Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday 31 July 2013

TEF2013-34 :: EBC - Ujian Tidur & Ujian Malas


Sifat dan sikap ingin tidur serta bermalasan sememangnya ada dalam diri manusia walaupun tidak berada di EBC. Bagaimana cabaran menghadapi tidur dan malas di EBC? Ianya satu ujian. Ujian Tidur dan Ujian Malas.

Selepas katam baca buku 'Bersyukur Saat Diuji' tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, buku saudara Fizi yang diletak di sudut buku Kem Felda. Ujian tidur dan ujian malas di EBC, adalah dua ujian yang dihadapi dan perlu ditangani.


'Eat Well, Drink Well, Sleep Well' kaedah yang dituntut disini, terutama para pendaki utama. 'Sleep Well' - tidur yang cukup satu yang subjektif. Berapa jam badan perlu untuk tidur yang cukup? Berapa jam perlu tidur di EBC?

Waktu Insya' di EBC (semasa ekspedisi ini) sekitar jam 8:10 malam. Waktu Subuh jam 4:30 pagi dan waktu habis Subuh jam 5:15 pagi. Waktu makan malam di EBC, 6:30 petang atau sebelum maghrib (7:30mlm).

Dikala malam yang dingin, tidur diselaputi sleeping bag memang sedap. Nak bangun Subuh, nak atasi ujian tidur. Memang satu cabaran. Kalau berjaya pun, nikmat tidur akan disambung hingga memancar terik sekitar jam 8:30 pagi.

Ujian tidur juga memberatkan diri ini untuk bangun sepertiga malam bagi ibadah solat tahajud serta bermunajat pada Illahi. Ujian, ujian, ujian.
Foto Hiasan
Ujian Malas; cabaran yang mendorong untuk banyak bersifat pasif. Perasaan malas ini turut hadir dalam diri apip. Tak sangka sifat ini boleh hadir dalam diri ini bila tiba di EBC. Adakalanya berat nak jadi rajin dan pantas macam lipas kudung.

Ujian malas ini boleh nampak juga pada rakan-rakan lain. Mereka yang lebih malas perlu digerakkan umpama pahat dan penukul. Ada yang malas kerja dalam kumpulan. Ada yang malas menguruskan diri sendiri. Ada yang malas basuh tangan selepas makan. Mungkin sememangnya malas di Malaysia lagi. 

2 Ujian ini, nampak macam ujian-ujian biasa seperti di Malaysia. Di EBC sesiapa sahaja pasti akan hadapi cabarannya. Bersiap sedialah buat mereka yang turut ingin bertapa di EBC di masa akan datang.


Tuesday 30 July 2013

TEF2013-33 :: EBC - Membina Helipad Kem Felda

Kewujudan 2 helipad utama di EBC, satu di HRA dan satu lagi di 7 Summit Camp (berhampiran crampon point) tidak memenuhi keperluan Kem Felda. Kami juga nak helipad sendiri untuk pelawat kami.

Jadual lawatan VIP dari Malaysia ke Kem Felda, menuntut kami membina satu lagi helipad di EBC. Helipad ini mesti di Kem Felda bagi memudah dan memendekkan masa VIP berjalan ke Kem Felda.

Proses membina helipad Kem Felda diketuai Ketua Basecamp Sherpa. Satu puncak bukit di Kem Felda dipilih. Dihari yang ditetapkan, selepas makan tengahari kami krew sokongan bersama krew sherpa berganding bahu memulakan binaan tapak helipad.
Bukit untuk helipad dilihat dari khemah tidur apip
Parameter helipad dibuat dengan menyusun batu-batu besar disekeliling puncak bukit. Kemudian batuan-batuan didalam parameter dialihkan. Pasir-pasir disodok hingga puncak bukit hampir rata. Tunggul ais yang terjojol dipuncak bukit ini dibiarkan berpanasan dan cair. Kerja helipad akan disambung semula esok. Harapan kami tunggul-tunngul ais akan cair esoknya.
Giliran Acap Tetel untuk menyodok tanah
Hari seterusnya, bonggkah-bongkah batu yang lebih besar disusun bertangga dari helipad ke khemah utama Kem Felda. Permukaan helipad diratakan lagi. Tanda 'H' dibuat menggunakan batu-batu kerikil ysng disusun hingga berupa huruf H. Tepung ditabur untuk menjelaskan lagi tanda H ini.


