
10:00 Makan PowerCookieBar di Pasar Bubrak
13:30 Tiba di Basecamp Merapi
14:30 Makan tengahari, Nasi+KariAyam+Tempeh

Produk ini boleh didapati di Lafuma Bangsar atau pengedar-pengedar bersekutunya dengan harga RM16.90 bagi satu bar.  Maklumat lanjut berkenaan produk boleh dibaca dengan melayari www.powercookies.com

Produk Tajaan: Yellowstone Sdn Bhd

Monday, 1 October 2012

Pemilihan pendaki Everest Felda dan 7 Summit's Expedition


KE7B (Kelab Eksplorasi 7 Benua) yang dipimpin Saudara Qobin, telah melancarkan Ekspedisi Everest dan 7 Summit's untuk anak-anak Felda. Sessi Ujian yang pertama dibuat di Stadium UiTM Shah Alam, 29 September 2012.


Program ni mendapat sambutan menggalakkan dari anak-anak Felda sendiri. Tak kurang yang bukan anak Felda juga menaruh harapan. Resume / Profile pendaki yang telah dihantar lebih awal dari tarikh ujian untuk semakan pihak KE7B.

Dihari kejadian 30 anak Felda hadir, Ada juga segelintir pendaki yang bukan anak Felda hadir untuk melihat ujian kecergasan yang dilaksanakan. Ujian yang dijadualkan bermula jam 7:30 pagi melihatkan kesungguhan calon.  Rupanya ada 7 orang yang ambil sikap acuh-tak acuh dengan masa ujian (temuduga) dengan alasan yang tidak konkrit.

Objektif program ini selain untuk menaikkan anak-anak Felda dalam arena pendakian dunia, turut bertujuan melahirkan Everest Speaker & Motivator.  4 orang akan dipilih sebagai pendaki utama, 10 orang sebagai support crew. 4 orang ini diharap pula akan melahirkan 40 orang pendaki Everest yang seterusnya bagi menjadikan Malaysia negara yang berterusan mempunyai kejayaan pendakian Everest.

Datuk Akmar Hisyam Mohd Yusuf, Penasihat KE7B turut hadir memberi ucapan aluan, semangat serta dorongan buat calon-calon yang ada. Beliau yang juga setiausaha akbar Perdana Menteri turut memaklumkan, program ini menjadi harapan negara melihat anak-anak Felda boleh buat lebih dari yang biasa dipaparkan di media.

30 orang calon yang hadir, terdiri dari pelbagai profil, ada yang pendaki amatur tempatan, ada yang datang dari latar belakang sukan extrem lain seperti Motocross, BMX, WallClimbing yang disertai diperingkat antarabangsa. Ada yang bekerja, ada yang masih belajar. Ada yang berseorangan dan ada pula dari kelab-kelab pendaki lain. Saiz badan yang hadir pun, ada yang mempunyai BMI baik, ada pula yang kurang berat badan.

Ujian kecergasan yang dilaksanakan berdasar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) merangkumi:-
- Stamina Test - 2.4km (lelaki harus mencapai masa dibawah 12minit dan wanita dibawah 15minit)
- Strength Test - body push up 12times/3 set
- Flexibility Test - 7 Level
- Muscle Endurance - Sit up in 60 second

Tamat ujian kecergasan, masa ujian bertulis mengenai pengetahuan fakta 7 Summit's. Calon-calon telah dimaklumkan lebh awal untuk menelaah topik ini. Ada juga yang tak menelaah, bawa toyol dan salah pemahaman. Ini antara ekspresi yang ditonjolkan oleh calon-calon.

Ujian tali turut diuji hanya bagi ikatan asas tali. Ada yang bawa tali parakot pelbagai saiz dan ada pula terbawa tali ikat kambing. Asal tali. Selain keupayaan membuat ikatan, kepantasan juga diambil kira. 4 orang pertama bagi setiap kumpulan/meja sudah tentu mendapat merit lebih dari yang lain.

Segmen terakhir adalah sessi soal jawab. Calon ditanya mengenai climber profile masing-masing serta reaksi soalan-soalan dari panel. Sebelum tu, ujian kecergasan bagi 7 orang yang hadir lewat dilaksanakan bagi melengkapkan penilaian.

