Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday, 30 November 2016

xnocs local online shopping store

 
Dunia jualan barangna outdoor di Malaysia yang semakin berkembang, kini xnocs online shopping store yang 'base'/ berpengkalan di Kuala Lumpur. Url web ini cuma  https://xnocs.com/

xnocs menjanjikan pakaian dan barangan elit untuk aktiviti mendaki dan outdoor. Antara jenama yang diketengahkan ketika ini, LifeVenture, LireSystem, SealSkinz, 1000mile, Lafuma, Eider, Millet, Trueutility dan banyak lagi.

Apa tawaran yang menarik, pembelian bagi RM500 keatas, 'free shipping' di seluruh Malaysia. Barangan yang ditawarkan dimaklumkan bukan pre-order tetapi ada stok di Malaysia. xnocs yang juga dibangun oleh pemilik Kedai Lafuma di Bangsar, turut memberi khidmat selepas jualan.


Sebahagian muka portal online xnocs
xnocs juga boleh didijumpai di
Facebook; https://www.facebook.com/xnocs/
Twitter : https://twitter.com/Xnocs_06
Instagram: https://www.instagram.com/xnocs/

Selamat bershopping

Thursday, 29 September 2016

Bila digabungkan Nature Trip dan Culture Trip

Nature Trip ada pengemar tersendiri begitu juga dengan Culture Trip. Nature Trip pilihan pengiat rekreasi, outdoorians. Culture Trip merangkumi Urban Trip sering dikaitkan degan traveller, tourist.



Sedikit pengenalan Nature Trip & Culture Trip

Penggiat rekreasi biasa dengan Nature Trip, program berasaskan alam semulajadi seperti mendaki gunung, meneroka gua, ke air terjun dan jeram, lawatan ke tempat-tempat berasaskan alam. Culture trip pula bukan sahaja lawatan ke tempat berasaskan kebudayaan sebenarnya. Culture trip boleh dikategorikan Urban Trip & Tradition Trip. Aktiviti termasuk melawat atau menyelami budaya setempat. Budaya secara tradisi manupun budaya baru selari dengan pembangunan setempat.

Bila digabungkan Nature Trip & Culture Trip!
MELETOP KE! Bolehkah satu Trip ada aktiviti alam & aktiviti lawatan. Wujudlah nanti insan dengan haversack dibahu berjalan-jalan dalam kampung dan bandar. Mereka dengan beg tarik ke air terjun. Jangan kecam!
Insan berjiwa jelajah, explorer sebenarnya mereka yang amalkan Nature & Culture Trip. Kita perlu jelajah dan melihat apa disekeliling tempat yang kita pergi. Apa aktiviti budaya dan ekonomi di sekitarnya seperti tempat-tempat bersejarah, mengenali budaya masyarakat setempat, melawat & berbelanja di pusat ekonomi setempat.

Dimana boleh bikin Nature & Culture Trip! Semua tempat sebenarnya, guna konsep eksplorasi.
ambil beberapa kes

G. Tahan
Pengiat rekreasi/hikes pergi mendaki G. Tahan habis ekspedisi pulang.
Pelawat/Tourist pula pergi kaki gunung tahan, merasa naik bot sg tembeling, melawat perkampungan orang asli, makan di restoren bot.
Penjelajah/explorer selain gabung aktiviti diatas, akan ada jelajah gua, ke air terjun & jeram, aktiviti di bumbun.

G.Kinabalu
Pengiat rekreasi/hikers pergi mendaki G.Kinabalu. Tamat ekspedisi terus ke Kota Kinabalu.
Pelawat/Tourist pula jalan-jalan sekitar Taman Negara Kinabalu, ke Musium Kinabalu, lawat ladarng lembu Kundasang, Pusat jualan sayur & barang tempatan di Kundasang, Mandi air panas Poring.
Penjelajah/explorer mungkin akan tambah ke kawasan kesan bencana banjir lumpur sekitar Mersilau. Melawat ke perkampungan masyarakat setempat berserta kebun sayur dan padi. Menikmati matahari terbit. Eksplorasi ke air terjun Langganan, air terjun Kipunet dan jelajah gua-gua.

