Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Tuesday, 4 August 2015

5 pemandangan menarik di Taman Negara Bako dalam Filem Nota



Filem Nota (2015), lakonan utama Maya Karin di lokasi utama Taman Negara Bako, Sarawak. 5 pemandangan menarik yang dipaparkan dalam Nota boleh mencuri perhatian peminat dan pencinta keindahan alam. Pilihan Taman Negara Bako yang agak lain dari kebanyakan filem Melayu mahupun drama Melayu. Keindahan sememangnya ditonjolkan dengan teknik-teknik perfileman yang menarik.

Bagi yang belum tahu tentang Taman Negara Bako boleh rujuk edisi gerbangGunung di posting Taman Negara Bako.

1. Sea Stack - tempat wajib nak buktikan Taman Negara Bako, yang ni macam biasa orang tengokkan.
Sea Stack - land mark Taman Negara Bako
2. Pemandangan dari atas puncak Batu Besar, Pantai Pandan. Kena masuk dalam senarai untuk dijejaki ni.



3. Kilauan keemasan laut dan langit dengan subjek utama Gunung Santubong. Kenalah bermalam di Taman Negara Bako, baru ada pemandangan senja. Pemandangan romantik matahari terbenam. Visual ni boleh dirakam di Taman Negara Bako.

Gunung Santubong dilihat dari Taman Negara Bako


4. Kehijauan hutan yang bukanlah semak belukar seperti kebanyakan filem/drama melayu.



5. Yang ini juga satu ciptaan yang indah untuk ditonton dari filem Nota. (sebenarnya nak jadikan lima)




Untuk trailer lihat:


-apip embi-

#nota

Monday, 3 August 2015

Bila Orang Gunung Tak mendaki Gunung: Sarawak Long Boat

Siri Orang Gunung Tak mendaki Gunung 02: Sarawak Long Boat

Bila orang gunung tak mendaki gunung, jadilah aktiviti-aktiviti outdoor yang lebih santai atau kurang adventure. Bukan tak adventure ya. Kali ini al-kisah pengalaman ke mudik ke huhu dengan Sarawak Long Boat

Rakyat Malaysia mungkin biasa tengok dokumentari menyusur sungai di Sarawak dengan bot panjang. Iklan Pelancongan Sarawak pun ada tunjuk. Nampak menarik. Cuba rasa, seronak tak, mencabar tak.

Sebelum melawat rumah pangjang di Sarawak, nak ke pedalaman atau kawasan hulu mesti guna bot.

Rumah Panjang Alo, Ngemanh Ili sejam mudik ke hulu dari jeti Lubuk Subong, Lubuk Antu, Sarawak. Perjalanan dari Kuching ke Lubuk Antu dengan memandu kereta sekitar enam jam. Kereta boleh ditinggalkan di jeti atau berdekatan jeti.
Suzanna (berbaju oren) sudah menanti anak-anak kami
Perasaan macam-macam timbul sebelum merasa pengalaman ni, Selamat ke. Kanak-kanak enjoy ke tidak. Dalam ke sungai ni, rupa-rupanya adalah lebih kurang dalam dada. ada tempat cetek hingga paras betis dan bot terpaksa dikayuh dengan galah, enjin bot kena dinaikkan.


Masih di jeti
Bot satu dah bergerak


Tengok jambatan gantung tu
Satu lagi bot rombongan kami

Kayuh dengan galah

Tolak dengan galah
Pengalaman dengan menaiki bot, kena pula dah masuk senja. Cahaya samar-samar. Alhamdulillah semua dipelihara Illahi.


Pengalaman semasa pulang

Masih enjoy

Enjoy Sarawak Long Boat with nature
enjoy video yang tak seberapa ni.





Wednesday, 22 July 2015

Bila Orang Gunung Tak mendaki Gunung: Taman Negara Bako

Bila Orang Gunung Tak mendaki Gunung 01: Taman Negara Bako (Bako National Park).

Bila orang gunung tak mendaki gunung, jadilah aktiviti-aktiviti outdoor yang lebih santai atau kurang lasak, less adventure. Bukan tak adventure ya.

