Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Thursday 22 August 2013

Columbia Headstream


Jam Columbia Headstream, jam dari jenama outdoor terkenal Columbia. Jam ni pilihan alternatif bagi peminat jam outdoor yang inginkan fungsi ABC (Altimeter, Barometer & Compass). 

Fungsi yang ada pada jam ni seprti dibawah. Cedok dari website Columbia.

FEATURES:
  • Altimeter
  • Barometer/temperature
  • Compass
  • Sail Timer with audible alarms
  • 100 hour chronograph; lap memory; 5 interval timers
  • Water-resistant to 10 ATM; one atmosphere (ATM)=32 feet of water
  • Imported

Mengena Headstream pada tangan memang satu kelainan, apatah lagi di Malaysia rata-rata memakai jam Suunto dan Casio.

Mungkin sukar nak bandingkan kesemua jam yang apip pakai / review sebelum ini, Casio, Timex, Suunto, Garmin dan Columbia. Kesemua jenama yang mempunyai ciri ABC ini dah ada beberapa model. Agak tidak adil nak bandingkan model yang lama dengan model yang baru.

Apa yang apip rasa best pada Columbia Headstream ni. 

Dari mata jatuh ke hati. Rupa yang sesuai dikenakan dihari kerja pejabat, semasa pakaian kasual dan sesuai dengan lapangan outdoor. Nampak mewah sikit dengan badan jam yang crome. Cermin yang besar dan memenuhi ruang jam. Kombinasi warna Kelabu-biru pada tali jam menjadi tarikan.
Butang berbentuk klasik pada Headstream
Keselesaan semasa memakai, tali getah yang tidak terlalu lembut dan tidak keras. Sedap dikenakan pada tangan. Review masa masih baru ni. Lilitan tali jam kemas walaupun dipakai pada lubang terkecil jam. Sesuai dengan yang (diameter) tangan kecil.  Rongga yang besar di kedua belah pangkal tali jam ini banyak memberi ruang untuk kulit bernafas. Pengunci tali jam. Satu ciri baru bagi model-model baru sekarang ini.
Pengunci tali jam
Headstream yang didatangkan dengan pakaging menarik, berkotak besi. Manual yang ringkas dan mudah dipelajari. Harga yang ditawarkan kompetetif untuk model yang setara dari jenama lain.

Klik untuk Butir Lanjut Headsteam


Tuesday 20 August 2013

TEF2013-42 :: EBC - Tips Kesihatan

Posting kali ini apip nak kongsi sedikit tips kesihatan yang dipelajari semasa di EBC. 

1. Elakkan tidur di Dining Tent yang ada heater. Pembakaran memerlukan Oksigen dan sebahagian Oksigen dalam khemah digunakan semasa proses pembakaran. Hanya sebahagian Oksigen tersisa untuk anda bernafas. #Tips ini amat penting terutama buat mereka yang dalam proses acclamatize.

2. Minum air yang cukup untuk badan berkumbuh. Ramai juga yang minum air cukup sekadar tekak tak kering. Memeluk botol 2 liter berisi air panas semalaman semasa tidur tanpa meminum air sekurang-kurangnya 1.5 liter bertentangan dengan nasihat perubatan. Sakit pecah mulut dan bibir kering tak akan pulih dengan kaedah memeluk air panas sahaja. Acclamatize juga memerlukan minum air yang cukup bukan sahaja cukup tidur.
#Dr Anuar Suun menasihatkan minum air 5 liter sehari.

3. Bertindak aktif / aktifkan badan memudahkan proses acclamatize. Pasif atau sentiasa meletakkan  badan dalam keadaan 'shutdown' (tidur) menyebabkan badan berkerja secara 'default' untuk mendapat Oksigen serta proses-proses lain dalam badan.

#Pakai down jacket semasa suhu menurun, sub-zero. Guna konsep layering. Tambah layer / lapisan pakaian berkadar dengan penurunan suhu. Alasan takut nampak gemuk bila mengenakan down jacket dan menyebabkan diri kesejukan serta memudaratkan kesihatan patut dielakkan.