Tangga ke helipad
Helipad yang siap dengan tanda 'H'
Pasukan menyediakan helipad

Monday 29 July 2013

Sijil ShueShan

Sijil ShueShan / Shue Mountain, Taiwan telah tiba. Antara sijil gunung yang menarik. Sijil berserta foto pendaki di puncak. Sijil diletak dalam fail kertas yang berinformasi, fail diletak dalam sampul surat khas bercetak Shue Mountain.

Sampul sijil 

Fail Kertas yang penuh imformasi

Sijil disisip dalam fail kertas

Terpulang pada pendaki nak bergaya. Bukti foto menguatkan lagi kejayaan pendaki. 

TEF2013-32 :: EBC - Snowy & Windy

Cuaca di EBC semasa musim panas adakalanya berubah menjadi 'Snowy' atau 'Windy'. Hari-hari biasa adalah panas disiang hari dan dingin dimalam hari. Suhu antara 30 darjah celcius ke -16 darjah celcius.

Bila cuaca berubah pada 'snowy' - snow shower, salji turun. Adakalanya berlarutan hingga 2 hari. Ketebalan salji mencecah 5 inci. Khemah-khemah diselaputi salji. Suhu akan turun lagi rendah. Tengahari dah ada yang request pasang heater.
Kem Felda dipenuhi salji
Khemah tidur kami dilitupi salji
Aktiviti harian di luar khemah akan terbantut sedikit. Tiada aktiviti bersantai di luar khemah. Waktu begini jadi hari bukan untuk membasuh pakaian. Kebanyakan dari kami akan duduk dalam khemah. Pakaian lebih tebal dikenakan pada badan.

Kami yang biasa bersandal di kawasan kem, terpaksa pakai kasut untuk berjalan dari khemah tidur ke khemah utama. Permukaan laluan akan lebih licin dan ada risiko tergelincir andai tidak berhati-hati. Apip dan beberapa krew yang duduk di khemah paling atas (bukit) lebih sukar bila kena berulang-alik ke khemah.
Licin nak turun- naik dari khemah tidur ke khemah utama (kuning)
Windy - hari yang berangin. Sebenarnya setiap hari ada angin. Cuma ada hari-hari tertentu angin lebih kencang dan buat keadaan jadi lebih dingin. Windy adakalanya sekali dengan kabus & berawan. Hari yang cerah jarang berangin kencang.

Kebiasaanya waktu tengahari ke petang bila ada yang nak duduk dalam khemah tidur terpaksa letak sleeping bag atas khemah. Sleeping bag kena ikat kalau tak habis diterbangkan angin kencang. Bila angin mati, duduk dalam khemah tidur rasa panas macam dalam sauna, buka zip dan lubang angin khemah. bila datang angin pula, rasa sejuk, tutup lubang angin dan tarik zip khemah. Apip & Ramli berjiran, saling tarik zip-off, zip-on setiap kali angin mati berselang-seli dengan berangin.

Panas melampau - terpaksa letak sleeping bag untuk peneduh khemah
Sleeping bag boleh terbang semasa windy
Snowy & Windy, kedua-dua keadaan cuaca ini sedikit sebanyak membawa cabaran hidup di EBC.
Waktu windy
Waktu snowy

Thursday 25 July 2013

TEF2013-31 :: EBC - Saya PILIH Malaysia


Tarikh 5 Mei 2013, satu tarikh yang besar bagi rakyat Malaysia. Hari pilihanraya, PRU-13. Hari keluar mengundi di Malaysia.

Kami rakyat Malaysia yang berada di EBC, Nepal bukan berada di tanahair sendiri, tidak dapat mengundi walau layak mengundi dan telah daftar sebagai pengundi.

Sebagai anak Malaysia, fokus pada PRU-13 tetap tak nak dilepaskan. Kebetulan hari ini adalah hari Rest Day buat pendaki-pendaki utama yang baru turun dari Camp2. Tanpa mengundi atau berada dimana-mana pondok pilihanraya keputusan PRU-13 tetap ingin tahu dengan segera.

Sherpa-sherpa semua diberitahu tentang PRU-13. Penting buat kami rakyat Malaysia diluar negara tahu keputusan PRU-13. Parlimen telah dibubarkan, andai sesuatu berlaku, tiada keputusan PRU-13, kami mungkin jadi rakyat Malaysia tanpa kerajaan. hahaha.

Pasukan untuk memaklumkan maklumat PRU-13 dihantar ke wifi point. Satu khemah didirikan di wifi point. Khemah Utama kami dijadikan Bilik Gerakan Solukhumbu. Satu carta besar untuk keputusan digantung. 

Pasukan wifi point yang mendapat maklumat SPR melalui internet akan memaklumkan ke bilik gerakan melalui walkie-talkie. Maklumat ini dicatit di carta bilik gerakan. 

Malam ini berubah senario, tiada tayangan movie. Masing-masing tertunggu-tunggu keputusan DUN dan Parlimen. Semua sherpa masuk atau menjengah ke Bilik Gerakan melihat gelagat kami. 

Sebagai anak Malaysia, walau tidak mengundi, kami tetap sayang Malaysia. Saya PILIH Malaysia.

Wednesday 24 July 2013

OGKL di bulan Ramadhan

OGKL aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ni tak beraksi di hutan atau gunung. Majlis buka puasa, IFTAR dikalangan warga OGKL diadakan secara gotong-royong. Rumah Rindu Alam sekali lagi menjadi host acara.

Gotong-royong bermula lepas waktu Zohor, Sup campur gear-box & daging menjadi menu utama. Ada beberapa kumpulan, yang buat begedil, yang tukang mengoreng, yang buat roti jon, yang sediakan air, yang sediakan lauk-pauk sampingan, yang masak nasi, yang celur mee & bihun. Yang susun meja dsbg.
Penyediaan Begedil


Gentel begedil
Goreng Begedil

Penyediaan air tembikai

Menu nasi arab dan seekor kamping panggang yang ditempah menjadi menu yang laris. Kuih-muih yang turut disumbangkan, dadih, cup caramel dll lagi memeriahkan meja hidang.

Kemeriahan makin terasa dengan kehadiran sabahagian lagi warga OGKL diwaktu hampir berbuka puasa. Ada yang datang waktu more dan tak terlepas yang singgah sahur ditengahmalam. Lebih kurang 112orang kesemuanya. 
Berbuka puasa
Kaum bapa dapat bersolat jemaah maghrib, insya' serta berterawih bersama.

Gotong-royong ditamatkan dengan membersih bekas-bekas hidang dan membersihkan periuk-belanga serta menguruskan sampah yang ada.


Foto masak Sup Gear-box masuk akhbar theStar

TEF2013-30 :: EBC - Pelawat-pelawat di Kem Felda


Kem Felda sebenarnya tidak sunyi dari pelawat-pelawat walaupun kedudukan Kem Felda di satu penjuru EBC dan tidak mempunyai jiran berdekatan bersebelahan. 

Mr Khoo Swee Chiow, Everest Climber kelahiran Port Dickson kini rakyat Singapura menjadi pelawat Kem Felda. Mr Khoo yang turut akan mendaki lagi G. Everest mendapat beberapa jemputan dari Ketua Sherpa dan Ketua Jurulatih. Lawatan Mr Khoo dimanfaatkan dengan perkongsian pengalaman dsbg.
Khoo Swee Chiow 7 dari kiri bersama pendaki Felda Everest 2013
Lawatan terbesar Kem Felda dari Ketua Kem India-Nepal Army diiringi dua orang pembantu. Mejar Sunil Rathor merupakan orang Nepal paling berpangkat di EBC. Lawatan muhibbah ini mendekatkan hubungan kami yang bermukim di EBC. Umpama ketua kampung melawat orang kampung. Segala masalah di EBC boleh diadukan kepada Mejar Sunil. Kami turut dipelawa ke kem India-Nepal Army.
Mejar Sunil 4 dari kiri bersama beberapa pendaki Everest Felda 2013
Lawatan dari wakil gabenor / Licence Officer adalah luar biasa di EBC. Pendaki dan permit mendaki diperiksa lagi untuk rekod dan pengesahan. Kewujudan hal-hal yang melanggar aturan seperti mendirikan bendera negara (asing) tanpa bendera Nepal turut disemak dan ditegur.