Antara Kriteria yang dinilai oleh panel.


Buat calon-calon, selamat menghadapi cabaran seterusnya dalam proses saringan.

lagi foto 

~apip embi~

Thursday, 13 September 2012

Review: Kasut RaidLight Custom


Kasut outdoor jenama RaidLight, R-Light Custom Shoes, baca review dah boleh buat teruja nak selidik & cuba kasut ni.

Review kasut di website jauh beza dari review depan mata. Cuba pakai, cuba lari, cuba tukar beberapa jenis tapak. 

Kasut custom RaidLight, kasut outdoor yang menawarkan pilihan untuk tukar kelembutan bawah tumit yang dinamakan absorber pad. tukar ketebalan tapak dalam (insole) mengikut bentuk kaki.



Apa yang perlu sebelum pergi beli kasut ni.
1. kenal pasti bentuk tapak kaki anda. Biasa pakai sandal, bahagian mana yang kerap haus. 

2. Selembut mana pad yang diperlukan? Kenalpasti pengalaman sebelum ini. 

Tips nak mencuba kasut:
1. Pergi ke kedai kasut, pakai kedua belah kasut. Berjalan, Berlompat & berlari di dalam kedai. Ada sesetengah tempat menyediakan tempat ujian seperti bukit (pernah jumpa di salah satu REI shop).

2. Teruskan pakai kasut dan gunakan masa yang ada melihat-lihat produk lain. Ini untuk memanjangkan masa memakai kasut. Kesesuaian biasanya perlu mengambil kira masa, andai kaki tetap selesa, tidak penat, tidak tertekan bila lama menyarung kasut. Inilah yang terbaik buat anda.

Kasut RaidLight ni boleh didapati di Kedai Lafuma Bangsar.

Lanjut tentang RaidLight boleh dibaca di website



Tuesday, 11 September 2012

Kedai: Outdoor Dynamic

Outdoor Dynamic satu lagi kedai outdoor, barangan utama adalah gajet outdoor, rope dan pelbagai item adventure gear & rare item. Kedai outdoor di Bkt Gambir, P. Pinang ni mudah nampak bila ke The Pallazia


apip bersama pemilik Outdoor Dynamic, Nadir.

Layanan mesra memang terbaik, senyum tak lekang. Kelainan kedai ni, surface lantai dilatari dengan batu kerikil. Barang disusun tidak terlalu padat.

Barang apa yang sempat disambar semasa sessi lawatan ni, akan diceritakan di lain post.

Barangan dijual secara online klik website www.outdoordynamics.com.my

FB group Outdoor Dynamic http://www.facebook.com/groups/outdoordynamics/

Thursday, 6 September 2012

Review: Nitestik





NiteStik satu produk / jenama bagi night stick, kayu bercahaya diwaktu malam 'glow in the dark'. Tidak seperti kebiasaan night stick yang perlu dipatahkan untuk digunakan dan hanya boleh digunapakai sekali sahaja. Nitestik mempunyai jumlah jam yang lebih panjang (sila rujuk di kotak).

Apa yang menariknya Nitestik ni, saiz sebesar visel, didatangkan dengan rantai kunci, berfungsi / recharge bila dapat limpahan cahaya matahari, bercahaya di dalam gelap. Casing Nitestik ada dalam berbagai warna. 

Sempat test di butik Lafuma Bangsar, ambil nitestik ni, masukkan dalam jaket (suasana gelap) dan nampak 'glow in the dark'. 

#Baru test untuk review dah terjual satu unit para pengunjung kedai Lafuma.



Tuesday, 4 September 2012

Butik Outdoor Lafuma


Di Malaysia, ni konsep butik outdoor yang memula ada. Best ke ke kedai Lafuma ni. Jual pakaian outdoor atau kelengkapan outdoor? Aksesori oudoor? Original? Kualiti? Jom kenal dengan kedai ni.



Dah nama Lafuma tentulah jenama Lafuma menjadi produk utama. Kini jenama Millet yang juga dibawah Lafuma groups turut ada di kedai ni. Kedua-dua jenama dari Perancis ini bukan asing dalam dunia pendakian gunung. Lain-lain barangan outdoor yang dikatakan 'complementary product'  turut dijual. 