Khemah menunggu di HRA


'doktor' merawat pesakit


Monday 19 August 2013

TEF2013-41 :: EBC - Berita Kejayaan Di EBC


Berita kejayaan di EBC dinanti-nantikan oleh setiap pasukan yang berkampung di EBC. Mula jam 6 pagi hingga jam 10 pagi adalah waktu kemuncak pendaki tiba di puncak Everest.

Bunyi ketukan periuk menandakan kejayaan menjejak kaki ke puncak Everest. Inilah cara kejayaan dirai oleh masyarakat Sherpa di EBC. Berita yang disampaikan melalui walkie-talkie disambut ria di EBC.
Foto Hiasan - Kem Lain di EBC
'Second Window' dijadualkan paling ramai pendaki ke puncak Everest. Hampir 500 pendaki termasuk sherpa akan ke puncak Everest. Ada 3 windows dijangka, first windows 8-10 Mei, Second Windows 18-24 Mei dan Third windows 26-28 Mei.

Window merujuk pada cuaca baik / puncak Everest terbuka dari awan. Dimusim pendakian ada beberapa kali puncak Everest akan terbuka. Jadual pendakian dibuat berdasarkan ramalan cuaca (weather forecast) dan startegi masing-masing. 

18 dan 19 haribulan Mei gendang periuk di kem bersebelahan sudah berbunyi. Waktu ni pasukan KE7B Everest Felda 2013 masih lagi berjuang mendaki ke kem 4. 21hb Mei baru tarikh ke puncak Everest. 

Jadual pendakian setiap pasukan
Berita kejayaan pasukan-pasukan lain turut tersebar dari mulut ke mulut. Status kejayaan menjadi topik utama di EBC bila kami melalui khemah pasukan-pasukan lain. Ada juga terselit berita kegagalan selain cerita kejayaan.

Kejayaan pasukan lain, menaikkan debaran kami di EBC. Mengharapkan hal yang sama dapat dirasai dan dapat meraikan sama seperti kem pasukan lain di EBC.


Friday 16 August 2013

TEF2013-40 :: EBC - Pendaki Yang Pulang


Tiga orang pendaki sokongan yang diceritakan pulang awal dari EBC semasa hari lawatan VIP. Post kali ini akan diceritakan alkisah dan testimoni terhadap mereka.

3 orang pendaki dikalangan anak Felda diminta pulang oleh pihak pengurusan misi ini, KE7B. Tujuannya untuk melaksanakan tugasan lain di tanahair. Krew media dan krew KE7B pula akan dibawa masuk mengisi kekosongan mereka di EBC.

Hari yang hampir tiba, Kem Sadar membuat keputusan selepas mengambil kira pandangan ketua ekspedisi dan pendaki-pendaki senior. 3 orang yang diputuskan dimaklumkan kepada 17 pendaki selepas waktu makan di khemah utama.

3 orang yang dipilih, dijangkan mampu melaksanakan tugasan yang diberi, ada 'mobility' iaitu boleh bergerak untuk melaksanakan tugasan di tanahair. 

Fizi, Zahid dan Ideris (Kem Sadar) nama yang diumumkan. 2 orang lagi anak Felda yang mempunyai kriteria yang sama terpaksa dikecualikan; Aziq perlu dapatkan laporan perubatan Frosbite sebelum pulang ke Malaysia. Sharul pula agak terikat dengan tugasan masakan setiap masa.

Sikap rajin, berdikari, bertanggungjawab, ada inisiatif, proaktif, prihatin, ada self-motivation serta ada daya ketahanan diri merupakan aset buat mereka berlima ini.

Semoga dengan kenyataan ini dapat menyangkal kata-kata yang menyatakan mereka disingkir mahupun tak upaya bertahan dalam misi ini. Yang terbaik dipilih pulang dan sebaliknya.

Lambaian pulang

Thursday 15 August 2013

TEF2013-39 :: EBC - Lawatan VIP Malaysia


Berita lawatan VIP Malaysia di Kem Felda, EBC telah pun tersiar di media Malaysia. Post kali ini bukan untuk ceritakan kembali berita berkenaan. Bukan juga untuk pendedahan VIP terlibat. Lawatan ini membawa makna yang besar di Kem Felda, EBC.

Kata-kata semangat serta peransang dari VIP-VIP buat pendaki utama semoga menambahkan lagi semangat juang pendaki.

Keseksaan hidup di EBC tak dapat dikongsi bersama dengan tetamu yang kelihatan tidak berapa selesa untuk bernafas mahupun bergerak aktif. Mengantuk menjadi penyakit bila oksigen kurang.

Keceriaan kami dimata tetamu mungkin juga tak menunjukkan hidup di EBC ada cabaran. Apapun lawatan VIP-VIP Malaysia di Kem Felda menceriakan hari rehat kami di EBC.


Sessi Fotografi bersama VIP Malaysia

Wednesday 14 August 2013

TEF2013-38 :: EBC - Helipad Kem Felda Beroperasi

Helipad Kem Felda yang telah beberapa hari siap dimaklumkan akan mula beroperasi. Inilah saat yang kami tunggu-tunggukan. Melihat hasil tulang empat kerat diguna pakai.

Tanggal 14 Mei 2013. Tarikh kehadiran VIP dari Malaysia di Kem Felda dengan helikopter. Hari ini juga krew media akan hadir, juga dengan helikopter. Beberapa krew KE7B juga turut didatangkan bersama. 3 orang pendaki sokongan dikalangan anak Felda pula perlu pulang bagi memberi ruang pada mereka yang baru hadir. Kepulangan mereka juga dengan helikopter yang sama.

Kehadiran helikopter di EBC boleh dikatakan hal yang lumrah buat kami yang bermukim di EBC. Kehadiran helikopter yang turun di helipad Kem Felda sesuatu yang baru buat kami. Pendaratan helikopter di helipad Kem Felda yang berjarak kurang 10 meter dari khemah tidur apip amat dinantikan.
Kem Felda & Helipad Felda
2 jam sebelum pendaratan pertama helikopter, Helipad Landing Officer di EBC datang dan mula bertugas di helipad bagi memastikan pendaratan berjalan lancar. Helikopter hanya mendarat tanpa  mematikan enjin, kipas masih ligat berputar. Turunkan orang dan barang, naikkan penumpang dan barang. Seterusnya terbang semula.
EBC Helipad Landing Officer
Landing Officer on duty - dekatkan dia berdiri.
Helikopter take off
Helipad Landing Officer - hari lain
Keterujaan berada dekat dengan helikopter buat kami, tak dapat dinafikan. Masing-masing teruja dan tak melepaskan peluang bergambar.
Apip semasa Helipad Felda pertama kali beroperasi
Mejar (R) Mokhtarruddin & Qobin
Apip & Ramli

Monday 5 August 2013

TEF2013-37 :: EBC - Pasif Rest


Hampir dua bulan di EBC, hari-hari yang tak ada kerja diluangkan dengan aktivit-aktiviti ringan. Biasanya hari pendaki utama tiada di EBC (pergi mendaki untuk acclamatize) adalah hari rest kami pendaki sokongan. Lebih kurang 4 hari hari pasif rest pendaki sokongan.

Jadual pertama hari pasif rest adalah MANDI. Bukan semua hari boleh mandi. Pendaki akan dibekalkan dengan air panas dan suam untuk mandi. Ingat betapa sukar nak pikul air untuk kegunaan harian. Bilangan yang perlu mandi sehari perlu dihadkan. Pendaki sokongan hanya berpeluang untuk mandi semasa ketiadaan pendaki utama itupun andai cuaca panas.

#<foto sedang mandi dalam bilik mandi tidak diluluskan>

Jadual ke-2, basuh baju. Pendaki akan dibekalkan sebesen air untuk membasuh dan sebaldi air untuk membilas. Terpulang pada pendaki samada untuk membasuh pakaian masing-masing atau tidak. Hari-hari yang panas sahaja kami membasuh dan menjemur pakaian. 
Membasuh amalan kebersihan
Amalan membasuh turut ada dikalangan pendaki
Lawan basuh baju
Pingan-mangkuk dan periuk-miuk sentiasa dijemur selepas dibasuh. Tapi ini kerja kitchen sherpa. Kebanyakan hari yang panas membolehkan semua peralatan ini dijemur. Natural steril. Kebersihan  adalah keutamaan didalam pengurusan makanan.


Lakonan menjemur periuk dari Ramli
Bermain indoor game. Ada yang hantu main UNO, ada yang hantu main dam haji, ada yang tekun bermain catur. Ada yang leka main Jutaria (sama seperti $aidina). Ada yang hantu bermain tanpa sebarang kerja. Ada pula beberapa liga dan kategori diwujudkan. 

Liga C - Jutaria
Tengok Movie, andai hari panas penel solar charge seterusnya komputer pun dapat di charge. Selepas Insyak akan ada tayangan movie. Apa saja jenis movie asalkan ada. Cerita-cerita Melayu yang sering menjadi pilihan. Ada sekali siap ada rally tengok movie sampai waktu kejutkan pendaki utama untuk mendaki jam 3 pagi. 
Panel Solar untuk pasukan Everest Felda 2013
Buku menjadi bahan bacaan semasa di khemah utama. Pendaki-pendaki yang membawa buku meletakkan di sudut bacaan Kem Felda untuk bacaan umum. Ada beberapa genre buku. Buku keagamaan, buku pendakian, buku lawak jenaka, buku teknik-teknik rope & knob. Ada juga yang dibekalkan dengan buku novel percintaan yang menjadi koleksi peribadi. entah dibaca atau tak.
Antra koleksi buku di Kem Felda
Bersiar-siar, aktiviti ni tak berapa mendapat sambutan. Tak terlalu pasif dengan pergerakan dari khemah tidur ke khemah makan dan ke khemah tidur balik. Tak rugi bersiar-siar selain ke Khumbu Glasier, berjalan sekitar kem-kem di EBC juga boleh melapangkan minda. Ada beberapa kolam yang menarik diantara kem-kem dan berdekatan Landmark EBC.
Kolam yang menarik berdekatan EBC Landmark
Bila berjalan sesorang, sukar nak bergambar dengan latarbelakang.


Friday 2 August 2013

TEF2013-36 :: EBC - Melawat Kem Lain

Kalau sebelum ni Kem Felda terima pelawat, kali ni giliran kami pula melawat kem lain. Lawatan balas dan lawatan suka-suka hati.

Jemputan Mejar Sunil Rathor - Ketua kem Joint India Army - Nepal Army tidak disia-siakan. Bukan senang nak terjah kem askar tanpa undangan. Peluang yang ada tak dilepaskan.

Apip, Aliph & Aziq mewakili Kem Felda ditemani Sir Lakpa pergi ke Kem Indo-Nepal Army selepas kami makan tengahari. Indo di Nepal bermakna India. Kehadiran kami disambut baik Mejar Sunil dan ahli kem yang lain.
Di Kem Joint India - Nepal  Army
Memandangkan kami telah makan tengahari dan menolak perlawaan makan tengahari. Kami dijamu dengan air jus. Bangku dibawa keluar dari Dining Tent untuk kami duduk bersembang diluar khemah. Kemudian kami diperkenalkan dengan doktor kem ini.

Seterusnya kami dibawa melawat kawasan kem. Medic Tent yang sebesar khemah utama Kem Felda. Khemah ini yang penuh dengan ubat, peralatan bantuan kecemasan, katil pesakit, khemah tidur doktor juga didirikan dalam khemah ini.