G.Sundoro-G.Sumbing, Indonesia
Pengiat rekreasi/hikers mendaki gunung salah satu atau kedua-duanya dan pulang ke Jogjakarta/Solo.
Pelawat/Tourist pula melawat penempatan/desa dan sawah. Berfoto di viewpoint G.Sundoro/G.Sumbing dan singgah di basecamp sambil beli cenderamata. Berbelanja di pasar keropok tempatan.

Penjelajah/explorer biasa akan tambah aktiviti seperti pengalaman ke rumah pemegang kunci gunung, melawat puncak lain disekitar gunung. Meneroka tempat-tempat menarik sekitar puncak gunung/rentis gunung. Berjalan di kebun tembakau, kubis dan cili. Mendekati aktiviti mencari kayu api secara tradisional. Merasai pengalaman tradisi memasak dengan dapur kayu. Merasai masakan ikon Mee Ongklok Wonosobo (bandar terdekat di gunung ini). Merasai Teh Tambi yang ditanam dikaki gunung ini.
Bersama Pemegang Kunci Gunung

G.Fuji, Jepun
Pengiat rekreasi/hikers mendaki gunung, jalan-jalan sikit sekitar kaki gunung, masuk kedai outdoor di kaki gunung dan kembali ke Tokyo.
Pelawat/Tourist akan ke Stesen 5 untuk merasai berada dikaki gunung. Kembali ke bandar dikaki gunung, Kawagucigo, melawat tasik-tasik, melawat kuil-kuil, melawat muzium.
Penjelajah/explorer akan tambah lagi dan lagi. Antaranya berjalan atau berbasikal di sekitar tasik. Mendaki puncak-puncak berdekatan.

Kes-kes diatas hanya contoh, betapa rugi kalau pendaki gunung ke sesuatu tempat tanpa menggabungkan dengan aktiviti pelancongan (Culture Trip). Sematkanlah jiwa penjelajah,explorer dalam diri & dalam trip kita.

Selamat berjalan, beraktiviti, bereksplorasi dan enjoy your trip.

#pipTHINK
#pipTIPS



Monday, 26 September 2016

Trip lain dari biasa

Istilah 'rare' yang biasa disebut pendaki samada gunung 'rare'; ekspedisi 'rare' mahupun trail 'rare'
Gaya rare (istilah Inggeris) kian popular dikalangan pendaki. Terjemahan lain 'rare' juga disebut 'bukan biasa-biasa, tak seperti biasa, lain dari kebiasaan, boleh juga bawa ke istilah berlawan dari biasa, emmm 'luar biasa'.

Bagi insan yang berjiwa lasak dan dahagakan cabaran, sesuatu yang lain dari biasa memang akan menguji kekentalan dan menjanjikan cabaran. Akan ada satu kepuasan. Apa pun sesuatu yang lain itu dibuat ada sebab-sebab tertentu dan tersendiri.

Adakalannya sesuatu yang kita banggakan 'rare' bukan 'rare' bagi orang lain. Ada masa pula sesuatu yang 'rare' kemudiannya jadi biasa-biasa dan yang biasa-biasa pula jadi 'rare'. Jom teliti beberapa fakta 'rare' atau alkisah 'rare'.

Gunung yang dikatakan 'rare' pada pertengahan 90an antaranya

1. Gunung Batu Puteh, Tapah
2. Gunung Bubu - Gunung Tok Nenek, Banjaran Titiwangsa

Gunung yang dikatakan 'rare' pada 2000-2006
1. Gunung Perdah, Gunung Jasar, Gunung Ruil
2. Gunung Suku, G. Yellow, Pass,
3. G. Swettenham, G. Tangga

Gunung yang dikatakan 'rare' pada 2007-2012
1. Gunung Warpu, G. Siku
2. Gunung Chemerong - G. Berembun
3. Gunung Tera - G. Saji

Senarai diatas hanya sampel, banyak lagi senarai sebenarnya.
Perhatikan saja. Sekarang ni senarai diatas ni, boleh kata agak pelik andai pendaki mahupun pendaki baru tak pernah dengar. Gunung-gunung ni boleh kata tengah panas dan ada dalam senarai untuk didaki pendaki kini.

