Thursday 12 July 2012

G.Bubu: Mitos dasyatnya pacat


G. Bubu, Ulu Kenas, Kuala Kangsar antara gunung yang sering didaki. Sebut aja nak mendaki gunung ni, ada aja yang sebut tetang pacat. Pacat adalah subjek utama yang diutarakan. G. Bubu - Pacat, Pacat - G. Bubu. Dua entiti yang tak dipisahkan.

Antara kalimah-kalimah tentang pacat yang disebut-sebut;
"Selamat diserang pacat-pacat"
"Pacat di Bubu dasyat"
"Selamat menderma darah ke pacat bubu"
"G. Bubu, pacat terbaik"
"Pacat banyak di G. Bubu"

Hah! orang yang mendaki G. Bubu hanya cerita pasal pacat. Pendakian 2 hari, 2 hari kah bergelumang dengan pacat? Ini yang menjadi tanda tanya.

Peluang untuk merasai cabaran G. Bubu ini akhirnya berkesampaian. Protection Apip dari segi pakaian masih lagi seperti biasa. Pakai kasut, pakai stokin, pakai seluar tight, pakai baju lengan panjang.

45 minit trekking kelibat pacat masih belum ada. Mungkin terlalu awal kut, kena pula bukan hari hujan atau lepas hujan. Jam berikutnya pacat dah boleh dilihat, tapi masih dalam keadaan yang normal kalau dikira jumlah pacat dalam meter persegi.

Awal petang hujan dah mula turun, dari trek balak lama, masuk ke kawasan lembah (sungai Y). Kawasan ni nampak amat sesuai dengan habitat pacat. Hujan dah agak reda. Ada beberapa kemsite di sepanjang lembah ini. Pacat? tiada serangan pacat yang dasyat pun. Alhamdulillah.

Dari checkpoint sungai Y, mula trek mendaki. Kawasan ini dilabelkan bukan kawasan pacat, ada juga pendaki yang bawa pacat masuk ke kawasan ini dan buang pacat di sini.

Sampai di Last Water Point, Apip perasan satu liang gigitan pacat di lengan. Inilah habuan untuk sepanjang hari pertama hingga ke kemsite puncak G. Bubu.

Perjalanan pulang juga sama protection pakaian Apip. Pacat hanya dikesan ada diantara sungai Y ke gerbang Hutan Lipur. Kali ini tau-tau 2 gigitan di perut dirasai. Ada beberapa pacat yang dapat ditepis jatuh semasa merayap di kasut atau seluar. 

Sampai tiba kembali di parking lot Hutan Lipur, ada yang terbuang pacat di atas jalan dan bilik mandi. hah ini yang bikin Apip kena satu lagi serangan pacat. Redha ajalah.

Apa yang dasyatnya pacat di Bubu. Ada beberapa pendaki yang lansung tak kena pacat, ramai yang kena hanya beberapa liang, Sedikit yang kena gigitan beberapa pacat di liang yang sama. Ada kes, sengaja dikenakan pacat dan pulang ke rumah, singgah ke klinik, dapat MC. hehehe tektik betul depa ni.

Rating gunung & pacat.
Berdasarkan penilaian Apip di beberapa gunung. berikut rating pacat.
1. G. Hitam
2. G. Cenuang
3. G. Tambuyukon
4. G. Tiong
5. G. Lebah, G. Liang East-West, G. Bubu, G. Serudom, G. Bintang
6. G. Peninjau, G. Benom, G. Rajah, G. Gajah Terom

lain-lain gunung, ada yang tiada lansung pacat & ada yang kurang ingat ada pacat atau tidak sebab tidak jadi subjek utama dalam pendakian.

Teringat cerita 7 orang buta memegang gajah. Setiap orang memegang bahagian gajah dan mencaritakan rupa gajah berdasarkan apa yang dipegangnya, yang pegang ekor kabar gajah adalah umpama tali. yang pegang kaki pula kabar gajah umpama batang pokok, begitulah seterusnya.

Jadi cerita G. Bubu dan pacat ni sebenarnya hanyalah sebahagian dari Bubu, banyak lagi subjek lain yang patut diketengahkan dalam menggambarkan tentang G. Bubu ini.

1. Jeram di Hutan Lipur G. Bubu ini amat menarik untuk liburan di hujung minggu atau lepas turun gunung.

2. ada beberapa air terjun kecil atau sederhana yang menarik.




3. Jeram di Sg. Gading tempat melintas agak menarik untuk menyejukkan badan atau melepaskan lelah.

4. Jeram di lembah sungai Y; pertemuan 2 sungai, juga menarik untuk tempat berkhemah. 

5. Kemsite puncak Bubu menarik, ada view point yang menarik melihat matahari terbit, banjaran Titiwangsa dengan G. Yong Yap-G. Korbu-G.Gayung-G.Junction, Banjaran Keledang dengan Bkt Keledang - G. Peninjau - G. Pari, Bandar diraja K. Kangsar dan kawasan sekitarnya.

Setuju tak Pacat yang Dasyat di Bubu hanya satu mitos,  Rugi siapa yang tolak peluang ke Bubu hanya percayakan mitos ini dan berada dalam keadaan ketakutan. Rugi-Rugi-Rugi.

Jumpa lagi dalam treat Teknik-teknik mengelak pacat.



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kalau dah minat mendaki tu, apa ada hal dengan pacat2 dalam hutan tu.
    anggap aje macam menderma darah kat pusat darah negara tapi dalam kuantiti yang sedikit hehehe ...

    ReplyDelete
  3. Betul tu Wakjan, ingat lagi tak pacat di kemsite 1 Tambuyukon, nak rehat pun tak senang. Tapi beriya-iya juga orang datang mendaki kan.

    ReplyDelete