Wednesday 30 December 2015

Panduan Panggilan Kecemasan Orang Sesat di Hutan

Kecemasan! buat panggilan ke 999, nombor kecemasan negara. Tak pun buat panggilan ke pejabat renjer setempat, balai polis setempat. Takut buat panggilan ke 999. Buat panggilan ke kawan diluar kawasan kecemasan atau di 'Comm Center' pasukan pendaki masing-masing. Comm Center buat panggilan ke 999.

Apa yang perlu kita maklumkan dalam menyampaikan maklumat kecemasan. Pengetahuan anda dapat membantu mereka yang terlibat dalam memberi bantuan kecemasan baik agensi kecemasan negara mahupun pasukan SAR.

Maklumat yang amat perlu disalurkan sewaktu memaklumkan berkenaan Orang Sesat di Hutan selain makluman pembuat aduan.
-Lokasi orang sesat dikesan hilang.
-Lokasi / rentis yang digunakan semasa eskpedisi
-Lokasi starting point /end point
-Lokasi tujuan
-Masa dikenalpasti hilang
-Kondisi orang hilang, jumlah orang hilang
-Kelangkapan orang hilang
-Senario / usaha bantuan awal dikalangan pasukan pendaki/pendaki sekitar.

Makluman ini serba sedikit membantu pasukan yang akan pergi memcari.

Contoh aduan

1 pendaki dari pasukan saya, dikesan hilang semasa ekspedisi ke gunung sekian, kami mula dari lokasi A pada jam 6:00 25hbDis2015 dan telah tiba di puncak pada jam 14:00 hari yang sama. Pada jam 15:30 semua pendaki turun dari puncak bergerak kembali ke lokasi A. Pendaki yang hilang (OH) berjalan di tengah kumpulan dan bersendirian. Semasa di checkpoint B kira-kira 2 jam dari lokasi A, OH dikenalpasti tiada dalam kumpulan pada jam 18:30. Usaha awal pencarin dikalangan pendaki telah digerakkan namum belum berhasil sehingga jam 19:30.
Kini semua ahli pasukan seramai 44 orang bergerak ke Lokasi A. 3 pendaki masih tinggal di checkpoint B. OH hanya membawa daypack dipercayai mempunyai bekalan air dan sedikit makanan ringkas. OH juga agak baru dalam dunia pendakian / hutan. Kali terakhir ditemui di puncak gunung dalam keadaan sihat tapi sedikit kepenatan.

contoh ini agak formal, boleh saja di laporkan dalam cara tidak formal tapi pastikan makluman yang dikongsi bermakna dan dapat mengurangkan soalan asas.

Soalan yang tak wajar ditanya ketika saat kecemasan.
- Pasukan ni masuk ke hutan dah mohon permit ke tidak?
- Siapa Sweeper pasukan ni.
- Siapa ketua projek/ team leader
- Pasukan ni ada buat briefing tak sebelum masuk hutan
- Ada pemilihan tak pendaki-pendaki ni
- OH ada buat wasiat tak

Nampak tak soalan-soalan ni tak membantu proses bantuan kecemasan. Dalam usaha mencari & menyelamat isu-isu permit dan sebagainya perlu di ketepikan dahulu.

Bagi yang memanjangkan aduan, tak kira sms, text on FB atau media sosial yang lain. Perlulah memaklumkan masa terima berita/aduan, dari siapa. Tak lah terjadi 'baru sebentar tadi terima panggilan' dah masuk jam ke 4 pun diviralkan 'baru sebentar tadi...'

# panduan ini bukan Protokol Kecemasan dan boleh ditambah baik dari masa ke semasa bagi usaha kecemasan untuk kegunaan bersama.

-apip embi-

1 comment:

  1. Tapi epip bab permit kena tanya, sbb report polis slalu kena ada permit. Cuma betul, itu bukan soalan paling awal dan paling penting pun (muzs sos)

    ReplyDelete