Aliph memerhati beg bungkusan manusia di Medic Tent
Entertainment Tent, khemah untuk indoor game, ada meja main terup, Yang menarik perhatian kami botol coca-cola berbarel-barel. Cinema Tent, khemah ini lebih 2 kali ganda khemah utama kami. TV 60 inci (kalau tak silap) diletak siap dengan sound system. Kanvas dalam khemah pula hitam dengan corak bintang glow in the dark. Alas lantai khemah pula lebih tebal. Sungguh menakjubkan. Kami turut dipelawa untuk datang dimalam hari menonton cinema.

#Foto di kem ni tak banyak, kami mulanya takut tak dibenarkan bergambar, almaklumlah kem askar. Satu lagi segan pula macam orang perak. 

Habis lawatan kami lepas diluar khemah bersembang-sembang dengan krew yang ada. Sempat juga jumpa Pengurus syarikat yang mengendalikan pasukan ini, Rima. Ada pula warga Nepal yang pernah bekerja di Malaysia, masih boleh berbahasa Malaysia. Kehadiran kami disambut dengan suasana silaraturahim dan ramah-tamah.
Beramah-mesra
Selesai lawatan balas, masa yang masih awal kami gunakan untuk melawat kem lain pula. Sir Lakpa masih mengiringi kami. Kami melawat pula Kem Sashatra Seema Border (SSB). Kem yang terdiri dari pasukan India-Tibet Border Police. Pasukan ini juga akan mendaki G. Everest.


Depan Kem SSB
Snow Shower yang turun tiba-tiba buat kami lebih lama di SSB Camp. Teh panas dijamu pada kami. Perbualan kami berkisar tentang pasukan masing-masing. Sir Lakpa sempat menceritakan memperkenalkan orang Malausia menyebut sugar / patupani dengan istilah GULA. Dalam bahasa tempatan membawa maksud kemaluan lelaki.

Prasang Sherpa, sherpa bagi pasukan ini, turut menguruskan Everest Marathon yang akan berlansung dihujung musim pendakian. Marathon kali ini akan diadakan dari EBC ke Namche Bazar. Yuran penyertaan foreigner yang terlalu tinggi buat kami membatalkan niat untuk mendaftar dan memiliki bib larian.

Inilah antara pengalaman kami melawat kem lain di EBC.

Thursday 1 August 2013

TEF2013-35 :: EBC - Doa Amalan


Doa-doa umum selepas solat boleh diteruskan di EBC. Beberapa doa tambahan atau lebih khusus dibaca dan diamalkan semasa di EBC bersesuaian dengan misi dan keadaan di EBC sendiri.
Khemah Surau
Antara doa-doa yang dibaca imam di EBC:

Ya Allah;
berikan kesihatan kepada kami sepanjang kami berada disini. Permudahkan kami melaksanakan solat 5 waktu.

Ya Allah;
berikan kejayaan pada misi ini, bagilah ketujuh-tujuh main climber kami berjaya menjejak puncak tertinggi yang Engkau cipta dibumi ini. Andai perjalanan itu sukar, Engkau permudahkanlah buat mereka, Andai perjalanan itu jauh, Engkau dekatkanlah buat mereka, Andai gunung itu tinggi, Engkau rendahkanlah buat mereka.

Ya Allah;
Engkau tetapkanlah hati kami, mendaki kerana Mu. Engkau jadikanlah pendakian ini ibadah buat kami.

Antara doa amalan apip di EBC:

Ya Allah; 
Engkau permudahkan dan peliharakan diriku dan pakaianku dari terkena najis agar mudah aku solat.

Satu lagi baca doa agar tak terkentut semasa solat, sebab badan asyik rasa nak terkentut saja walau hampir setiap hari buang air besar.


Sama seperti di Malaysia, waktu Zohor jemaah kurang.