Lawatan sherpa-sherpa kem lain ke Kem Felda sesuatu kebiasaan. Lebih-lebih lagi mereka yang ada pertalian keluarga atau pun sahabat-handai. Ada yang datang bertemu pendaki, ada yang datang berbual-bual sesama sherpa. 

"I'm Bothe, cousin Jamling Bothe" ada yang memperkenalkan diri pada kami. "Our family (Bothe) in EBC (2013) more than 100." Sherpa-sherpa inilah juga yang biasa membawa berita sesuatu peristiwa dari satu kem ke satu kem.

Kami tunggu juga andai ada pendaki-pendaki EBC dari Malaysia yang mungkin jadi pelawat. 20 minit dari EBC landmark mungkin boleh dikira jauh dan tiada yang datang melawat.

Tuesday 23 July 2013

TEF2013-29 :: EBC - Sumber Air


EBC yang berada diatas glasier, adakalanya ais cair dan mengalir diantara khemah. Namun proses mengambil air sebagai sumber kegunaan kem bukanlah sebegitu mudah.

Tinggal di atas glasier bermakna aktiviti menyahkan sisa kumbuhan juga diatas glasier. Pee tent (khemah buang air kecil) yang didirikan diatas glasier hanya sebagai pengadang dari pandangan mata. Sisa air kencing dibiarkan serap ke glasier. 
Bagi memastikan sumber air untuk kegunaan harian dan juga minum adalah bersih serta tidak tercemar. Air untuk kem akan diambil dari sumber yang dipercayai bersih sebelum dimasak. Dipercayai bersih sahaja tau, bukan dianalisis bersih.

Tugas mengambil air ini akan dipikul oleh kitchen boy, water manager atau trekking sherpa yang bertugas di kem. Air ini kemudian akan dimasak oleh tukang masak atau pembantu dapur.

Air akan diambil dari kolam-kolam yang lebih jauh dari kawasan khemah terutama khemah kencing (pee tent). Setiap kem ada kolam yang menjadi sumber air masing-masing. Kolam yang dipilih kebiasaanya agak berdekatan dengan kem masing-masing.
Kolam sumber air Kem Felda. Khemah masak kem Felda berwarna biru bersebelahan khemah kuning.
Ada juga yang mengambil air di kawasan Khumbu Ice, di sungai-sungai yang terjadi di kawasan berais. Sungai yang menjadi sempadan kawasan berbatu dan kawasan ais pula tidak dijadikan sumber air untuk kegunaan kem.

Teknik mengambil air dikolam memerlukan lubang ditebuk dikolam yang permukaannya beku. Air dari bawah kolam diceduk dan dimasukkan dalam bekas besar. 
Tugas mengambil air ini makin sukar bila air dibahagian bawah kolam turut beku terutama bila cuaca dingin dan bersalji beberapa hari berturut-turut. Mereka terpaksa mengambil ketul-ketul ais telah diketuk dan dibawa pulang untuk dicairkan.
Kolam membeku bila suhu menurun.

# Jangan sesekali meletak jari anda di air yang mengalir. Dinginnya akan membuat jari anda kebas. - pengalaman peribadi apip.
Apip nak merasa kedinginan air.

Monday 22 July 2013

TEF2013-28 :: EBC - Syawat & Sejuk

Hidup di EBC selama 2 bulan sebagai insan normal, syawat adalah satu hal yang wajar dibicarakan. Sejuk sudah sinonim terutama dimalam hari di EBC. Bagaimana dengan syawat?

Apa kaitan sejuk dengan syawat. Lemahkah syawat dikala sejuk? atau matikah syawat kerana bertapa di EBC? Buat insan normal yang dah akil baligh, tak kira dah berkelamin mahupupn bujang lagi, bila sejuk adakah syawat terkekang?
Foto Hiasan - Malam di Kem Felda
Kehidupan dan persekiratan di Kem Felda, EBC mungkin tak mendorong syawat. 100 peratus sherpa adalah lelaki. Pendaki wanita pula berpakaian tidak menjolok mata. Lagi-lagi bila pakai jaket 'down'. Nampak sasa macam lelaki.

