Friday 8 February 2013

Dijemput ke Everest

Everest - photo MailOnline

Pendakian ke puncak tertinggi dunia mahupun berada dalam pasukan yang mendaki ke puncak Gunung Everest antara impian ramai pendaki. 

Negara kita, Malaysia sekali lagi akan ada pasukan yang akan ke G. Everest. KE7B Everest Felda yang akan dibarisi pendaki anak-anak Felda serta pendaki KE7B akan merealisasikan pada tahun 2013. Program bermula September 2012 dengan penapisan resume bakal pendaki, seterusnya pemilihan pertama .

Mengimbau kembali liku-liku yang harus ditempuhi pendaki untuk berada dalam mana-mana kelompok pasukan pendaki Everest. Rata-rata pendaki berdepan banyak halangan, rintangan dan cabaran. 


Apip yang mendapat jemputan daripada Saudara Qobin melalui mesej FB. Mudahkan. Sahabat-sahabat dikelilingi terus menghujani dengan ucapan tahniah, syabas dan sebagainya. Tak terlepas juga yang turut bertanya " 'Paris' ada FELDA ke?" tanpa mengetahui KE7B sebagai penganjur turut berhak menghantar pendakinya atau pilihannya sendiri.

Lain dari orang lain, tawaran ini buat Apip jadi bengong. Tak pasti nak balas dengan terima kasih atau apa, buat sahabat-sahabat yang mengucapkan tahniah. Tak pasti tawaran ni perlu disambut dengan kesyukuran atau banyak bermunajat. Tak pasti ini bahana atau bencana yang besar dalam hidup ini. Atau satu rezeki yang besar.

Dalam kebengongan ini, satu pertemuan dengan Qobin direncana untuk satu kepastian. Apa komitmen yang diharapkan. Moga tiada rasa terhutang budi sebab Apip rajin menjengah sejak dari Pemilihan Calon lagi. 

Mudahnya perjalanan ini untuk bersama pasukan Everest. Mewujudkan profil pendaki bukanlah satu yang mudah dan diambil mudah. Lebih sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai seorang pendaki. Bukan lagi pendaki picisan walau adakala mendaki gunung-gunung picisan.

Peluang menyertai pendakian demi Negara nampaknya besar. Konflik kerja yang juga atas nama Negara juga besar. Bekerja untuk Sistem Keselamatan Negara / Public Safety juga memerlukan komitmen yang besar. Sudikah majikan melepaskan diri ini dari bekerja untuk negara ke mendaki untuk negara?

Apa signifikan dapat peluang dalam pasukan Everest. "Barangsiapa mengejar akhirat, maka akhirat dan dunia, kedua-duanya akan berlari mendapatkannya." dari Imam al-Ghazali. Teringat doa Apip sepanjang 2012 untuk dijemput ke Tanah Suci bersama 1steri Khairinah Binti Chumari. Jemputan ke Tanah Suci belum diterima, jemputan ke Everest yang menyusul, tempohnya hampir sama, 2 bulan. 

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, ambillah iktibar, usah kita alpa pada Illahi dalam mengejar aktiviti gunung. Insya'Allah pulangannya ada.

1 comment:

  1. Tahniah ! Kami semua mendoakan keselamatan dan kejayaan kalian di sana. InsyaAllah ...

    ReplyDelete