Tuesday 15 September 2015

21 Perkara berkenaan Gunung Fuji Yang Tidak Didedahkan

21 Things You Not Told About Mount Fuji

1. Musim pendakian Gunung Fuji bukanlah sepanjang tahun
Jangan terkejut tengok iklan pelancongan Mt Fuji sepanjang Tahun.
Musim Pendakian sebenar G. Fuji pada musim panas, Official Climbing Season 10 Julai hingga 10 September (Sila rujuk notis semasa di laman rasmi Mt Fuji Park). 


2. Gunung Fuji merupakan gunung berapi (valcano mountain)
Bagi mengelakkan ramai yang gerun dengan gunung berapi, istilah valcano tidak dipopularkan.
Crater gunung ini boleh dilihat bagi pendaki yang ke puncak tertinggi / mengelilingi puncak (kawah_gunung ini)
Letusan terakhir pada tahun 1707.

3. Ada 5 rentis (Trail) mendaki G. Fuji.
Yoshida Trail adalah yang paling popular.

4. Setiap rentis ada 2 jalur (route)
Jalur mendaki (acending route) dan jalur menurun (decending route)
Rentis menaik di sebelah kanan, rentis menurun disebelah kiri

5. Kenderaan seperti Traktor / 4WD boleh dipandu hingga atas puncak / bibir kawah Gunung Fuji.

6. Yoshida Trail & Subashiri Trail bertemu di Stesen 8 dan seterusnya berkongsi rentis ke puncak.

7. Puncak G. Fuji tiada salji semasa musim pendakian, tidak seperti foto-foto pelancongan.

8. Ada Rumah-rumah rehat diatas puncak Gunung Fuji.
Pendaki bukan sahaja boleh berehat (perlu bayar). Ada kedai makan dan cenderahati. Umpama seperti perkampungan kecil.

9. Yoshida Trail & Subashiri Trail mengadap matahari terbit. Tidak perlu tergesa-gesa ke puncak untuk melihat matahari terbit. Sepanjang rentis boleh melihat matahari terbit.

10. Sepanjang Yoshida Trail ada 19 Hut dengan kapasiti 3548 orang dalam satu masa.Ni belum dikira yang nak melelap mata di luar Hut, tepi tandas, atas bangku, atas pelantar.

11. Pendakian G. Fuji boleh dimulakan dari Stesen 5. Pendaki boleh menggunakan kenderaan komersil ke Stesen 5 bagi setiap Trail.

12. Stesen 5, merupakan tempat pelancongan, Restoren & Kedai Cenderamata ada didirikan. Berpuluh bas pelancongan boleh berkumpul disini.

12. Tiada tong sampah di Mt Fuji
Walaupun Stesen 5 tempat pelancongan, tiada tong sampah awam disediakan. Tiada juga tong sampah awan sepanjang rentis gunung ini termasuk di setiap stesen dan hut. Pemilik Hut tidak menerima sampah pendaki untuk tong sampah mereka. Bawa keluar apa yang anda bawa masuk.

13. Tiada Papan Tanda berkenaan sampah seperti 'Dilarang Buang Sampah Merata-rata', 'Buang Sampah akan didenda XXX' apatah lagi papan tanda seperti 'Hanya monyet yang buang sampah merata-rata'.

14. Tiada sampah boleh dijumpai di sepanjang rentis.
Bayangkan hampir 260,000 pendaki yang mendaki dalam satu musim dan tiada sampah yang dicicirkan. Peratus yang tercicir sangat sedikit. (Pemikiran kelas pendaki negara maju).

15. Jalur turun dibina berkelok-kelok (zig-zag). Jumlah kelok lebih 24 kelok. Menarik tak. Jiwa kental aja yang tak bosan dengan trail ni. Trail ni membosankan.
kelok-kelok di Yoshida Trail
16. Hujan di Gunung Fuji boleh membuatkan anda lencun.
Sediakan pakaian kalis air (waterproof).

17. Gunung Fuji ada 8 puncak disekeliling kawahnya.
Puncak tertinggi berketinggian 3776m dpl iaitu puncak Kangamine.

18. Di Jepun, pendaki Gunung Fuji yang berjaya sampai di puncak atau di atas bibir kawah dikira telah berjaya mendaki gunung Fuji. Bilangan yang menjejak kaki ke puncak Kangamine jauh kurang berbanding jumlah yang mendaki Gunung Fuji.

19. Pendaki-pendaki Jepun kebiasaannya akan memakai pakaiana mendaki yang lengkap, jaket berjenama dengan seluar. Kebanyakan mereka berjinak-jinak dengan pendakian. 

20. Guide di Mt Fuji, tak perlu menjerit pada kumpulan 40 orang yang dibawanya. Mengelola pendaki di Mt Fuji nampak mudah, tiada pendaki yang akan berperangai tidak hormat pada Guide. Perlahan mana pun guide mendaki, pendaki akan akur dibelakang guide.


21. Lemah berbahasa Inggeris bagi mereka yang bekerja di Stesen pendakian mahupun hut. Walaupun gunung ini dibuka pada pendaki antarabangsa. Senyuman manis juga kurang pada mereka. Tiada bayaran jangan harap untuk menempel di hut mahupun depan hut.


-apip embi-
@ Mt Fuji, 29 Aug 2015

2 comments: