Friday 15 February 2013

Waktu Maghrib tak boleh treking!


Situasi ini agak sering berlaku dikalangan pendaki. Ada arahan dari Ketua Ekspedisi, ada pula arahan dari guide dan ada juga tindakan dari pendaki sendiri. 

Baru-baru ini semasa Apip dalam ekspedisi , hal ini berlaku lebih kurang begini bualan kami.

Apip: Aiii semua duduk ni kenapa?
xxx: waktu Maghrib
Apip: Habis tu, nak solat duduk ke apa? (masing-masing duduk tepi trek)
xxx: Hormat waktu Maghrib, sebab tu tak jalan.
Apip: Dalam Islam tak ada istilah hormat waktu solat.
yyy: Dulu masa treking di Gunung abc, guide tak bagi jalan waktu Maghrib.
Apip: Terpulang pada masing-masing, nak terus jalan, Apip benarkan. Tapi jangan langgar anak jin plak.
xxx: kenapa?
apip: Kepercayaan Orang Melayu, waktu senja anak jin berkeliaran, Orang Melayu percaya hutan tempat jin bertendang. Jalan-jalan takut terlanggar anak jin.
xxx: hah
apip: Dalam Islam syaitan berkeliaran ni ada. bab hormat waktu solat tak boleh berjalan memang tak ada.
Abg Othman: Dalam Islam masuk waktu solat dah boleh niat jamak, nak Solat Maghrib waktu Solat Insyak, kena niat bila dah masuk Waktu Maghrib.
Apip: betul tu. Nak elak dari terlanggar anak jin, bacalah ayat-ayat (pelindung) yang patut.
yyy: ok kami jalan ye
Apip: sila.


Dua hadis sahih yang menyebut tentang syaitan-syaitan berkeliaran di waktu senja / menghampiri malam. 

"Dari Jabir, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legammnya petang hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang hilang (sampai waktu malam tiba) "(HR. Muslim).

Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. (HR Bukhari).

Ada dua kepercayaan dikalangan trekker. Satu kepercayaan Melayu dan satu lagi kepercayaan Islam. Demi menjaga keharmonian hubungan sesama manusia, adakala kita kena benarkan pengamal kepercayaan Melayu, lebih-lebih lagi Ketua Kumpulan / Ketua guide / masyarakat setempat mengamalkan apa yang mereka percaya dan menghormati kepercayaan mereka.

Bagi yang ingin ikut kepercayaan Islam, kelebihan yang ada, anda dapat terus treking tanpa terhenti, lebih-lebih lagi treking waktu cerah, atau belum cukup kelam lebih cepat dari treking waktu kelam. Ini amat biasa Apip lakukan. Alhamdulillah setakat ini tiada sebarang kemudharatan.

Semoga nukilan kali ini menjelaskan amalan tidak treking waktu Maghrib mengikut kepercayaan dan bukan ikut-ikut tanpa tahu apa hal sebenarnya.

4 comments:

  1. maksudnya boleh la teruskan perjalanan tu ye? ada masa bila ikut trekking, tak kira waktu maghrib ke subuh ke zohor ke ada yg jalan je. tp ada jugak yg benti. konfius kejap.

    ReplyDelete
  2. Puan Comei:: Boleh aja teruskan perjalanan. tapi subuh kena berhenti solat ler. bukan boleh jamak.

    ReplyDelete
  3. Satu artikel yang amat bagus =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Moga dapat manfaat bersama.

      Delete