Kedai Lafuma jual jaket/fleece, haversack, kasut Lafuma/Millet, produk jenama lain selain dari barang Lafuma seperti stove, headband, parang, pisau antara yang dijual di kedai Lafuma. Apa lagi ye. nak sebut satu persatu memang banyak. List barangan ni takkan ada di web Lafuma mahupun blog Lafuma sebab kabarnya supaya pihak Lafuma (International) terus nampak kedai Lafuma sebagai Lafuma concept shop.

Antara jenama produk outdoor lain yang ada. Kovea, Mora, AquaLung, HyperGear, Akona, Gerber, Fivefinger, Komandel, Liventure, Lifesystems, SealSkinz, malah carrymat made in Indonesia pun ada. Tapi rata-rata barangan di butik Lafuma ni berkualiti, bukan barangan tiruan yang dijual.

Harga, dah tentu lebih dari harga barang tiruan atau barang yang dibawa masuk tanpa tax. Apa pun kualiti dipercayai. Masih ada barang yang berbaloi dibeli walau bukan semuanya. 

Boleh ke datang kedai tak beli barang. Hahaha inilah antara tempat menempel apip. Tak semestinya pergi kedai outdoor nak beli barang. Kekadang nak update pengetahuan tentang teknologi & barang baru yang ada.

Jujur, walaupun Apip pernah bekerja jaga kedai Lafuma ni tahun 2008. Apip masih tak taksub pada jenama ni mahupun sesuatu jenama. Jenama Lafuma/Millet antara jemana outdoor yang patut dipercayai bagi mereka yang perntingkan kualiti.


Produk baru yang akan dibawa masuk ke butik Lafuma. NANTIKAN.

Antara penulisan apip (review & trip report) di blog Lafuma 2008-2009
Bkt Tabur Revisit story by apip, text by Ng
Exploratory Trail at Kota Damansara story by apip, text by Ng




Tuesday, 28 August 2012

Outdoor di Majalah Rezeki

Ada ke kolum outdoor di majalah Rezeki? Terbaru apip di media Majalah Rezeki, edisi 9 2012 dengan paparan 3 mukasurat. Outdoor & majalah Rezeki, apa kaitan, apa signifikasi. Ini antara soalan yang diajukan dan jadi tanda tanya kawan-kawan gunung.



Majalah Rezeki memberi ruang buat pengiat-pengiat rekreasi melalui segment rekreasi, tujuannya untuk mengetengahkan dan menonjolkan profil insan yang mencari rezeki dalam rekreasi. Semoga terus bertambah rezeki. Insya'ALLAH.

Satu mokup ekspedisi dibikin untuk menjayakan sessi fotografi. Setelah berbincang dengan kolumnis rekreasi majalah Rezeki, Rosli Mat Som yang juga kenalan outdoor apip semasa bekerja di Bangsar, lokasi Bukit Tabur dipilih dan program bermalam dihujung minggu dirangka. Apip ditemani isteri, eryn yang insan dalam dunia outdoor gunung. Rosli pula dibantu oleh seorang lagi rakan, Redza juga berprofil outdoor (rope & scuba). 

Lebih seratus foto di'snap' dan hasilnya yang terbaik, bernilai dan berkenan dihati menjadi pilihan ketua editor. Selain sessi fotografi, masa diantaranya turut digunakan untuk menceritakan beberapa kisah, berkongsi pandangan dalam dunia outdoor. Tak ketinggalan gurau senda & usik-mengusik begi mengeratkan  persahabatan dan menceriakan suasana.

Semoga rezeki dalam outdoor gunung, bikin program, bikini material program dan sebagainya bertambah atas izin Illahi.

#Rezeki edisi 9 2012 baru dikeluarkan 15 Ogos 2012 lalu dan boleh dapatkan di MPH atau kedai-kedai mamak tertentu. www.rezeki.com.my

Selamat membaca & salam perkenalan.

Wednesday, 15 August 2012

Fotobook: Satu cerita hero berbeza

"Pencerita selalu jadi hero dalam cerita dia" betulkan! Satu ekspedisi satu jalan cerita. Bagi pemilik fotobook dah tentu masing-masing nak nampak hero, cewah. Lebih tepat masing-masing nak foto peribadi mereka lebih dan diabadikan. Kalau begini dah jadi satu ekspedisi, bukan lagi 1 fotobook tapi lebih.