Bagi lelaki normal, dalam tidur syawat teransang semasa minda bawah sedar. Tidur siang diwaktu kurang sejuk lebih berisiko untuk mandi wajib. Jangan terkejut bila ada yang mandi waktu petang. Beberapa hint 'aku belum mandi' menggambarkan syawat tak luntur di EBC.

Melakukan hubungan seks di EBC bukanlah satu tegahan. Masyarakat Sherpa percaya seks / persetubuhan tidak boloeh dilakukan di Gunung Everest. Diceritakan ada pendaki Eropah yang melakukan hubungan seks di Camp2, Everest mati sesak nafas. Mereka percaya hal ini berlaku kerana melanggar kesucian G. Everest.  Camp2 dan ke atas tidak dibenarkan melakukan hubungan seks. Kisah pantang larang seks di Everest turut ada dalam buku Into Thin Air.
Bila ada dikalangan pendaki / trekker yang menceritakan telah 'bersama' dengan pasangannya selama 3 hari di EBC trail, Periche - Lobuche - Gorakshep, sherpa yang mendengar hal ini hanya tersenyum. "Nice!"

# Betullah ajaran Islam, berpuasa boleh mengekang syawat bukan bertapa ditempat sejuk seperti EBC.

Saturday 20 July 2013

TEF2013-27 :: EBC - Active Rest - Kalapattar

Hari pendaki utama mendaki (acclamatize) dan tiada di basecamp adalah hari rest kami pendaki sokongan. Kami (pendaki sokongan) merancang ke Kalapattar. 

Kalapattar adalah Everest View Point yang biasa didaki pelancong yang ke EBC. Jadual asal kami mendaki ke Kalapattar semasa tinggal di Gorakshep dibatalkan kerana cuaca berkabus. Pendakian boleh diteruskan tapi tiada apa yang boleh dilihat di view point ini. 

Kalapattar di Sherpa Land ini tidak dipanggil gunung, hanya view point. Begitu juga dalam peta, papan tanda atau iklan-iklan trekking di Himalaya. Hanya sebilangan rakyat Malaysia suka melabel Kalapattar sebagai Gunung Kalapattar. Kalapattar sebahagian dari Gunung Pumori. 
Di Puncak Kalapattar, G. Pumori di belakang

Mendaki ke Kalapattar bagi masyarakat setempat bukanlah seperti ekspedisi mendaki gunung. Tidak memerlukan Climbing Sherpa, cukup sekadar trekking Sherpa atau mendaki tanpa Sherpa. Kalapattar - Highest trekking point for Himalaya trekker on EBC trail.

Kebiasaan orang mendaki Kalapattar dari Gorakshep. Namun hasrat kami mendaki Kalapattar dari EBC dan pulang kembali ke EBC dalam sehari tidak dibantah pengurus basecamp dari pihak Ever Quest.

6 orang dari krew sedia ada menyahut cabaran Kalapattar. Apip, Ramli, Aziq, Ideris (Palong Bothe), Zahid & Acap Kecik. Manakala 3 orang krew tinggal di EBC untuk bertugas, Alip (medic), Fizi (logistik) dan Shahrul (Makanan).

Seawal pagi kami dah bersiap. Sarapan pagi kami disediakan awal dari biasa. Dua orang trekking sherpa ditugaskan mengiringi kami. Dorje & Purbu. makan tengahari kami disediakan seawal pagi dan dibungkus untuk setiap seorang.

Trekking ke Kalapattar, kami ikut laluan Pumori Basecamp, kemudian terus mendaki ke puncak Kalapattar. Cuaca yang baik buat perjalanan awal kami nampak indah. Laluan pintas ke puncak Kalapattar agak menyeksakan bila bukan trail biasa yang dilalui.