Taman Negara Bako yang terkenal dengan ikon tunggul batuan di laut yang menarik, disebut Sea Stack. Hatta berbondong-bondonglah kami sekeluarga ke Taman Negara Bako dek kerana ingin melihat tunggul batu tersebut.



Perjalanan dari Kuching dengan kereta dapat setakat di Jeti Gateway Taman Negara Bako sahaja. Satu-satu cara ke Taman Negara Bako melalui jalan air. Jalan darat tidak dibangunkan hingga ke Taman Negara Bako walau taman negara ini berada di sebahagian tanah besar.

Kos bot dari Jeti Gateway ke Taman Negara Bako, RM15 dewasa, RM10 kanak-kanak (sehala). Ni cuma kos ke HQ Taman Negara Bako. Nak tengok Sea Stack atau bersiar-siar di pantai-pantai lain Taman Negara Bako perlu bot yang lain dengan kos yang lain mengikut perjalanan per kepala. Sebelum tu kos masuk Taman Negara Bako, RM10. kanak-kanak RM3. * ini semua kos bagi rakyat Malaysia.

Dari Jeti Gateway di muara sungai, kita melintasi jeti perikanan, boleh nampak proses mendaratkan umai-umai (obor-obor). Ada masa berselisih dengan bot kecil yang sarat membawa muatan umai-umai.

Bot bawa umai-umai
Bila bot mula masuk ke Laut China Selatan sebelum sampai ke HQ, di sebelah Barat Laut jelas tersergam Gunung Santubong. Gunung Sejinjang pun boleh kelihatan.

Pantai di HQ Taman Negara Bako - latarbelakang Gunung Santubong & Gunung Sejinjang (kiri sekali)
Aktiviti berjalan sekitar Taman Negara Bako agak menarik, pelantar disediakan di kawasan berpaya. Ada waktu-waktu tertentu hidupan hutan seperti monyet hidung panjang akan keluar ke kawasan paya.

Lawatan ke Sea Stack jadi acara wajib. Bukan sahaja Sea Stack yang unik di sini, semua batu di Taman Negara ini unik dan haisan air yang membuat lebih unik. Antara point lawatan kami selain Sea Stack, batu Kepala Orang, Smiling Rock (Optimus Prime Stone), Batu Kodok, Batu Helang, Batu Gajah. Ada batuan-batuan yang tak dinama tapi tetap menarik untuk dilihat. subhanallah.

Eagle Rock
Head Rock

Elephant Rock
Smiling Rock / Optimus Prime Rock

Bot kami keliling Sea Stack, boleh bergambar dari semua sudut,  tapi yang menarik dan dikenali ramai hanya berfoto dari satu sudut sahaja yang nampak batu tu seperti huruf 'C' atau angka '7'. Cuba layan foto-foto ni. Sebenarnya banyak lagi foto.

Sea Stack dari sudut lain
Sea Stack seperti foto pelancongan
Sea Stack - kenal lagi kan
Pantai pula agak terpencil dan lebih damai seperti Pantai Pandan Kecil, Pantai Pandan Besar. Pantai Batu Merah lebih jauh dan sesuai utk yang lebih banyak masa & RM. Bersiar-siar di persisir laut Taman Negara Bako dengan bot satu aktiviti yang menarik. Anak-anak pun suka.



Kami sekeluarga - satu bot
#kalau kena gayanya pelancong boleh pulang terus ke Jeti Gateway dengan bot yang bawa anda bersiar. Kos keseluruhan boleh dirunding. Staf di Taman Negara Bako prihatin & baik bicara.

#terima kasih juga buat Abg Bujang, botman kami.

-apip embi-


Friday, 10 July 2015

Mendaki Mendekatkan diri dengan Illahi

'Kami mendaki gunung sebab nak hayati ciptaan tuhan'. Ini objektif yang sering dilontarkan untuk mengaitkan aktiviti dunia mendaki dengan ibadah. Kata-kata berikut menguatkan lagi.
'Syukur dah sampai puncak gunung'
'Subhanallah, indahnya panorama di atas puncak'

Terkesan dengan Kompilasi cerpen DIAgnosis2, penulisan dari pengamal perubatan. Kerja & kehidupan mereka dikaitkan dan disandarkan pada Yang Esa. Penuh dengan inspirasi & pengajaran yang membawa kita dekat denganNYA.

