Sunday 14 February 2016

Air terjun yang indah tersembunyi di Lembah Klang


Air Terjun Puteri Puchong
Kita biasanya mencari kedamaian di air terjun. Penduduk Lembah Klang khususnya penggiat rekreasi mempunyai senarai air terjun sekitar Lembah Klang. Dari Air Terjun Sofea Jane (Kemensah), iar terjun sekitar Hulu Langat, air terjun sekitar Ulu Yam dan tak terkecuali Ait Terjun Sungai Putih di Bukit Apek (Bukit Saga). Jangan terkejut di Puchong juga ada air terjun.

Hutan Simpan Ayer Hitam, di tengah-tengah kawasan pembangunan Lembah Klang. Bersempadan dengan Bandar Puteri Puchong,Taman Saujana Puchong, Taman Wawasan Puchong, Taman Lestari Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil. Tahun 2015 diviralkan dengan keindahan #BlueLagoon (boleh google imej Blue Lagoon Puchong).

Masih ada air terjun yang tersembunyi dari umum di hutan simpan ini yang juga dinamakan Hutan Kayu Kayan Negara. Pergilah ke hulu.

Apip & Eryn di Air Terjun Puteri Sulong, Puchong
Hutan Simpan Ayer Hitam ini diurus secara bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan UPM. Hutan ini dikira kawasan persendirian tapi trek di sini agak biasa diguna masyarakat setempat untuk tujuan rekreasi terutama masyarakat Tionghua. Permit masuk boleh dipohon melalui Pejabat Renjer UPM di Taman Saujana Puchong (Jalan S/P 10/13).

Memandangkan hutan simpan ini digunakan sebagai kawasan rekreasi, terlalu banyak rentis/trek. Ada lebih 30 simpang. Ada simpang empat, ada simpang tiga. Ada yang kesini hanya untuk bersenam diwaktu pagi/petang. Cukup sekadar ada satu pusingan trek di dalam hutan ini. Ada pula pusingan trek yang lebih besar bagi yang lebih advance. Pintu rimba juga ada beberapa yang jelas antaranya di Taman Saujana Puchong dan Taman Wawasan Puchong.

Ada pelbagai tanda, takikan tiga di pokok, reben merah, hash tag, pathfinder mark, cat merah, cat kuning dan cat biru. Semua tanda ada tujuan dan melalui sebahagian hutan ini. Laluan ke air terjun ini juga banyak. Ikut dari mana anda berada di hutan ini. AWAS anda mungkin terpusing-pusing di kawasan hutan ini sekiranya tidak mahir atau tidak menggunakan jurupandu hutan (malim hutan).

Berpunca dari beberapa alur air atau anak sungai dari bahagian Utara hutan ini membentuk sungai kecil yang kemudian yang jadi Air Terjun Puteri Sulong seterusnya Air Terjun Puteri Puchong(ada yang panggil Air Terjun Bukit Puchong/Puchong Hill Waterfall). Menghilir lagi terhasil pula Kolam Biru (Blue Lagoon). Mengalir keluar sungai ini di Puchong hingga ke Bandar Baru Bangi (Taman Tasik Sentosa) dengan air yang agak hitam.

Air Terjun Puteri Sulong Puchong
Air Terjun Puteri Sulong Puchong
Air Terjun Puteri Sulong Puchong yang dingin
Kolam persendirian di Air Terjun Puteri Sulong Puchong
Air Terjun Puteri ada 2 tingkat kolam. Kolam atas (ditengah) sedalam kira-kira 1.8 meter. Air yang biru dan dingin walau ditengahhari yang panas. Kolam bawah hanya separas pinggan orang dewasa bagi yang paling dalam dan secetek paras betis bahagian cangkat.

Perjalanan paling  ke air terjun ini 45minit bagi yang dah biasa mendaki. Bukit setinggi 200 meter perlu didaki sebelum turun semula pada ketinggian yang hampir sama. Jarak 4 KM rentis hutan andai guna pintu masuk Bandar Puteri Puchong. Bagi yang biasa masuk ke Blue Lagoon atau dari Taman Saujana Puchong hanya 2 KM dari Blue Lagoon.

Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong
Air Terjun Puteri Puchong - Kolam atas
Air Terjun Puteri Puchong - kolam atas

# AWAS puteri bersiram ditengahari jika anda kesini. Jangan ganggu kedamaian 'hidupan' lain.

Puteri bersiram yang sempat dirakam waktu tengahri
# INGAT anda perlu mendaki bukit untuk tiba pergi dan pulang dari air terjun ini. Jangan ambil mudah.

# JAGA KEBERSIHAN - kawasan ini turut dijaga bersih oleh komuniti kaum Tionghua setempat.

-apip embi-

#airterjun

5 comments:

  1. Salam Tuan.. apa track yg nak ke sana? Ada map tak ? Sebelum nih ada pergi dekat kawasan larangan yg dlm tu.. tapi tak jumpa lak yg nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutan yang sama. Nanti kita pergi sesama. banyak simpang trek sini.

      Delete
  2. Salam bang.tu puteri betul2 ke main2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. photo tak edit. Tengahari rembang.

      Delete
  3. Boleh camping x kt air terjun tu? Tido malam

    ReplyDelete