Ada pula trail atau route yang 'rare' dan tidak 'rare' suatu masa dulu dan kini.

1. Gunung Liang melalui Sg. Dara satu trail baru yang dibuka pasukan MNS pathfinder. Sebelum 1999 kebiasaan pendaki ikut trail Sg. Bil.

2. G. Yong Yap
Sebut aja gunung ni, trail sudah tentu ikut Kuala Mu,Lasah. Selepas trail ikut Sg. Rengit, Pos Brooke mula popular sekitar 2010. Kini iklan G. Yong Yap melalui Kuala Mu kena tulis 'Yong Yap via Kuala Mu'.
trail 'rare' dah terbalik.

3. Chamah - Ulu Sepat
Sebelum 2007 pendakian melalui Kuala Betis, Gua Musang memang 'rare'. Kini dah tak 'rare'. Route asal pendakian dari Jeti Trojen ataupun Lasah pula dikatakan 'rare' hingga ada yang namakan 'Trek Lagenda'.

Selain gunung 'rare' dan trail 'rare' ada lagi perkara 'rare' seperti trip 'rare', tempat-tempat 'rare' yang lain umpama air terjun, gua, bukit, mahupun hutan.

Rare tau tidak 'rare' sepatutnya tidak perlu jadi isu. Setiap kelainan itu ada jiwanya. Ada kepuasannya. Kita juga tak wajar terlalu megah dengan 'rare' sebab 'rare' bersifat berubah. Peminat 'rare' boleh kekal dengan minat ini, 'rare' sentiasa ada dan perlu dikejar.




#rarecreation
#pipTRIP

Sunday, 8 May 2016

Batu Kristal disebalik air terjun



Treking ke air terjun, mandi-manda, bermain tali samaada flying fox atau abseiling dah biasa orang buat, dah cliche. Tak berjiwa hipster kunun. Tak rare. Hah! Apa kata river treking & mencari batu kristal.

River treking & mencari batu kristal
2 aktiviti ini yang boleh membawa sedikit kelainan buat pengiat rekreasi tempatan. Buat hiker selalu jungle treking dan sekali-sekala river crossing. Hah kali ini River treking atau menyusuri sungai. Berjalan susur dalam sungai. Macam orang mencari hasil sungai (ikan, udang). Tapi kali ini mencari batu kristal.

Cabaran river treking
River treking ni, sahih bebasah dan lencun. Dah lalu dalam air sahaja. Ada masa treking di sungai berpasir, ada masa redah jeram, ada masa perlu melompat atas batu jeram, tak kurang juga perlu redah dalam air. Nak melepasi air terjun pula terpaksa memanjat tebing di tepi air terjun.



Ada batu kristal di Malaysia?
Kayalah gitu!
Kena lesen melombong tak!
Ambil sesuatu dari hutan tak keras ke?



Nak cari batu kristal kena kenal rupa batu kristal serba sedikit. Ni contoh batu kristal.Boleh search di internet untuk contoh lain. Tengok contoh ni macam tak pernah jumpa sepanjang treking. Yang ada pengalaman treking di G. Tahan melalui Merapoh atau ke Bukit Tabur mungkin ada jumpa batu kristal yang terkeluar.

Batu Kristal sebenarnya terbentuk didalam bongkah batu. Proses luluhawa yang memjadikan batu kristal. Pernah tak anda lihat bongkah batu yang dipotong dan ada kristal didalamnya. Biasa jadi perhiasan di kedai mewah atau kedai batu permata. Contah dibawah.

Bongkah batu ametyz yang dibelah
Batu kristal juga begini sebenarnya. Kita perlu mencari dan memecahkan bongkah batu yang matang/agak matang untuk mendapatkan kristal. Aktiviti mencari dan mendapatkan batu kristal agak mengasyikkan dan jadi satu aktiviti rekreasi yang berhasil.

Acah-acah mencari batu kristal - jangan tiru aksi ini

Seronoknya aktiviti ini, peluh tak memercik, kerja di air terjun. Ada juga masyarakat setempat yang panggil kawasan ni air terjun berlian.  Penat mencari boleh  mandi air terjun.