Petikan dari A.M.S
Satu Cerpen A.M.S tulisan Dr Mafeitz yang berkisar tentang Sakit Akut Gunung (Acut Mountain Sickness). Ini lah satu yang berkait dengan gunung. Bila diikutkan ramai pendaki gunung (Muslim) yang sebut 'Kami mendaki gunung sebab nak hayati ciptaan tuhan'. mungkin satu kompilasi cerpen dari pendaki gunung juga mampu diujudkan sebagai satu lagi cabang ibadah.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."



.

Tuesday, 26 May 2015

Rohingya di Gunung Perlis

Rohingya di Gunung Perlis, Banjaran Nakawan, Perlis. Pendedahan pihak berkuasa Malaysia penemuan 28 kem haram & 138 kubur di puncak Gunung Perlis mengejutkan warga Malaysia dan antarabangsa. Warga pendaki gunung Malaysia juga mungkin terkejut.

Signage tulisan Thailand
Gunung Perlis adalah salah satu gunung tempat pendaki menjalankan aktiviti rekreasi. Puncak gunung ini yang bersempadan antara Malaysia - Thailand hanya dijaga oleh renjer hutan dari Jabatan Perhutanan yang turut menjaga Taman Negeri Perlis di kaki Gunung Perlis, Banjaran Nakawan.

Kawalan sempadan di Banjaran Nakawan tidak seperti yang selalu dimomokkan dalam media, berpagar 2 lapis serta berkawat duri. Sama seperti sempadan negeri dalam Malaysia, hanya batu sempadan ditanda. Permatang Banjaran Nakawan adalah sempadan Malaysia - Thailand.

Imbas kembali soalan yang diaju ke Renjer Hutan semasa pendakian ke G. Perlis tahun 2012.
"Kenapa tak ada kawalan dari tentera Malaysia atau Thailand di sini?"
jawab renjer
"Siapa nak seludup barang di banjaran ni, nak kena mendaki, jenuh nak pikul barang."
hemmm memang pun lurah yang dalam menyukarkan kerja merentas sempadan baik dari Thailand mahupun dari Malaysia. Masa ni tak terfikir pun selain barang, manusia sendiri boleh dijadikan bahan seludup.



Batu sempadan Malaysia - Thailand ditengah Banjaran Nakawan

Masih selamatkah aktiviti rekreasi gunung di Gunung Perlis buat pendaki gunung? Adakah akan dipagar sempadan di Banjaran Nakawan. Puncak Gunung Perlis akan menjadi kawasan larangan. Rugilah siapa yang belum jejak ke puncak ini.
OGKL di puncak Gunung Perlis

#SaveRohingya


Tuesday, 17 March 2015

Skechers GOrun Ultra Extreme on Rainforest Test

Skechers GOrun Ultra Extreme menjadi pilihan kasut trail apip kali ni untuk permulaan pendakian di 2015. Skechers GOrun Ultra Extreme!!! Ada ke orang guna Skechers GOrun Ultra Extreme untuk mendaki? ...mendaki dan masuk trail hutan di Malaysia? 

Kasut yang telah digunakan


Pemilihan kasut Skechers GOrun Ultra Extreme ni untuk mendaki, tanpa rekemen dari pendaki, yang ada rekemen dari pelari marathon. Pun tak ada lagi review dari mana-mana web yang dibaca sesuai dengan trail hutan hujan Malaysia. Skechers belum lagi pilihan trekker / hiker / pendaki di Malaysia buat masa ini. Jadi apa kata dicuba dulu.

Ciri-ciri asas kasut multi-trail mesti dipenuhi sebelum dinilai dan dijadikan untuk mendaki. Asasnya kasut mesti lasak, tidak mudah lekang terutama tapak, tapak bercirikan multi-trail/all-trail. Selesa semestinya. Ini pertimbangan asas di kedai.

