Thursday 10 April 2014

2014 Makin Banyak Trek Gunung Jadi Santai


Gunung yang santai

Tulisan kali ni bukan nak senaraikan berapa banyak trek gunung yang santai. Bukan juga nak ketengahkan kisah bersantai di atas gunung atau bersantai di kaki gunung atau bersantai semasa ekspedisi. Bersantai sepanjang ekspedisi; Percaya!

Perasan tak sekarang ni macam dah jadi makin popular istilah santai. Trip santai mendaki gunung BlaBlaBla. Nikmati pendakian santai Gunung tuuuuut. G7 Santai. Ini antara iklan trip yang wujud.
Tengok contoh lagi.










Ada juga yang tak letak istilah 'santai' pada tajuk/nama trip tapi masih guna istilah 'santai' dalam iklan. Ada yang siap nyatakan suasana pendakian santai.





Andai betul tak sepatutnya ada masalah. Tapi terpikir juga, motif mereka ini, samada untuk main-main, gurauan sesama rakan yang tahap hardcore atau sengaja untuk menarik ramai pendaki baru dan yang takut dengan istilah hardcore. 

Sebut istilah hardcore, trip penggiat gunung yang bersantai di pantai atau trip mencandat sotong dah jadi trip hardcore.



Mungkin ini juga antara penyumbang kes pendaki-pendaki baru salah tafsir cabaran sesuatu gunung atau bukit. 'Santai' saja. 

Fikir-fikirkanlah demi memartabatkan rekreasi gunung kita. Hemmm dah macam topik tak santai bila mengajak untuk berfikir.

#sampel ini diambil dari iklan di public bukan untuk menyerang peribadi / mana-mana penganjur.




6 comments:

  1. G7 santai? kalau saya jadi takut nak join group tu sebab rasa diri tak cukup kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hemmm kalau takut kira OK, kalau jenis ambil mudah. jadi nahas pula. Kes hilang, kes tak ada touchlight. kepenatan tak ada bekal air. hemmm

      Delete
  2. betul and agree, terlalu ambil remeh dlm akt pendakian, menyebabkan, masalah berlaku pada peserta baru, terutama pelajar sekolah, apa boleh cakap...

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan pengalaman sendiri. Ada orang anggap santai kat pine tree. Akhirnya ada orang jadi sweeper 17 jam. Jangan terlampau dan tersalah guna istilah santai dan daypack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju bab istilah santai tu jangan terlampau & tersalah guna.

      Delete
  4. pendakian bukit tabur sudah dianggap spt jalan2 mkn angin di taman..
    tak hairan lah makin byk kes jatuh smpi mati akibat terlalu 'santai' hingga abaikan langkah2 keselamatan...

    ReplyDelete