Semua pendaki bergambar di puncak Kalapattar, G. Pumori tersergam dibelakang pendaki
8 pagi mula trekking, tengahari baru sampai puncak Kalapattar. Kalau mendaki dari Gorakshep kira-kira sejam sahaja. Angin amat kencang di puncak Kalapattar. Kepuasan tetap dirasa. Bergambar dah menjadi satu kemestian. 

Laluan pulang kami putuskan ikut trail turun ke Gorakshep. Kemudian ikut laluan Gorakshep - EBC. Jam enam petang baru kami tiba kembali di Kem Felda. Rest day yang aktif buat kami - Aktif rest.
Pemandangan Puncak G. Everest (hitam) dari puncak Kalapattar
apip embi

Friday 19 July 2013

TEF2013-26 :: EBC - My Comm Center

Posting kali ini nak cerita sedikit kerja-kerja komunikasi di Kem Felda. Apip sebagai krew Biro Komunikasi dan tugas-tugas di EBC.

Khemah Komunikasi bersebelahan dengan Khemah Utama (Dining). Satu radio komunikasi diletak dan dipasang 24 jam jenis Yaesu model FT-2900R/E dan handy model FT-250R. Antena komunikasi dipasang dibelakang khemah komunikasi. 
Apip duty di khemah komunikasi
15 handheld radio / walkie-talkie digunakan untuk pendaki utama, sherpa dan medic. Setiap komunikasi antara basecamp dengan pendaki utama direkodkan. Status pendaki, kesihatan pendaki dan lain-lain keperluan pendaki dicatatkan dalam sheet yang disediakan.
Aliph turut menjaga komunikasi
Tugas lain memastikan walkie-talkie full charge sebelum pendaki utama mendaki, sama ada untuk acclamatize mahupun summit attempt. Frekuensi Team Felda kebetulan sama dengan satu team di sebelah Tibet dan masing-masing sering mendengar komunikasi antara satu sama lain.
recharge walkie-talkie di dining tent
walkie-talkie dibawa bila bersiar-siar di EBC

Thursday 18 July 2013

TEF2013-25 :: EBC - Wifi Point & Telekomunikasi

Hidup di EBC bukanlah seperti hidup di pedalaman. EBC adalah kawasan liputan bagi syarikat telekomunikasi NCELL.

Berbeza bagi setiap telefon. Ada yang mudah mendapat signal, ada yang perlu berada diatas bukit untuk talian komunikasi yang lebih lancar. Bagi yang melanggan internet data plan, agak sukar mendapat khidmat yang baik di EBC. Connection establish tapi tiada bandwidth.
Smart phone di wifi point
Satu wifi zone telah dikenalpasti. Kemudahan wifi & internet connection disini agak baik. Wifi point /zone ini berada ditengah Khumbu Glasier dan mengadap Gorakshep. Dari Kem Felda perlu melalui kawasan ais, mendaki dan menuruni lurah ais, kira-kira 15-20 minit berjalan untuk sampai ke wifi point.
Trail ke wifi point
Cabaran ke wifi point
Hampir sampai ke wifi point
Ada khemah sementara pendaki lain di wifi point
Memecah ais dan membuka jalan buat pendaki ke wifi point
Khusyuk berinternet di wifi point
Salah seorang krew Everest Felda 2013 menjawat portfolio Biro FB (Facebook). Hampir setiap hari Biro FB akan dikirim ke wifi point untuk menghantar gambar, update Fan Page Misi KE7B Everest Felda 2013, dapatkan infomasi 'wheather forecast' dan berita-berita semasa. Ada masa perlu teman wakil media atau pendaki lain yang ingin menghantar berita ke wifi-point. Kami gelar mereka ini pemecah ais sebab adakala perlu buka jalan baru ke wifi-point.

Laluan ke Wifi Point semakin hari semakin sukar bila ais banyak yang cair di bulan Mei. Ada masanya perjalanan ke wifi point agak sia-sia bila tiada sebarang signal wifi diterima kerana cuaca di Gorakshep yang tidak baik. Kabus yang menutupi Gorakshep menjejaskan signal wifi.
Cabaran ke wifi point - Sungai semakin membesar dan perlu melompat.
Hampir dua bulan di sini buat apip kenalpasti beberapa laluan alternatif ke wifi point.

#AWAS snow leopard!