2015 bermulalah misi menjengah butik Skechers, mula dari Skechers di Setia City Mall, Setia Alam kemudian ke Skechers di IOI City Mall, Putrajaya. Tiada yang berbeza pun kedua-dua butik ni. Melangkah masuk, kasut trail atau multi-trail ditanya. Sketches banyak keluarkan kasut running. Mungkin agak pelik bila kasut trail yang ditanya. Model Skechers GObionic Trail sekilas pandang tidak berapa menepati ciri-ciri kasut multi-trail, tapak kasut ini lebih sesuai untuk balapan atau biasa dikategori sebagai 'training shoes'.

RINGAN, BERKUSYEN, GOdry (mudah kering) antara ciri yang menarik hati bila memegang Skechers GOrun Ultra Extreme. Tapak multi trail yang sudah memenuhi kasut yang dikehendaki ditambah pula dengan berkusyen. Ciri Extreme 'all-weather protection' yang turut dilambangkan dengan salji, hujan dan panas menambah merit untuk memilih kasut ini. 


Kasut jenis softshell ini, bukan dari fabrik GoreTek mahupun OutDry. Tapi ciri-ciri fabrik Sketchers ini, atas nama GOdri dengan 3 lapisan fabrik. 
Layer1 - Water-resistant protective exterior barrier
Layer2 - Microporous membrane allow air to pass through while keeping water out
Layer3 - Form-fitting and moisture-wicking mesh interior
Ciri 'bernafas (breathable)' pada asas kasut GOrun Ultra melengkapkan asas keselesaan untuk penggunaan yang extreme.


Dah beli, apa lagi mestilah cuba di lapangan untuk trip yang agak extreme. Ekspedisi Trans Inas salah satu ekspedisi yang makan masa 4 hari 3 malam, merentasi banjaran gunung dari Sg. Selama di Selama ke Sg. Lawin di Grik. Dua puncak gunung didaki, G.Titiwangsa 1730m & G. Inas 1801m. 

Trail Trans Inas yang perbagai, jalan balak lama, rentis hutan, river trekking, mendaki, menurun lurah, rentis atas permatang, laluan berselut, laluan tanah kematu, tanah gambut yang polos. Ini semua melengkapkan ujian Skechers GOrun Ultra Extreme. 

Water Resistant:: iya sama seperti kasut fabrik GoreTek atau OutDry. Air tidak masuk walau kasut terendam 3/4. Ujian ni masa diawal ekspedisi dan begitu juga diakhir ekspedisi walau ada calar pada bahagian luar kasut. Berapa lama ketahanan ini tidak dapat dipastikan. Setakat ini masih berpuas hati dengan ketahanan water resistant.

Quick Dry :: Melintas sungai dan juga river trekking yang memerlukan keluar masuk ke dalam air sungai di hari ke-2. kasut kering dikaki tanpa disalai pada malam hari ke-2. Kusyen yang lembut dan tidak pula memberatkan kasut bila menyerap air. Perah ala kadar dan boleh terus guna untuk trekking.
Outsole / Tapak :: tapak yang cembung dan tinggi, memudahkan pecutan semasa trekking. Tapak yang berkusyen juga nampaknya mengurangkan kesan hentakan pada lutut semasa memecut/berlari turun dari G. Inas. Cengkaman tapak semasa melangkah dan melompat di atas batu sungai juga di tahap yang baik sepanjang river trekking.
Info tapak Sketchers GOrun, 
Stack Height: 34mm/27mm heel, 26mm/23mm Farefoot.


Softshell :: walaupun kasut ini jenis softshell dibahagian hujung jari, keupayaan untuk lasak tidak kurang. Malah dapat gunakan kelebihan ini untuk rehatkan jari kaki selepas turun dari cerun. Ada ruang untuk menggerakkan jari kaki. Ada senaman kecil jari kaki semasa memakai kasut.


Reflector :: Ciri yang ditambah pada beberapa bahagian kasut ini. Nampak gayanya tak sesuai atau tak lasak untuk aktiviti lasak. Lihat foto dibawah. dah lekang.


