Thursday 14 January 2016

Tips hiking guna seluar Jeans

Jeans! Denim! Jeans!



Anda pernah nampak orang mendaki,hiking,trekking dengan seluar Jeans atau denim? Boleh ke! ...atau anda sendiri pernah terjebak mendaki dengan seluar jeans?

Isu boleh atau tidak guna seluar Jeans untuk aktiviti mendaki, hiking serta trekking tak perlu diperdebatkan sangat. Buat insan yang sekeras-kerasnya tidak setuju dengan penggunaan seluar Jeans sila jangan hadam penulisan ini & juga tips-tips yang akan dikongsikan.

Sebelum tu nak cerita sikit, zaman 90an, masa ni di negara kita belum ada dipasaran seluar khas untuk outdoor seperti hiking & trekking. Ilmu dari dunia outdoor luar pun sangat kurang yang sampai ke pengiat-pengiat rekreasi di negara kita.

Masa ni ada beberapa fesyen pakaian orang hiking & trekking ni. Satu gaya 'sportman'. Iyelah hikingkan termasuk dalam kelompok sukan. Masa ni ada yang pakai t-shirt dan seluar pendek seperti athlet balapan. Yang lebai sikit pakai tracksuit. Kasut sukan semestinya.

Satu lagi kelompok, pakai macam askar, cari seluar celoreng, cari seluar renjer. Baju gaya half-U (Uniform separuh). t-shirt perbagai gaya atau ada yang pakai singlet. Ada yang baju lepas keluar, ada yang disisip dalam seluar. Kasut jungle boot antara pilihan selaik kasut sukan.

Satu lagi kelompok, agak bergaya, pakai seluar kargo, tahan lasak nampak segak seperti iklan camel thropy.
Baju kebanyakan pakai t-shirt. Susah nak nampak pakai kemeja camel. Amat tak sesuai. Masa ni kemeja camel atau seumpamanya hanya jenis kain kapas. Basah dek peluh memang tak keringlah. Apatah lagi kena hujan atau air sungai.

Apip berseluar Jeans Hitam ( duduk pertama dari kiri) di Puncak G. Ayam
Kelompok yang pakai seluar jeans pula terdiri dari lelaki yang percaya dengan iklan 'Jeans gaya lelaki lasak & sejati'. Bukan sahaja percaya pada gaya tapi material seluar jeans tu sendiri memang dah lasak. Tak mudah koyak kena duri atau batu. (pernah termasuk dalam kelompok ni pada zaman 90an almaklumlah lelaki lasak & sejati, hehehe)

Sebenarnya ada lagi satu kelompok, kelompok minoriti yang pakai seluar 'slack'. Jangan tak percaya. Baju t-shirt kasut sukan. Setiap insan gaya begini mungkin ada alasan tersendiri. (pernah juga jadi sebahagian kelompok ini, almaklumlah tengok bapa pergi kebun, tebang pokok guna seluar slack siap kemeja long sleve(caver dari nyamuk)hehehe)

Gaya pakai seluar slack, gaya athlet balapan, gaya seluar jeans kalau ada lagi zaman sekarang boleh kata gaya retro. ...atau kalau ada yang terjumpa cuba pastikan diri anda tidak terbalik ke zaman silam 90an. Tulis dah berperenggan tips belum tulis lagi. Perlu ker lagi tips ni!

Apip Berjeans hitam (berdiri ketiga dari kanan) di puncak G. Ledang
Tips bagi pemakai seluar jeans masa trekking, tips bila seluar basah habis dari bawah sampai ke pinggang seluar. Bukan mudah nak kering balik walau hari dah panas / dah keluar dari sungai. Insan yang pakai seluar ini perlu menggunakan haba badan / dari anggota badan untuk mengeringkan seluar. Tempat paling lewat atau susah kering adalah celah kelengkang seluar. Insan ini perlu pandai alirkan haba badan ke testis untuk pastikan kelengkang seluar cepat kering. Kerap buang air kencing (cara ni pun untuk alirkan haba ke anggota di kelengkang).

Deeno (Wira Everest) berseluar Jeans semasa pendakian G. Batu Puteh lewat 90an
Ini saja tips hiking guna seluar jeans. Selamat merasai cabaran 'gaya lelaki lasak & sejati'.


0 comments:

Post a Comment