Mt Seorak! |
'... dah ke puncak Mt Seorak'
'... dah mendaki ke Mt Seorak'
'... jejak puncak Mt Seorak'
Sebelum bercerita lagi, serba sedikit tentang Mt Seorak atau dalam bahasa Korea disebut Seoraksan. Mt Seorak adalah satu destinasi pelancongan terletak di Seoraksan National Park. Mt Seorak adalah gunung tertinggi di Banjaran Gunung Taebaek. Puncak tertinggi Mt Seorak dinamakan Puncak Daechongbong (1,708m).
Seoraksan Landmark - Mitos, Beruang sebagai Opah orang Korea |
Ada beberapa tempat menarik untuk dilawati di Seoraksan National Park ini, antaranya formasi batuan yang dinamakan seperti Ulsanbawi, Biseondae dan Gwongeumseong. Selain tu air terjun, kuil-kuil lama dan taman-taman disekeliling gerbang masuk National Park.
Pelancong biasanya akan dibawa ke Gwongeumseong, ada kereta kable menghubung ke sini. Dari stesen atas, pelawat perlu mendaki kira-kira 800 langkah hingga ke view point, seterusnya siapa yang berkemampuan boleh mendaki sedikit ke puncak, dikabarkan kira-kira 10 - 15 minit pendakian pada musim panas. Inilah pendakian Mt Seorak yang kerap dijaja pelancong Malaysia.
Laluan ke viewpoint Gwongeumseong - licin tau |
View point di Gwongeumseong |
Atas tu puncak tertinggi di Gwongeumseong |
Pengalaman Apip sebagai pelancong gunung di Mt Seorak, lawatan di bulan Januari kurang memberansangkan, salji nipis dan batuan diliputi ais nipis dan menyukarkan berjalan diatas batu. Niat mendaki ke puncak Gwongeumseong terpaksa dibatalkan. Masa yang singkat dan di waktu hampir malam juga tak mengizinkan untuk lama di sini. 2 jam setengah perjalanan dari Nami Island/Seoul, cuaca agak berkabus di view point Gwongeumseong, tiada lawatan di tempat-tempat menarik lain di Seoraksan National Park. Persinggahan di sini boleh dikatakan agak hambar dan sekadar menambah diari destinasi lawatan. Kunjungan ke Korea Selatan pun dah kira bertuah atas tiket lawatan syarikat.
Apip berlatarbelakangkan Ulsanbawi - umpama lukisan alam |
Dinasihatkan pendaki gunung dapat pastikan betul-betul puncak yang ingin didaki. Buat pelancong gunung pula, usah pendekkan lawatan di sini & pilih bulan yang sesuai. Bagi yang tidak ke destinasi bersalji lain di Korea mungkin lawatan ke sini amat bermakna, dapat pegang salji dan bermain salji.
Apa pun, setelah lebih seratus gunung didaki, baru merasa jadi pelancong gunung. Santai apa!
AZAM mendaki gunung di Korea Selatan di masa akan datang. Nantikan. JOM kita.
infonya sangat menarik...
ReplyDeletemantap...
assalamualaikum..boleh email kepada saya noratajharun@gmail.com untuk jawapan kepada soalan ini. incase di balas di sini, saya tidak perasan..
ReplyDeletesoalan saya..saya akan ke Gunung (Mt) Seorak dalam awal february 2017 ni..teringin mendaki sampai ke puncak..adakah di dalam gambar tuan/puan adalah keadaan sebenar pada bulan february?..terima kasih