Satu lagi kaedah yang kami tawarkan, 1 Ekspedisi, 1 Cerita - Berbeda Hero/Heroin. Layout utama adalah sama, cuma beberapa foto saja yang dipinda mengikut pemilik fotobook.
Pasangan Hero & Heroin yang berbeza

Bukan 100% foto berbeza - G. Bromo

Little Paire di Ranukumbolo - G. Semeru


Friday, 10 August 2012

Teknik Mengelak pacat

Menarik bila kita dapat elakkan diri dari pacat semasa trekking. Boleh ke? Mudah ke? Banyak tak tekniknya? Kalau tak dapat elak semua, dapat hindar sejumlah besar pacat pun dah baguskan.

Kita kena kenal pacat serba sedikit sebelum elakkan dan hindarkan diri dari digigit pacat. Dimana habitat pacat, apa yang meransang pacat ke arah kita. Apa yang pacat tak suka. Apa alahannya.

Teknik Defensif
Teknik Serangan
Saja guna dua istilah ni, cehh nampak cam ilmiah.

Teknik Defensif

Ada beberaka kaedah antaranya PAKAIAN melindungi tubuh badan kita dari terkena gigitan pacat.
1.  Trekking pakai kasut tidak bertututup, bukan sandal atau kasut separa tutup.
2.  Guna stoking pacat. kalau tak suka pakai stokin pacat guna stokin jenis cotton, seeloknya yang agak tebal sedikit dan masih agak baru. Stokin bola tidak membawa sebarang pelindungan sebab bila diregang ada rongga-rongga dicelah stokin. Elakkan situasi wujud rongga yang mampu diterjah pacat.
3. pakai seluar tigh panjang. Masukkan kaki tight dalam stokin. Pacat tak mampu menerobos fabrik yang diguna untuk seluar tigh.
4. pakai baju, Baju bodyfit juga meningkatkan protektif. Berlengging adalah mengundang kehadiran pacat.

tambah PELINDUNG
Ini adalah tambahan saja, ada petua yang diamalkan beberapa pendaki,
1.beli sabun cap 666(ker 999), biasa kotak hijau ada jual di kedai mamak. Lumurkan sabun ni di kasut dan kaki seluar. Pacat tak bisa singgah atau melekat dikasut & kaki seluar.
2. Rendam stokin dengan air tembakau, buat sebelum ekpedisi dan jemur stokin sampai kering.

TEKNIK TREKKING
1. elakkan berada di tempat ke-3 dan seterusnya bagi yg trekking dalam satu barisan. Pacat yang mula mengesan mangsanya hanya akan berjaya singgah ke insan ke-3 dan seterusnya. Jarakkan jalan anda dari orang depan.
2. Jalan lebih pantas supaya pacat tak sempat nak singgah ke kaki anda.
3. Jangan jalan didalam semak atau trail yang lebih berdaun (tempat habitat pacat).

TEKNIK WAKTU TAKE-5 (Break)
Berdiri atau duduk disatu tempat yang telah dibersihkan permukaan tanah dari sebarang dedaun mati. Berada di atas batu kering pun agak baik. Kenapa ye'. Pacat bergerak dengan dengan mukanya. Tiada pacat yang ingin muka mereka kotor terkena tanah. Tak percaya sila cuba.




























#Pacat sentiasa mengelak dari 'sucker' di mukanya terkena pasir/tanah supaya tak mati tersedut pasir.

Teknik Serangan

Ada yang rajin mengamal teknik ni, bagi yang terlebih rajin.
1. bawa Air Tembakau. Sentiasa simbah air tembakau seperti semah sewaktu berjalan atau rehat. Boleh juga guna tembakau utk basahkan pakaian bagi mengelakkan dari dihinggapi pacat.
2. bawa spray bygon - serang pacat sebelum pacat serang kita. pergh

Selain ni ada satu lagi teknik yang berkesan untuk hindarkan pacat & tidak diamalkan oleh pendaki-pendaki ialah bawa diri jauh dari hutan.

~ teknik-teknik diatas bukan penawar bagi insan berdarah manis.

Selamat menyelamatkan diri dari terkena pacat.