Thursday, 21 November 2019

Siapa Ketua Ekspedisi

Siapa ketua ekspedisi kamu? Siapa tu? Gogo ke? Guide ke? Tak tau, tak pernah dikabar pun. Siapa pula ketua ekspedisi Edmund Hillary dan Tenzing Norgay semasa ekspedisi Everest?

Kebelakangan ini, banyak panduan diajar oleh operator/penganjur(gogo) samaada di socmed mahupun dikalangan peserta ekspedisi. Sayangnya Ketua Ekspedisi ditiadakan. Habis semua peranan dalam kumpulan ekspedisi diajar, guide, gogo, porter, krew malah hingga ke krew masakan atau dipanggil 'makcik kantin'. Mana Ketua Ekspedisi?

Koleksi Foto Apip: Arahan Ketua Ekspedisi
Ada 2 sebab tidak diajar/dikabarkan tentang ketua ekspedisi. Sebelum tu elok kita faham peranan ketua ekspedisi dalam sesuatu ekspedisi. Siapa yang kena pegang peranan ini. Sejauh mana ketua ekspedisi akan kekal sebagai ketua ekspedisi. Masa bila perlu ambil alih peranan ketua ekspedisi dan bagaimana nak ambil alih. Yang ini dah advance. ;)

Definisi Ketua Ekspedisi
Seseorang yang bertindak sebagai Ketua dalam sesuatu ekspedisi. Bahasa Inggeris disebut Expedition Leader. Bahasa pasar adakala disebut sebagai 'Kepala'. Siapa Kepala dialah ketua ekspedisi. 

Ketua Ekspedisi biasa dilantik atau dipilih oleh Ketua Program/Pengarah Program. Ketua Program pula biasa dipilih/dilantik oleh Ketua Organisasi atau Ketua Kumpulan Pendaki atau Ketua Pertubuhan. Ini semua proses sebelum ekspedisi berjalan. Info grafik ini dapat menjelaskan hiraki. 


Jadi Ketua Ekspedisi mungkin Ketua Program itu sendiri, mungkin juga ketua organisasi (Operator/Gogo). Boleh jadi juga ketiga-tiga peranan ini dimainkan oleh individu berlainan. 

PERANAN KETUA Ekspedisi
Peranan utama mengetuai ekspedisi dan menjayakan ekspedisi. Peranan lain adalah memastikan keselamatan ahli ekspedisi (ini termasuk dalam menjayakan). Ketua bertanggungjawab dalam membuat keputusan dalam ekspedisi atas pertimbangan yang wajar termasuk setelah mendapat nasihat serta pandangan jurupandu arah / guide. 

Ketua ekspedisi juga memainkan peranan memberi arahan kepada ahli ekspedisi, termasuk memberi peranan kepada ahli. Mungkin juga ada krew ekspedisi yang telah dilantik menyertai ekspedisi bagi tugasan tertentu seperti ketua memasak, ketua peralatan, juru masa (time keeper) dan sebagainya. Selain itu ketua ekspedisi juga boleh mengarahkan ahli ekspedisi melaksanakan tanggungjawab dalam ekspedisi. 

INGAT: Semasa ekspedisi tiada siapa yang boleh ambil alih jawatan/peranan ketua organisasi dan ketua program tetapi tidak bagi peranan/jawatan ketua ekspedisi. Ahli ekspedisi tak mungkin ambil alih ketua/wakil organisasi(gogo). Tapi untuk jawatan ketua ekspedisi, boleh.

Tiada kod ambil alih atau pemberontakan (rebelions) seperti dalam pelayaran. Ada beberapa SITUASI & SEBAB untuk ambil alih jawatan ketua ekspedisi.

PERTAMA 
Ketua Ekspedisi Hilang. Tidak bersama kumpulan ekspedisi samaada lari diri, sesat, jatuh gaung, lenyap atau pun meninggalkan kumpulan dalam masa yang agak lama / sememangnya meninggalkan kumpulan ekspedisi.

KEDUA
Ketua eksedisi hilang keupayaan menerajui ekspedisi, baik atas sebab kecederaan seperti koma, pengsan, tidak dapat bertutur dan berkomunikasi mahupun
tiba-tiba diserang lemah semangat/hilang semangat.

KETIGA
Ketua ekspedisi hilang kewarasan, membuat keputusan yang diyakini merbahayakan ahli ekspedisi secara keseluruhan atau sebahagian, keputusan yang dibuat diyakini mendatangkan risiko yang lebih besar pada ahli ekspedisi.

Tiga sebab dan situasi dinyatakan ini, alasan yang kukuh untuk ambil alih jawatan/posisi ketua ekspedisi. Bagi situasi ketiga, harus dimulakan dengan berhemah, sekiranya pertimbangan ketua ekspedisi masih lagi diyakini tidak lagi sewajarnya, barulah ambil alih peranan dia.

Koleksi foto apip: Interaksi ketua ekspedisi
SIAPA PULA NAK JADI KETUA EKSPEDISI 

Sekiranya Ketua Ekspedisi bukan individu yang sama dengan ketua program atau ketua organisasi, Merekea (Ketua Program / Ketua Organisasi) pula ada dalam ekspedisi tersebut, hendaklah melantik ketua ekspedisi baru atau memberi arahan yang mengatasi arahan ketua ekspedisi tersebut. Kalau mereka ini tiada dalam ekspedisi. Ahli-ahli ekspedisi hendaklah sepakat melantik salah seorang dan aku janji mendengar arahan ketua ekspedisi yang baru.

Bila semua ni nak di buat sebenarnya, kita bagi kes untuk mudah faham.

KES 1
Seorang ahli ekspedisi jatuh dan diyakini cedera dikaki hingga sukar berjalan semasa dipertengahan ekspedisi. Secara wajarnya, hal ini perlu ditangani dengan membuat pengusung atau topang kaki. Sekiranya masih teruk, perlu memaklumkan bantuan dari luar atau tindakan mengeluarkan ahli sakit sebaik mungkin. Juga menghindarkan ahli lain dari terdedah risiko. Bila tindakan tidak wajar diambil ketua ekspedisi, masa inilah posisi ketua ekspedisi wajar diambil alih.

KES 2
Ketua Ekspedisi tiada pengalaman menangani ahli jatuh gaung atau meninggal. Seseorang perlu ambil alih supaya situasi ini dapat ditanggani dengan pengurusan risiko terbaik.

Bagi kes-kes tertentu harap lepas ni jangan salahkan Gogo sahaja, salahkan juga Ketua Ekspedisi seperti Lawak Hasan Mutalib 

https://youtu.be/ddo9ZyN2K5g

Mari lihat senarai ahli dan ketua ekspedisi dalam kolum Function(Peranan) bagi Ekspedisi 1953 Gunung Everest British yang disertai Edmund Hillary dan Tenzing Norgay.





apip embi
Mutawif Gunung

Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/1953_British_Mount_Everest_expedition


0 comments:

Post a Comment