Bagi wanita, potongan kasut Skechers agak tirus didepan berbanding kasut Skechers lelaki. Pilihan saiz pula UK semua nombor bulat. Tiada UK7.5, 8.5 misalnya. Yang ada 6, 7, 8, 9 hingga 12.

Secara keseluruhan, kasut Skechers GOrun Ultra Extreme sesuai untuk multi-trail dan diguna oleh pendaki-pendaki di hutan hujan negara kita. Harapnya selepas ini kasut Skechers GOrun Ultra Extreme antara pilihan pendaki.


-apip embi-

#skechers 

Thursday, 5 February 2015

Menjejak Mt Seorak

Mt Seorak!
Mt Seorak, satu lokasi yang sering dikunjungi rakyat Malaysia yang ke Korea Selatan. Ramai rakyat Malaysia yang dah ke Gunung (Mt) Seorak, dah naik ke Mt Seorak, ada yang dah sampai ke puncak! Ada ke rakyat Malaysia yang sampai ke puncak tertinggi Mt Seorak? Rata-rata mereka yang ke Mt Seorak samada penulis-penulis blog mahupun catatan-catatan di FaceBook buat kenyataan mereka ...
'... dah ke puncak Mt Seorak'
'... dah mendaki ke Mt Seorak'
'... jejak puncak Mt Seorak'

Sebelum bercerita lagi, serba sedikit tentang Mt Seorak atau dalam bahasa Korea disebut Seoraksan. Mt Seorak adalah satu destinasi pelancongan terletak di Seoraksan National Park. Mt Seorak adalah gunung tertinggi di Banjaran Gunung Taebaek. Puncak tertinggi Mt Seorak dinamakan Puncak Daechongbong (1,708m).
Seoraksan Landmark - Mitos, Beruang sebagai Opah orang Korea
Ada beberapa tempat menarik untuk dilawati di Seoraksan National Park ini, antaranya formasi batuan yang dinamakan seperti Ulsanbawi, Biseondae dan Gwongeumseong. Selain tu air terjun, kuil-kuil lama dan taman-taman disekeliling gerbang masuk National Park.

Pelancong biasanya akan dibawa ke Gwongeumseong, ada kereta kable menghubung ke sini. Dari stesen atas, pelawat perlu mendaki kira-kira 800 langkah hingga ke view point, seterusnya siapa yang berkemampuan boleh mendaki sedikit ke puncak, dikabarkan kira-kira 10 - 15 minit pendakian pada musim panas. Inilah pendakian Mt Seorak yang kerap dijaja pelancong Malaysia. 

Laluan ke viewpoint Gwongeumseong - licin tau
View point di Gwongeumseong
Atas tu puncak tertinggi di Gwongeumseong
Pengalaman Apip sebagai pelancong gunung di Mt Seorak, lawatan di bulan Januari kurang memberansangkan, salji nipis dan batuan diliputi ais nipis dan menyukarkan berjalan diatas batu. Niat mendaki ke puncak Gwongeumseong terpaksa dibatalkan. Masa yang singkat dan di waktu hampir malam juga tak mengizinkan untuk lama di sini. 2 jam setengah perjalanan dari Nami Island/Seoul, cuaca agak berkabus di view point Gwongeumseong, tiada lawatan di tempat-tempat menarik lain di Seoraksan National Park. Persinggahan di sini boleh dikatakan agak hambar dan sekadar menambah diari destinasi lawatan. Kunjungan ke Korea Selatan pun dah kira bertuah atas tiket lawatan syarikat. 

Apip berlatarbelakangkan Ulsanbawi - umpama lukisan alam
Dinasihatkan pendaki gunung dapat pastikan betul-betul puncak yang ingin didaki. Buat pelancong gunung pula, usah pendekkan lawatan di sini & pilih bulan yang sesuai. Bagi yang tidak ke destinasi bersalji lain di Korea mungkin lawatan ke sini amat bermakna, dapat pegang salji dan bermain salji.

Apa pun, setelah lebih seratus gunung didaki, baru merasa jadi pelancong gunung. Santai apa!

AZAM mendaki gunung di Korea Selatan di masa akan datang. Nantikan. JOM kita.