Batu kristal yang kita jumpa mungkin tidak seperti dikedai. Perlu dibersihkan. Boleh dicanai (dikedai) jika bercadang untuk dibuat batu cincin atau batu loket. Batu mentah yang dapat dijumpai di sini samaada yang dah terkokah biasanya berlumut dan lebih.









Mandi air terjun satu aktiviti yang tak disampingkan. Takkan datang ke air terjun main terup. Main air terjunlah. Merasai kesejukan air dan menikmati kesegarannya.





Lokasi: Sg Ampangan, Ampang Hulu, Klang Valley, Malaysia
-Apip Embi-

Friday, 22 April 2016

Minat Gunung yang 'rare'

Semenjak dua menjak ni nampak makin ramai warga gunung yang minat dengan gunung-gunung tidak ternama ini. Masing-masing ada sebab tersendiri.

Pertanyaan Gunung Rare
1.Apip tahun ni buat satu trip macam trip G. Biong dulu boleh.
2.Bro kalau ada pergi hidden part ajak ye
3.Bang boleh bawa ke G. Titi Basah
4. Bang nak tanya pasal gunung Chinta***
5. Bang dulu abg ke G. Panggang Paku camna
Ini antara yang terbaru apip terima.


Prakata:: al-kisah apip & gunung rare
Minat masuk hutan, kerabat gunung tak kira ternama atau tidak. Mula-mula dulu, pertengahan 90an, Gunung Batu Puteh boleh dikira gunung tak ternama. Tidak seperti Ledang, Kinabalu, Jerai, Tahan, Nuang. Gunung didaki sebab ada pelawaan dari rakan-rakan.

Seterusnya, mula tambah koleksi gunung, asal tak pernah daki saja, ada pelawaan, ajakan, atau kena cari trek bersama terus setuju. Bertambah koleksi ke G. Swettenham diawal tahun 00an 2000. Pendakian gunung rare ni boleh kata berselang juga dengan gunung-gunung ternama seperti G.Ayam, G.Stong, G. Irau dll. 

2003 Dah bijak bikin trip rare mulalah pangjangkan langkah bikin trip ke G.Serudum 3malam 3hari dengan bantuan guide tempatan. Seterusnya bikin trip gunung rare trans G. Talamau - G. Pasaman di negara seberang, juga dengan guide tempatan. Sebelum tu ada trip ke G. Belumut (salah satu dari G.Tujuh yang popular dengan Danau G. Tujuh) Jambi.

Mula miliki GPS
Asalnya ikut trip kawan menemani trip ke Air Terjun Tangsi 2004, Bukitttinggi. Akhirnya dapat memiliki GPS yang dijual selepas beberapa bulan dari trip ini. Jenama Magellantu. Beli GPS tak guna memang rugi. Nak guna kena usaha trip yang tak ada log atau log tidak diketahui.

Pengetahuan baca peta topografi mula diasah. Dah tahu baca topo, kena praktik ke tempat yang tidak diketahui / tiada trek. Bermulalah trip G. Tangga yang kerap disebut semasa dikongsi tentang G. Swetenham. Ilmu tak diasah akan berkarat. Gunung 'Rare' sahaja tempat yand sesuai untuk guna ilmu baca topo. Mula cari gunung-gunung yang dekat dan dalam koleksi topo yang ada. Masa yang sama ada juga beberapa kumpulan yang turut mula guna GPS dan ada minat yang sama. Navigator dalam satu kumpulan perlu seorang saja. Kalau lebih mungkin tak guna ilmu sepenuhnya. 

Ada masa terpaksa batalkan hasrat bila sesuatu tempat tu kumpulan lain dah buka dulu. G. Tumang Batak melalui G. Liang. Sempat bikin route atas kertas untuk rakan-rakan jayakan. Ada juga pergi ke gunung sama walaupun dah ada kumpulan lain buka laluan ke gunung tu. G. Warpu 2009 yang diterjah setahun selepas dibuka. Alhamdulillah rupanya puncak yang diistiharkan kumpulan sebelum ini bukan puncak sebenar selepas berjaya jumpa puncak dengan beirut kayu. Semangat kembali berkobar untuk projek lain biar ada yang telah istihar berjaya.

