Tuesday 3 January 2012

lepas Ekspedisi

Lepas Ekspedisi atau post expedition mungkin ramai yang tak bercerita dan gembar-gemburkan. Kebiasaannya cerita ekspedisi yang jadi topik utama selepas ekspedisi. Tak lari juga cerita pre-ekspedisi yang kadangkala dicerita panjang lebar dalam penulisan sesuatu ekspedisi.

Kali ni GG(GerbangGunung) akan cerita sedikit kerja-kerja lepas ekspedisi. Cerita basuh kelengkapan selain baju. Ada yang cukup rajin basuh baju dengan SEGERA! Indahnya ada sehari masa cuti selepas ekspedisi ditambah pula hari yang panas terik. Apa lagi kena cergas  menjemur.


Untung juga bila beberapa barang sudah dibasuh semasa waktu terakhir ekspedisi, seperti Kasut. Hari lain tinggal untuk dijemur aja. Tapi AWAS bagi menjaga kasut lebih tahan, kurang/elakkan penggunaan detergent, berus kasar dan yang paling penting jemur di suhu bilik dan bukannya dibawah panas terik.
















Jemur dibawah tangga yang ada pengudaraan antara pilihan Apip.

Mudah bagi yang mempunyai ruang disekitar laman rumah untuk menyidai barang. Pagar dan anjung rumah antara yang jadi sasaran. Bukan saja Flysheet, alas solat, sleeping mat. Peralatan memasak juga perlu dikeringkan. Beg, beg first aids kit, karung-karung serta banner kumpulan. Stove juga perlu dicuci dan dikeringkan lebih-lebih lagi jenis Kovea Booster II.









Pintu pagar antara tempat pilihan di Rindu Alam.














Atur dan jemur, Periuk-miuk bagus dikeringkan untuk elakkan dari dipenuhi bakteria dan berbau kusam.








Sleeping bag juga harus dikeringkan lagi waulaupun tidak basah semasa ekspedisi.








Padang antara tempat yang mudah digunakan untuk menjemur.


Ini semua adalah hasil dari Ekspedisi Yellow Pass 2011-2012 OGKL. Sebahagian lagi barangan kelab diuruskan di Rumah Razman Mangga Selayang Baru.



2 comments:

  1. suka nengok banner kelab menyelimuti motor JFP tu hehehe ...

    ReplyDelete
  2. JFP tu pun jadi tempat jemuran sebenarnya. Banner basah.

    ReplyDelete