Dari tahun ke tahun bertambah sedikit demi sedikit. G. Centuk, G.Cantik, G. Beluat, G. Bubu West, G. Lebah Timur, G. Hantu via Kem Orkid dan G. Biong. Ada juga gunung rare yang dah diketahui ada guide. Misalnya G.Tera-G. Saji, walaupun ada guide permintaan ke gunung ini agak sukar. Selepas berjaya meyakinkan guide dengan info topo yang ada, awal 2009 berjaya ke gunung ini dalam tempoh 3 hari 2 malam (termasuk G.Stong-G. Baha-G.Ayam) walau guide tersasar sedikit.

Seterusnya dapat kepercayaan guide untuk trip gunung-gunung lain di Jelawang Jungle seperti G. Che Tahir, G. Menyelit, G. Kub. Misi Noring (Anak Reng - Noring Timur) juga terlaksana dengan bantuan guide. Sekali lagi trip G. Basor diusulkan untuk 2hari semalam dengan guide yang sama dapat direalisasikan. G. Berembun (Wrays) dan ada beberapa lagi menjadi koleksi.

Minat kalau disemai akan subur, melihat pengiat outdoor sekarang ada minat yang sama satu yang bagus dan wajar disemai.


Thursday, 3 March 2016

Pendorong - Avid Climber

Sedikit wawancara dari wartawan theStar Online dalam artikel - It's all about the drive: What drives you






Tuesday, 23 February 2016

Primus Outdoor Cookbook


Resepi Gunung, resepi yang buat kita terliur, bertenaga, rasa bahagia. Perlu bukan.

Primus sebagai pengeluar jenama dapur (stove) aktiviti outdoor mengeluarkan buku mini resepi gunung yang dinamakan Primus Outdoor Cookbook. Buku yang diberi percuma ini (ambil di kedai Lafuma Bangsar) menyenaraikan 8 resepi serta penyediaannya.

Tengok saja capture ni.

Senarai menu & kandungan buku mini ini
Ni menu makanan ruji Sherpanese

Info yang bagus anda tahu



Monday, 15 February 2016

Tribunal Rekreasi Gunung Malaysia


Dunia rekreasi gunung Malaysia tak lekang dengan isu. Cuti perayaan yang panjang seperti Tahun Baru Cina antara waktu aktif aktiviti rekreasi gunung dikalangan pengiat-pengiat pendakian gunung mahupun pelawat-pelawat gunung. Isu-isu yang timbul pun bertambah rancak.



Lihat kembali isu-isu yang timbul sebenarnya bukanlah isu baru. Isu sama yang berulang-ulang dah lebih puluh tahun. Umpama roda isu. Putar dan putar lagi. Sampai bila?

Isu gunung ni samalah seperti isu jenayah yang tidak mungkin sifar. Kalau jenayah ada medium untuk ditanggani. Isu gunung walau sebahagiannya isu jenayah (mencuri, menipu dan seumpamanya) masih wajar ditanggani dengan lebih berkesan atau berhemah.

Tribunal Rekreasi Gunung Malaysia mungkin wajar ditubuhkan. Insan yang bersalah perlu di adili, dihakimi dan dihukum atau dinasihatkan. Acara kecam, keji dan carut yang melampau tidak melambangkan peradaban pengiat rekreasi gunung yang cintakan kedamaian.

-Semoga dunia rekreasi gunung kita kearah peradaban dan penstrukturan yang lebih maju-

# Martabatkan Rekreasi Gunung Malaysia

Sunday, 14 February 2016

Air terjun yang indah tersembunyi di Lembah Klang


Air Terjun Puteri Puchong
Kita biasanya mencari kedamaian di air terjun. Penduduk Lembah Klang khususnya penggiat rekreasi mempunyai senarai air terjun sekitar Lembah Klang. Dari Air Terjun Sofea Jane (Kemensah), iar terjun sekitar Hulu Langat, air terjun sekitar Ulu Yam dan tak terkecuali Ait Terjun Sungai Putih di Bukit Apek (Bukit Saga). Jangan terkejut di Puchong juga ada air terjun.

Hutan Simpan Ayer Hitam, di tengah-tengah kawasan pembangunan Lembah Klang. Bersempadan dengan Bandar Puteri Puchong,Taman Saujana Puchong, Taman Wawasan Puchong, Taman Lestari Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil. Tahun 2015 diviralkan dengan keindahan #BlueLagoon (boleh google imej Blue Lagoon Puchong).

Masih ada air terjun yang tersembunyi dari umum di hutan simpan ini yang juga dinamakan Hutan Kayu Kayan Negara. Pergilah ke hulu.

Apip & Eryn di Air Terjun Puteri Sulong, Puchong
Hutan Simpan Ayer Hitam ini diurus secara bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan UPM. Hutan ini dikira kawasan persendirian tapi trek di sini agak biasa diguna masyarakat setempat untuk tujuan rekreasi terutama masyarakat Tionghua. Permit masuk boleh dipohon melalui Pejabat Renjer UPM di Taman Saujana Puchong (Jalan S/P 10/13).

Memandangkan hutan simpan ini digunakan sebagai kawasan rekreasi, terlalu banyak rentis/trek. Ada lebih 30 simpang. Ada simpang empat, ada simpang tiga. Ada yang kesini hanya untuk bersenam diwaktu pagi/petang. Cukup sekadar ada satu pusingan trek di dalam hutan ini. Ada pula pusingan trek yang lebih besar bagi yang lebih advance. Pintu rimba juga ada beberapa yang jelas antaranya di Taman Saujana Puchong dan Taman Wawasan Puchong.

Ada pelbagai tanda, takikan tiga di pokok, reben merah, hash tag, pathfinder mark, cat merah, cat kuning dan cat biru. Semua tanda ada tujuan dan melalui sebahagian hutan ini. Laluan ke air terjun ini juga banyak. Ikut dari mana anda berada di hutan ini. AWAS anda mungkin terpusing-pusing di kawasan hutan ini sekiranya tidak mahir atau tidak menggunakan jurupandu hutan (malim hutan).

Berpunca dari beberapa alur air atau anak sungai dari bahagian Utara hutan ini membentuk sungai kecil yang kemudian yang jadi Air Terjun Puteri Sulong seterusnya Air Terjun Puteri Puchong(ada yang panggil Air Terjun Bukit Puchong/Puchong Hill Waterfall). Menghilir lagi terhasil pula Kolam Biru (Blue Lagoon). Mengalir keluar sungai ini di Puchong hingga ke Bandar Baru Bangi (Taman Tasik Sentosa) dengan air yang agak hitam.

Air Terjun Puteri Sulong Puchong
Air Terjun Puteri Sulong Puchong
Air Terjun Puteri Sulong Puchong yang dingin
Kolam persendirian di Air Terjun Puteri Sulong Puchong
Air Terjun Puteri ada 2 tingkat kolam. Kolam atas (ditengah) sedalam kira-kira 1.8 meter. Air yang biru dan dingin walau ditengahhari yang panas. Kolam bawah hanya separas pinggan orang dewasa bagi yang paling dalam dan secetek paras betis bahagian cangkat.

Perjalanan paling  ke air terjun ini 45minit bagi yang dah biasa mendaki. Bukit setinggi 200 meter perlu didaki sebelum turun semula pada ketinggian yang hampir sama. Jarak 4 KM rentis hutan andai guna pintu masuk Bandar Puteri Puchong. Bagi yang biasa masuk ke Blue Lagoon atau dari Taman Saujana Puchong hanya 2 KM dari Blue Lagoon.

Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong - Kolam atas
Air Terjun Puteri Puchong - kolam atas

# AWAS puteri bersiram ditengahari jika anda kesini. Jangan ganggu kedamaian 'hidupan' lain.

Puteri bersiram yang sempat dirakam waktu tengahri
# INGAT anda perlu mendaki bukit untuk tiba pergi dan pulang dari air terjun ini. Jangan ambil mudah.

# JAGA KEBERSIHAN - kawasan ini turut dijaga bersih oleh komuniti kaum Tionghua setempat.

-apip embi-

#airterjun

Thursday, 14 January 2016

Tips hiking guna seluar Jeans

Jeans! Denim! Jeans!



Anda pernah nampak orang mendaki,hiking,trekking dengan seluar Jeans atau denim? Boleh ke! ...atau anda sendiri pernah terjebak mendaki dengan seluar jeans?

Isu boleh atau tidak guna seluar Jeans untuk aktiviti mendaki, hiking serta trekking tak perlu diperdebatkan sangat. Buat insan yang sekeras-kerasnya tidak setuju dengan penggunaan seluar Jeans sila jangan hadam penulisan ini & juga tips-tips yang akan dikongsikan.

Sebelum tu nak cerita sikit, zaman 90an, masa ni di negara kita belum ada dipasaran seluar khas untuk outdoor seperti hiking & trekking. Ilmu dari dunia outdoor luar pun sangat kurang yang sampai ke pengiat-pengiat rekreasi di negara kita.

Masa ni ada beberapa fesyen pakaian orang hiking & trekking ni. Satu gaya 'sportman'. Iyelah hikingkan termasuk dalam kelompok sukan. Masa ni ada yang pakai t-shirt dan seluar pendek seperti athlet balapan. Yang lebai sikit pakai tracksuit. Kasut sukan semestinya.

Satu lagi kelompok, pakai macam askar, cari seluar celoreng, cari seluar renjer. Baju gaya half-U (Uniform separuh). t-shirt perbagai gaya atau ada yang pakai singlet. Ada yang baju lepas keluar, ada yang disisip dalam seluar. Kasut jungle boot antara pilihan selaik kasut sukan.

Satu lagi kelompok, agak bergaya, pakai seluar kargo, tahan lasak nampak segak seperti iklan camel thropy.
Baju kebanyakan pakai t-shirt. Susah nak nampak pakai kemeja camel. Amat tak sesuai. Masa ni kemeja camel atau seumpamanya hanya jenis kain kapas. Basah dek peluh memang tak keringlah. Apatah lagi kena hujan atau air sungai.

Apip berseluar Jeans Hitam ( duduk pertama dari kiri) di Puncak G. Ayam
Kelompok yang pakai seluar jeans pula terdiri dari lelaki yang percaya dengan iklan 'Jeans gaya lelaki lasak & sejati'. Bukan sahaja percaya pada gaya tapi material seluar jeans tu sendiri memang dah lasak. Tak mudah koyak kena duri atau batu. (pernah termasuk dalam kelompok ni pada zaman 90an almaklumlah lelaki lasak & sejati, hehehe)

Sebenarnya ada lagi satu kelompok, kelompok minoriti yang pakai seluar 'slack'. Jangan tak percaya. Baju t-shirt kasut sukan. Setiap insan gaya begini mungkin ada alasan tersendiri. (pernah juga jadi sebahagian kelompok ini, almaklumlah tengok bapa pergi kebun, tebang pokok guna seluar slack siap kemeja long sleve(caver dari nyamuk)hehehe)

Gaya pakai seluar slack, gaya athlet balapan, gaya seluar jeans kalau ada lagi zaman sekarang boleh kata gaya retro. ...atau kalau ada yang terjumpa cuba pastikan diri anda tidak terbalik ke zaman silam 90an. Tulis dah berperenggan tips belum tulis lagi. Perlu ker lagi tips ni!

Apip Berjeans hitam (berdiri ketiga dari kanan) di puncak G. Ledang
Tips bagi pemakai seluar jeans masa trekking, tips bila seluar basah habis dari bawah sampai ke pinggang seluar. Bukan mudah nak kering balik walau hari dah panas / dah keluar dari sungai. Insan yang pakai seluar ini perlu menggunakan haba badan / dari anggota badan untuk mengeringkan seluar. Tempat paling lewat atau susah kering adalah celah kelengkang seluar. Insan ini perlu pandai alirkan haba badan ke testis untuk pastikan kelengkang seluar cepat kering. Kerap buang air kencing (cara ni pun untuk alirkan haba ke anggota di kelengkang).

Deeno (Wira Everest) berseluar Jeans semasa pendakian G. Batu Puteh lewat 90an
Ini saja tips hiking guna seluar jeans. Selamat merasai cabaran 'gaya lelaki lasak & sejati'.